Taib Azamudden Md Taib

ulama dan ahli politik Malaysia

Ustaz Dato' Haji Taib Azamudden Mohd Taib merupakan seorang agamawan dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Baling, Kedah bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[1][2]. Beliau juga merupakan mantan Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Ustaz Dato' Haji

Taib Azamudden Mohd Taib

DSDK (Kedah); JBS (Sarawak), AMN
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
Memegang jawatan
2015
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Baling
Dalam jawatan
2008 – 2013
Didahului olehMashitah Ibrahim
Digantikan olehAbdul Azeez Abdul Rahim
Dalam jawatan
1999 – 2004
Didahului olehRaja Ariffin Raja Sulaiman
Digantikan olehMashitah Ibrahim
Imam Besar Masjid Negara ke-8
Dalam jawatan
1993 – 1999
Didahului olehArifin Harun
Digantikan olehAbdul Jalil Sindring @ Perangreng (Memangku hingga 2001)
Butiran peribadi
Lahir (1951-10-19) 19 Oktober 1951 (umur 72)
Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Anak-anakAfnan Hamimi Taib Azamudden
Akram Ikrami Taib Azamudden
KediamanKedah Baling, Kedah
PekerjaanAhli politik

Pendidikan sunting

Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar, Mesir pada tahun 1987 dan Ijazah Sarjana Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 1989.

Politik sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, beliau telah bertanding dalam kawasan parlimen Baling, Kedah mewakili parti PAS. Beliau menang dengan 21468 undi. Sementara calon Barisan Nasional mendapat 20074 undi. Tetapi dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 beliau tewas kepada seorang ustazah, Dato' Dr Mashitah Binti Ibrahim.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Abd. Azeez Abdul Rahim dengan majoriti sebanyak 7,613 undi. Beliau memperolehi 36,074 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 28,461 undi.

Parlimen Malaysia: Baling, Kedah
Tahun Pakatan Rakyat Undi % Barisan Nasional Undi %
1999 Taib Azamudden Md Taib (PAS) 21,468 50% Bahador Shah Md Isa (UMNO) 20,074 47%
2004 Taib Azamudden Md Taib (PAS) 28,432 46% Mashitah Ibrahim (UMNO) 32,661 53%
2008 Taib Azamudden Md Taib (PAS) 36,074 55% Abdul Azeez Abdul Rahim (UMNO) 28,461 43%

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.pas.org.my/info/pimpinan/majlis-syura/7085-senarai-majlis-syura-ulamak-sesi-2015-2020
  2. ^ Mohd Hafiz Abd Mutalib (15 Disember 2020). "Hashim Jasin kekal Mursyidul Am Pas, Ahmad Timbalan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)