Malaysia di Sukan Olimpik
Malaysia mula-mulanya menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956, dan semenjak itu sentiasa menghantar ahli sukan ke setiap temasya Sukan Olimpik Musim Panas, kecuali apabila menyertai boikot Sukan Olimpik 1980 dan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia menyertai temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun 2018 di PyeongChang Korea Selatan.
Malaysia di Sukan Olimpik | |
---|---|
![]() | |
Kod IOC | MAS |
NOC | Majlis Olimpik Malaysia |
Laman sesawang | www |
Pingat Kedudukan ke-114 |
|
Penampilan Musim Panas | |
Penampilan Musim Sejuk | |
Penampilan lain yang berkaitan | |
![]() Ralat Lua pada baris 210 di Modul:Country_alias: attempt to index local 'games' (a nil value). (1948–1960; 1968–kini) |
Selaku Persekutuan Tanah Melayu, pasukan negara bertanding sebagai Malaya (MAL) untuk Sukan 1956 dan 1960 Borneo Utara menghantar pasukan sendiri ke Sukan 1956, sementara Singapura turut bertanding di Olimpik dari tahun 1948 hingga 1960. Setelah ketiga-tiga jajahan British ini membentuk gagasan Malaysia yang merdeka pada tahun 1963, pasukan negara bertanding dengan nama itu buat julung kalinya di Sukan Olimpik Musim Panas 1964. Kemudian, Singapura merdeka dari Malaysia pada 1965 lantas terus bertanding sebagai Singapura bermula dari 1968 dan acara sukan olimpik seterusnya.
Semenjak memenangi pingat pertama di temasya Barcelona 1992, Malaysia hanya meraih pingat dari acara badminton, sehinggalah Pandelela Rinong meraih pingat gangsa dari acara terjun pada temasya London 2012.
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Malaysia diasaskan pada tahun 1953 dan menerima pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 1954.
Senarai pemenang pingatSunting
Pingat | Nama | Temasya | Sukan | Acara |
---|---|---|---|---|
Gangsa | Razif Sidek & Jalani Sidek | Barcelona 1992 | Badminton | Beregu Lelaki |
Perak | Cheah Soon Kit & Yap Kim Hock | Atlanta 1996 | Badminton | Beregu Lelaki |
Gangsa | Rashid Sidek | Atlanta 1996 | Badminton | Perseorangan Lelaki |
Perak | Lee Chong Wei | Beijing 2008 | Badminton | Perseorangan Lelaki |
Perak | Lee Chong Wei | London 2012 | Badminton | Perseorangan Lelaki |
Gangsa | Pandelela Rinong Pamg | London 2012 | Terjun | Platform 10m Wanita |
Perak | Pandelela Rinong Pamg & Cheong Jun Hoong | Rio 2016 | Terjun | Platform 10m Seirama Wanita |
Gangsa | Azizulhasni Awang | Rio 2016 | Lumba basikal | Keirin Trek Berbasikal Lelaki |
Perak | Chan Peng Soon & Goh Liu Ying | Rio 2016 | Badminton | Beregu Campuran |
Perak | Goh V Shem & Tan Wee Kiong | Rio 2016 | Badminton | Beregu Lelaki |
Perak | Datuk Lee Chong Wei | Rio 2016 | Badminton | Perseorangan Lelaki |
Gangsa | Aaron Chia & Soh Wooi Yik | Tokyo 2020 | Badminton | Beregu Lelaki |
Perak | Azizulhasni Awang | Tokyo 2020 | Lumba basikal | Keirin Trek Berbasikal Lelaki |
Jadual pingatSunting
Pingat Sukan Olimpik Musim PanasSunting
Games | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|
Barcelona 1992 | 0 | 0 | 1 | 1 |
Atlanta 1996 | 0 | 1 | 1 | 2 |
Beijing 2008 | 0 | 1 | 0 | 1 |
London 2012 | 0 | 1 | 1 | 2 |
Rio 2016 | 0 | 4 | 1 | 5 |
Tokyo 2020 | 0 | 1 | 1 | 2 |
Jumlah | 0 | 8 | 5 | 13 |
Pingat acara sukan musim panasSunting
Sport | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|
Badminton | 0 | 6 | 3 | 9 |
Terjun | 0 | 1 | 1 | 2 |
Lumba basikal | 0 | 1 | 1 | 2 |
Jumlah | 0 | 8 | 5 | 13 |
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
Pautan luarSunting
- "Malaysia". Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. 27 Julai 2021.
- "Malaysia". Olympedia.com.
- "Olympic Analytics/MAS". olympanalyt.com.
- "Malaya". Olympedia.com.
- "Olympic Analytics/MAL". olympanalyt.com.
- "North Borneo". Olympedia.com.
- "Olympic Analytics/NBO". olympanalyt.com.