Bahasa Karib atau Karinya (Jawi: بهاس کاريب، کاريڽ) ialah sejenis bahasa Kariban yang dituturkan oleh orang Kalina (Karib) di Amerika Selatan. Ia dituturkan oleh kira-kira 7,400 orang, kebanyakannya di Brazil, Guiana, dan Venezuela. Kini, bahasa ini dikelaskan sebagai amat terancam.[1]

Karib
Kari'nja
Sebutan[kaɽiʔnia]
Asli kepadaBrazil, Guiana Perancis, Guyana, Suriname, dan Venezuela
EtnikKali'na
Penutur bahasa
8,600 (2001–2012)e25
Kariban
  • Karib Guiana
    • Karib
Dialek/loghat
  • Tyrewuju (Suriname)
  • Aretyry (Suriname)
tulisan Rumi
Kod bahasa
ISO 639-2car
ISO 639-3car
Glottologgali1262
ELPKari'nja
Penduduk etnik Kali'na

Nama sunting

Bahasa ini dikenali dengan pelbagai nama oleh penuturnya dan orang luar. Lazimnya, ia dikenali sebagai bahasa Carib atau Carib proper 'Karib betul' dalam bahasa Inggeris, sempena penuturnya yang dipanggil Caribs 'Orang Karib' dalam bahasa Inggeris. Ia dipanggil bahasa Caribe dalam bahasa Sepanyol, Galina dalam bahasa Perancis, dan Karaïeb dalam bahasa Belanda. Walau bagaimanapun, penuturnya menggelar diri mereka Kalina atau Karìna (pelbagai ejaan), dan memanggil bahasa mereka Karìna auran [kaɽiɁnʲauɽaŋ].[2] Varian lain termasuk Kali'na, Karinya, Cariña, Karina, Kalihna, Kalinya; nama asli lain termasuk Maraworno dan Marworno.

Pengelasan sunting

Karinya dikelaskan sebagai sejenis bahasa Kariban, dalam cabang Karib Guiana.[3]

Taburan geografi sunting

Karib Pijin
Lengua generale
KawasanOyapock
Eraabad ke-17 – awal abad ke-20
pijin berasaskan bahasa Karib
Kod bahasa
ISO 639-3Tiada (mis)
Glottologpidg1256
ELPKari'nja

Kerana pernah bertembung dengan penceroboh Karinya, sesetengah bahasa mempunyai kosa kata Karinya walaupun bahasa-bahasa tersebut sebenarnya sejenis bahasa Arawak.[4] Satu lengua generale (bahasa perantara/umum) yang berasaskan bahasa Karib pernah digunakan di pusat-pusat misi lama Oyapock dan kawasan sekitarnya, yang kekal hidup sekurang-kurangnya di sepanjang cawang sungai Uaçá hingga abad ke-20.[5]

Di Suriname, ada sebuah kampung bernama Konomerume yang terletak berhampiran Sungai Wajambo. Dengan kira-kira 349 orang yang tinggal di sana, majoritinya beridentiti etnik Karinya dan orang dewasa dilaporkan sekurang-kurangnya agak berpengetahuan dalam bahasa Karinya. Golongan yang berumur 65 tahun ke atas menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa utama komuniti. Penutur yang berumur antara 45 dan 65 tahun cenderung menggunakan bahasa itu hanya apabila bercakap dengan penduduk yang lebih tua atau ahli keluarga yang lebih tua, manakala sebahagian besar menggunakan bahasa rasmi: Belanda dan Seranan. Orang dewasa antara umur 20 hingga 40 tahun kebanyakannya faham bahasa itu tetapi tidak bertutur dalamnya, dan kanak-kanak belajar sedikit tentang bahasa Karinya di sekolah.[6]

Dialek sunting

Dialek-dialek Carib (dengan bilangan penutur dalam kurungan):[2]

  • Karib Venezuela (1000)
  • Karib Guyana (2000)
  • Karib Suriname Barat (500)
  • Karib Suriname Timur dan Guiana Perancis (3000)
    • Suriname mempunyai dua dialek Karinya: Aretyry yang dituturkan di barat dan tengah Suriname, dan Tyrewuju yang digunakan oleh majoriti penutur Karinya di Suriname.[1]

Abjad sunting

Abjad Karib mempunyai 15 huruf:

a, e, i, j, k, `, m, n, o, p, r, s, t, u, w, y.[2]

