Kampung Gajah, Perak
Kampung Gajah terletak di tepi tebing kanan Sungai Perak, Perak, Malaysia. Kampung Gajah terletak kira-kira 75 km di barat bandar Ipoh. Bandar Teluk Intan terletak di selatan Kampung Gajah, kira-kira 25 km. Jika anda dari Teluk Intan hendak ke Pulau Pangkor dan Lumut melalui jalan lama, anda akan temui Kampung Gajah.
Kampung Gajah | |
---|---|
Mukim | |
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu" | |
Lagu: Negaraku | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Perak |
Kampung | Kampung Gajah |
Penduduk ( N/A ) | |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Kod kawasan | +605 |
Lokasi Kampung Gajah di Peta Google |
Penduduk
suntingKampung Gajah merupakan sebuah pekan yang sedang membangun. Secara umum, penduduk Kampung Gajah berbangsa Melayu, kurang bangsa Cina dan India seperti bandar-bandar yang lain. Orang Cina ramai di sini sebelum kedatangan JWW Birch dan selepas itu berpindah ke tepian Sungai Perak. Orang Cina berniaga kedai runcit, kedai emas, kedai membeli getah dan penoreh getah di sekitar Kampung Pasir Salak, Selat Pulau dan Kampung Cina di mukim Bandar. Tetapi setelah terjadinya Perang Sabil di Sungai Manik, Perak dan sekitarnya, orang-orang Cina telah berhijrah ke tempat lain seperti ke Teluk Intan, Chui Chak, Langkap dan Setiawan. Di sepanjang Sungai Perak di Daerah Kampong Gajah ini terdapat kampung-kampung tua. Kewujudan kampung ini boleh dilihat sebagai petanda betapa pertempatan telah lama wujud di sini. Kewujudan kampung-kampung ini membuktikan bahawa daerah Kampung Gajah ini amat bersejarah di negeri Perak. Orang Melayu terdahulu amat mengutamakan perusahaan yang diwarisi, jika boleh, hingga kepada anak cucu. Tanaman durian yang diusahakan menjadi bukti usaha mesyarakat mapan untuk manfaat generasi masa kini. Sikap penduduk dahulu amat baik untuk diteladani. Gotong-royong, setiakawan, amanah, tekun, penyabar, sopan santun, dan pembersih: antara sifat baik yang menjadi amalan masyarakat di sini.
Ekonomi
suntingPenduduknya bekerja dalam sektor pertanian: mengutip buah durian dan bersawah padi. Kelapa sawit banyak ditanam hasil kerjasama agensi kerajaan, Felcra. Terdapat juga sebuah kilang vendor Proton yang membekalkan kabel elektrik untuk kereta Proton.
Durian
suntingKampung Gajah sinonim dengan buah durian, banyak kebun-kebun yang ditanam dengan pokok durian. Pokok-pokok durian ini berusia puluhan malahan ratusan tahun. Antara nama durian yang popular ialah durian Tok Paduka Raja. Antara kampung-kampung yang amat popular dengan tanaman durian ialah Selat Pulau, Kepala Pulau, Pasir Salak dan Pulau Tiga.
Nama Kampung Gajah
suntingRamai orang luar yang keliru antara Kampung Gajah dengan Batu Gajah dan Alor Gajah. Alor Gajah terletak di negeri Melaka. Batu Gajah terletak di Perak juga.
Ada beberapa versi nama Kampung Gajah ini.
- Kampung Gajah ini mendapat nama kerana banyak gajah di hutan rimba berhampiran dengan Bukit Tunggal, Kampung Gajah. Gajah-gajah ini berkeliaran mencari makan dan makan pokok pisang, umbut kelapa dan buah ketior yang dipunyai penduduk kampung. Oleh itu kawasan ini dinamakan Kampung Gajah.
- Kampung Gajah mendapat nama dari kesan tapak kaki gajah yang banyak dilihat di tepi-tepi sungai dan di dalam sawah-sawah padi. Sebenarnya tapak kaki gajah itu adalah tapak kaki manusia iaitu manusia yang mendapat penyakit untut. Sesiapa yang mendapat penyakit untut, akan mendapati kaki dan tapak kaki menjadi besar dan menggerutu, ada bintil-bintil besar yang menjijikkan. Penyakit untut berpunca dari nyamuk elephantiatis yang banyak terdapat di hutan paya tropika. Jadi pasukan Siam yang hendak menyerang negeri Perak tidak jadi menyerang kerana takutkan banyaknya gajah di kawasan ini.
- Kampung Gajah mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Sang Kelembai ialah makhluk ghaib yang mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada d dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu. Dalam masyarakat orang Asli di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang di dalam hutan, sesiapa yang melaluinya tidak boleh sekali-kali menegur atau menyapa. Jika menegur juga, orang Asli tersebut akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan tidak akan dapat. Malahan mungkin akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.
