Pengiran Muda Mohamed Bolkiah
Pengiran Muda Mohamed Bolkiah (diputerakan pada 27 Ogos 1948) ialah ahli kerabat diraja Brunei. Baginda ialah putera kedua Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei ke-28, dan Raja Isteri Pengiran Anak Damit. DYTM ialah Ketua Wazir Brunei memegang gelaran, ‘Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar’’. Selepas kemerdekaan Brunei pada tahun 1984, baginda menjadi menteri asing pertama negara, berkhidmat dari tahun 1984 hingga 22 Oktober 2015. Baginda berkhidmat dalam kabinet sebagai Menteri Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Brunei bersama Timbalan Menteri Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Lim Jock Seng.
Pengiran Muda Mohamed Bolkiah | |||||
---|---|---|---|---|---|
![]() | |||||
Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar | |||||
Pemerintahan | 6 Februari 1970 – kini | ||||
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan | |||||
Tempoh | 1 Januari 1984 – 22 Oktober 2015 | ||||
Diikuti oleh | Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah | ||||
Raja pemerintah | Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah | ||||
Pengiran Temenggong Sahibul Bahar | |||||
Pemerintahan | 29 September 1967 – 6 Februari 1970 | ||||
Kemahkotaan | 29 September 1967 | ||||
Keputeraan | Bandar Brunei, Brunei | 27 Ogos 1948||||
Pasangan | Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah | ||||
| |||||
Ayahanda | Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien | ||||
Bonda | Suri Seri Begawan Raja Isteri Pengiran Anak Damit | ||||
Agama | Islam |
Latar belakangSunting
Pengiran Muda Mohamed Bolkiah diputerakan pada 27 Ogos 1948 di Istana Darussalam di Bandar Brunei. DYTM ialah putera kedua Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei ke-28, dan isteri baginda, Almarhumah Suri Seri Begawan Raja Isteri Pengiran Anak Damit. Kakanda dan adinda DYTM ialah Sultan Brunei kini, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Pengiran Muda Jefri Bolkiah, Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Pengiran Anak Puteri Hajah Nor'ain, Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam, Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah, Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah dan Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah.
Pendidikan awalSunting
Bersama dengan kakanda dan adinda baginda, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah mendapat pendidikan awal di Lapau (bangunan istiadat diraja).
Gelaran baruSunting
Pada 29 September 1967, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dilantik oleh paduka ayahandanya, Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, sebagai Pengiran Temenggong, salah satu wazir tradisional Brunei wazir.
Pada tahun 1970, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dikurniakan oleh Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah gelaran baru Perdana Wazir, ketua wazir tradisional Brunei, "mata dan telinga" pemerintah.
Terasul, gelaran dan kurniaanSunting
Gelaran hormat bagi Pengiran Muda Mohamed Bolkiah | |
Gaya panggilan | Duli Yang Teramat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Tuanku |
Gaya pilihan | Duli Pengiran Perdana Wazir |
Terasul dan gelaranSunting
- 27 Ogos 1948 – 29 September 1967: Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Maulana As-Sultan Sir Muda Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
- 29 September 1967 – 6 Februari 1970: Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengiran Temenggong Sahibul Bahar Muda Mohammad Bolkiah ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Sir Muda Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
- 6 Februari 1970 – kini: Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien
PerkahwinanSunting
Pada bulan Ogos 1970, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah mengahwini sepupu baginda, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, adinda Pengiran Anak Hajah Saleha, Raja Isteri.
Kemerdekaan BruneiSunting
Berikutan kemerdekaan Brunei Darussalam pada tahun 1984, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, dan telah memegang jawatan itu sejak kemudian. DYTM juga memegang gelaran Perdana Wazir.
Ketika rombakan kabinet pada 22 Oktober 2015, DYTM diganti oleh paduka kakandanya, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.[2]
KaryaSunting
KurniaanSunting
Baginda telah dikurniakan: [3]
Kurniaan KebangsaanSunting
- Darjah Kerabat Mahkota Brunei (DKMB)
- Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati - D.K. (Laila Utama) (DK, 1963)
- Pingat Hassanal Bolkiah Sultan Darjah Pertama (PHBS, 1.8.1968)
- Pingat Bakti Laila Ikhlas (PBLI, 1975)
- Pingat Jasa Kebaktian (PJK, 1954)
Kurniaan MalaysiaSunting
Johor :
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ)
Pahang :
- Sri Sultan Ahmad Shah Pahang Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia (SSAP - Dato' Sri)
- Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M) membawa gelaran Dato' Seri
Selangor :
- Setia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Darjah Kebesaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSA, Setia)
Kurniaan asingSunting
- Jerman : Grand Cross of the Order of Merit of the Federal Republic of Germany (16.11.1985)
- Jepun : Grand Cordon of the Order of the Rising Sun (2009) [4]
- Filipina : Grand Cross of the Order of the Golden Heart (31.7.2007)
- Korea Selatan : Grand Cross of the Order of Diplomatic Service Merit of Korea
- Thailand : Grand Cross of the Order of the White Elephant
- United Kingdom : Honorary Knight Grand Cross of the Order of St Michael and St George (GCMG - 17.9.1998)
- United Kingdom : Honorary Commander of the Royal Victorian Order (CVO - 29.2.1972)
AnakandaSunting
Nama | Keputeraan | Perkahwinan | Anakandanya | |
---|---|---|---|---|
Tarikh | Pasangan | |||
YAM Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah | 11 Jun 1971 | 28 Julai 19XX | YM Pengiran Haji Mohammad Hakimmuddin bin Pengiran Haji Hashim | YAM Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah |
YAM Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah | ||||
YAM Pengiran Muda Abdul Qawi | 27 Januari 1974 | 27 Jun 2013 | YAM Tengku Amalin A'ishah Putri binti DYMM Almarhum Sultan Ismail Petra | YAM Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Puteri |
YAM Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Puteri | ||||
YAM Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Puteri | ||||
YAM Pengiran Anak Hajah Ruqiyah Mataul Bulqiah | 2 Mei 1977 | Tiada | ||
YAM Pengiran Muda Dr. Abdul Fattaah | 8 Mac 1982 | 10 September 2018 | YM Dayangku Elina Zuraidah binti Pengiran Kamaluddin | Tiada |
YAM Pengiran Muda Abdul Mu'min | 17 Julai 1983 | Tiada | ||
YAM Pengiran Anak Mansurah Izzul Bolkiah | 1 Oktober 1985 | Tiada | ||
YAM Pengiran Muda Omar Ali | 28 November 1986 | Tiada | ||
YAM Pengiran Anak Khaliilah Khalilatul Bolqiah | 19 Julai 1989 | Tiada | ||
YAM Pengiran Anak Naafi'ah Khairul Bulqiah | 27 Mei 1990 | Tiada | ||
YAM Pengiran Muda Abdul Muqtadir | Tiada maklumat | Tiada |