Mah Hang Soon
Senator Dato' Dr. Mah Hang Soon 马汉顺 (lahir 1965) merupakan seorang ahli politik daripada parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang merupakan parti komponen Barisan Nasional. Beliau kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan I pada 10 Mac 2020. Beliau merupakan Timbalan Presiden MCA selepas parti itu mengadakan pemilihan parti pada 4 November 2018.
Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Mah Hang Soon DPMP (Perak) | |
---|---|
马汉顺
مه هڠ سون | |
Timbalan Menteri Pendidikan I | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – Kini Berkhidmat dengan Yang Berhormat Tuan Muslimin Yahaya (Timbalan II) | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin |
Didahului oleh | Yang Berhormat Teo Nie Ching |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Memegang jawatan 10 Mac 2020 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Mah Hang Soon 19 Julai 1965 |
Parti politik | ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() |
Pasangan | Datin Lim Soo Lee |
Anak-anak | Mah Song Wei |
Alma mater | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Doktor |
Gaji | RM51,543.65 sebulan[1] |
Nilai bersih | RM10 ke 15 juta[1] |
Latar belakangSunting
Dato' Dr. Mah Hang Soon merupakan seorang pakar jantung dan berkelulusan dari Universiti Malaya. Beliau menceburi bidang politik sepenuh masa mulai tahun 2009.[2]
Beliau berasal dari Kampung Baru Changkat Kruing, Ayer Tawar, Perak Darul Ridzuan. Merupakan anak sulung daripada 6 adik beradik. Bapanya bernama Mah Chow Nam (1945-2014) dan ibunya bernama Lee Kee Hiong (lahir 1944) yang merupakan pekebun kecil getah dan kelapa sawit.[3] Beliau telah berkahwin Datin Lim Soo Lee[4] dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Mah Song Wei (1996-kini)[5].
Malaysian Chinese Association (MCA)Sunting
Beliau pernah dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan[6] dan Ketua Pemuda MCA Perak[7] pada tahun 2008-2010. Pada tahun 2013 hingga kini, beliau merupakan Pengerusi MCA Perak dan Central Council (CC)[8]. Pilihanraya Parti MCA akan diadakan dalam masa 6 bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada tahun 2018.[9]
Kerjaya politikSunting
Pada tahun 2004, Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11) merupakan kali pertama bagi Dato' Dr. Mah Hang Soon mewakili Barisan Nasional bertanding di Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) bagi Kawasan Jelapang, N.31. Dalam hal ini, beliau tidak berjaya dengan undian sebanyak 7,981 undi berbanding dengan Hee Yit Soong, calon DAP mendapat undian sebanyak 8,233 undi.
Pada tahun 2008, Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) beliau memenangi DUN bagi Kawasan Chenderiang, N.46 dengan majority sebanyak 3,392 undi dan mengulangi kejayaan yang sama pada tahun 2013, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan majoriti sebanyak 4,767 undi.
Dato' Dr. Mah Hang Soon pernah menjawat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan untuk portfolio seperti berikut:
- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak (Tahun 2009-2013); dan
- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri Perak (Tahun 2014-2018)[10][11].
Pada tahun 2018, beliau diumumkan sebagai calon bagi Parlimen Tanjong Malim, P.077 untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Majlis Pengumuman Calon BN Negeri Perak, Kediaman Menteri Besar Perak, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 24 April 2018[12]
Seterusnya beliau menerima bantahan daripada penyokong YB Dato' Sri Ong Ka Chuan dan membuat bantahan di depan Bangunan Perdana, Putrajaya pada 26 April 2018[13]. Akhirnya, Sesi Penamaan Calon yang telah diadakan di Majlis Daerah Tanjong Malim, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan pada 28 April 2018 dengan mengesahkan bahawa Dato' Dr. Mah Hang Soon bertanding di Parlimen Tanjong Malim, P.077 untuk PRU14.
Sebagai keputusan PRU14 pada 9 Mei 2018, beliau tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang. Jumlah undi yang diterima oleh beliau adalah 19,314 undi manakala calon PKR mendapat undi sebanyak 24,672 undi dengan majoriti 5,358 undi. Secara keseluruhannya, Barisan Nasional tewas di peringkat Parlimen dan tidak berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU14.
Keputusan pilihan rayaSunting
Tahun | Kawasan Pilihan Raya | Kerajaan | Undian | Peratusan | Pembangkang | Undian | Peratusan | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | N31 Jelapang | Mah Hang Soon (BN-MCA) | 7,978 | 48.16% | Hee Yit Foong (DAP) | 8,231 | 49.68% | 16,921 | 253 | 70.39% | ||
Foo Tiew Kok (PKR) | 358 | 2.16% | ||||||||||
2008 | N46 Chenderiang | Mah Hang Soon (BN-MCA) | 7,451 | 64.74% | Arjunan A/L Muthu (PKR) | 4,059 | 35.26% | 12,115 | 3,392 | 66.96% | ||
2013 | Mah Hang Soon (BN-MCA) | 10,866 | 64.05% | Amani Williams-Hunt Bin Abdullah (PKR) | 6,099 | 35.95% | 17,542 | 4,767 | 80.70% |
Tahun | Kawasan Pilihan Raya | Kerajaan | Undian | Peratusan | Pembangkang | Undian | Peratusan | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | P077 Tanjong Malim, Perak | Mah Hang Soon (BN-MCA) | 19,314 | 35.57% | Chang Lih Kang (PH-PKR) | 24,672 | 45.44% | 55,613 | 5,358 | 81.22% | ||
Mohd Tarmizi (PAS) | 10,311 | 18.99% |
AnugerahSunting
- Perak :
RujukanSunting
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ Father of Perak MCA chief passes away at his home in Ayer Tawar, The Star, 17 September 2014
- ^ Father of Perak executive councillor laid to rest, The Star, 16 September 2014
- ^ SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI KEDIAMAN MENTERI BESAR PERAK, Taipingmali, 5 Februari 2011
- ^ Proud day for Dr Mah as he presents school's top award to his son, The Star, 9 November 2013
- ^ 2] deputy Youth chief Dr Mah wins MCA hearts, The Star, 17 Oktober 2008
- ^ Cardiologist Dr Mah is new Perak MCA Youth chief, The Star, 6 September 2008
- ^ MCA to postpone party polls until after GE, Astro Awani, 21 Disember 2013
- ^ MCA to postpone party polls until after GE, The Star, 8 Mei 2016
- ^ [1]Pengerusi MCA Perak Angkat Sumpah Sebagai Exco, mStar, 12 Mei 2014
- ^ [2]Perak MCA chief sworn in as 10th state executive councillor, The Star, 12 Mei 2014
- ^ [3]PRU-14: Senarai penuh calon BN Perak, Berita Harian, 24 April 2018
- ^ [4]BN Perak siasat dalang protes Tanjung Malim, Berita Harian, 26 April 2018
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 23 April 2013. Dicapai pada 10 March 2020.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 10 March 2020.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)