- Nama Kampung Gajah pernah hendak ditukar dengan nama lain kerana perkataan 'kampung' tidak sesuai lagi. Hal ini timbul semasa Mahathir Mohamad datang ke majlis Semarak peringkat negeri Perak pada tahun 1986. Namun begitu ramai yang membantah dan tidak ada nama yang sesuai. Sebelum itu nama Teluk Anson ditukar kepada Teluk Intan dan Port Weld ditukar kepada Kuala Sepetang.
Kampung / kawasan
sunting- Mukim Bandar
- Bandar Pusat Seberang Perak
- Bukit Cawi Seberang Perak
- Changkat Pinggan
- Chenderong Kelubi
- Kampung Air Mati
- Kampung Balun Bidai
- Kampung Pengkalan Nibong
- Kampung Changkat Rambai
- Kampung Changkat Bayas
- Kampung Gajah
- Kampung Bandar Lama
- Kampung Teluk
- Kampung Geronggong
- Kampung Paloh Pachat
- Kampung Pasir Garam
- Kampung Pasir Kubu
- Kampung Pulau Besar
- Kampung Sejagop
- Kampung Setia
- Kampung Sungai Durian
- Kampung Sungai Ranggam
- Kampung Sungai Rubana
- Kampung Telok Baharu
- Kota Setia
- Ladang Rubana Bahagian 2
- Ladang Seberang
- Bandar Tua
- Pasir Jeneris
- Changkat Lada
- Pasir Salak
- Pulau Juar
- Pulau Tiga
- Pulau Gajah
- Selat Pulau
- Sungai Besar
- Sungai Buaya
- Sungai Galah
- Sungai Jejawi
- Sungai Kerang
- Tanjong Bidara
- Tanjong Kubu
- Telok Sareh
- Kampung Kepala Pulau
Wakil rakyat
sunting- Kawasan Dewan Undangan Negeri Perak bagi N 49 Kampung Gajah (22,030)
- Mengikut perangkaan SPR, peratus pengundi Melayu: 93.3% Cina: 1.07% India: 5.57% Lain: 0.06%
- Pada Pilihan Raya Umum Ke 13 tahun 2013, ia dimenangi oleh wakil dari UMNO iaitu HJ ABDULLAH FAUZI BIN DATO’ HJ AHMAD RAZALI dengan jumlah undi 14140 dan majoriti bergaya 6100.
- Dalam pilihan raya 2008, kawasan ini dimenangi oleh: Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin dari (Barisan Nasional) dengan majoriti sebanyak 1,416
- Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Barisan Nasional) Jumlah Undi: 8,818 Menang
- Mustafa Shaari (PAS) Jumlah Undi: 7,402
- Majoriti pengundi : 1,416 , Jumlah Undi : 16,220 , Undi Rosak : 401 dan % Mengundi ialah : 76.53%
Ramli Ngah Talib
suntingTan Sri Ramli Ngah Talib merupakan bapa pembangunan Kampung Gajah. Beliau merupakan bekas Menteri Besar Perak & bekas ADUN Kampung Gajah yang berasal dari kampung ini. Bolehlah dikatakan Kampung Gajah dibangunkan atas jasa-jasa beliau sebagai wakil rakyat di kawasan ini. Setelah Tan Sri Ramli Ngah Talib menjadi ahli parlimen BN-Pasir Salak beliau turut pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan & Speaker Parlimen di Dewan Rakyat.
Beliau juga adalah sepupu bekas ADUN Kampung Gajah & EXCO Kerajaan Negeri Perak, Dato Ainon Khariyah Dato Mohd Abas, yang juga pernah menjawat jawatanp Ahli Parlimen Malaysia (BN-Parit), Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah & Koperasi, bekas Ketua Wanita UMNO Perak & EXCO Wanita UMNO Malaysia dan kini merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak.
Seorang lagi bekas ADUN Kampung Gajah (2008-2013) ialah Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Bendahari Puteri UMNO Malaysia, Bekas Ketua Puteri UMNO Negeri Perak & Ketua Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak.
Adun seterusnya adalah HJ ABDULLAH FAUZI BIN DATO’ HJ AHMAD RAZALI. Memenangi PRU ke 13 dengan majoriti 6100 undi pada 2013 dengan jumlah undi 14140. Berasal dari Kampung Gajah dan aktif dalam UMNO. Beliau juga aktif dan memegang jawatan dalam beberapa NGO dan Bukan NGO. Seorang yang disenangi bukan saya kawan, malah lawan.
Budaya
suntingKampung Gajah dapat dikaitkan dengan beberapa budaya tradisional yang dikaitkan dengan budaya negeri Perak. Antaranya ialah :
- Tarian Dabus
- Hadrah dan Rebana.
