Ubi badak

spesies tumbuhan berumbi
(Dilencongkan daripada Ubi kenduduk)

Ubi badak[3] atau ubi besar (lihat juga kata seerti lain), dengan nama saintifik Dioscorea alata, ialah spesies ubi yang tumbuh di bawah tanah.[4] Umbinya selalunya berwarna ungu terang atau gandaria, namun beberapanya berwarna putih cerah atau putih kuning. Ia kadang-kadang dikelirukan dengan keledek (Ipomoea batatas) dan talas lantaran warnanya yang hampir sama. Ia datang dari tropika Asia,[5] dan telah dikenal oleh manusia sejak zaman silam.[5]

Ubi badak
Ubi badak di Maui, Hawaii.
Umbi ubi badak.
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Dioscoreales
Keluarga: Dioscoreaceae
Genus: Dioscorea
Spesies:
D. alata
Nama binomial
Dioscorea alata
Sinonim[2]
Senarai
    • Dioscorea atropurpurea Roxb.
    • Dioscorea colocasiifolia Pax
    • Dioscorea eburina Lour.
    • Dioscorea eburnea Lour.
    • Dioscorea globosa Roxb.
    • Dioscorea javanica Queva
    • Dioscorea purpurea Roxb.
    • Dioscorea rubella Roxb.
    • Dioscorea sapinii De Wild.
    • Dioscorea sativa Munro
    • Dioscorea vulgaris Miq.
    • Elephantodon eburnea (Lour.) Salisb.
    • Polynome alata (L.) Salisb.

Peristilahan

sunting

Terdapat pelbagai nama diberikan kepada tumbuhan ini antaranya:[6][7]

  • ubi butung[8]
  • ubi jawa
  • ubi junjung
  • ubi kalébasa
  • ubi kelapa
  • ubi kelébang  
  • ubi kenduduk
  • ubi kipas
  • ubi laki-laki[9]
  • ubi manis
  • ubi menjangan
  • ubi mérah
  • ubi nasi
  • ubi paha kerbau
  • ubi pandan
  • ubi pandang
  • ubi sekok
  • ubi sukun
  • ubi tahun-tahun
  • ubi teropong
  • ubi tiang
  • ubi ular

Ia dipercayai merupakan tumbuhan asal yang dinamakan "ubi" sebelum diperluaskan takrifannya merujuk kepada sayuran jenis umbisi yang lain; nama ini masih kekal melekat dalam bahasa-bahasa Austronesia (melalui akar kata *qubi) termasuk Malagasi óvy, Fiji uvi, Tagalog úbi, Tonga ʔufi, Samoa ufi, dan Maori dan Hawaii uhi.[10] Óvy dan ufi tidak merujuk khusus pada D. alata.[10]

Sejarah penyebaran

sunting
 
Keratan ubi badak dari Réunion.
 
Umbi ubi badak yang dituai.

Dioscorea alata ialah satu tanaman ruji penting dalam budaya Austronesia. Ia satu daripada bermacam-macam spesies yang ditanam dan dibiakkan dengan meluasnya di Asia Tenggara dan New Guinea untuk sumber kanji, bersama dengan ubi tum (Dioscorea bulbifera), ubi gadung (Dioscorea hispida), ubi torak (Dioscorea esculenta), ubi upas (Dioscorea nummularia), ubi pasir (Dioscorea pentaphylla), dan ubi pensel (Dioscorea transversa).[11] Di kalangan ini, hanya D. alata dan D. esculenta yang sering ditanam dan dimakan, sedangkan yang lain dianggap makanan kebuluran lantaran tahap toksik dioskorin yang lebih tinggi dan harus disediakan dengan betul sebelum dimakan.[12]

D. alata ditanam lebih banyak berbanding D. esculenta lantaran umbinya lebih besar.[13] D. alata dan D. esculenta paling sesuai dibawa berlayar dalam perahu orang Austronesia dan dibawa hampir ke seluruh julat penyebaran Austronesia. D. alata ini diperkenalkan ke kepulauan Pasifik dan New Zealand. Mereka turut dibawa oleh pelayar Austronesia ke Madagaskar dan Comoros.[14][15][16]

 
Umbi udara D. alata kelainan putih dari Maui, Hawaii.

