Stadium Etihad
Stadium Bandar Raya Manchester (ستاديوم بندر راي منچيستر, bahasa Inggeris: Manchester City Stadium ) atau Stadium Etihad (bahasa Inggeris: Etihad Stadium hasil penajaan Etihad Airways[1]) ialah sebuah stadium yang terletak di Manchester, England.[10][1][11] Stadium ini juga dikenali sebagai "COMS" atau "Eastlands".[12][13][14] Stadium ini telah direka oleh Arup dan dibina oleh John Laing. Ia pertama kali direka bentuk sebagai sebahagian daripada bidaan yang gagal Manchester untuk ke Sukan Olimpik Musim Panas 2000. Stadium ini telah dibina untuk Sukan Komanwel 2002 dengan kos berjumlah £110 juta. Selepas sukan tersebut, stadium ini telah ditukar kepada sebuah stadium bola sepak dan menjadi gelanggang kelab kepada pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris iaitu Kelab Bolasepak Bandar Raya Manchester (Manchester City F.C.) setelah menandatangani perjanjian pajakan selama 250 tahun pada tahun 2003.[15]
Stadium Etihad ستاديوم إتحاد | |
---|---|
Stadium Elit UEFA | |
Nama lama | Stadium Bandar Raya Manchester[1] |
Lokasi | SportCity, Rowsley St., Manchester M11 3FF |
Koordinat | 53°28′59″N 2°12′1″W / 53.48306°N 2.20028°WKoordinat: 53°28′59″N 2°12′1″W / 53.48306°N 2.20028°W |
Pecah tanah | Disember 1999[2] |
Dibuka | 25 Julai 2002 (olahraga)[3] 10 Ogos 2003 (bola sepak)[3] |
Diperbesarkan | 2002–2003 |
Pemilik | Majlis Bandar Raya Manchester |
Pengendali | Manchester City F.C. |
Permukaan | Desso GrassMaster |
Kos pembinaan | £112 juta (stadium olahraga awal) £22 juta (penukaran untuk bola sepak) £20 juta (menambah restoran, bar dan lain-lain) |
Arkitek | Arup Associates |
Kontraktor utama | Laing Construction Ltd. Watson Steel Ltd. |
Kapasiti | 47,805 – Bola sepak tempatan (2011–)[4] 47,726 – Bola sepak tempatan (2003–11)[5] 45,500 – Bola sepak seliaan UEFA[6] 60,000 – Konsert muzik[7] 57,000 – Tinju[8] 38,000 – Sukan Komanwel 2002[9] |
Dimensi padang | 105 dengan 68 meter (344 kaki x 223 kaki) |
Penyewa | |
Manchester City F.C. Tuan rumah bagi acara sukan utama Sukan Komanwel 2002 Kejuaraan Wanita UEFA 2005 Piala Akhir UEFA 2008 Ricky Hatton vs. Juan Lazcano (Perlawanan gelaran juara dunia IBO 2008) |
Bentuk stadium ini adalah seperti mangkuk. Stadium ini mempunyai dua tingkat di semua laluan. Terdapat pula tingkat tiga di bahagian tempat duduk sisi tengah stadium. Sebagai permulaan musim 2010/2011, stadium ini adalah stadium kelima terbesar dalam Liga Perdana FA dan kedua belas terbesar di United Kingdom dengan 47,805 tempat duduk. Kapasiti tempat duduk itu dikurangkan kepada kepada 45,500 apabila terdapat perlawanan bola sepak UEFA (Kesatuan Bola Sepak Eropah) disebabkan oleh kehendak penaja UEFA. Kehadiran penonton bola sepak teramai di stadium ini telah direkodkan pada 5 Disember 2009 apabila 47,348 peminat datang menyaksikan perlawanan antara Manchester City dengan Chelsea. Pada 14 Mei 2008, stadium ini telah menjadi stadium tuan rumah bagi Piala Akhir UEFA 2008.
Pada Mac 2010, pihak Manchester City telah menandatangani satu perjanjian dengan Majlis Bandar Raya Manchester untuk memberi kebenaran bagi membangunkan semula tanah di sekeliling stadium. Pembangunan tersebut termasuklah menambah bilangan tempat duduk kepada 60,000 di dalam stadium.[16] Kerja-kerja pembangunan tersebut telah dimulakan pada September 2010.[17] Kelab tersebut juga telah berbincang dengan pihak majlis bandaraya untuk membuat pajakan baharu bagi stadium itu untuk masa hadapan.[18]
Sejarah
suntingPembinaan
suntingRancangan untuk membina sebuah stadium di timur Manchester telah dibuat sekitar tahun 1990 sebagai sebahagiaan daripada bidaan untuk menjadi bandar tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2000. Walau bagaimanapun, pada Oktober 1993, bidaan tuan rumah sukan itu telah diberikan kepada bandaraya Sydney, Australia. Manchester kemudian berjaya pula menjadi tuan rumah bagi Sukan Komanwel 2002 setelah menang dalam satu bidaan. Mereka menggunakan rancangan stadium daripada bidaan Olimpik. Pada tahun 1996, stadium yang dirancangkan ini telah bersaing dengan Stadium Wembley bagi mendapatkan pembiayaan untuk menjadi stadium kebangsaan. Dana tersebut bagaimanapun telah digunakan untuk membangunkan semula Wembley.
Peletakan batu asas pembinaan Stadium Bandar Raya Manchester telah dilakukan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tony Blair pada bulan Disember 1999.[19] Pembinaannya telah dimulakan pada bulan berikutnya.[20] Stadium ini telah direka oleh Arup dan dibina oleh John Laing. Pembinaan kos stadium ini telah menelan belanja sebanyak £110 juta. £77 juta daripadanya dibayar oleh Sport England dan selebihnya ditanggung oleh pihak majlis bandaraya.[21] Bagi Sukan Komanwel, stadium itu mempunyai satu tingkat yang lebih rendah di sepanjang tiga sisi trek olahraga. Terdapat tingkat kedua di kedua-dua sisi. Ia juga mempunyai satu pelantar terbuka sementara pada satu hujung.
Sukan Komanwel
suntingAcara pertama di stadium itu ialah majlis pembukaan Sukan Komanwel 2002 pada 25 Julai 2002. Antara tetamu kehormat yang menghadiri acara tersebut ialah Ratu Elizabeth II. Ketika berlangsungnya sukan ini, kesemua acara olahraga dan ragbi tujuh. Empat rekod Komanwel telah dipecahkan termasuklah dalam acara lompat kijang wanita dan larian 5000 meter.[22] Acara olahraga telah mencatatkan prestasi yang membanggakan dalam sukan Komanwel ketika itu.
Perubahan stadium
suntingSelepas Sukan Komanwel, stadium ini telah diubah supaya ia boleh digunakan sebagai stadium bola sepak. Tokoh olahraga seperti Jonathan Edwards dan Sebastian Coe telah mengecam tindakan mengubah stadium ini.[23] Pembangunan semula perlu diberikan untuk masa hadapan stadium itu. Seksyen trek telah dikeluarkan dan ditempatkan di stadium olahraga yang lain.[24] Tingkat bawah stadium telah direndahkan untuk memberi laluan kepada satu lagi tingkat untuk tempat duduk stadium. Pelantar tersebut sementara telah dibina. Ia telah digantikan dengan struktur kekal berdasarkan reka bentuk serupa yang sedia ada di penghujung selatan. Kerja-kerja tersebut memakan masa setahun dan termasuklah penambahan lagi 12,000 tempat duduk. Manchester City F.C. dipindahkan ke tempat baharu untuk musim 2003-04. Kos pengubahsuaian tersebut memakan belanja lebih £30 juta. Kos tersebut telah dibayar oleh kelab bola sepak.[25]
Perlawanan dan maklum balas
