Banjir Malaysia awal 2023

Sebuah kejadian banjir telah berlaku di Sarawak, Sabah dan beberapa negeri di pantai timur dan utara Semenanjung Malaysia yang bermula pada 24 Januari hingga awal Februari 2023. Bencana ini berlaku susulan hujan lebat berterusan akibat Monsun Timur Laut yang bermula pada 24 Januari lalu mengakibatkan banjir di beberapa negeri.[1]

Banjir Malaysia awal 2023
Tarikh – 
Tempoh24 Januari - 15 Februari 2023
TempatJohor (Segamat, Kluang, Muar, Kota Tinggi, Batu Pahat, Mersing, Pontian, Tangkak)
Sabah (Pitas, Kudat, Kota Marudu, Lahad Datu, Telupid, Tawau, Beaufort, Penampang)
Pahang (Rompin, Kuantan, Pekan, Jerantut, Maran, Raub)
Sarawak (Kuching)
Terengganu (Besut, Kemaman)
Kedah (Bandar Baharu, Kulim)
Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan)
Kelantan (Pasir Mas)
Kematian0
Dipindahkan20000+

Kawasan terjejas sunting

Johor sunting

Mangsa banjir mula dipindahkan di Johor pada 24 Januari melibatkan 298 orang yang ditempatkan di enam pusat pemindahan di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.[2] Pada 25 Januari, jumlah mangsa banjir meningkat mendadak kepada lebih empat ribu orang dengan tiga daerah baharu terjejas.[3] Situasi banjir di Johor beransur pulih bermula 30 Januari apabila jumlah mangsa banjir telah menurun kepada 800 orang pada 4 Februari.[4] Pada 9 Februari, banjir di Johor pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan terakhir di Segamat telah ditutup.[5]

Sabah sunting

Pada 24 Januari, 65 mangsa banjir mula dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Paitan, Pitas.[6] Pada 26 Januari, jumlah mangsa banjir meningkat kepada lebih enam ribu orang di empat daerah.[7] Pada 29 Januari, mangsa banjir mula menurun kepada seribu orang dengan keadaan cuaca yang bertambah baik.[8] Pada 6 Februari, banjir di Sabah telah pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan terakhir di Beaufort ditutup.[9] Pada 14 Februari, Sabah sekali lagi dilanda banjir iaitu di Penampang dengan 35 orang dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan.[10]

Pahang sunting

Empat pusat pemindahan di Rompin mula dibuka pada 24 Januari menempatkan 286 mangsa banjir daripada 84 keluarga.[11] Keadaan banjir di Pahang mula beransur pulih pada 30 Januari dengan hanya satu pusat pemindahan dibuka menempatkan 27 orang.[12] Pada 6 Februari, Pahang kembali dilanda banjir apabila 1,310 mangsa banjir mula ditempatkan di enam pusat pemindahan di Kuantan dan Pekan.[13] Pada 8 Februari, sebuah pusat pemindahan dibuka di Jerantut menempatkan 12 orang manakala semua pusat pemindahan di Pekan telah ditutup.[14] Pada 9 Februari, dua pusat pemindahan dibuka di Raub dan Maran menempatkan 41 mangsa banjir.[15] Pada 11 Februari, banjir di Pahang pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan terakhir di Maran telah ditutup.[16]

Sarawak sunting

Dua pusat pemindahan mula dibuka di Kuching pada 26 Januari menempatkan 53 mangsa banjir daripada 16 keluarga.[17] Pada 28 Januari, semua pusat pemindahan telah ditutup. Pada 3 Februari, Sarawak kembali dilanda banjir dengan 72 mangsa mula dipindahkan di dua pusat pemindahan di Padawan.[18] Dua pusat pemindahan itu ditutup keesokan harinya.[19]

Terengganu sunting

50 mangsa banjir mula ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Besut pada 26 Januari.[20] Kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang pada 28 Januari. Pada 7 Februari, Terengganu kembali dilanda banjir dengan 28 orang dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Kemaman.[21] Dua pusat pemindahan itu ditutup keesokan harinya.[22]

Kedah sunting

Sebuah pusat pemindahan dibuka pada 3 Februari di Bandar Baharu menempatkan 15 mangsa banjir.[23] Pusat pemindahan itu ditutup keesokan harinya.[19] Pada 6 Februari, 32 penduduk telah dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan di Kulim.[24] Pusat pemindahan itu telah ditutup pada 9 Februari.[25]

