Omar Mohd Hashim

ahli akademik Malaysia

Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim (lahir di Dinding, Perak, 11 November 1935 – meninggal 6 Mei 2019 pada umur 83 tahun) ialah seorang tokoh pendidikan, penulis dan ahli sejarah di Malaysia. Beliau menjadi Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (1985-1990) dan Tokoh Guru Pulau Pinang (1991).[1] Beliau menyandang jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dari 21 Jun 1999 - 11 November 2000.

YBhg Tan Sri Dato' Haji

Omar Mohd Hashim

PSM; DSPN (PP); JMN, JSM, PPM
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Dalam jawatan
1999 – 11 November 2000
Didahului olehHarun Din
Digantikan olehAb Rashid Ab Rahman
Butiran peribadi
Lahir(1935-11-11)11 November 1935
Dindings, Perak Darul Ridzuan
Meninggal dunia6 Mei 2019(2019-05-06) (umur 83)
PasanganPuan Sri Aishah Mohd Zahir
Anak-anak4

Pendidikan sunting

Beliau belajar di Sekolah Permatang Bertam, Pulau Pinang.Selain itu belajar pendidikan Arab / Islam di Daeratul Wataniah, Kepala Batas ; Penang Free School dan Universiti Malaya (Singapura) pada 1960.

Kerjaya sunting

Omar Mohd Hashim bekerja sebagai guru siswazah di beberapa sekolah menengah dan menjadi Pegawai Peperiksaan ; Pengarah Pendidikan Sabah dan Johor; Pengarah Lembaga Peperiksaan (LP) dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (EPRD) dan terakhir sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (1985-1990).

Beliau antara tokoh yang bertanggungjawab menukar peperiksaan SPM/MCE daripada Cambridge pada tahun 1978. Semasa melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan beliau turut memantapkan persekolahan Menengah Melayu dan Bahasa Melayu menerusi sistem peperiksaan umum.

Selepas bersara sunting

Selepas bersara, beliau dilantik menganggotai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (1990-1992); Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kemudiannya Pengerusi (SPR) dan bersara wajib terakhir pada 11 November 2000. Antara tugas beliau di SPR ialah operasi pembersihan daftar pemilih secara besar-besaran pada tahun 1991; kedua, kajian semula untuk mengemaskini secara menyeluruh semua akta dan peraturan-peraturan pilihanraya yang dipakai; dan ketiga, menetapkan cuma satu hari untuk pembuangan undi bagi seluruh negara.

Persatuan Sejarah Malaysia sunting

Beliau aktif dalam Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dan sejak 1989 mengantikkan TYT Tun Hamdan Syeikh Tahir. Tun Hamdan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.PSM berperanan sebagai pembangunan penulisan sejarah dalam kehidupan dan pembangunan negara. Antaranya ialah aktiviti penerbitan, penyelidikan, khidmat rundingan, pemuliharaan, juga menganjurkan seminar-seminar yang ditaja bersama universiti, arkib dan muzium, juga membabitkan ramai para guru, pensyarah serta peminat sejarah. Jurnal Malaysia Dari Segi Sejarah dan monograf-monograf disebar luar dalam dan luar negeri dan menjadi bahan rujukan utama pengkaji sejarah Malaysia moden. Beliau bersama PSM berjaya mendirikan ibu pejabat PSM iaitu “Wisma Sejarah” yang siap pada tahun 2003 dengan belanja RM20 juta .

Penulisan sunting

Minat beliau dalam penulisan dikesan melalui majalah-majalah mahasiswa seperti Bahasa (PBMUM), Suara Islam, dan Pelajar (SPMS).Terdapat 321 karangan, makalah, ucapan dari 1952 hingga 1998 . Beliau juga menulisan buku Pertentangan (1968), Pengisian Misi Pendidikan (1991) dan Pendidikan: Persoalan dan Harapan (1993).

Beliau pernah menjadi Ahli Panel ‘Anugerah Sastera Negara’ (1972-1977), dan Ahli Panel ‘Hadiah Sastera’ (1984- 1990), di samping menjadi salah seorang pengasas Persatuan Penulis Nasional (PENA).

Omar Mohd Hashim juga menjadi Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Aminuddin Baki (1965-); Ahli Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1985-1990); Ahli Majlis Universiti Malaya sehingga 1989; Ahli Majlis Pentadbir Kolej Tuanku Abdul Rahman (1985-1990); Ahli Lembaga Dewan Bahasa dan Pustaka (1985-1991); Ahli Lembaga Pengurusan RECSAM (1985-1990); Ahli Lembaga Majlis Peperiksaan Malaysia (1984-1990), Ahli Lembaga Pentadbiran Royal Military College (1984-1990); Ahli Jemaah Universiti Malaya (1991-1997), Pengerusi Jawatankuasa Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia (1993-2000), Ahli Lembaga Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (IKSEP) sejak 1994, Ahli Penasihat Arkib Negara Malaysia sejak 1990 dan pengerusinya pada 2003, Ahli Pemegang Amanah WWF (1990-1998).

Selain itu, beliau juga menjadi Timbalan Presiden Persatuan Pendidikan Penilaian Antarabangsa (IAEA) di Princeton, USA (1981-1991).


Anugerah sunting

PPM (1974), JSM (1978), DSPN (1988) dan JMN (1990), Tokoh Guru Pulau Pinang (1991) dan Fellow Terutama Institut Aminuddin Baki (1999).

Pada 16 Mei 2012, beliau dinobat sebagai 'Tokoh Guru Kebangsaan 2012' sempena Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaaan di Kuala Kangsar, Perak. Tokoh guru lain ialah bekas Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib; Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pintar, Datuk Mary Yap Kain Ching; bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Pulai, Kluang, Johor, Mohd Azman Abdul Rashid dan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2011, Lim Ai Lee @ Lim Irene. Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan 2012 disandang oleh pengasas Sekolah Kadir Adabi dan Sekolah Wadi Sofia, Datuk Hassan Harun. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[2]

Keluarga sunting

Dato’ Omar berkahwin dengan Datin Aishah Mohd Zahir pada bulan Ogos 1967 dan mempunyai 4 orang anak perempuan, dua doctor perubatan, seorang lulusan undang-undang dan seorang lagi bidang ekonomi.

Hasil penulisan sunting

  1. Pengisian misi pendidikan : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, 1999.
  2. Pengisian misi pendidikan : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.

Rujukan sunting