Zizan Nin

pelakon Malaysia
(Dilencongkan dari Azizan Nin)

Zizan Nin (lahir 17 Mei 1973) ialah seorang pelakon, pengacara, penerbit dan pengarah Malaysia, terkenal dengan hasil kerjanya di televisyen dan filem beliau lahir di Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak.

Zizan Nin
Kelahiran
Azizan bin Nin

(1973-05-17) 17 Mei 1973 (umur 51)
PekerjaanPelakon, pengacara, penerbit, pengarah
Tahun aktif2000–kini
PasanganFazilah Hani Harun (k. 2010; c. 2016)

Kerjaya

sunting

Azizan muncul buat kali pertama dalam layar televisyen dalam iklan Pond's bersama Melissa Maureen yang sering disiarkan pada awal 2000-an. Kemudian beliau muncul dalam drama tempatan berbahasa Inggeris Table For Two (TV2) pada tahun 2001 dan kemudiannya berlakon dalam drama pertamanya iaitu Bulan Jadi Saksi (ntv7).

Azizan mula menjadi pengacara dalam Who Will Win (ntv7) dan Beat TV (Astro Ria).

Sepanjang kerjaya setakat awal 2007 Azizan sudah muncul dalam beberapa rancangan televisyen tempatan seperti Dengan Nama Cinta (2003), Desir Angin Dipinggir Memori, Surat Untuk Bulan (2004), Villa Cinta Daddy, Rafflesia, Selumbar Di Hati Mama (2005), Dunia Baru, Realiti dan Cinta Medik (2006).

Kehidupan peribadi

sunting

Pada 19 Mac 2010, Zizan sah bernikah dengan pembaca berita ntv7, Fazilah Hani Harun dan pada tahun 2016, Zizan & Fazilah bercerai Talak 1 selepas 6 tahun mendirikan rumah tangga.[1]Selepas itu Zizan Nin mula kurang berlakon di kaca TV untuk lebihkan masa di belakang tabir dengan membuka syarikat produksi Aquilla Emas Sdn Bhd bersama rakan kongsinya dan menerbitkan beberapa drama di RTM,TV3 selain menerbitkan untuk projek khidmat masyarakat termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Cinta Terakhir Firdaus Filem pertama
2012 Untuk Tiga Hari Zafrin (muda)
2013 Tanda Putera Tun Dr Ismail Abdul Rahman
2023 Sazali Meor Coco Juga sebagai pengarah
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2001 Table For Two TV2 Drama pertama
2002 Bulan Jadi Saksi ntv7
2003 Dengan Nama Cinta
2005 Villa Cinta Daddy TV3
Selumbar Di Hati Mama
Rafflesia Adam Harris TV2
2006 Dunia Baru Prof Adam Zakaria TV3
Rafflesia 2 Adam Harris TV2
Realiti Amir Khalid 8TV
2007–2008 Cinta Medik Dr Nik TV9
2007 Kerana Karina Imran
Kaizer Helmi TV3
Spa Q Hisham
Anak Pontianak Kamdin Tetamu khas
2008 Ku Milikmu Iqbal
Laila Majnun Majnun
Awan Dania (Musim 1) Fuad Astro Ria
2009 Sanggar Cinta Raudhah Izwan TV2
Selumbar Di Hati Mama
2010 Penunggu Gunung Raya Azam TV3
Putera Katak Putera Amar
Epilog Syurga Cinta Irham
Siong Jeffri
2011 Teratak Mahligai Nikmat TV2
2012 Puisi Cinta Rubiah Firdaus TV1
2013 Violet Sukasih Qadri Shah
Fajar Di Bukhara Duan Astro Ceria
2013–2015 Strawberi & Karipap Pak Su Hairi Sebagai penerbit
2014 Azam Ramadan Su Majid TV3 Pelakon undangan
2016 Demi Cinta Ain Ashraf
2017 Cucu Tauke Beras Irfan
Tauke Jamu Akram
2020 Misteri Mona Razlan Sebagai penerbit eksekutif
2022 Roxy Dharma

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Desir Angin Dipinggir Memori
2004 Surat Untuk Bulan Tuan Ariff VCD
2006 Janji Seorang Anak Shamsul TV3
2008 Awekku Bukan Awekmu Umar Astro Ria
2008 Teratak Kasih Tok Mak Adam TV2
2009 Azam
2009 Takbir Terakhir Angah
2011 Jalan Songsang Ustaz Yunus TV3
2011 Titus Merah Nazri
2012 Demi Suffian TV3
2014 Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris Pak Su Hairi Astro Ceria
2015 Strawberi & Karipap Hello Gold Coast Pak Su Hairi Astro Ceria
2018 Mimpi Sumi Haikal ntv7
Rindu Bertemu Tuhan Azlan TV1
2022 Opah Jangan Lupa Penggali kubur TV1 Sebagai kameo, penerbit dan pengarah

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2002 Who Will Win Pengacara ntv7
2003 Beat TV Astro Ria

Anugerah dan pencalonan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Zizan Nin Kahwin Pembaca Berita NTV7 Fazilah Hani Harun". Sensasi Selebriti. 20 Mac 2010. Dicapai pada 20 Mac 2010.

Pautan luar

sunting