Orang Cam
Orang Cam (Bahasa Cam: Urang Campa/ꨂꨣꩃ ꨌꩌꨚ, Bahasa Khmer: ជនជាតិចាម, Bahasa Vietnam: người Chăm) adalah kelompok etnik di Asia Tenggara.
Orang Cam beragama Islam di Kemboja. sek. 2007 | |
Jumlah penduduk | |
---|---|
~500,000 | |
Kawasan ramai penduduk | |
![]() | 317,000[1] |
![]() | 127,000[2] |
![]() | 15,000[3] |
![]() | 10,000 |
![]() | 4,000 |
![]() | 3,000 |
![]() | 1,000 |
Bahasa | |
Bahasa Cam (bahasa ibunda), Bahasa Arab atau/dan Pali/Sanskrit (bahasa agamawi untuk gunaan keagamaan), Bahasa Malaysia (untuk yang menetap di Malaysia), Bahasa Inggeris (untuk yang menetap di Amerika Syarikat), Bahasa Khmer (bahasa rasmi negara Kemboja), Bahasa Vietnam (bahasa rasmi negara Vietnam), Bahasa Thai (untuk yang menetap di Thailand terutamanya di sekitar ibu negara, Bangkok dan wilayah sempadan Selatan Thai), Bahasa Lao (untuk yang menetap di Laos), Bahasa Perancis (untuk yang menetap di Perancis) dan sebagainya. | |
Agama | |
Cam Kemboja: Kebanyakan atau kesemua Islam Sunah; minoriti Islam Syiah, Hindu, dan ateisme/agnostik/paganisme.[4] Cam Vietnam: Kebanyakan atau kesemua penganut Hindu; minoriti penganut Islam, penganut Buddha ataupun campuran kedua-dua agama Hindu–Buddha.[5][6] | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Carai, Aceh, Melayu dan etnik Austronesia lain. |
Mereka berpusat antara wilayah Kampong Cam negara Kemboja dan di bahagian tengah serta selatan negara Vietnam terutamanya di kawasan Phan Rang-Thap Cam, Phan Thiết, Bandaraya Ho Chi Minh dan An Giang.
Kira-kira 4,000 orang Cam juga tinggal di Thailand; kebanyakan mereka turut berhijrah ke ibu negaranya, Bangkok iaitu pada masa pemerintahan Raja Rama I dan juga wilayah Selatan Thai seperti Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla untuk berkerja, menuntut ilmu dan menetap sebagai rakyat Thailand berketurunan etnik minoriti Melayu Thai, di mana golongan yang mendapat kerakyatan negara itu dianggap sebagai sub-suku bangsa minoriti tersebut.
Orang Cam membentuk komuniti orang Islam di Kemboja dan Vietnam.[7]
Suku Cam adalah saki-baki dari Kerajaan Campa (kurun ke-7 hingga 15). Mereka berkait rapat dengan Orang Austronesia dan bertutur bahasa Cam, sebuah bahasa rumpun Melayu-Polinesia yang termasuk dalam keluarga Bahasa Austronesia.
RujukanSunting
- ^ The Joshua Project
- ^ Cambodia’s Western Cham People
- ^ Cambodia’s Western Cham People
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-05-12. Dicapai pada 2010-10-27.
- ^ http://www.everyculture.com/wc/Tajikistan-to-Zimbabwe/Cham.html
- ^ The Garland handbook of Southeast Asian music By Terry E. Miller, Sean Williams. m/s. 326
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-05-12. Dicapai pada 2010-10-27.