suntingPerlawanan bola sepak pertama di stadium itu ialah perlawanan persahabatan antara Manchester City dengan Barcelona pada 10 Ogos 2003. Manchester memenanginya dengan keputusan 2-1. Gol pertama dijaringkan oleh Nicolas Anelka.[26] Perlawanan persaingan pertama diikuti empat hari kemudian. Ia adalah perlawanan Piala UEFA antara Manchester City dan The New Saints dari Liga Perdana Wales. Akhirnya, City menang dengan 5 gol berbalas 0. Manchester City memulakan musim Liga Perdana Inggeris dengan perlawanan di tempat lawan. Mereka mengalahkan Charlton 3-0. Perlawanan pertama City di tempat sendiri dalam stadium baharu mereka adalah pada 23 Ogos dimana mereka bertarung dengan Portsmouth. Kedua-dua pasukan itu mendapat keputusan seri satu sama dimana gol City dijaringkan oleh David Sommeil manakala jaringan gol Portsmouth pula dilakukan oleh Yakubu Aiyegbeni.[27] Kemenangan pertama kali City dalam Liga Perdana adalah pada 14 September. Nicolas Anelka menjaringkan hatrik untuk membantu City mengalahkan Aston Villa 4-1.[28] Kehadiran rekod bola sepak di stadium ini ialah 47,348 orang. Ia berlaku dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea pada 5 Disember 2009.[29]
Stadium juga telah menjadi tuan rumah kepada beberapa acara sukan lain. Ia menjadi stadium ke-50 untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan bola sepak antarabangsa apabila pasukan kebangsaan England dan Jepun bermain pada 1 Jun 2004. Pada 30 Oktober tahun itu juga, stadium ini menjadi tuan rumah kepada perlawanan liga ragbi antara Great Britain dan Australia dalam siri Tri-Nations. Pada Jun 2005, stadium ini menjadi tuan rumah kepada perlawanan pembukaan England di Kejohanan Wanita UEFA. Ia menetapkan rekod kehadiran untuk pertandingan itu.[30] Stadium ini kemudiannya diberi nilai sebagai stadium elit oleh UEFA. Ia juga menjadi tuan rumah kepada Piala UEFA 2008 peringkat akhir antara Rangers dan Zenit St Petersburg.[31]
Stadium ini juga telah mendapat maklum balas yang positif daripada peminat. Ia berada di tempat kedua selepas Stadium Old Trafford dalam satu pungutan suara pada tahun 2005 untuk mencari tempat bola sepak kegemaran yang berasal dari United Kingdom.[32] Oleh sebab pihak Majlis Bandar Raya Manchester merupakan pemilik stadium itu, maka juga dipanggil itu "Dewan Majlis" oleh peminat saingan City iaitu Manchester United.
Nama stadium
suntingStadium ini dinamakan sebagai Stadium Bandar Raya Manchester oleh Majlis Bandar Raya Manchester sebelum pembinaan bermula pada bulan Disember 1999 tetapi ia mempunyai beberapa nama lain yang biasa digunakan.[2][1] Nama Eastlands merujuk kepada nama tapak stadium dan stadium itu sendiri sebelum dinamakan sebagai SportCity dan ComS masing-masing serta masih dalam penggunaan biasa untuk merujuk kepada stadium dan keseluruhan kompleks sukan. ComS adalah nama kependekan kepada Stadium Bandar Raya Manchester apabila ia ditulis dan dibicarakan. Selepas kelab diambil alih oleh Abu Dhabi United Group pada tahun 2008, sesetengah penyokong berseloroh dengan mengatakan stadium itu sebagai Eastlands Tengah.[33] Pada Julai 2011, pihak Manchaster City mengumumkan bahawa stadium itu dikenali sebagai Stadium Etihad.[34] Hal ini dipercayai apabila Etihad Airways bertarung dalam persaingan dengan Ferrostaal dan Aabar untuk mendapatkan hak penamaan ke atas stadium ini.[35]
Penerimaan
suntingPurata kehadiran Liga Perdana | |||
---|---|---|---|
Musim | Purata kehadiran | Peratus kehadiran | Ranking dalam PL |
2009-2010 | 45,512 | 95.4% | Ke-3 tertinggi Diarkibkan 2012-10-24 di Wayback Machine |
2008-2009 | 42,900 | 89.9% | Ke-5 tertinggi Diarkibkan 2012-10-24 di Wayback Machine |
2007-2008 | 42,126 | 88.3% | Ke-6 tertinggi Diarkibkan 2012-10-24 di Wayback Machine |
2006-2007 | 39,997 | 83.8% | Ke-6 tertinggi Diarkibkan 2012-10-24 di Wayback Machine |
2005-2006 | 42,856 | 89.8% | Ke-4 tertinggi Diarkibkan 2012-10-24 di Wayback Machine |
2004-2005 | 45,192 | 94.7% | Ke-3 tertinggi Diarkibkan 2012-10-24 di Wayback Machine |
2003-2004 | 46,834 | 98.1% | Ke-3 tertinggi Diarkibkan 2012-10-24 di Wayback Machine |
