Separuh Akhir Muzik Muzik 28

Separuh Akhir Muzik Muzik 28 ialah sebuah program televisyen yang ditayangkan di TV3 sebagai sebahagian daripada proses penentuan juara dalam program mingguan Muzik Muzik di mana ia diadakan selama tiga pusingan bagi menentukan lagu mana yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-28.

Sejarah sunting

Ia mula diperkenalkan pada edisi ke-7 pada tahun 1992 setelah kategori terbuka diubah kepada ktegori berasaskan genre muzik iaitu Balada, Pop Rock dan Etnik Kreatif. Ia bagi membolehkan 10 buah lagu mewakili setiap genre akan dipertandingkan bagi memenuhi empat kerusi yang layak ke peringkat akhir. Pada edisi ke- 24, penganjur kembali menggabungkan semua kategori menjadi terbuka namun separuh akhir masih dijalankan dengan memilih 30 buah lagu yang mempunyai merit yang cukup dalam carta untuk bersaing secara berperingkat selama tiga pusingan bagi merebut 12 (atau 14, bergantung kepada juri) kerusi yang layak ke peringkat akhir. Keputusan diumumkan pada minggu ketiga pertandingan. Kebiasaannya Separuh Akhir Muzik Muzik dijalankan pada pusingan mingguan ke-50 iaitu pada bulan November setiap tahun. Ia membolehkan finalis yang layak ke peringkat akhir membuat persiapan dalam tempoh hampir dua bulan sebelum acara Anugerah Juara Lagu.

Muzik Muzik 28 sunting

Konsert Muzik-Muzik Separuh Akhir disiarkan pada tiga malam Jumaat berturut-turut pada 8, 15 dan 22 November 2013, jam 9 malam, bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam. Program ini dihoskan oleh Scha Al-Yahya dan AG Selamat[1].

Senarai Lagu Semi-finalis Muzik Muzik 28 sunting

Pusingan Pertama (8 November) sunting

Lagu Pencipta Penulis Lirik Penyanyi
"In Love With You" Noh Salleh Aizat Amdan dan Noh Salleh
"Penglipurlara" Omar K Zell Hazama Azmi dan The Penglipurlara
"Menunggu" Akim Ahmad Akim Ahmad
"Jangan Pergi" Adriensyah Megat Daniel Affendy Kumpulan Loka
"Tetap Menantimu" Akid Poji Samad Nomad
"Cinta Kasih" Nurzaidi Abdul Rahman Mila Jirin dan Nubhan Ahamad
"Tak Cuba Kembali" Asfan Shah Asfan Shah
"Setia Hujung Nyawa" Faz Alberto Fiq Halim dan Mel (Sakura Band)
"Agenda Jahilliah" Shamsul Annuar Mohd Baharom Kumpulan Bunkface
"Takkan Terpisah" Rudi Muhammad (Kuncidemak) Black Hanifah
"Permata" Zuriani Zoneveld Alyah Alyah menampilkan Ben

Pusingan Kedua (15 November) sunting

Lagu Pencipta Penulis Lirik Penyanyi
"Tanda Tanya" Light / Bakri Maembong Dark Kumpulan Azlan & The Typewriter
"Kita" Edry Abdul Halim Kumpulan Forteen
"Dewi Cinta" Zulkifli Majid / Mohd Atlas Adira Suhaimi
"Sahabat" Najwa Latif Ika Latif / Alif Abdullah Najwa Latif menampillkan Kumpulan Sleeq dan Syam Kamarul
"Adamu" Najwa Latif Ika Latif Najwa Latif
"5 Minit" ID Mifzal B.A.M Ariz Ramli Ramlah Ram menampilkan Caprice
"Hanya Aku" Kumpulan Hyper Act Frozen Kumpulan Hyper Act
"Kalau Aku Kaya" Omar K / Audi Mok Altimet Altimet dan Awi Rafael
"Aku Pelat" DJ Fuzz Salam, Eyza Bahra dan Jay Tan Kumpulan Salammusik
"Kau Yang Terindah" Erma Fatima (Citra) Alyah
"Penghibur Jalanan" Amir Jahari Amir Jahari

Pusingan Ketiga (22 November) sunting

Lagu Pencipta Penulis Lirik Penyanyi
"Bahagiamu Deritaku" Rozman Shafie (LY) Norkhayati (Baiduri) Hafiz Suip
"Ikut Rentakku" Edry Abdul Halim Jaclyn Victor
"Bosan" Audi Mok Omar K Stacy
"Kembali" Akim Ahmad Akim Ahmad dan Stacy
"Anugerah Hidup" Richael Gimbang, Din Hormatov, Azwin Andy, Nor Hanafi Richael Gimbang Kumpulan Estranged
"Dwihati" Anas Amdan Aizat Amdan dan Noh Salleh Aizat Amdan dan Yuna Zarai
"Rumah Kita" Noh Salleh Kumpulan Hujan
"Jagalah Diri" Edry Abdul Halim Jaclyn Victor

Lain-lain sunting

Nota;

Lihat juga sunting

Rujukan sunting