Tunku Ali Redhauddin

Tunku Besar Seri Menanti

Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz (Jawi : تونكو علي رضا الدين ابن توانكو محرز)(diputerakan pada 26 April 1977) merupakan anakanda sulung kepada pasangan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Tunku Ali Redhauddin
تونكو علي رضا الدين
Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti
Tunku Besar Seri Menanti
Pemerintahan22 Februari 2009 – kini
Didahului olehTunku Muhriz
Pro-Canselor
Universiti Sains Islam Malaysia
Tempoh2012 - kini
Pro-Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tempoh25 November 2023 - kini
Keputeraan (1977-04-26) 26 April 1977 (umur 46)
Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor
Nama penuh
Tunku Ali Redhauddin ibni Tunku Muhriz
Nama diraja
Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz
DinastiPagar Ruyung
AyahandaTuanku Muhriz
BondaTuanku Aishah Rohani
AgamaIslam Sunni
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
 Negeri Sembilan
Perkhidmatan Rejimen Askar Wataniah
PangkatKomander
UnitRejimen 508

Kehidupan peribadi كهيدوڤن ڤريبادي sunting

Tunku Ali Redhauddin diputerakan pada 26 April 1977 di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Adindanya yang lain ialah:

Pendidikan ڤنديديقن sunting

Tunku Ali mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Inai Junior dan The Alice Smith School, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan persekolahan menengahnya di Marlborough College di Wiltshire, United Kingdom di peringkat GCSE (‘O’ Level) dan GCE ‘A’ Level, Yang Amat Mulia Tunku juga bergiat aktif mewakili kolej dalam sukan badminton dan bola keranjang, dan menjalani latihan asas ketenteraan dengan menganggotai Angkatan Kadet Campuran (CCF).

Tunku Ali memperoleh keputusan yang cemerlang di peringkat A-Level. Dengan keputusan yang cemerlang itu membolehkan beliau dianugerahkan biasiswa Sime Darby/Cambridge Commonwealth Trust Fellowship dan meneruskan pengajiannya di University of Cambridge pada tahun 1995. Pada tahun 1998, beliau menamatkan pengajiannya dalam program Ijazah Sarjana Muda Sejarah, Sains Sosial dan Politik dengan kepujian. Ketika di universiti, beliau merupakan ahli jawatankuasa Malaysian Students Association (Persatuan Pelajar Malaysia) dan juga merupakan bendahari Cambridge University Orient Express, sebuah persatuan yang ditubuhkan untuk meningkatkan pemahaman budaya antara pelajar yang berlatar belakangkan pelbagai budaya Asia dan United Kingdom. Beliau juga menghadiri pelbagai kursus di University Oxford, United Kingdom.

Tunku Ali juga menghadiri kursus-kursus di University of Oxford, United Kingdom.

Walaupun sibuk dengan tugasan rasmi yang disandang, Yang Amat Mulia Tunku Ali Redhauddin berjaya menamatkan program Masters in Public Administration di John F. Kennedy School of Government di Harvard University, Amerika Syarikat pada Julai 2011.

Kerjaya كرجاي sunting

Pada tahun 1997, Yang Amat Mulia Tunku berkhidmat di BZW Asia Ltd sebagai Summer Analyst, Corporate Finance. Kemudian Yang Amat Mulia Tunku memulakan kerjayanya sebagai Konsultan di McKinsey & Company, United Kingdom pada tahun 1998 dengan mengendalikan projek-projek dalam industri minyak dan gas, institusi kewangan, teknologi dan telekomunikasi. Ketika di Mckinsey & Company, pelbagai pendedahan dan pengalaman yang ditimba sewaktu Yang Amat Mulia Tunku menjalankan tugas di Eropah, Amerika Syarikat, Hong Kong, Singapura dan juga Malaysia.

Yang Amat Mulia Tunku bergiat aktif dalam program-program pembangunan masyarakat, di antaranya menganjurkan bengkel-bengkel kepimpinan untuk pelajar dan juga golongan profesional muda. Yang Amat Mulia Tunku turut melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang memberi pimpinan, bimbingan, dorongan dan pendedahan kepada anak-anak muda mahupun yang masih di bangku sekolah. Pendekatan Yang Amat Mulia Tunku terhadap tanggungjawab kepada masyarakat dipikul melalui penglibatan Yang Amat Mulia Tunku sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Pengasas, Teach for Malaysia, Pengerusi Yayasan Munarah serta Gabenor Marlborough College Malaysia. Yang Amat Mulia Tunku juga dilantik sebagai Karyawan Tamu Diraja Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Selain tugasan rasmi sebagai Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali juga membahagikan masanya sebagai ahli lembaga pengarah syarikat, pertubuhan bukan untung dan institusi pendidikan. Beliau diiktiraf sebagai Pemimpin Global Muda pada 2013 oleh Forum Ekonomi Dunia.[1]

