Kesultanan Selangor Darul Ehsan

Negeri Selangor negeri yang berdaulat diperintahi oleh Sultan Selangor dan ditadbiri oleh Menteri Besar Selangor. Negeri Selangor adalah negeri yang termaju dan terkaya sekali di Malaysia. Kesultanan Selangor wujud pada sekitar tahun kurun ke 18 iaitu pada tahun 1748 Masihi. Sultan Selangor yang pertama Sultan Salehuddin Shah atau nama asalnya Raja Lumu merupakan anak kepada Yang di-Pertuan Muda Johor Raja Daeng Chelak yang berketurunan Bugis, bermula (Dinasti Raja Bugis Luwu).Sultan Salehuddin Shah telahpun dinobatkan sebagai sultan Selangor oleh Sultan Perak.

Era Zaman Prasejarah sunting

Terdapat beberapa artifak zaman prasejarah yang ditemui di negeri Selangor. Ini membuktikan bahawa negeri Selangor ini sudahpun mempunyai petempatannya.

Era Kerajaan Melaka sunting

Semasa pemerintahan kerajaan melayu Melaka, petempatan di Selangor berasaskan perkampungan melayu kecil. Petempatan itu berada di Kuala Selangor

Era Pembentukan Selangor sunting

Era Daeng Chelak sunting

Selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Muda Johor-Riau pertama,Paduka Sri Sultan Alauddin Riayat Shah Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga pada tahun 1728. Baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah melantik Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga menjadi Yang di-Pertuan Muda Johor-Riau yang kedua bagi menggantikan kekandanya. Tanggungjawab dam peranan Yang di-Pertuan Muda Johor adalah untuk menjaga dan mengawal wilayah-wilayah dibawah naungan Empayar kerajaan Johor-Riau.

Era Raja Lumu sunting

Era Permulaan Selangor sunting

Era Sultan Sallehuddin Shah sunting

Selepas pemilihan Raja Lumu dijadikan sebagai Sultan Selangor yang pertama. Maka negeri Selangor bermulalah era yang baru dalam sejarah Selangor.

Era Sultan Ibrahim Shah sunting

Baginda Sultan Ibrahim Shah berjaya memajukan perlombongan bijih timah di negeri Selangor sehingga menyebabkan Belanda ingin menjajah Selangor.

Era Penjajahan Belanda sunting

Era Sultan Ibrahim Shah sunting

Selepas kemangkatan Almarhum Sultan Sallehuddin Shah anakandanya Raja Ibrahim ditakhtakan sebagai Sultan Selangor ke 2 dan diberi gelaran Sultan Ibrahim Shah. Baginda berjaya membangunkan perlombongan bijih timah di negeri Selangor. Sehingga menyebabkan kedatangan Belanda di negeri Selangor.

Era Sultan Muhammad Shah sunting

Era Sultan Abdul Samad sunting

Era Permulaan Pengaruh British sunting

Era Sultan Abdul Samad sunting

 

Sultan Selangor ke IV, Sultan Abdul Samad

Perang Klang sunting

Residen British sunting

Era Kemerdekaan PTM dan Pembentukan Malaysia sunting

Era Moden Selangor sunting

Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia, Selangor berkembang dengan pesat dalam sektor pertanian seperti seluruh negeri di Malaysia di mana kita hanya fokus kepada perniagaan sektor utama iaitu pemprosesan.

Kuala Lumpur sebelum ini merupakan ibu negeri Selangor sehinggalah ibu negeri tersebut diberikan kepada kerajaan persekutuan. Terdapat pelbagai bangunan-bangunan di Kuala Lumpur yang diberi nama daripada Selangor seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang diambil daripada Sultan Selangor ke 4. Royal Selangor club juga berada di Kuala Lumpur.

Era Kemajuan Selangor sunting

Negeri Selangor merupakan negeri yang termaju sekali di Malaysia dan juga negeri yang terkaya sekali. Ini kerana di negeri ini mereka banyak libatkan diri dalam pelbagai jenis bidang yang menyebabkan kemajuan di negeri Selangor tercipta.

Pembangunan sunting

Negeri Selangor merupakan negeri yang amat fokus dalam bidang pembangunan. Terdapat pelbagai tanah baru yang diteroka oleh pemaju untuk dimajukan dijadikan bandar seperti Hulu Selangor. Malahan, kawasan yang sudah mendapat status bandaraya juga seperti Shah Alam dan Petaling Jaya masih lagi membangun.

 

Perindustrian sunting

Negeri Selangor merupakan negeri di Malaysia dimana terdapat pelbagai kilang perindustrian dibina di negeri ini. Kilang-kilang tersebut banyak dibina seperti di Shah Alam,Petaling Jaya,Subang Jaya,Puchong,Bangi dan Klang. Ini membuatkan negeri Selangor adalah negeri yang maju dalam bidang perindustrian. Negeri lain yang terlibat dalam bidang ini juga adalah seperti negeri Johor,Pulau Pinang,Perak,Negeri Sembilan dan Melaka.

Pengangkutan sunting

Sesiapa yang tinggal di kawasan bandar di negeri Selangor tidak mempunyai masalah mencari kemudahan pengangkutan. Oleh kerana negeri Selangor mempunyai populasi penduduk seramai 6 Juta orang menyebabkan kerajaan persekutuan memberikan kemudahan pengangkutan awam kepada rakyat Selangor. Kemudahan awam ini adalah seperti kemudahan pengangkutan Bas,Teksi,MRT dan LRT. Kemudahan pengangkutan awam di Selangor berada di daerah yang maju seperti Petaling,Gombak,sebahagian Hulu Langat,sebahagian Klang dan sebahagian Sepang.

Pertanian sunting

Sektor Pertanian di negeri Selangor banyak tertumpu di daerah Kuala Selangor,Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Di Sabak Bernam dan sebahagian kawasan di Kuala Selangor fokus dalam bidang pertanian penanaman padi. Manakala Kuala Selangor dan Hulu Selangor fokus dalam bidang pertanian Kelapa Sawit.

Perikanan sunting

Pusat perikanan di Selangor adalah di Pulau Ketam,Klang. Tetapi di kawasan lain juga mempunyai tempat perikanan. Di Sabak Bernam kawasan perikanannya adalah di Sekinchan. Daerah Kuala Selangor juga mempunyai kawasan perikannnya.

Rujukan sunting