Azizulhasni Awang

pelumba basikal trek Malaysia

Dato' Muhammad Azizulhasni bin Awang DPMT KMN AMN (lahir 5 Januari 1988) ialah seorang pelumba basikal trek profesional Malaysia.[3][4] Azizul Hasni terkenal selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia pada April 2008.[5] Beliau merupakan pembawa bendera untuk pasukan kebangsaan Malaysia di Sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau diberi jolokan Azizul the pocketrocketman kerana tubuh badannya yang kecil. Azizul merupakan pelumba yang kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.[6]

Dato'
Azizulhasni Awang
DPMT (Terengganu); KMN, AMN
UCI Track World Championships 2020 043 (cropped).jpg
Azizulhasni in 2020
Maklumat peribadi
Nama penuhMuhammad Azizulhasni bin Awang
Nama samaranThe Pocket Rocketman
Lahir (1988-01-05) 5 Januari 1988 (umur 34)
Kuala Dungun, Terengganu, Malaysia[1]
Ketinggian1.68 m (5 ka 6 in)[2]
Rekod pingat
Mewakili  Malaysia
Acara 1 2 3
Sukan Olimpik 0 1 1
Sukan Asia 2 1 1
Kejohanan Asia 10 7 6
Kejohanan Dunia 1 2 4
Sukan SEA 3 2 0
Sukan Komanwel 0 0 2
Jumlah 16 13 14
Men's track cycling
Sukan Olimpik
Pingat perak – tempat kedua 2020 Tokyo Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2016 Rio de Janeiro Keirin
Kejohanan Dunia
Pingat emas – tempat pertama 2017 Hong Kong Keirin
Pingat perak – tempat kedua 2009 Pruszków Pecut
Pingat perak – tempat kedua 2010 Ballerup Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2015 Yvelines Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2016 London Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2020 Berlin Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2020 Berlin Pecut
Sukan Asia
Pingat emas – tempat pertama 2010 Guangzhou Keirin
Pingat emas – tempat pertama 2018 Jakarta-Palembang Pecut
Pingat perak – tempat kedua 2018 Jakarta-Palembang Pecut Berpasukan
Pingat gangsa – tempat ketiga 2018 Jakarta-Palembang Keirin
Kejohanan Asia
Pingat emas – tempat pertama 2007 Bangkok Keirin
Pingat emas – tempat pertama 2008 Nara Pecut
Pingat emas – tempat pertama 2008 Nara Keirin
Pingat emas – tempat pertama 2009 Tenggarong Pecut
Pingat emas – tempat pertama 2009 Tenggarong Team Pecut
Pingat emas – tempat pertama 2014 Astana Pecut
Pingat emas – tempat pertama 2015 Nakhon Ratchasima Keirin
Pingat emas – tempat pertama 2017 New Delhi Pecut
Pingat emas – tempat pertama 2019 Jakarta Pecut
Pingat emas – tempat pertama 2020 Jincheon Pecut
Pingat perak – tempat kedua 2008 Nara Team Pecut
Pingat perak – tempat kedua 2012 Kuala Lumpur Pecut
Pingat perak – tempat kedua 2012 Kuala Lumpur Keirin
Pingat perak – tempat kedua 2014 Astana Keirin
Pingat perak – tempat kedua 2015 Nakhon Ratchasima Pecut
Pingat perak – tempat kedua 2018 Nilai Pecut
Pingat perak – tempat kedua 2020 Jincheon Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2011 Nakhon Ratchasima Pecut
Pingat gangsa – tempat ketiga 2011 Nakhon Ratchasima Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2016 Izu Pecut
Pingat gangsa – tempat ketiga 2016 Izu Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2018 Nilai Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2019 Jakarta Pecut Berpasukan
Sukan Komanwel
Pingat gangsa – tempat ketiga 2010 New Delhi Pecut berpasukan
Pingat gangsa – tempat ketiga 2014 Glasgow Keirin
Sukan Asia Tenggara
Pingat emas – tempat pertama 2017 Kuala Lumpur Pecut
Pingat emas – tempat pertama 2017 Kuala Lumpur Keirin
Pingat emas – tempat pertama 2007 Nakhon Ratchasima Pecut berpasukan
Pingat perak – tempat kedua 2007 Nakhon Ratchasima 1 km uji masa
Pingat perak – tempat kedua 2007 Nakhon Ratchasima Pecut

