Separuh Akhir Muzik Muzik 24

Separuh Akhir Muzik Muzik 24 ialah sebuah program televisyen yang ditayangkan di TV3 sebagai sebahagian daripada proses penentuan juara dalam program mingguan Muzik Muzik di mana ia diadakan selama tiga pusingan bagi menentukan lagu mana yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-24. Musim ke 24 menyaksikan TV3 mengubah format kembali kepada pertandingan secara terbuka dan tidak mengikut kategori/nuansa lagu seperti diperkenalkan sejak 1992.

Sejarah sunting

Ia mula diperkenalkan pada edisi ke-7 pada tahun 1992 setelah kategori terbuka diubah kepada ktegori berasaskan genre muzik iaitu Balada, Pop Rock dan Irama Malaysia/Etnik Kreatif. Ia bagi membolehkan 10 buah lagu mewakili setiap genre akan dipertandingkan bagi memenuhi empat kerusi yang layak ke peringkat akhir. Pada edisi ke- 24, penganjur kembali menggabungkan semua kategori menjadi terbuka namun separuh akhir masih dijalankan dengan memilih 30 buah lagu yang mempunyai merit yang cukup dalam carta untuk bersaing secara berperingkat selama tiga pusingan bagi merebut tempat sebagai 12 atau 14 (bergantung kepada juri) lagu yang layak ke peringkat akhir. Keputusan diumumkan pada minggu ketiga pertandingan. Kebiasaannya Separuh Akhir Muzik Muzik dijalankan pada pusingan mingguan ke-50 iaitu pada bulan November setiap tahun. Ia membolehkan finalis yang layak ke peringkat akhir membuat persiapan dalam tempoh hampir dua bulan sebelum acara Anugerah Juara Lagu.

Senarai Lagu Semi-finalis Muzik Muzik 24 sunting

Konsert Muzik-Muzik Separuh Akhir disiarkan pada tiga malam Isnin berturut-turut pada 6, 13 dan 20 November 2009, jam 9 malam, bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam.

Pusingan Pertama (6 November) sunting

Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi
"Mirage" Jipie Kumpulan Pesawat
"Kau Aku" Aizat Amdan
"Dia, Aku dan Kamu" Eddie Hamid Ahmad Fedtri Yahya Kumpulan Red Peanut dan Nadia Hasnan
"Tak Mungkin Kerana Sayang" Ajai Habsah Hassan Alyah
"Oh Anok Anok" Reshmonu Farasha Osman Reshmonu
"Aku Skandal" Noh Salleh Noh Salleh Kumpulan Hujan
"Enjut" Cat Farish,Roxy Tail & Illegal Ahmad Fedtri Yahya,Cat Farish & Roxy Tail Noraniza Idris menampilkan Cat Farish dan Adeep
"Gila" Audi Mok Nurfatimah Mila Jirin
"Dan Sebenarnya" Yuna Zarai
"Raja Gelek" Damian Mikail One Nation Emcees Kumpulan One Nation Emcees
"Bertamu Di Kalbu" Anjang Jaclyn Victor

Pusingan Kedua (13 November) sunting

Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi
"Seadanya Aku" Sharon Paul Azalea Nubhan Ahamad
"Joget Tak Tahu Joget" Anak Jin & Palut Anak Jin Kumpulan Jinbara
"Ku Pinjam Satu Bintang" Ajai Slenn Alyah & Riz Zaizizi
"Aurora" Estranged
"Fikirlah" Anas Amdan Aizat Amdan
"Pakai Buang" Edry Abdul Halim Stacy
"Bengang" Amir Sheikh Kalam Akim Ahmad
"Khatimah Cinta" Manusia Putih Kumpulan 6ixth Sense
"Aku Rindu Sayang Kamu"i Yuzai Black Hanifah
"Cinta Gila"ii Sharnizad & Hafizall Hafizall Kumpulan Grey Sky Morning
"Benar Benar" Edry Abdul Halim Adam

Pusingan Ketiga (20 November) sunting

Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Patri" Anjang Kumpulan Jinbara
"Situasi" Shamsul Annuar Mohd Baharom Kumpulan Bunkface
"Rinduku Terhenti" Aubrey Suwito Tinta S Tomok
"Masih Jelas" Aidit Alfian Ad Samad Hafiz Suipiii
"Ketika Ini" Estranged
"Bencinta" Audi Mok dan Faizal Tahir Faizal Tahiriv Shila Amzah mengantikan Faizal Tahir
"Pergi" Pete Teo Amran Omar Aizat Amdan
"Cinta Adam dan Hawa" Azmeer Loloq Misha Omar
"Pari-pari Di Bawah Angin"↑ii  Taja, Tass & Lan Taja & Tass Kumpulan Meet Uncle Hussain Menarik diri dari pertandingan
Nota
  • ↑i  Lagu ini asalnya dicipta dalam rentak dangdut dan sepatutnya dirakamkan oleh Mas Idayu, namun diberikan kepada Black Hanafiah dengan gubahan baru setelah penyanyi itu menjadi mentornya.
  • ↑ii  Lagu ini menggantikan "Pari-Pari Di Bawah Angin" (Meet Uncle Hussain) yang terpaksa menarik diri kerana kegagalan mewujudkan persefahaman antara bekas vokalis Lan dan ahli-ahli sedia ada untuk bersatu semula mendendangkan lagu ini.[1]
  • ↑iii  Lagu ini sepatutnya dipersembahkan pada malam 13 November tetapi Hafiz terpaksa menangguhkannya ke malam 20 November atas sebab adanya "komitmen lain".[2]
  • ↑iv  Penyanyi asal lagu ini, Faizal Tahir, tidak dapat hadir kerana terlantar di hospital akibat mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.[3]

Lain-lain sunting

Nota;

  • Lagu yang diwarnakan dalam kotak berwarna adalah lagu-lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-24 dan berikut ialah warnanya :
  • Separuh Akhir Pertama : Kuning
  • Separuh Akhir Kedua : Hijau
  • Separuh Akhir Ketiga : Merah Jambu

Lihat juga sunting

  1. ^ "MUH Tarik Diri Muzik-Muzik Separuh Akhir!". gua.com.my. 28 Oktober 2009. Dicapai pada 21 November 2009.
  2. ^ "Giliran Hafiz Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik". gua.com.my. 18 November 2009. Dicapai pada 21 November 2009.
  3. ^ "Pemeriksaan Awal Faizal Tahir Dapati 'Lung Infection'". gua.com.my. 20 November 2009. Dicapai pada 21 November 2009.