Wangsa Windsor

dinasti kerabat diraja United Kingdom dan negara-negara Komanwel yang lain
(Dilencongkan dari Kerabat Windsor)

Wangsa Windsor (Inggeris: House of Windsor) merupakan wangsa diraja bagi alam Komanwel. Ia diasaskan oleh George V melalui pengisytiharan diraja pada 17 Julai 1917, apabila baginda menukar nama kerabatnya daripada Sachsen-Coburg dan Gotha (cabang daripada Wangsa Wettin) kepada Wangsa Windsor. Ini disebabkan oleh sentimen anti Jerman di United Kingdom ketika Perang Dunia Pertama. Pada masa kini, ahli wangsa yang kini memerintah alam Komanwel ialah Raja Charles III.

PemerintahanSunting

Senarai pemerintah alam KomanwelSunting

Gambar Nama Tarikh memerintah Hubungan dengan pendahulunya
  Raja Edward VII 22 Januari 1901 - 6 Mei 1910 anakanda lelaki Ratu Victoria dan Putera Albert
  Raja George V 6 Mei 1910 - 20 Januari 1936 anakanda lelaki Edward VII; pengasas Wangsa Windsor.
  Raja Edward VIII 20 Januari 1936 - 11 Disember 1936 anakanda lelaki George V; diturunkan takhtanya
  Raja George VI 11 Disember 1936 - 6 Februari 1952 anakanda lelaki George V & adinda kepada Edward VIII yang diturunkan takhtanya
  Ratu Elizabeth II 6 Februari 1952 - 8 September 2022 anakanda perempuan George VI
  Raja Charles III 8 September 2022 - kini anakanda lelaki Elizabeth II

Garis masa pemerintahanSunting

Charles IIIElizabeth IIGeorge VIEdward VIII dari United KingdomGeorge V

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting

Wangsa diraja
Wangsa Windsor
Cabang kadet bagi Wangsa Wettin
Didahului oleh
Wangsa Sachsen-Coburg dan Gotha
Wangsa yang memerintah United Kingdom dan negara alam Komanwel yang lain.
1917–kini
Diikuti oleh:
Tiada