Templat:Laman Utama-Kandungan Atas/ujian
Rencana pilihan
Cicakman 3 adalah filem Adiwira berbahasa Melayu 2015 dari Malaysia. Ia merupakan sekual untuk filem Cicak-Man dan Cicakman 2 - Planet Hitam. Filem ini diarahkan bersama-sama oleh Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar serta diterbitkan oleh KRU Studios. Watak utama filem ini dilakoni oleh Zizan Razak yang menggantikan Saiful Apek. Filem ini mengisahkan mengenai Man (Zizan Razak),seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda, (Lisa Surihani). Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak dimana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu. Dia menerima tanggungjawab tersebut selepas 7 tahun kehilangan Cicakman yang asal dan kehadiran superhero baru, Super Bro. Filem ini telah ditayangkan pada 12 Mac 2015.
Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan Mei 2024. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang!
Berita terkini
- 10 orang anggota tentera maut dalam perlanggaran udara melibatkan dua buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut.
- Iran melancarkan serangan udara ke Israel sususlan serangan Israel terhadap konsulat Iran di Damsyik.
- Satu gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan bandar Hualien di Taiwan.
- Perdana Menteri Palestin yang baru dilantik Mohammad Mustafa mengumumkan senarai 22 menteri kabinet baharunya.
- Jambatan Francis Scott Key (gambar) di Baltimore, Amerika Syarikat runtuh selepas sebuah kapal kontena terlanggar salah satu tiang sokongannya.
Tahukah anda...
- "... bahawa lebih daripada 61 juta orang telah melawat istana kota Neuschwanstein sejak ia dibuka pada tahun 1886?" Wikipedia:Tahukah anda/25/2 Dicadangkan oleh: Zamwan
- "... bahawa Cecil Hotel di Los Angeles telah menjenamakan semula hotel mereka sebagai Stay on Main kerana bilangan aktiviti jenayah dan kematian yang melampau sejak 1985, dan yang terbaru pada tahun 2013" Wikipedia:Tahukah anda/52/2
- ... bahawa James Jemut Masing dan Benedict Sandin membahagikan pemujaan yang ada dalam agama adat Iban ini kepada tiga kategori: bedara yang paling tinggi, gawa dan gawai. Wikipedia:Tahukah anda/55/4
- ... bahawa bahawa Ailladie (gambar), sebuah tebing batu batu kapur yang berukuran 800 meter (2,600 kaki) di Burren, telah dipanggil "Mekah untuk memanjat batu di Ireland"?? Wikipedia:Tahukah anda/90/4
- ... bahawa piza merupakan makanan manis pada awal penciptaannya? Wikipedia:Tahukah anda/122/2
Hari ini dalam sejarah
- 1670 – Sebuah Piagam Diraja mengurniakan monopoli perdagangan bulu kepada Hudson's Bay Company di Tanah Rupert (kini merangkumi banyak kawasan Kanada).
- 1829 – Kapten Charles Fremantle daripada Tentera Laut Diraja British menubuhkan petempatan pertama British di pantai barat Australia, Koloni Sungai Swan.
- 1945 – Perang Dunia Kedua: Komander pertahanan Berlin Jeneral Helmuth Weidling menyerahkan bandar itu kepada Marsyal Soviet Georgy Zhukov, menamatkan Pertempuran Berlin.
- 1982 – Perang Falkland: HMS Conqueror menenggelamkan penjajap ARA Jeneral Belgrano (gambar), satu-satunya kapal yang pernah ditenggelamkan oleh kapal selam nuklear.
- 2011 – Osama bin Laden dibunuh pasukan operasi khas A.S. di sebuah kediaman persendirian di Abbottabad, Pakistan.
Gambar pilihan
Orang ramai berbaris di Champs-Élysées semasa Bahagian Perisai Ke-2 Perancis melancarkan perarakan dari Arc de Triomphe ke Place de la Concorde pada 26 Ogos 1944, berikutan pembebasan Paris. Diperintah oleh Jerman Nazi sejak menandatangani Gencatan Senjata Compiègne Ke-2 pada tahun 1940, Paris telah dibebaskan semasa perjuangan selama seminggu yang bertelagah dengan Pasukan Dalaman Perancis, Bahagian Perisai Ke-2 Perancis, dan Tentera Darat Tengah Amerika Syarikat menentang Jerman Bahagian Keselamatan Ke-325. Pertempuran berakhir dengan Jeneral Jerman Dietrich von Choltitz menyerah kalah kepada pasukan Perancis. Lebih daripada 1,700 tentera Perancis dan 3,200 tentera Jerman terbunuh dalam pertempuran itu. Gambar: Jack Downey
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Gotong-royong
- Cabaran gotong-royong
- Hasil gotong-royong terbaru
- Segera Cipta
- Rencana-rencana di Portal:Hal semasa (en; fr)
- Rencana mingguan di Penterjemahan minggu ini
- Khas:Laman dikehendaki (WikiProjek Malaysia • WikiProjek Perubatan • 10,000 rencana perlu)
- Segera Selenggara
- Rencana-rencana di dalam kategori Kategori:Projek BukanTeamBiasa
- Perangkaan WBM
Kedalaman | Rencana | Laman | Suntingan | Pengguna | Pentadbir | Fail |
---|---|---|---|---|---|---|
20.6 | 372,829 | 1,083,085 | 6,170,259 | 334,794 (626 aktif) | 15 | 18,425 |
- Perbaiki kandungan