Zaiton Abdullah

Pelakon veteran wanita Singapura
(Dilencongkan dari Zaiton)

Zaiton binti Abdul Hamid (lebih dikenali sebagai Zaiton Abdullah) adalah seorang seniwati filem Melayu yang berbakat pada era 1950-an hingga 1960-an. Beliau adalah heroin filem seangkatan dengan Hashimah Yon, Latifah Omar, Roseyatimah dan Sarimah. Beliau dilahirkan pada 2 April 1937 dan berasal dari Changi, Singapura.

Seniwati

Zaiton Abdullah
زيتون عبدالله
Gambar dalam filem Anakku Sazali
Kelahiran
Zaiton binti Abdul Hamid

(1937-04-02) 2 April 1937 (umur 87)
Nama lainZaiton
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1955–1968
Terkenal kerana
PasanganAbdullah Hussein (k. 1956; c. 1964)
Syed Abdullah Alkaff (k. 1965; m. 2017)
Anak-anak5

Filem Hang Tuah (1956) telah berjaya melonjakkan nama beliau di persada perfileman Melayu. Namanya menjadi sebutan ramai dan wajah Zaiton sering menghiasi akhbar dan majalah pada zaman itu. Menerusi filem tersebut beliau telah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 3 pada 1957. Tetapi, beliau seperti tenggelam dalam dunia perfileman Melayu apabila sekumpulan pelakon Melayu yang diketuai oleh P. Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura pada lewat 1960-an.

Satu perkara yang menarik ialah pada September 1958, beliau menjadi satu-satunya artis Melayu yang dipilih mewakili Malaysia dan Singapura ke Pacific Festival yang berlangsung di San Francisco, California. Beliau diberi peluang memperkenalkan budaya Melayu kepada masyarakat dunia pada masa itu.

Zaiton membuat kemunculan semula menerusi filem Kacha Permata dan Aksi Kuching pada tahun 1966 dan cemerlang menerusi filem blockbuster era 60-an iaitu Raja Bersiong pada tahun 1968. Sejak 1970-an Zaiton mula bersara dari bidang lakonan dan hanya membuat kemunculan istimewa di majlis-majlis keraian artis-artis veteran. Beliau diakui sebagai salah seorang primadona filem terunggul era 1950-an dan 60-an dengan kecantikan semula jadi yang seiring dengan bakat biarpun hanya 10 tahun bergiat aktif di dalam industri perfileman.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1955 Jubah Hitam Filem pertama
Abu Hassan Penchuri Dayang Istana Baghdad Pelakon tambahan
Kipas Hikmat Tengku Azizah
1956 Hang Tuah Tun Teja
Anakku Sazali Mahani
1957 Bujang Lapok Zaiton
1958 Doktor Noraini
Taufan Fatimah
Sri Menanti Fatimah
1959 Samseng
Batu Belah Batu Bertangkup Melur
The Golden Trumpet Filem Filipina
1960 Pertarongan Molek
Lela Manja Lela Sari Dewasa
Putera Sangkar Maut
1961 Ali Baba Bujang Lapok Penghibur Gundik Penampilan khas
Seniman Bujang Lapok Zaiton
Si Tanggang Kenanga
1962 Gerhana Nora
Ibu Mertua-ku Kalsum Bee/Chombi
1963 Budi dan Dosa Hasmah
1964 Siapa Besar Maznah Senget
1965 Taqdir Mayang / Permaisuri
1966 Kacha Permata Azizah
Aksi Kuching Azizah
1967 Lampong Karam
1968 Raja Bersiong Cindera Filem terakhir sebagai pelakon

Diskografi sunting

Album sunting

 
Album EP TRC1066 rakaman Zaiton Abdullah bersama penyanyi S. Jibeng

Zaiton Abdullah pernah merakamkan piring hitam bersama penyanyi S. Jibeng dengan judul EP TRC1066. Antara lagu yang terkandung di dalamnya adalah:-

  • S. Jibeng & Zaiton Abdullah - Janji Palsu
  • Zaiton Abdullah - Azam dan Azab-ku
  • S. Jibengs - Che Ainon Janda Muda
  • S. Jibeng- Mengapa-lah Hidup-ku

Rujukan sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

Festival Filem Asia Ke -3

Tahun Filem Kategori Keputusan
1956 Hang Tuah Pelakon Pembantu Terbaik Menang


Pesta Filem Malaya (FFM)

Tahun Filem Kategori Keputusan
1956 Hang Tuah Aktres Pembantu Terbaik Tercalon
1958 Taufan Aktres Terbaik Menang
1962 Gerhana Tercalon
1966 Aksi Kuching Tercalon


Anugerah Era 2006

Tahun Penghargaan Keputusan
2006 Anugerah Seni Era Menang

Pautan luar sunting