Selain kejayaannya, Azizul juga terkenal dengan sikap tidak mengaku kalah apabila meneruskan kayuhan meskipun betisnya tertusuk serpihan kayu sepanjang 20cm ketika

bertanding acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England pada Februari 2011.[7] Beliau berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga.[8][9]

Kehidupan awalSunting

Beliau dilahirkan pada 5 Januari 1988 di Dungun, Terengganu, dan merupakan anak kelapan daripada sembilan adik-beradik. Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Batu 48 di Dungun, dan meneruskan pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar di Dungun, sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Negara di Bukit Jalil. Azizul melanjutkan pelajaran di Universiti Deakin, Australia dalam Sarjana Muda Perdagangan, pengkhususan dalam Pengurusan Sukan.

Azizul memulakan kerjayanya selepas menonton perlumbaan abangnya. Beliau telah dilatih oleh Pasukan Berbasikal Dungun sebelum memasuki Sekolah Sukan. Beliau berterima kasih kepada arwah bapanya yang memberinya basikal terpakai sebagai ganjaran selepas beliau mendapat 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Azizul menerima tiga tawaran dari MRSM, Sekolah Sains dan Sekolah Sukan selepas itu. Oleh kerana minat berbasikal, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

KerjayaSunting

Pencapaian terbesar Azizulhasni ialah memenangi pingat emas dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017[10] dan pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Brazil dalam acara keirin. Antara pencapaian beliau yang lain ialah memenangi pingat perak pada dalam kategori pecut dan pingat perak pada Kejohanan Dunia 2009 dalam kategori keirin. Beliau dinamakan Sportsman Malaysia pada tahun 2009 dan 2010.

Pada Februari 2011, Azizul terlibat dalam kemalangan semasa perlawanan akhir acara keirin dalam Kejuaraan Dunia pertama di Manchester di mana dia mengalami kecederaan serius apabila 20 cm serpihan kayu menembusi kakinya. Dia diketepikan daripada Kejohanan Dunia tahun itu.[11]

Pada Sukan Asia Tenggara 2017, Azizul berjaya ke tangga ke-111 untuk Malaysia kerana negara akhirnya mencapai sasaran pingat Sukan Sea keseluruhannya selepas memenangi kategori pecut lelaki di Velodrom Nasional di Nilai. Azizul juga pemain bendera untuk Malaysia pada Sukan Asia Tenggara 2017 bersama dua juara dunia juara Cheong Jun Hoong dan eksponen silat Mohd Al-Jufferi Jamari.[12][13]

Isu dan kontroversiSunting

Pada 25 Julai 2014, pelumba basikal Malaysia telah mengenakan sarung tangan bertulis 'Save Gaza' semasa Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, UK. Tindakan Azizul itu sebagai bersimpati dengan pembunuhan lebih 5000 rakyat Gaza di Hamas/Palestin pada bulan Ramadan 2014. Dari segi sejarah, Kerajaan British menjadi punca membenarkan Yahudi dari Jerman dan Rusia membina sebuah penempatan kekal di Palestin pada 1948. Selepas diberi amaran, beliau meminta maaf.[14]

Kehidupan peribadiSunting

Dato' Azizul mengikuti sains sukan (Sarjana Muda Sukan Gerakan) di Universiti Victoria, Melbourne, Australia.[15] Pada tahun 2015, beliau menjadi atlet bukan warga Australia yang pertama untuk menerima Anugerah Biru dari Universiti Victoria.[3][16]

Beliau berkahwin dengan To' Puan Athiah Ilyana Abd Samat pada 30 Januari 2010. Pasangan ini menetap di Melbourne bersama dua anak mereka, Amna Maryam dan Amna Khadeeja.[17]

Dalam budaya masyhurSunting

Beliau bakal dijayakan oleh pelakon Shaheizy Sam dalam filem biopik arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin bertajuk The Pocket Rocketman,[18][19] yang diterbitkan oleh UniTalent Sdn Bhd dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama syarikat pengurusan Azizulhasni, ThreeSixty Management.[20]