Pulau Pinang sunting

59 mangsa banjir mula ditempatkan di dua pusat pemindahan di Seberang Perai Utara dan Selatan pada 4 Februari. Semua pusat pemindahan tersebut ditutup pada petang hari yang sama.[26]

Kelantan sunting

Pada 5 Februari, enam keluarga telah dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan di Rantau Panjang akibat kenaikan air Sungai Golok.[27] Pada 7 Februari, situasi banjir beransur pulih selepas 28 mangsa banjir dibenarkan pulang.[28]

Rujukan sunting

  1. ^ "Banjir kilat dijangka landa enam negeri dalam tempoh 24 jam". Berita Harian. 23 Januari 2023. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  2. ^ Izz Laily Hussein (24 Januari 2023). "Enam PPS dibuka di Johor". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  3. ^ .Mary Victoria Dass (25 Januari 2023). "Mangsa banjir Johor bertambah". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  4. ^ Omar Ahmad (4 Februari 2023). "Banjir di Johor kekal 821 orang". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  5. ^ Omar Ahmad (9 Februari 2023). "Banjir di Johor pulih sepenuhnya". Harian Metro. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  6. ^ "Banjir: 65 mangsa dipindahkan di Paitan, Sabah". Sinar Harian. 24 Januari 2023. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  7. ^ Mohd Roji Kawi, Juwan Riduan (26 Januari 2023). "Jumlah mangsa banjir di Sabah melonjak kepada 6,313 orang". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  8. ^ Juwan Riduan (29 Januari 2023). "Mangsa banjir di Sabah menurun". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  9. ^ "Banjir di Sabah pulih sepenuhnya". Sabah Media. 6 Februari 2023. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  10. ^ "Banjir: Tujuh kawasan tidak boleh dilalui di Penampang". Berita Harian. 14 Februari 2023. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  11. ^ Asrol Awang (26 Januari 2023). "286 mangsa banjir di Rompin berpindah di empat PPS". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  12. ^ Asrol Awang (30 Januari 2023). "Banjir: Satu PPS di Rompin masih dibuka". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  13. ^ Khairulmizan Yahya (6 Februari 2023). "1310 mangsa banjir di Kuantan pindah ke enam PPS". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  14. ^ Norfarhiza Mohd Atar (8 Februari 2023). "Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS". Astro Awani. Dicapai pada 1 Mac 2023.
  15. ^ Asrol Awang (10 Februari 2023). "Banjir di Pahang, 41 mangsa masih di dua PPS". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  16. ^ Asrol Awang (11 Februari 2023). "PPS di Pahang tutup". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  17. ^ "Banjir di 3 negeri bertambah buruk, jumlah mangsa terus meningkat". Berita Harian. 26 Januari 2023. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  18. ^ Jeremy Lanson (3 Februari 2023). "Banjir: PPS di Kampung Simpok dibuka pagi tadi". Utusan Borneo. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  19. ^ a b "Banjir: PPS di Kedah, Sarawak ditutup sepenuhnya". Sinar Harian. 4 Februari 2023. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  20. ^ Hafidzul Hilmi Mohd Noor (26 Januari 2023). "Lebih 12,000 dipindahkan susulan lima negeri dibadai banjir". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  21. ^ Zatul Iffah Zolkiply (7 Februari 2023). "Kemaman daerah terbaharu dilanda banjir". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  22. ^ Zatul Iffah Zolkiply (8 Februari 2023). "Banjir Terengganu pulih". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  23. ^ Zuliaty Zulkiffli (3 Februari 2023). "3 kampung dilanda banjir di Bandar Baharu, satu PPS mula dibuka". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  24. ^ Zuliaty Zulkiffli (6 Februari 2023). "Banjir di Kulim: 32 penduduk Padang Lima ke PPS". Dicapai pada 2 Mac 2023.
  25. ^ "Banjir di Kedah, sebahagian Pahang pulih sepenuhnya". Harian Metro. 9 Februari 2023. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  26. ^ "Pulau Pinang negeri terbaharu dilanda banjir". Astro Awani. 4 Februari 2023. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  27. ^ Hidayatidayu Razali (6 Februari 2023). "Paras Sungai Golok kembali meningkat, 60 rumah alami banjir". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2023.
  28. ^ Hidayatidayu Razali (7 Februari 2023). "Banjir Rantau Panjang semakin pulih". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2023.