Ramai orang menganggap Sukan Komanwel 2002 adalah satu kejayaan yang besar dengan stadium itu mendapat ulasan positif dari segi suasana dan reka bentuk seni bina.[36][37] Stadium Bandar Raya Manchester telah memenangi beberapa anugerah reka bentuk. Antaranya ialah Anugerah Rekabentuk Inklusif Arkitek Institut Diraja British 2004 untuk reka bentuk bangunan yang inklusif dan Anugerah Khas Institusi 2003 Jurutera Struktur Struktur Anugerah Khas Institusi Jurutera Struktur 2003.[38][39]
Reaksi Manchester City terhadap stadium ini adalah bercampur baur positif dan negatif. Sesetengah peminat mereka tidak terlalu teruja mengenai perpindahan dari Maine Road yang terkenal kerana di Maine Road, mereka mempunyai reputasi yang agak baik di sana. Sesetengah yang lain pula gembira terhadap perpindahan ini disebabkan stadiumnya yang lebih besar dan ia merupakan tempat asal kelab ini ditubuhkan iaitu di timur Manchester. Tinjauan peminat ketika Liga Perdana Inggeris 2007 mendapati bahawa Stadium Bandar Raya Manchester ini adalah kedua terbaik dalam Liga selepas Stadium Emirates.[40] Walau bagaimanapun, stadium ini juga mempunyai masalah biasa yang berlaku seperti di stadium moden yang lain dan peminat City menganggap suasana di stadium ini adalah kedua terendah di dalam Liga. Lain pula bagi peminat pihak lawan apabila mereka memberi respon yang positif terhadap suasana itu.
Pengangkutan
suntingStadium Bandar Raya Manchester terletak di timur Pusat Bandar Raya Manchester. Di stadium ini terdapat 2,000 tempat letak kenderaan dengan 8,000 lagi tempat disediakan di kawasan sekitar stadium yang disediakan oleh peniaga-peniaga dan sekolah-sekolah tempatan yang bekerjasama dengan pihak kelab bola sepak.[41] Stesen kereta api terdekat ialah Stesen Keretapi Ashburys. Jaraknya dari stadium ialah 20 minit berjalan kaki dan perkhidmatan di stesen tersebut adalah terhad.[41] Stesen Manchester Piccadilly iaitu stesen yang menyediakan perkhidmatan kereta api aliran utama dari London, Birmingham dan Edinburgh pula mempunyai jarak 30 minit berjalan kaki. Sesetengah perkhidmatan bas memberikan khidmatnya ketika perlawanan bola sepak berlangsung di stadium itu.[42]
Sambungan sistem trem Metrolink dengan tempat perhentian di stadium telah diumumkan pada tahun 2000, tetapi selepas kajian semula terhadap perbelanjaan kerajaan pada bulan Julai 2004, rancangan itu telah ditangguhkan.[43] Pada bulan Julai 2006, pembiayaan untuk sambungan tersebut telah dikembalikan semula, tetapi untuk tempoh yang singkat.[44] Stesen tersebut iaitu stesen Metrolink Sportcity sedang dalam pembinaan dan akan dibuka pada tahun 2012.[45]
Kegunaan lain
suntingKonsert muzik
suntingKonsert di Eastlands | |||
---|---|---|---|
Tahun musim panas |
Artis | ||
2004 | Red Hot Chili Peppers | ||
2005 | Oasis, U2 | ||
2006 | Take That, Bon Jovi | ||
2007 | George Michael, Rod Stewart | ||
2008 | Foo Fighters, Bon Jovi | ||
2009/2010 | Tiada | ||
2011 | Take That | ||
2012 | Coldplay,[46] Bruce Springsteen[47] |
Ketika luar musim bola, konsert kadang-kala juga dianjurkan di stadium ini dan stadium ini merupakan salah satu tempat konsert terbesar di United Kingdom dengan kapasiti maksimum 60,000 orang.[48] Apabila ia dibuka pada tahun 2003, ia menjadi tempat konsert di stadium yang terbesar di England.[49]
Konsert yang pertama ialah persembahan kugiran Red Hot Chili Peppers yang disokong oleh James Brown pada tahun 2004. Penyokong Manchester City, Oasis pernah menyertai konsert di stadium itu. Konsert Oasis di stadium itu pada tahun 2005 pernah mencatat kehadiran 60,000 orang.[7] Selain itu, kugiran dari Manchester, Take That pernah melancarkan DVD persembahan mereka di stadium itu iaitu Take That: The Ultimate Tour.[50] Antara artis lain yang pernah mengadakan konsert di situ ialah U2, Rod Stewart, Foo Fighters yang disokong oleh Manic Street Preachers dan The Futureheads, Bon Jovi, George Michael serta Sophie Ellis-Bextor.
Pada tahun 2008, musim pengubahsuaian tamat dan bermulanya musim bola sepak. Ini bermaksud stadium masih dalam keadaan belum bersedia untuk sebarang perlawanan. Kelab Manchester City terpaksa bermain perlawanan kelayakan pusingan pertama Piala UEFA mereka di Stadium Oakwell yang merupakan tempat bagi kelab Barnsley. Pada bulan Mei 2010, kelab City telah melabur untuk padang baharu dan konsert musim panas pun bermula apabila kumpulan muzik, Take That mengadakan konsert di Stadium Bandar Raya Manchester.[51][52] Jualan tiket yang terkumpul bagi konsert itu ialah kira-kira £ 400,000.[12]
Liga ragbi
suntingPada Oktober 2004, Stadium Bandaray Manchester telah menjadi tuan rumah bagi perlawanan liga ragbi antarabangsa di antara Great Britain dan Australia dalam Liga Ragbi Tiga Negara. Perlawanan itu telah mencatat kehadiran seramai 40,000 orang penonton.[53] Stadium ini juga akan menjadi tuan rumah bagi pertandingan Magic Weekend pada Mei 2012. Pertandingan liga ragbi itu akan disertai oleh 14 buah kumpulan ragbi daripada Liga Super dan ia berlangsung selama dua hari.[54]
Perlawanan tinju
suntingPada 24 Mei 2008, peninju kelahiran Stockport yang pernah memenangi kategori kelas menengah ringan IBO dan IBF, Ricky Hatton mengalahkan Juan Lazcano dalam satu pertandingan yang dikenali sebagai "Kepulangan Hatton". Perlawanan ini diadakan di hadapan 56,337 peminat dimana ia menetapkan satu rekod bagi kehadiran teramai dalam acara tinju di British selepas peristiwa Perang Dunia II.[8]
Rujukan
suntingPetikan
sunting- ^ a b c d
"Manchester City strike deal to rename Eastlands". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 8 July 2011. Dicapai pada 13 November 2011.
Manchester City have confirmed the City of Manchester Stadium will be renamed the Etihad Stadium after signing a 10-year deal with the airline.
- ^ a b
Hubbard, Alan (12 December 1999). "City of Manchester Stadium: The Wembley rescuers". independent.co.uk. The Independent. Dicapai pada 7 January 2008.
... the foundation stone was laid for the nation's other super stadium for the millennium. The Prime Minister, Tony Blair, did the honours in Manchester on Monday.
- ^ a b "Manchester City to pay council £2m a year for stadium naming rights". guardian.co.uk. Guardian News and Media Limited. 4 October 2011. Dicapai pada 12 November 2011.
- ^
Clayton, David (24 Jun 2011). "Piala Super Dublin: Aviva Stadium v CoMS". mcfc.co.uk. (Kelab Bola Sepak Manchester City). Dicapai pada 4 Julai 2011.
Note: Kapasiti Stadium Bandaraya Manchester telah berubah beberapa kali sejak musim luruh tahun 2008 dengan sedikit pengubahsuaian. Kapasiti semasanya ialah 47,805.
- ^
"History of Manchester City Stadium". oleole.com. (OleOle, LLC). Dicapai pada 3 November 2011.
Note: The original MCFC OWS source citation supporting this value is now archived and inaccessible but this one is still extant. Also see Talk Page discussion WRT veracity of this value for all seasons prior to current one.
- ^
"Champions League: Manchester City's Roberto Mancini urges caution ahead of momentous match against Napoli". Daily Telegraph. Telegraph Media Group Limited. 13 September 2011. Dicapai pada 14 September 2011.
...the ground will not be full to a capacity reduced to 45,500 because of Uefa's advertising requirements.
- ^ a b
"Man City stadium given UEFA final". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 4 October 2006. Dicapai pada 28 October 2010.
Highest other attendance: 60,000 for Oasis concert, 2005
- ^ a b
Lamont, Tom (29 June 2008). "The annotated arena – City of Manchester Stadium". The Observer. Guardian News and Media Limited. Dicapai pada 22 August 2011. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "boxing" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^
Hubbard, Alan (12 December 1999). "City of Manchester Stadium: The Wembley rescuers". independent.co.uk. The Independent. Dicapai pada 7 January 2008.
