Kejohanan Renang Para Dunia 2019

Kejohanan Renang Para Dunia 2019 merupakan edisi Kejohanan Renang Dunia Para ke-10 yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC). Kejohanan ini merupakan salah satu acara kelayakan untuk acara renang pada Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 . Acara ini ditaja oleh Allianz. [1]

Kejohanan Renang Para Dunia 2019
Bandar tuan rumahLondon, United Kingdom
Penyertaan negara73
Penyertaan atlet637
Tarikh9 - 15 September
Stadium utamaPusat Akuatik London

Pada 2017, IPC mengumumkan bahawa acara itu akan dianjurkan di Kuching, Malaysia . Namun pada 27 Januari 2019, Malaysia telah dilucutkan hak penganjurannya kerana kerajaannya tidak membenarkan atlet Israel masuk ke negara tersebut dan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Pada 15 April 2019, London, United Kingdom telah diumumkan sebagai tuan rumah yang baharu untuk kejohanan ini. [2]

Pemilihan tuan rumah sunting

Pada September 2017, Kuching, Sarawak diumumkan sebagai tuan rumah kejohanan ini oleh IPC setelah mengalahkan London.[3][4] Kejohanan ini asalnya akan dianjurkan di Pusat Akuatik Pandelela Rinong dari 29 Julai hingga 4 Ogos 2019. Malaysia turut akan menjadi negara Asia yang pertama untuk menganjurkan kejohanan tersebut.[3]

Pada tahun 2019, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan melarangkan atlet Israel daripada bertanding dalam kejohanan ini sebagai tanda solidariti terhadap Palestin. Keputusan ini telah disokong oleh 29 NGO Malaysia.[5] Setelah bermesyuarat di London, IPC telah mengumumkan bahawa mereka akan melucutkan hak penganjuran Malaysia atas sebab kegagalan Kementerian Dalam Negeri Malaysia memberikan jaminan yang diperlukan oleh atlet Israel untuk menyertai kejohanan, bebas dari diskriminasi dan selamat dalam kejohanan.[6] Keputusan ini dibuat selepas Kementerian Luar Negeri Israel mengeluarkan kenyataan yang mengatakan tindakan Malaysia untuk melarangkan atlet Israel "memalukan dan betul-betul menentang semangat Olimpik".[7] Perdana Menteri Malaysia pada masa tersebut, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, kekal dengan pendirian kerajaannya.[8] "Dia (IPC) nak batal, batallah. Saya dapati dunia terpaksa ikut (cakap) Israel, saya tidak faham kerana dunia ada kuasa tetapi masih terpaksa ikut Israel... tetapi kita tidak ikut," ujar beliau. Keputusan kerajaan Malaysia telah menerima pujian daripada kolumnis tamu Al-Jazeera, Dr Muhammad Al-Umar.[9]

Pada 11 Februari, IPC telah mengumumkan bahawa mereka sedang mencari penganjur yang baharu.[10] London telah dipilih sebagai tuan rumah kejohanan ini pada April 2019.[11]

Penyertaan sunting

637 perenang dari 73 negara telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. [12]

Acara sunting

Kejohanan ini merupakan salah satu pertandingan daripada siri kejohanan renang para yang diadakan di tujuh negara yang lain. Siri in bermula pada 15 Februari di Melbourne, Australia. Kejohanan yang seterusnya telah diadakan pada bulan April di Indianapolis, São Paulo dan Glasgow, pada bulan Mei di Singapura, pada bulan Mei dan Jun di Lignano Sabbiadoro, dan di Berlin pada 9 Jun. [24] [25]

Kejohanan itu merupakan salah satu acara kelayakan bagi renang di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 yang diadakan di Tokyo, Jepun. [26]

Jadual pingat sunting

  *   Tuan rumah (Great Britain)

2019 World Para Swimming Championships medal table
KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  Itali (ITA)20181250
2  Great Britain (GBR)*19141447
3  Rusia (RUS)18152154
4  Ukraine (UKR)17221655
5  Amerika Syarikat (USA)1416535
6  China (CHN)13111741
7  Belanda (NED)88521
8  Belarus (BLR)71210
9  Colombia (COL)61310
10  New Zealand (NZL)6107
11  Brazil (BRA)56617
12  Mexico (MEX)5117
13  Jepun (JPN)37414
14  Sepanyol (ESP)35614
15  Jerman (GER)3216
16  Yunani (GRE)3115
17  Australia (AUS)271423
18  Kanada (CAN)27514
19  Singapura (SGP)2002
20  Uzbekistan (UZB)1438
21  Israel (ISR)1214
22  Hungary (HUN)1124
23  Poland (POL)1113
24  Croatia (CRO)1001
25  Perancis (FRA)0369
26  Azerbaijan (AZE)0134
27  Chile (CHI)0112
  Turki (TUR)0112
29  Portugal (POR)0101
  Republik Czech (CZE)0101
31  Argentina (ARG)0044
32  Ireland (IRL)0022
  Switzerland (SUI)0022
34  Hong Kong (HKG)0011
  Iceland (ISL)0011
  Korea Selatan (KOR)0011
  Malaysia (MAS)0011
Jumlah (37 negara)161159163483