Pusat asal ubi badak tidak diketahui, namun bukti arkeologi mencadangkan yang ia dioleh dari Asia Tenggara Kepulauan dan New Guinea sebelum penyebaran Austronesia. Ubi badak dipercayai sebagai kultigen betul hanya dari bentuk penanamannya. Sebahagian besar kultivarnya mandul, yang mana membataskan pengenalannya semata-mata ke pulau-pulau oleh kuasa manusia, menjadikannya petunjuk penting pergerakan manusia. Beberapa penulis mencadangkan, tanpa bukti, asal usulnya dari Tanah Besar Asia Tenggara, namun keragaman terbesarnya ditunjukkan ada di Filipina dan New Guinea.[17][18][19][20]

 
Bunga ubi badak.

Kegunaan

sunting

Masakan

sunting

Ubi badak mempunyai umbi yang boleh dimakan, yang berasa lemak manis, agak kasar dan melekit mengingatkan pada keledek dan talas. Kultivar ungunya menukarkan hidangan menjadi ungu terang tersendiri lantaran jumlah antosianin yang tinggi.[21] Di Malaysia, ubi badak lebih terkenal di kawasan Pantai Timur Semenanjung semacam Kelantan dan Terengganu.[22] Ubi ini selalunya direbus dan hanya dimakan begitu lantaran isinya agak manis. Ubi ini sesuai dibuat penganan termasuk koleh dan kuih talam.[22] Ubi badak yang berwarna ungu turut dihiris nipis dan dibuat kerepek.[22] Selain itu, ubi badak sesuai dijadikan rampaian dalam masakan macam sayur lemak dan gulai.[23][24]

Ubi badak turut terpakai untuk dibuat kanji daripadanya.[5] Ubi badak banyak membaur dalam masakan baru dan tradisional Filipina (yang mana disebut ube atau ubi). Ia dipakai dengan meluas dalam bermacam pembasuh mulut Filipina semacam kek ubi badak dan kek ubi badak keju, sebagai bahan atau perisa dalam aiskrim, susu, donat, tart, jem dan, jenis pastri lain. Ia sering dimakan rebus, dibakar atau dibuat penganan yang disebut ube halaya ("ubi selai"); yang kemudian menjadi bahan terkenal dalam penganan beku yang disebut halo-halo.[25][26][27]

Pembasuh mulut ubi badak baru-baru ini banyak masuk ke Amerika Syarikat melalui masakan Filipina, dengan nama Filipinanya "ube". Ia menjadi sangat terkenal lantaran warna ungu lembayung ketaranya yang dibubuh dalam pembasuh mulut.[21][25][28] Di Vietnam, ubi badak dipakai untuk memasak sayur lemak yang disebut canh khoai mỡ.[29] Di Maharashtra, kerepek yang digoreng kilas dimakan sewaktu puasa keagamaan.[perlu rujukan] Ubi badak ialah bahan pati dalam undhiyu.[30] Ubi ini turut menjadi pembasuh mulut terkenal di Jaffna, Sri Lanka.

Makanan tambahan dan ubatan tradisional

sunting

Sungguhpun D. alata dimakan sebagai makanan tambahan, tiada bukti klinikal mengatakan ia bersifat terapeutik.[31] Pengambilan makanan tambahan ini boleh membawa kesan buruk pada mereka yang mengambil astrogen, dadah antikoagulan, atau yang mengandung dan menyusu.[31] Sesetengah orang mempunyai alahan pada makanan tambahan ini.[31]

D. alata mempunyai tingkat oksalat yang tinggi (486–781 mg/100 g bahan kering),[32] yang berbaur dengan kesan antipemakanan dan pembentukan batu karang.[33]

