Abdul Hamid Zainal Abidin

Allahyarham Brigadier Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Ngah @ Hj. Zainal Abidin (20 Februari 1944 - 30 Disember 2014) merupakan pengerusi MARA dari 16 Julai 2004 hingga 2009. Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Parit Buntar dan menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Abdul Hamid Haji Zainal Abidin

PSM, PAT (ATM); PJN; SPMP, DPMP (Prk); JSM, KMN AP
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Dalam jawatan
2004 – 2009
Didahului olehZamani b. Md. Noor
Digantikan olehIdris Jusoh
Ahli Parlimen Parit Buntar
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehHasan Mohd Ali
Digantikan olehMujahid Yusof Rawa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
Dalam jawatan
2001–2004
Didahului olehAbdul Hamid Othman
Digantikan olehAbdullah Md Zin
Ketua Pengarah JAKIM
Dalam jawatan
1995–2001
Didahului olehDatuk Haji Zainal Abidin bin Abdul Kadir
Digantikan olehMohamad Shahir Abdullah
Butiran peribadi
LahirAbdul Hamid bin Ngah @ Hj. Zainal Abidin Nama Ibu Hjh Bashariah Bt Atin
(1944-02-20)20 Februari 1944
Bagan Datoh, Perak, Malaya British (kini Malaysia)
Meninggal dunia30 Disember 2014(2014-12-30) (umur 70)
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianSerangan jantung, sesak nafas
Parti politik BN / UMNO
PasanganPuan Sri Latifah Abdullah
Anak-anak11
KediamanBandar Tun Hussein Onn
PendidikanSekolah Melayu Kampung Tanah Lalang, Bagan Datoh
PekerjaanPengerusi MARA

Beliau dan Dr. Zakir Abdul Karim dari India dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1435/2013M. Anugerah itu disampaikan pada 5 November 2013 di Putrajaya. Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah telah menyampaikan anugerah tersebut. [1]

Pendidikan sunting

Abdul Hamid menerima pendidikan di Sekolah Kampung Tanah Lalang, Bagan Datoh, dan Madrasah Irsyadiah, Bt. 26, Bagan Datoh, Perak. Kemudian sambung belajar di Madrasah Alawiah, Arau, Perlis dan Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya .Seterusnya sambung belajar peringkat Diploma in Education (Islamic College); Master ( Universiti al-Azhar, Kaherah,Mesir serta Muslim College, London. Selain itu Ijazah Sarjana Perundangan Islam Takhassus Universiti al Azhar, Mesir.

Kerjaya sunting

Beliau pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Tunku Besar, Tampin, Negeri Sembilan (1971 - 1972) ; Guru di Victoria Institution, Kuala Lumpur (1972 - 1977) ; Pensyarah Pengajian Islam & Bahasa Arab -Maktab Perguruan Islam, Lembah Pantai (1972 - 1980) ; Pemangku Ketua Jabatan Pengajian Islam dan Bahasa Arab -Maktab Perguruan Islam (1980 - 1981).

Seterusnya menjadi Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar , Bahagian Pendidikan Guru -Kementerian Pelajaran (1982 - 1983) dan Pengetua - Maktab Perguruan Islam, Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1984 - 1985)

Apabila Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) -Kementerian Pertahanan Malaysia ditubuhkan , beliau menjadi pengarah KAGAT yang pertama (1985 - 1995) selama 10 tahun . Perdana Menteri Malaysia ketika itu , Tun Dr Mahathir Mohamad telah meminta beliau menyertai tentera padahal ketika itu beliau berusia 40 tahun. Oleh itu beliau terpaksa menjalani latihan tentera seperti latihan asas ketenteraan, berkawad, pegang senjata dan semua protokol dalam ketenteraan . Selepas menerima pelbagai latihan , Yang di-Pertuan Agong telah memberi tauliah dengan pangkat Kolonel dan dilantik sebagai pengarah KAGAT yang pertama. Anggota KAGAT boleh dihantar ke mana-mana termasuk berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti ke Bosnia Herzegovina dan Somalia.

Sekali lagi Tun Dr Mahathir Mohamad melantik beliau sebagai Ketua Pengarah yang pertama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (1995 - 2001). JAKIM pertama kali ditubuhkan bagi menggantikan unit kecil yang dikenali sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri (BAHEIS) di Pusat Islam. Ketika itu Abdul Hamid ditelefon oleh Tun Dr Mahathir ketika mengerjakan haji di Mekah. Pada masa yang sama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) turut ditubuhkan .

Pada 2001, selepas 6 tahun di JAKIM, beliau dilantik sebagai Senator dan menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (2001- Mac 2004). Jawatan kini pernah disandang oleh Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor Tan Sri Abdul Hamid Othman.

Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) (16 Julai 2004 - 2009). Beliau turut menjadi pengerusi dan Pro Cancelor Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Politik Parit Buntar sunting

Beliau dipilih oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi bertanding di parlimen Parit Buntar dalam Pilihan raya umum 2004 dan berjaya menewaskan penyandangnya Datuk Dr Hasan Mohamad Ali. Abdul Hamid mendapat 19,317 undi sementara Dr Hasan mendapat 14,619 undi. Sebelum itu Dr Hasan menewaskan calon BN/UMNO Abdul Rahman Suliman , seorang wartawan dengan majoriti 2,094 .

Kemenangan Abdul Hamid juga disertai dengan kemenangan semula BN/UMNO di DUN Titi Serong dan mengekalkan DUN Batu Kurau.

Namun Abdul Hamid tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya 2008. Tempat beliau diambil semula oleh Senator Datuk Abdul Rahman Suliman bagi menentang Dr Mujahid Yusof Rawa. Ternyata calon BN/UMNO itu tewas kepada calon PAS dengan majoriti 7551 undi. Tahun 2013, Datuk Dr Mujahid sekali lagi menang dengan menewaskan Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin dari BN/UMNO dengan majoriti bertambah kepada 8476 undi.[2]

Anugerah sunting

  • Kasteria Mangku Negara ( KMN ) 1990
  • Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) 1991
  • Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) 1991
  • Johan Setia Mahkota (JSM) 1994
  • Panglima Jasa Negara (PJN) 1999
  • Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2003
  • Panglima Setia Mahkota (PSM) 2011

Meninggal dunia sunting

Pada 2000, Abdul Hamid Zainal Abidin pernah menjalani pembedahan pintasan jantung .

Pada 30 Disember 2014, beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) , Kuala Lumpur akibat sesak nafas dan serangan jantung pada usia 70 tahun .Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.[3] Keluarga ini menetap di rumah No 8 Jalan Suasana 5/3A Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Hamid Zainal Abidin diumum Tokoh Maal Hijrah 1435". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-17. Dicapai pada 2014-12-30.
  2. ^ "Perak P57, N8, N9". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2021-09-22.
  3. ^ "Abdul Hamid meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2014-12-30.
  4. ^ [1][pautan mati kekal]