Peranan ڤرانن sunting

Tunku Ali Redhauddin merupakan Pro-Canselor pertama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).[2]

Pada 25 November 2023, Tunku Ali telah dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu pada Istiadat Konvokesyen ke-51 oleh Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang juga merupakan Tuanku Canselor UKM.[3]

Istiadat pelantikan dan pemasyhuran Tunku Besar Seri Menanti ايستيعادة ڤلنتيكن دان ڤماشهوران تونكو بسر سري مننتي sunting

Pada 22 Februari 2009, istiadat pengurniaan gelaran pusaka Tunku Besar Seri Menanti kepada Tunku Ali Redhauddin berlangsung dengan penuh adat istiadat dengan dihadiri kira-kira 700 orang tetamu termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin serta anggota Exco, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan.

Istiadat penuh tradisi diraja ini diadakan dalam dua upacara di mana upacara pertama, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan membuat pengisytiharan dan berkenan menyerahkan watikah pelantikan dan sebilah keris yang diwarisi zaman berzaman itu kepada Tunku Ali Redhauddin. Setelah itu, Tunku Ali Redhauddin melafazkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz. Turut berangkat, Permaisuri Baginda Tengku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Pasangan diraja kemudian berangkat meninggalkan dewan untuk istiadat menghadap, di mana para pegawai istana memberi penghormatan kepada Tunku Besar Seri Menanti atas pelantikan baginda.

Disamping itu, Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa Tunku Besar Seri Menanti adalah anggota Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan yang dianggotai oleh Yang di-Pertuan Besar dan Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin.[4]

Komander Rejimen 508 Askar Wataniah (2019 - Kini) sunting

Pada 30 Ogos 2019, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berkenan bagi menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz yang dinaikkan pangkat daripada Leftenan Kolonel kepada Kolonel di Istana Besar Seri Menanti.

Istiadat dimulakan dengan Lt Jen Dato' Haji Mohd Nazir Haji Mami, Panglima Medan Tentera Darat menghadap dan memohon perkenan Tuanku bagi memulakan majlis pemakaian pangkat Kolonel kepada Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti.

Pelantikan tersebut dicapai melalui Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-575 yang bersidang pada 24 Mei 2019 dan telah diperkenankan oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong bagi menganugerahkan pangkat Kolonel dalam Rejimen Askar Wataniah kepada Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti dan menjawat Komander Rejimen 508 Askar Wataniah.

Turut hadir, YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan serta Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat.

Pada 4 Mac 2021, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, berkenan menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah di Istana Besar Seri Menanti.

Istiadat berkenaan dimulakan dengan Markas Tentera Darat, Bahagian Pasukan Simpanan, Mejar Mohd. Khairi Amzah menghadap dan memohon perkenan pembacaan pengisytiharaan kuasa kelulusan, kenaikan pangkat.

Pelantikan tersebut dicapai melalui Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-589 yang bersidang pada 24 November 2020.

Ia kemudian diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menganugerahkan pangkat Brigedier Jeneral dalam Rejimen Askar Wataniah kepada Tunku Besar Seri Menanti yang menjawat jawatan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah.

Yang hadir sama dalam istiadat berkenaan ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain. [5]

Terasul, gelaran dan kurniaan تراسول، ڬلرن دان کورنياءن sunting

Gelaran hormat bagi
Tunku Ali Redhauddin
 
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tunku

Terasul dan gelaran sunting

  • 26 April 1977 - 28 Disember 2008 : Yang Mulia Tunku Ali Redhauddin ibni Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Muhriz
  • 29 Disember 2008 - 21 Februari 2009 - Yang Amat Mulia Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz
  • 22 Februari 2009 - kini : Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz

Gelaran penuh beliau ialah :

Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz, D.K.Y.R., S.S.T.M.

Kurniaan sunting

  • Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz (2009)
  • Pingat Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke-35 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (2015)
  • Pingat Pertabalan Kebawah DYMM Sultan Kedah ke-29 Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah (2018)

Darjah Kebesaran درجه كبسرن sunting

Beliau telah dianugerahkan [6]:

Negeri Sembilan sunting

Rujukan رجوكن sunting

  1. ^ "Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz". World Economic Forum (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 April 2020.
  2. ^ "TUNKU ALI PRO-CANSELOR PERTAMA USIM". USIM. Dicapai pada 26 November 2023.
  3. ^ @negerisembilanroyal (25 November 2023). "Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia". Dicapai pada 25 November 2023 – melalui Instagram.
  4. ^ "Tunku Ali Redhauddin dilantik Tunku Besar Seri Menanti". mStar. 22 Februari 2009. Dicapai pada 28 November 2023.
  5. ^ "Tunku Ali Redhauddin dianugerahkan pangkat Brigedier Jeneral". Utusan Malaysia. 4 Mac 2021.
  6. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".