Kegunaan lain

sunting

Kelainan warna ungunya adalah lantaran pigmen antosianinnya yang rencam.[34] Pigmen itu larut air dan disarankan untuk dijadikan agen pewarna makanan.[35] D. alata kadang-kadang ditanam di kebun untuk tujuan hiasan.[5]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^  Dioscorea alata julung kali diterangkan dan diterbitkan dalam Species Plantarum 2: 1033. 1753. "Name - Dioscorea alata L." Tropicos. Saint Louis, Missouri: Missouri Botanical Garden. Dicapai pada Mei 26, 2011.
  2. ^ "The Plant List: A Working List of All Plant Species".
  3. ^ Abdullah, Sakinah (2020). In vitro regeneration of Dioscorea alata with anthocyanin and antimicrobial activity (Tesis). Universiti Malaya.
  4. ^ KHAIRULHASNI BINTI MAT ISA (2000). DNA variations within yam cultivars (Dioscorea spp) as indicated by RAPD analysis (PDF) (Tesis). Universiti Putra Malaysia.
  5. ^ a b c d  GRIN (Mei 9, 2011). "Dioscorea alata information from NPGS/GRIN". Taxonomy for Plants. National Germplasm Resources Laboratory, Beltsville, Maryland: USDA, ARS, National Genetic Resources Program. Dicapai pada Mei 26, 2011.
  6. ^ "ubi". Kamus Dewan (ed. 4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  7. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "ubi". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 623 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  8. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "butong". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 172 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  9. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "laki". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 6 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  10. ^ a b Blust, Robert (2010). Trussel, Stephen (penyunting). "*qubi yam: Dioscorea alata Linn". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 23 Ogos 2013.
  11. ^ Barker, Graeme; Hunt, Chris; Barton, Huw; Gosden, Chris; Jones, Sam; Lloyd-Smith, Lindsay; Farr, Lucy; Nyirí, Borbala; O'Donnell, Shawn (Ogos 2017). "The 'cultured rainforests' of Borneo" (PDF). Quaternary International. 448: 44–61. Bibcode:2017QuInt.448...44B. doi:10.1016/j.quaint.2016.08.018.
  12. ^ Bevacqua, Robert F. (1994). "Origin of Horticulture in Southeast Asia and the Dispersal of Domesticated Plants to the Pacific Islands by Polynesian Voyagers: The Hawaiian Islands Case Study" (PDF). HortScience. 29 (11): 1226–1229. doi:10.21273/HORTSCI.29.11.1226.
  13. ^ "*Qufi ~ Uwhi, uhi". Te Mära Reo: The Language Garden. Benton Family Trust. Dicapai pada 21 Januari 2019.
  14. ^ Crowther, Alison; Lucas, Leilani; Helm, Richard; Horton, Mark; Shipton, Ceri; Wright, Henry T.; Walshaw, Sarah; Pawlowicz, Matthew; Radimilahy, Chantal; Douka, Katerina; Picornell-Gelabert, Llorenç; Fuller, Dorian Q.; Boivin, Nicole L. (14 Jun 2016). "Ancient crops provide first archaeological signature of the westward Austronesian expansion". Proceedings of the National Academy of Sciences. 113 (24): 6635–6640. doi:10.1073/pnas.1522714113. PMC 4914162. PMID 27247383.
  15. ^ Beaujard, Philippe (Ogos 2011). "The first migrants to Madagascar and their introduction of plants: linguistic and ethnological evidence" (PDF). Azania: Archaeological Research in Africa. 46 (2): 169–189. doi:10.1080/0067270X.2011.580142. S2CID 55763047.
  16. ^ Walter, Annie; Lebot, Vincent (2007). Gardens of Oceania. IRD Éditions-CIRAD. ISBN 9781863204705.