Rekod baharu sunting

Sebanyak 188 rekod telah dipecahkan dalam kejohanan ini: 39 rekod dunia, 55 rekod Kejohanan, 22 rekod Afrika dan Oceania, 21 rekod Asia, 17 rekod Amerika serta 12 rekod Eropah.[27]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Allianz announced as title sponsor of London 2019". International Paralympic Committee (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-25.
  2. ^ "London to host 2019 World Para-swimming Championships". SwimEngland. 2019-04-15. Dicapai pada 2019-04-15.
  3. ^ a b Rusnan Mustafa. Sarawak tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019. Utusan Borneo. 14 Mei 2018. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
  4. ^ Davies, Gareth A (22 Julai 2017). World Para Athletics Championships could return to London in 2019 and 2021. The Telegraph. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
  5. ^ "NGOs applaud govt decision to ban Israeli athletes from para swimming championship". Malay Mail. 11 Januari 2019. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
  6. ^ "IPC batal hak penganjuran Malaysia". Berita Harian. 27 Januari 2019. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
  7. ^ World Para Swimming Championships: Malaysia stripped of hosting 2019 event. BBC. 27 Januari 2019. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
  8. ^ Putrajaya kekal tak benar atlet paralimpik Israel masuk Malaysia. FMT. 10 Januari 2019. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
  9. ^ Isu Palestin dan Kejohanan Renang Para Dunia: Mahathir buka mata antarabangsa. Astro Awani. 12 Februari 2019. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
  10. ^ "IPC strip Malaysia of 2019 World Para Swimming Championships". International Paralympic Committee. Dicapai pada 2019-01-27.
  11. ^ "London to host 2019 World Para Swimming Championships". International Paralympic Committee (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-25.
  12. ^ "2019 World Para Swimming Championships Entry List" (PDF). World Para Swimming. 8 September 2019.
  13. ^ "2019 Australian World Para swimming team unveiled". Paralympics Australia. 15 April 2019.
  14. ^ "2019 World Para Swimming World Championships Swimmers". Swimming Canada. 16 August 2019.
  15. ^ "London 2019: France and Italy announce teams". International Paralympic Committee. 10 August 2019.
  16. ^ "Para Schwimmen: Ein junges Team fur die WM (in German)". German National Paralympic Committee. 3 July 2019.
  17. ^ "Great Britain names World Para Swimming World Championships squad". swim England. 30 April 2019.
  18. ^ "Bengaluru para swimmer qualifies for World Para Swimming Championships". The Times of India. 28 April 2019.
  19. ^ "Marren to make Irish debut as Team Ireland revealed". Paralympics Ireland. 30 July 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 August 2019. Dicapai pada 16 August 2019.
  20. ^ "New Zealand Para Swimming Team Named To Compete At 2019 World Para Swimming Championships". Paralympics New Zealand. 21 June 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 August 2019. Dicapai pada 16 August 2019.
  21. ^ "Teresa Perales, Enhamed Enhamed y Michelle Alonso, entre los 36 espanoles convocados para el mundial de natacion paralimpica de Londres (in Spanish)". Spanish Paralympic Committee. 26 June 2019.
  22. ^ "London 2019: Husnah Kukundakwe making history". International Paralympic Committee. 17 July 2019.
  23. ^ "Seventeen athletes selected to represent team USA at the 2019 World Para Swimming Championships". United States Paralympic Committee. 24 June 2019.
  24. ^ "World Series 2019: Melbourne ready for season-opener" (Siaran akhbar). International Paralympic Committee. 14 February 2019. Dicapai pada 29 March 2019.
  25. ^ "World Para Swimming World Series 2019". International Paralympic Committee. Dicapai pada 29 March 2019.
  26. ^ "Malaysia stripped of world para swim champs over Israel stance". Sport24. 2019-01-27. Dicapai pada 2019-01-27.
  27. ^ "Records Broken by Event - London 2019 World Para Swimming Allianz Championships" (PDF). International Paralympic Committee. 16 February 2020.