Tapak Sulaiman

Tapak Sulaiman atau bintang laut ialah sejenis hidupan laut dari kelas Asteroidea. Sebanyak lebih kurang 1,900 spesies haiwan ini didapati serata lautan dunia tidak kira apa jua iklim dari kawasan pasang surut cetek ke abis sedalam 6,000 meter dari permukaan laut.

Tapak Sulaiman
Haeckel Asteridea.jpg
"Asteroidea" dari Kunstformen der Natur oleh Ernst Haeckel, 1904
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Asteroidea
Order

Bentuknya bercabang lima (atau lebih) dan kulitnya agak keras dan menggerutu. Di bahagian atas ada corak berwarna kuning kemerahan. Sementara di bahagian tapak, berwarna putih. Tapak sulaiman telah wujud sejak 450 juta tahun dahulu iaitu Zaman Ordovician.

PenamaanSunting

Menurut kamus A Malay-English dictionary karangan Richard James Wilkinson, nama "tapak sulaiman" merujuk kepada dua jenis hidupan: haiwan laut berkaki lima disebut, serta suatu tumbuhan menjalar dengan daun menjambak pecah yang turut disebut sebagai "tutup bumi" atau nama saintifiknya Elephantopus scaber;[2][3] nama kedua-dua hidupan ini diberikan daripada kepercayaan orang Melayu dahulu mengaitkan dengan suatu bekas tapak diletakkan nabi Sulaiman yang memerangkap jin dalam tanah.[3]

AnatomiSunting

Tapak Sulaiman terdiri dari satu cakera dengan lima "lengan" yang mempunyai jarak yang sama antara satu sama lain. Lengan Tapak Sulaiman yang putus atau tercabut boleh tumbuh semula.

 
Rajah menunjukkan tapak sulaiman yang dibedah.

Sebuah rajah menunjukkan paparan aboral terhadap tapak sulaiman yang sebahagiannya dibedah

  1. Perut pilorik
  2. Usus dan anus
  3. Kantung rektal
  4. Kanal batu
  5. Madreporite
  6. Caecum pilorik
  7. Kelenjar pencernaan
  8. Perut jantung
  9. Gonad
  10. Kanal radial
  11. Rabung ambulakral

Hubungan dengan manusiaSunting

Bentuk haiwan ini sering dinampakkan dalam motif tenunan kain songket.[4]

Masyarakat peribumi Hawaii percaya bahawa tapak sulaiman merupakan antara makhluk terawal diciptakan dalam alam dunia mereka.[5]

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e f g Asterozoa: Fossil groups
  2. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "tapak". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 150.   Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  3. ^ a b "Tumbuhan Ubatan: Tutup bumi". Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. 2021. Dicapai pada 8 September 2021.
  4. ^ Norwawi Md Nawawi; Legino, Rafeah (2016). "Traditional Songket and Contemporary Designs Towards Commercial Products". Proceedings of the 2nd International Colloquium of Art and Design Education Research (i-CADER 2015) (dalam bahasa Inggeris). Singapura: Springer Science+Business Media. m/s. 73. ISBN 978-981-10-0237-3.
  5. ^ Tregear, Edward (1900). ""The Creation Song" of Hawaii". The Journal of the Polynesian Society. 9 (1): 38–46.