PencapaianSunting

Track Cycling World Ranking
  • 2008/09 – Keirin pertama
  • 2010/11 – Keirin pertama
Kejohanan Dunia
  • 2009 –   Pecut
  • 2010 –   Keirin
  • 2015 –   Keirin
  • 2016 –   Keirin
  • 2017 –     Keirin
Sukan Komanwel
Sukan Olimpik
  • 2016 –   Keirin
  • 2020 –   Keirin

Anugerah dan pencapaianSunting

PenghargaanSunting

Penghargaan MalaysiaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Mohd Azizulhasni Awang Diarkibkan 2 Oktober 2016 di Wayback Machine. sports-reference.com
  2. ^ "Athlete Biography – AWANG Mohd Azizulhasni". Beijing Olympics official website. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2008.
  3. ^ a b Azizulhasni Awang. nbcolympics.com
  4. ^ "'Pocket rocket' wins Malaysia's first track medal". New Straits Times. 17 Ogos 2016. Dicapai pada 20 Oktober 2016.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2017. Dicapai pada 9 Jun 2018.
  6. ^ https://www.olympic.org/rio-2016/cycling-track/keirin-men
  7. ^ http://www.uci.ch/track/news/article/thrilling-racing-day-two-track-world-championships/
  8. ^ Betis tembus tertusuk kayu Diarkibkan 2011-02-24 di Wayback Machine Berita Harian Online. 21 Februari 2011.
  9. ^ http://www.thestar.com.my/sport/cycling/2017/04/14/the-new-king-of-keirin-azizul-finally-wins-coveted-rainbow-jersey-after-a-10year-wait/
  10. ^ "Awang Azizulhasni revels in Malaysia's first world track gold". Eurosport. 13 April 2017. Dicapai pada 13 April 2017.
  11. ^ "Azizulhasni Awang ruled out of World Championships after surgery on splinter". Mail Online. 23 Februari 2011. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
  12. ^ :Lim Teik Huat (7 Ogos 2017). "KJ: Three world champs to be flag-bearers at SEA Games opening ceremony". TheStarOnline. Dicapai pada 2 September 2017.
  13. ^ Azharie, Farah (29 Ogos 2017). "Azizulhasni: Making it 111 gold medals for Malaysia at the Sea Games 2017". NSTOnline. Dicapai pada 2 September 2017.
  14. ^ "Sarung tangan 'Save Gaza': Azizulhasni diberi amaran". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Julai 2014. Dicapai pada 25 Julai 2014.
  15. ^ "VU scholar brings home bronze in Rio". vu.edu.au. 18 Ogos 2016. Dicapai pada 20 Ogos 2016.
  16. ^ "VU Sports Awards". vu.edu.au.
  17. ^ "Azizulhasni's bronze medal, the fruit of family sacrifice". Malay Mail. 17 Ogos 2016.
  18. ^ Hanisah Selamat (14 Februari 2018). "The Pocket Rocketman ke layar perak". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mac 2018.
  19. ^ Syahirah Mokhtazar (17 Februari 2018). "(Showbiz) Shaheizy Sam delighted to portray The Pocket Rocketman". New Straits Times. Dicapai pada 2 Mac 2018.
  20. ^ Rudy Imran Shamsudin (19 Februari 2018). "Sam jadi The Pocket Rocketman!". Harian Metro. Dicapai pada 2 Mac 2018.
  21. ^ Lim, Teik Huat (2 Mac 2018). "Azizulhasni bags his second SAM-100Plus award on the trot". The Star Online. Dicapai pada 2 Mac 2018.
  22. ^ Azizulhasni terima Ijazah Kehormat UMT, 2022
  23. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2019. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
  24. ^ Rajes Paul (10 September 2017). "Chong Wei all fired up". The Star. Dicapai pada 28 Julai 2018.
  25. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2019. Dicapai pada 26 Ogos 2018.

Pautan luarSunting

Sukan Olimpik
Didahului oleh
Bryan Nickson Lomas
Pembawa bendera   Malaysia
Beijing 2008
Diikuti oleh:
Pandelela Rinong