The athletics track would be dismantled to allow the seating capacity to be increased from 38,000 to 48,000.
- ^
Bailey, Chris (8 November 2006). "Why Blues must cash in on name game". Manchester Evening News. M.E.N. Media. Dicapai pada 22 April 2008.
Some call it 'Eastlands', an area that doesn't officially exist on maps, some who like expending their breath call it by its Sunday best name 'City of Manchester Stadium', others prefer to shorten that to 'COMS' while still more refer to City's stronghold as 'Sportcity' in keeping with those nice brown signs that help everyone find their way to the complex.
- ^
Ogden, Mark (29 August 2011). "Manchester City taken to a whole new level with Sheikh Mansour's £1 billion investment". The Telegraph. London: Telegraph Media Group Limited. Dicapai pada 31 August 2011.
a reference to the deprived area of east Manchester which lies in the shadow of the Etihad Stadium
- ^ a b Bailey, Chris (26 October 2010). "Take That to play at CoMs". mcfc.co.uk. (Manchester City Football Club). Dicapai pada 29 October 2010.
- ^
"BBC – Manchester – Sport – City of Manchester Stadium". BBC Sport. 22 March 2006. Dicapai pada 31 October 2010.
Also known as Eastlands, the City of Manchester Stadium has been Manchester City's home since 2003 and seats 48,000 fans
- ^ Whalley, Mike (21 Jun 2008). "Rossoneri set for Eastlands". Manchester Evening News. Dicapai pada 1 September 2008. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^
Bailey, Chris (8 November 2006). "Why Blues must cash in on name game". Manchester Evening News. Dicapai pada 22 April 2008. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Linton, Deborah (17 March 2010). "City stadium will be a glowing blue beacon". Manchester Evening News.
- ^ "Big kick-off for £1bn bid to transform land around City stadium". menmedia.co.uk. 6 September 2010. Dicapai pada 6 September 2010.
- ^
"Manchester City Council - Resources and Governance Overview and Scrutiny Committee - Page 15" (PDF). manchester.gov.uk. 9 September 2010. Dicapai pada 18 September 2010.
"CORPORATE SERVICES - Amendment to Sport City Stadium Lease – financial terms
Key Decision Objective: Financial terms of Stadium lease
Anticipated date of decision: September 2010 – Januari 2011" - ^
Hubbard, Alan (12 December 1999). "City of Manchester Stadium: The Wembley rescuers". The Independent. Dicapai pada 7 January 2008. Unknown parameter
|dateformat=
ignored (bantuan); Check date values in:|date=
(bantuan) - ^ "City of Manchester Stadium". Centre for Accessible Environments. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-25. Dicapai pada 22 Julai 2006.
- ^ "City of Manchester Stadium". Commonwealth Games Legacy. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-25. Dicapai pada 27 Ogos 2006.
- ^ Schooler, Andy. "Land of Hope and Glory". Sporting Life. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 27 Ogos 2006.
- ^ "Athletics' stadium claim is pipe dream". BBC News. 31 Julai 2002. Dicapai pada 27 Ogos 2006. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Building Study: City of Manchester Stadium" (PDF). Centre for Accessible Environments. Dicapai pada 1 Jun 2010.[pautan mati kekal]
- ^ James (2008), p. 391.
- ^ James (2006), p. 103.
- ^ "Premiership round-up". The Telegraph. 23 August 2003. Dicapai pada 30 January 2010.
- ^ "Anelka hat-trick sinks Villa". BBC Sport. 14 September 2003. Dicapai pada 30 Januari 2010.
- ^
"Club Records". Manchester City v Portsmouth match programme. 21 September 2008. m/s. 43. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^
"For the Record". Northwich Guardian. 6 Jun 2005. Dicapai pada 25 Julai 2009. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^
"Man City stadium gets Uefa final". BBC News. 4 Oktober 2006. Dicapai pada 4 Oktober 2006. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Old Trafford 'UK's favourite football ground'". Life Style Extra. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-11-04. Dicapai pada 19 September 2006.
- ^
"Man City set sights on trophies". BBC News. 2 September 2008. Dicapai pada 2 September 2008.
