Melayu
(Dilencongkan daripada Masyarakat Melayu)
Istilah Melayu boleh membawa maksud dan pengertian yang berbeza iaitu:
- Orang Melayu, iaitu sebutan daripada kumpulan etnik-etnik daripada rumpun Melayu, meliputi:
- Orang Melayu Brunei, kumpulan etnik di Brunei
- Orang Melayu Indonesia, kumpulan etnik di Indonesia
- Orang Melayu Malaysia, kumpulan etnik di Malaysia
- Orang Melayu Sri Lanka, kumpulan etnik di Sri Lanka.
- Orang Melayu Singapura, kumpulan etnik di Singapura.
- Orang Melayu Cape, kumpulan etnik di Afrika Selatan
- Orang Melayu Thai, kumpulan etnik di Thailand.
- Orang Melayu Cocos, kumpulan etnik di Kepulauan Cocos (Keeling), Australia.
- Geografi
- Alam Melayu, ialah istilah lazim merujuk kepada Asia Tenggara Maritim.
- Kepulauan Melayu, ialah kepulauan yang terletak di antara Indo-China dan Australia.
- Semenanjung Melayu, merujuk kepada tempat yang didiami oleh sebahagian daripada masyarakat etnik Melayu, di daerah Asia Tenggara.
- Politik
- Tanah Melayu atau Malaya, kawasan semenanjung Melayu yang pernah dijajah dan dinaungi British zaman penjajahan sebagai Tanah Melayu British, yang kemudiannya menjadi Persekutuan Tanah Melayu.
- Kerajaan Melayu, adalah sebuah kerajaan Melayu Buddha yang berpusat di Sumatera dan terletak di kawasan Asia Tenggara.
- Ketuanan Melayu, satu ideologi politik yang diamalkan di Malaysia dan Brunei, namun tidak digunakan di Indonesia dan Singapura.