Mobile Suit Gundam Seed Destiny

Sebuah anime dari tahun 2004
Seorang cosplayer sebagai "Meer Campbell" salah satu watak cereka daripada anime "Mobile Suit Gundam Seed Destiny"

Mobile Suit Gundam Seed Destiny atau Mobile Suit Gundam SEED Destiny ( Bahasa Jepun : 機動戦士ガンダムシードデスティニー ; dibaca : Kidou Senshi Gandamu Shiido Desutinii ; singkatan : "Gundam Seed Destiny" atau "Gundam SEED Destiny" ) adalah sebuah anime dari tahun 2004 yang bersetting di dalam dunia fiksyen pada era kalendar "Cosmic Era".

Anime ini dibuat oleh Sunrise dan ditayangkan di Jepun oleh MBS dan TBS pada hari Sabtu, jam 18:00 petang, daripada 09 Oktober 2004 sampai ke 01 Oktober 2005.

Di Malaysia, ia ditayangkan oleh TV2 pada hari Sabtu dan Ahad, jam 09:30 pagi, daripada tahun 2005 sampai ke tahun 2006.

CeritaSunting

Cerita ini bermula pada era kalendar Cosmic Era tahun ke 73, 2 tahun selepas tamat cerita Mobile Suit Gundam Seed, sama tahun dengan anime terbitan turunan anime ini, "Mobile Suit Gundam Seed Stargazer".

PengeluaranSunting

Tv AsalSunting

Versi Tv yang asal ini ada jumlah 50 episod dengan Ketua Muzik Sahashi Toshihiko, Pengarah Fukuda Mitsuo serta isterinya dan juga pencipta "Cosmic Era", Morosawa Chiaki sebagai penulis utama untuk anime ini.[1]

Anime ini ditayangkan di Jepun oleh MBS dan TBS pada hari Sabtu, jam 18:00 petang, daripada 09 Oktober 2004 sampai ke 01 Oktober 2005.

Final PlusSunting

Final Plus: The Chosen Future telah ditayangkan pada 25 Disember 2005 [2].

Ia merupakan versi baru kepada episod 50, dengan beberapa perubahan kepada jalan cerita, pertempuran yang dipanjangkan, serta sebuah epilog untuk siri ini.

Special EditionSunting

Mobile Suit Gundam Seed Destiny Special Edition dikeluarkan daripada 26 Mei 2006 [3] sampai ke 23 Februari 2007 [4].

Versi ini mempunyai 4 episod yang telah "dikecilkan" daripada versi Tv yang asal dengan beberapa perubahan kepada jalan cerita, pertempuran yang dipendekkan, serta sebuah epilog dari Final Plus yang sebelumnya.

HD RemasterSunting

Mobile Suit Gundam Seed Destiny HD Remaster telah ditayangkan di Jepun oleh Bs11 dan Tokyo MX daripada 07 April 2013 sampai ke 16 Mac 2014.

LaguSunting

PembukaSunting

  1. T.M.Revolution : "Ignited"
  2. High And Mighty Color : "Pride"
  3. Takahashi Hitomi : "Bokutachi No Yukue (僕たちの行方)"
  4. CHemistry : "Wings Of Worlds"
  5. T.M.Revolution : "Vestige" (HD Remaster ; menggantikan "Wings Of Worlds")

MenyisipSunting

  1. Lacus Clyne (cv: Tanaka Rie) : "Fields Of Hope"
  2. Lacus Clyne (cv: Tanaka Rie) : "Mizu No Akashi (水の証)"
  3. Meer Campbell (cv: Tanaka Rie) : "Quiet Night"
  4. Kuwashima Houko : "Shinkai No Kodoku (深海の孤独)"
  5. T.M.Revolution : "Meteor"
  6. T.M.Revolution : "Vestige"
  7. FictionJunction : "Honoo No Tobiba (焔の扉)"
  8. Meer Campbell (cv: Tanaka Rie) : "Emotion"

PenutupSunting

  1. Tamaki Nami : "Reason"
  2. Tamaki Nami : "Result" (HD Remaster)
  3. Arisaka Mika : "Life Goes On"
  4. Komine Lisa : "Tears" (HD Remaster)
  5. Rie fu : "I Wanna Go to a Place..."
  6. See-Saw : "Kimiwa Bokuni Niteiru (君は僕に似ている)"
  7. High And Mighty Color : "Enrai ~Tookuni Aru Akari~ (遠雷 ~遠くにある明かり~)" (HD Remaster)

RujukanSunting

Pautan luarSunting