News of a takeover bid backed by the Abu Dhabi royal family was greeted warmly by supporters, who have already jokingly renamed their home ground 'Middle Eastlands'.
- ^ Gardner, Alan (8 Julai 2011). "Manchester City confirm stadium renaming in Etihad Airways agreement". guardian.co.uk. Guardian News and Media Limited. Dicapai pada 22 Ogos 2011.
- ^
"Manchester City Close To Finalising Record Stadium Naming Rights Deal With Abu Dhabi-Owned Sponsor". goal.com. 13 May 2011. Dicapai pada 22 Augusrt 2011. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Cram, Steve (1 Ogos 2002). "The best Britain has seen". BBC News.
- ^ Henderson, Charlie (28 Julai 2002). "Stadium is star of the games". BBC News.
- ^
"Building prize for 'icon Gherkin'". BBC News. 16 Oktober 2004. Dicapai pada 7 Januari 2008. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^
"City of Manchester Stadium: awards". Arup Associates. Dicapai pada 27 Ogos 2009. Unknown parameter
|dateformat=
ignored (bantuan) - ^ "Premier League Fan Survey - 2006/07 season" (PDF). Premier League. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-01-07. Dicapai pada 30 July 2010.
- ^ a b "Away travel: How to get to the City of Manchester Stadium". Liverpool FC. Dicapai pada 23 Julai 2009.
- ^ "City of Manchester Stadium". Footballgroundguide. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-03. Dicapai pada 23 July 2009.
- ^
Satchell, Clarissa (20 Julai 2004). "End of the line for Big Bang tram plan". Manchester Evening News. Dicapai pada 23 Julai 2006. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^
"Metrolink—the little Bang?". BBC News. 23 Jun 2006. Dicapai pada 27 Ogos 2006. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^
"All change on Metrolink". BBC News. 3 April 2009. Dicapai pada 23 Julai 2009. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Coldplay to perform at Etihad Stadium". mcfc.co.uk. (Manchester City Football Club). 11 November 2011. Dicapai pada 16 November 2011.
- ^ "Springsteen City date confirmed". mcfc.co.uk. (Manchester City Football Club). 21 November 2011. Dicapai pada 21 November 2011.
- ^ "Blues stadium is top rock venue". Manchester Evening News. M.E.N. Media. 29 November 2003. Dicapai pada 20 Ogos 2011.
- ^ "Blues stadium is top rock venue". Manchester Evening News. M.E.N. Media. 29 November 2003. Dicapai pada 20 August 2011.
- ^ Long, Chris (22 November 2006). "Take That – The Ultimate Tour". BBC Manchester. Dicapai pada 11 August 2009.
- ^ "Manchester City in £1.5m corporate facilities upgrade". BBC News. 28 May 2010. Dicapai pada 10 October 2010.
- ^ "Work begins on CoMs pitch" (web video). mcfc.co.uk. (Manchester City Football Club). 21 May 2010. Dicapai pada 29 October 2010.
- ^ "Projek Liga Ragbi – Great Britain lwn. Australia". rugbyleagueproject.org. (Projek Liga Ragbi). 30 Oktober 2004. Dicapai pada 30 Julai 2010.
- ^ "Magic Weekend to take place at Man City". The Sun. London: News Group Newspapers Limited. 9 November 2011. Dicapai pada 9 November 2011.
Bibliografi
sunting- James, Gary (2008). Manchester—A Football History. Halifax: James Ward. ISBN 978-0-9558127-0-5.
- James, Gary (2006). Manchester City – The Complete Record. Derby: Breedon. ISBN 1-85983-512-0.
Bacaan lanjut
sunting- The Phaidon Atlas of Contemporary World Architecture – Comprehensive Edition. Phaidon Press. ISBN 0-7148-4312-1.
- The Phaidon Atlas of Contemporary World Architecture – Travel Edition. Phaidon Press. 2005. ISBN 0-7148-4450-0.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Stadium Etihad. |
- Laman sesawang rasmi stadium
- Laman sesawang rasmi Manchester City F.C.
- Gambar stadium yang ditandai di Flickr
- Rencana berformat PDF tentang rekaan asal stadium - Arup Architects
- Risalah mengenai transformasi stadium selepas Sukan pasca-2002 Diarkibkan 2012-03-30 di Wayback Machine - Arup Architects
- Official site Diarkibkan 2021-03-03 di Wayback Machine