  17. ^ Arnau, Gemma; Bhattacharjee, Ranjana; MN, Sheela; Chair, Hana; Malapa, Roger; Lebot, Vincent; K, Abraham; Perrier, Xavier; Petro, Dalila; Penet, Laurent; Pavis, Claudie; Chiang, Tzen-Yuh (29 Mac 2017). "Understanding the genetic diversity and population structure of yam (Dioscorea alata L.) using microsatellite markers". PLOS ONE. 12 (3): e0174150. Bibcode:2017PLoSO..1274150A. doi:10.1371/journal.pone.0174150. PMC 5371318. PMID 28355293.
  18. ^ "White Yam, Winged Yam". Dave's Garden. Dicapai pada 25 Julai 2020.
  19. ^ Malapa, R.; Arnau, G.; Noyer, J.L.; Lebot, V. (November 2005). "Genetic Diversity of the Greater Yam (Dioscorea alata L.) and Relatedness to D. nummularia Lam. and D. transversa Br. as Revealed with AFLP Markers". Genetic Resources and Crop Evolution. 52 (7): 919–929. doi:10.1007/s10722-003-6122-5. S2CID 35381460.
  20. ^ Paz, Victor J. (1999). "Neolithic Human Movement to Island Southeast Asia: The Search for Archaeobotanical Evidence". Bulletin of the Indo-Pacific Prehistory Association. 18 (Melaka Papers Vol. 2): 151–158. doi:10.7152/bippa.v18i0.11710.
  21. ^ a b Sutherlin, Margaret. "Everything You Need to Know About Ube, The Purple Yam". Chowhound. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  22. ^ a b c Nor Afizah Mustapha; Siti Nadrah Huda Roslen; Faatimah Shameemah Gafar; Wan Zunairah Wan Ibadullah; Radhiah Shukri (September 2019). "Characterization of heat-moisture treated Dioscorea alata purpurea flour: impact of moisture level". Journal of Food Measurement and Characterization. Springer Nature. 13 (4): 1636–1644. doi:10.1007/s11694-019-00080-0.
  23. ^ CNS (13 Jun 2016). Sayur Lemak Ubi Besar. Resepi Masakan Kegemaran. Dicapai pada 2022-06-21
  24. ^ Wani Sukarno (3 Disember 2021). Resepi Gulai Daging Ubi Badak Berempah, Menu Unik Kelantan. Dicapai pada 2022-06-21
  25. ^ a b Kearns, Landess. "Ube Is The Natural Ingredient That Turns Food Perfectly Purple". The Huffington Post. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  26. ^ Bueno, Anna. "All hail ube, the culinary gem we took for granted". CNN Philippines. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  27. ^ Valdeavilla, Ronica. "Ube: The Philippine Purple Yam (More Popular Than Vanilla!)". culture trip. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  28. ^ "Donut Shop in Gurnee Cranks Out Unique Freshly Made Donuts". ABC7 Chicago. November 11, 2016.
  29. ^ JEANNETTE (23 Julai 2020). CANH KHOAI MỠ (CREAMY PURPLE YAM SOUP). Wok & Kin. Dicapai pada 2022-06-21
  30. ^ Degras, L. 1993. The Yam: A Tropical Root Crop. London, New York, and Wageningen
  31. ^ a b c "Wild yam". Drugs.com. 24 July 2020. Dicapai pada 15 Mac 2021.
  32. ^ Wanasundera JP, Ravindran G (1994). "Nutritional assessment of yam (Dioscorea alata) tubers". Plant Foods Hum Nutr. 46 (1): 33–9. doi:10.1007/BF01088459. PMID 7971785. S2CID 36080604.
  33. ^ Otegbayo, B. O.; Oguniyan, D. J.; Olunlade, B. A.; Oroniran, O. O.; Atobatele, O. E. (2017-11-01). "Characterizing genotypic variation in biochemical composition, anti-nutritional and mineral bioavailability of some Nigerian yam (Dioscorea spp.) land races". Journal of Food Science and Technology. 55 (1): 205–216. doi:10.1007/s13197-017-2913-0. ISSN 0022-1155. PMC 5756202. PMID 29358812.
  34. ^ Moriya C, Hosoya T, Agawa S, Sugiyama Y, Kozone I, Shin-Ya K (2015). "New acylated anthocyanins from purple yam and their antioxidant activity". Biosci Biotechnol Biochem. 79 (9): 1484–92. doi:10.1080/09168451.2015.1027652. PMID 25848974. S2CID 11221328.
  35. ^ Li, Jinwei; Zhang, Lianfu; Liu, Yuanfa (2013). "Optimization of Extraction of Natural Pigment from Purple Sweet Potato by Response Surface Methodology and Its Stability". Journal of Chemistry. 2013: 1–5. doi:10.1155/2013/590512.

Pautan luar

sunting