Mohammad Noor Ikhram bin Juhari (dilahirkan pada 10 Julai 1992 di Taiping, Perak) juga dikenali dengan nama pentas Ikhram Juhari menetap di Kuala Lumpur dengan mempunyai tinggi 178cm dan berat 75kg. Kehidupannya dalam bidang lakonan bermula dengan menaikkan diri dalam bidang lakonan daripada watak-watak kecil. Beliau sudah lama bertapak dalam industri ini. Wajahnya sering kelihatan di iklan-iklan TV seperti Dashing, KFC, Proton dan banyak lagi. Impak lakonan beliau bermula melalui tayangan drama setelah terlafaz akadnya yang melonjakkan lagi nama beliau dalam bidang seni.

Ikhram Juhari
Kelahiran
Mohamad Noor Ikhram Bin Juhari

(1992-07-10) 10 Julai 1992 (umur 31)
WarganegaraMalaysia Malaysia
PekerjaanPelakon, model,
Ketinggian5 ft 10 in (1.78 m)

Kehidupan awal sunting

Ikhram dilahirkan pada 10 Julai 1992 di Kuala Lumpur. Bermula sebagai seorang pekerja sambilan di restoran makanan segera McDonald's dan juga berkhidmat dalam sektor perbankan serta menolong ibunya menjual mi kari. Ia tidak mematahkan semangat beliau untuk menceburi bidang lakonan. Mula menjinakkan diri dalam bidang lakonan bermula dari bawah,bahkan beliau pernah diduga apabila terpaksa berhenti berlakon sebanyak 2 kali akibat tidak mempunyai gaji tetap dan mempunyai masalah kewangan. Namun tidak sesekali mematahkan semangat beliau dan menceburkan diri dalam pelbagai bidang antaranya iklan, modelling dan pelakon.

Kerjaya sunting

Ikhram memulakan kerjayanya sebagai pelakon tambahan di dalam drama Ku Kirim Cinta bergandingan bersama Ayda Jebat dan Redza Rosli sebagai pelakon tambahan. Banyak lagi drama antaranya Cinta Tiada Ganti yang ditayangkan pada tahun 2018 bergandingan bersama pelakon Nelydia Senrose, Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi dan ramai lagi. Pada tahun 2019, lakonan beliau semakin rancak apabila kerap diberi peluang untuk berlakon dalam pelbagai drama antaranya Nota Buat Cempaka, melakonkan watak sebagai Ilham, lelaki yang mengejar cinta terhadap staff bawahannya, namun cintanya ditolak. bergandingan bersama Daler Yusuf, Eyka Farhana dan ramai lagi. Namun ,namanya semakin melonjak naik apabila beliau bergandingan bersama Uqasha Senrose dan Kamal Adli dalam drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang.[1] Melakonkan watak sebagai Rafizi, bos dan juga abg tiri kepada Nawal (Uqasha Senrose). Bermulanya disini,a pabila namanya kerap dipetik di bibir peminat dan menaikkan lagi nama beliau. Malahan beliau juga sering dikaitkan dengan aktor Zul Ariffin kerana mempunyai wajah yang seiras,malah digelar sebagai Salman Khan Malaysia dan So Ji Sub Malaysia. Memegang watak Inspekstor Syamsul didalam Dua Takdir Cinta memaparkan lagi kebolehan beliau memegang pelbagai watak. Mempunyai akaun instagram sebagai @ikhram_juhari dan pengikutnya mencecah lebih 30000 pengikut. Beliau juga mempunyai kelab peminat @battalionsofikhramjuhari yang sentiasa menjadi tulang belakang beliau.

Untuk menjayakan watak Lans Koperal Wahid dalam MALBATT: Misi Bakara, beliau perlu membuat badan serta menghabiskan duit sebanyak RM200 demi watak tentera.[2]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Polis EVO 2 Lelaki Teknologi Polis Filem pertama
2022 Showtime 1958 Mustapha Maarof
2023 Malbatt: Misi Bakara Lans Koperal Wahid
2024 Jiwa 8 Belas Edd

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Ku Kirim Cinta TV3 Drama pertama, pelakon tambahan
2018 Cinta Tiada Ganti Iqbal Rafael Astro Prima
2019 Warkah Dari Firenzia Eduardo TV1
Nota Buat Cempaka Ilham
Aku, Dia dan Pinky Promise Cikgu Ariffin TV Okey
Mimpi Sabrina Amat TV3
Curi-Curi Cinta Luqman Astro Ria
Setelah Terlafaznya Akad Razif
Diari Ratu Malik (EP 4-Puan Arkitek) TV2
Dua Takdir Cinta Inspektor Syamsul Astro Prima
2021 Love Elsa Imran Astro Ria
2022 Kau Cipta Kasih Haris TV3
2024 Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah Bakri TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2019 Boyfriend Dari Neraka Adam Astro Citra

Rujukan sunting

  1. ^ "Biodata Ikhram Juhari Pelakon Setelah Terlafaznya Akad". myinformasi. 14 Julai 2019. Dicapai pada 14 Oktober 2023.
  2. ^ Shahrin Zulkiple (17 September 2022). "Ikhram Juhari Sanggup 'Seksa' Diri & Berhabis RM200 Sehari Buat Badan Demi Watak Tentera Askar Dalam Malbatt: Misi Bakara". Astro Gempak. Dicapai pada 14 Oktober 2023.

Pautan luar sunting