- Barzanji
- Silat Sendeng
- Pulut Durian
- Rendang Tok
- Dodol durian
- Pulut durian
- Pajeri Nanas
- Gulai Tempoyak
- Sambal Tempoyak
Tokoh terkenal
suntingTerdapat beberapa orang tokoh terkenal berasal dari Kampung Gajah. Daerah kecil Kampung Gajah ini merupakan tempat bersemayam beberapa orang Sultan Perak, yang berasal dari susur galur Sultan di Melaka.
- Megat Terawis dan Sambana
- Dato Maharaja Lela
- Dato Sagor
- Ngah Jabor
- Tan Sri Ramli Ngah Talib
- Tan Sri Megat Junid Megat Ayob
- Dato Ainon Khariyah Dato Mohd Abas
- Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin
- Dr Mat Saat Baki
- Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid
- Shahrom Yub
- Profesor Dr Azimahtol Hawariah bt Lope Pihie , UKM
- Profesor Dr Zaidatul Akmaliah bt Lope Pihie , UPM
- Abdul Samad bin Lope Pihie , JUSA DBKL
- Tun Hanif bin omar bekas ketua polis negara
Tokoh atau individu lain yang antara nama besar di sini adalah
- DATO' KHAIRUL IDHAM PAWI
Mengemparkan Malaysia apabila memenangi perlumbaan Moto3 motogp Argentina dan German edisi 2016 dengan tempat pertama di kedua-dua perlumbaan.
Tempat menarik
suntingBeberapa kawasan yang menarik di sini ialah :
- Kompleks Sejarah Pasir Salak
- Bukit Tunggal
- Pulau Indera Sakti
- Pulau Semarak
- Gelanggang Cup Prix
- Kubur JWW Birch di Bandar Baru
- Bengkel Labu Sayung di Pulau Tiga
Pendidikan
suntingAda beberapa institusi pendidikan di sini iaitu :
- Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak, Bandar Seberang Perak, 36800 Kampong Gajah
- Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah
- Sekolah Kebangsaan Selat Pulau, 36800 Kampung Gajah
- Sekolah Agama Raja Dr.Nazrin Shah, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela
- Sekolah Kebangsaan Dato Sagor, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
- Pusat latihan UiTM cawangan Kampung Gajah
- Kolej Komuniti Pasir Salak
- Maktab Rendah Sains Mara Kampung Gajah, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
- Institut Bina Semangat, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
- Yayasan Tekun Nasional, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
Tenaga Nasional Berhad
sunting- Tenaga Nasional Bhd, Simpang Tiga, Kampung Selat Pulau, 36800 Kampung Gajah
- Tenaga Nasional Bhd, No. 9, Kedai PKNP, Jalan Teluk Intan, Bandar Baru, 36800 Kampung Gajah
- Tenaga Nasional Bhd, Jalan Kampung Gajah, MMC Sungai Galah, 31800 Tanjung Tualang
- Tenaga Nasional Bhd, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
Koperasi
sunting- Koperasi Orang-Orang Melayu Kerajaan Skomk HP Bhd(Cawangan)
- Koperasi Peneroka-Peneroka Rancangan Felcra Seberang Perak Bhd
- Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak
- Koperasi Bina Bersama Bhd
- Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kampung Gajah Bhd
- Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru)
- Syarikat Kerjasama Orang-Orang Melayu
- Koperasi Felcra Tok Peduka Raja Kampung Gajah Bhd
- Pertubuhan Peladang Kawasan Daerah Kecil Kampung Gajah
- Koperasi Wanita Pasir Salak Bhd
Pejabat Pos
sunting- Pos Malaysia Bhd , JKR463, Simpang Empat, 36800 Kampung Gajah
Bank
sunting- Bank Islam Malaysia Bhd, Kompleks Pejabat Daerah, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
- Bank Pertanian Malaysia, Bangunan Felcra, Lbh Paduka, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
- Bank Pertanian Malaysia, Ground Floor, Bangunan Umno Pasir Salak, Jalan Besar, 36800 Kampung Gajah
- Bank Simpanan Nasional, Jalan Besar, 36800 Kampung Gajah
FELCRA
sunting- Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak, Bandar Seberang Perak, 36800 Kampong Gajah
- Felcra Agro Industry Sdn Bhd , Tapak Semaian Pusat Zon Utara, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
- FELCRA Bhd, Bangunan Felcra, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
- FELCRA Bhd, Sekolah Latihan Felcra, Jalan Sekolah Latihan, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
- Felcra Niaga Sdn Bhd, Bangunan Felcra, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
- Dewan Umno Felcra, Jalan Pekeliling Fasa 2, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
- Kompleks Felcra, Jalan Tanjung Tualang Km 1, 36800 Kampung Gajah
- FELCRA Bhd, Pej. Felcra Bhd, Bendang Besar, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah