Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud

Tengku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud diputerikan pada 19 Jun 1951 dan merupakan permaisuri kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Gelarannya ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Tengku Aishah Rohani
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan
Pemerintahan14 April 2009 - kini
Didahului olehTunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Keputeraan (1951-06-19) 19 Jun 1951 (umur 69)
Batu Gajah, Perak
PasanganTuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
Anakanda1) Tunku Ali Redhauddin
2) Tunku Zain ' Abidin
3) Almarhum Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin
Nama penuh
Tengku Aishah Rohani Binti Tengku Besar Mahmud
KerabatNegeri Sembilan
AyahandaTengku Besar Mahmud ibni Sultan Zainal Abidin
BondaTo’ Puan Hajjah Zainun Mariam binti Haji Su Mahmud
AgamaIslam

BiodataSunting

Tengku Aishah Rohani berasal dari kerabat diraja Terengganu diputerikan di Batu Gajah, Perak pada 19 Jun 1951. Ayahandanya ialah Tengku Seri Utama Raja, Tengku Besar Mahmud ibni Sultan Zainal Abidin III dan Toh Puan Zainun Meriam binti Haji Su Mahmud.

Baginda belajar di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Kemudian belajar di Sekolah Convent Taiping serta Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Nanas Kuala Lumpur.

KerjayaSunting

Tengku Aishah Rohani pernah bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur. Ketika ini Baginda berkenalan dengan Tuanku Muhriz dan mendirikan rumah tangga pada 25 April 1974.

KeluargaSunting

Hasil perkahwinan dengan Tuanku Muhriz , mereka memperoleh tiga orang putera, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Muhriz, Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.

Cancelor USIMSunting

Pada 3 Disember 2011, Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Muhamad Muda mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan lantikan[1] Tengku Aishah Rohani menjadi Canselor kedua Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Anugerah Darjah KerabatSunting

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah menganugerahkan Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati D.K. (NS) kepada Tengku Aishah Rohani. Majlis anugerah berlangsung di Dewan Istana Besar Seri Menanti pada 21 April 2009.

Pada 14 April 2009, Tengku Aishah Rohani dilantik dan ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Ke-11 di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti. Majlis ini diadakan sebelum pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.[2]

RujukanSunting