Fonologi sunting

Dalam bahasa Karinya, terdapat empat pola suku kata: V, KV, VK, KVK; K bermaksud konsonan manakala V bermaksud vokal. Berkenaan dengan fonem, konsonan terbahagi kepada dua kumpulan: obstruen (hentian tak bersuara—p, t, k) dan resonan (hentian bersuara—b, d, g, s).[7]

Bahasa Karinya mempunyai sistem 6 vokal selepas *ô bergabung dengan *o, menjadi a e i o u ï. Berbanding dengan Karinya yang lama, Karinya moden telah menggantikan e dalam banyak perkataan kepada o.[4]

Konsonan
Dwibibir Gigi Gusi Lelangit Velar Glotis
Sengau m n
Hentian tak bersuara p t k ʔ ~ h
bersuara b d ɡ
Geseran s
Tamparan ɾ
Semivokal w j
Vokal
Depan Pusat belakang
Sempit i ɨ u
Tengah e o
Luas a

Alofon untuk /r w t/ termasuk bunyi [ɽ β,v tʃ]. /s/ sebelum /i/ boleh disebut sebagai [ʃ]. /n/ sebelum konsonan boleh disebut sebagai [ŋ] dan juga [ɲ] di tempat lain. Satu lagi bunyi lain, antara [h~x], sering hadir sebelum konsonan bersuara atau tidak bersuara, dan apabila hadir selepas vokal, boleh menjadi satu alofon /ʔ/.[7][2]

Tatabahasa sunting

Terdapat 17 partikel dalam bahasa Karinya, antaranya imbuhan awalan ky- dan akhiran -ng.[8]

Kosa kata sunting

Keempat-empat dialek Karinya mempunyai kata pinjaman daripada bahasa utama di kawasannya (Brazil, Suriname, Guyana, Guiana Perancis). Contohnya, bahasa Karinya yang dituturkan di Suriname meminjam perkataan daripada bahasa Belanda dan Seranan.[1]

Contoh sunting

Karinya moden
dua [oko]
batu [topu]
kutu [siko]
gunung [wipi]
kapak [wïwï]
orang [itoto]
suatu yang telah digali [Ø-atoka-apo]
suatu yang telah terbakar [i-tjoroty-ypo]
babi hutan [pakira]

Sesetengah perkataan memperagakan kes yang mana e telah digantikan dengan o dalam bahasa Karinya moden.[4] Dua pernyataan di bawah perkataan tunggal menunjukkan contoh dua imbuhan. [9]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Carlin, Eithne B.; Léglise, Isabelle; Migge, Bettina; Tjon Sie Fat, Paul B. (2014). In and Out of Suriname: Language, Mobility and Identity (dalam bahasa Inggeris). BRILL. ISBN 9789004280120. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b c d Courtz, Henk (2008). A Carib Grammar and Dictionary (PDF). Magoria Books. m/s. 1. ISBN 978-0978170769. Dicapai pada 22 Mei 2014. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ "Did you know Kari'nja is threatened?". Endangered Languages. Dicapai pada 2016-05-02.
  4. ^ a b c Gildea, Spike (2010). "The Story of *ô in the Cariban Family" (PDF). Dalam Berez, Andrea L.; Mulder, Jean; Rosenblum, Daisy (penyunting). Fieldwork and Linguistic Analysis in Indigenous Languages of the Americas. Honolulu: University of Hawai'i Press. m/s. 91–123.Gildea, Spike (2010). "The Story of *ô in the Cariban Family" (PDF). In Berez, Andrea L.; Mulder, Jean; Rosenblum, Daisy (eds.). Fieldwork and Linguistic Analysis in Indigenous Languages of the Americas. Honolulu: University of Hawai'i Press. pp. 91–123. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ Nimuendajú, Curt (1926). Die Palikur-Indianer und ihre Nachbarn (PDF). Göteborg: Elanders Boktryckeri Aktiebolag.
  6. ^ Yamada, Racquel-María (2014). "Training in the Community-Collaborative Context: A Case Study" (PDF). Language Documentation & Conservation. 8: 326–344.
  7. ^ a b Grimes, Joseph E., penyunting (1972). Languages of the Guianas (PDF). Summer Institute of Linguistics of the University of Oklahoma. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":3" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  8. ^ Yamada, Racquel-María (2011). "A New Approach to ky- and -ng in Kari'nja: Evidentiality or Something Else?". International Journal of American Linguistics. 77 (1): 59–89. doi:10.1086/657328.
  9. ^ "Patient Nominalization > Passive in Panare and Ye'kwana (Cariban)" (PDF). voice-systems-workshop.wdfiles.com. Dicapai pada 2016-05-04.

Pautan luar sunting