Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu.[1] Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F), cukup panas bagi melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam tanah.[2][3] Terdapat kira-kira 16 juta ribut petir setiap tahun.[1]

Kilat di sekitar Oradea di Romania
Kilat di sekitar bandar Ryman di utara Poland

Kilat juga berlaku dalam awan abu dari letusan gunung berapi atau mungkin disebabkan oleh kebakaran hutan yang menghasilkan cukup debu untuk menghasilkan cas statik.[1][4]

Kilat juga menghasilkan medan magnetik dan sinar X.

Sejarah penyelidikan saintifik sunting

Benjamin Franklin (1708-1790) telah berusaha bagi menguji teori bahawa percikan api berkongsi beberapa persamaan dengan kilat menggunakan puncak menara di mana telah dibina di Philadelphia, Amerika Syarikat. Sementara menunggu penyiapan puncak menara terbabit, beliau telah mendapat idea iaitu menggunakan objek terbang seperti layang-layang. Ketika ribut petir seterusnya iaitu pada Jun 1752, telah dilaporkan bahawa beliau telah menaikkan layang-layang sambil ditemani anaknya sebagai pembantu. Pada hujung tali layang-layang tersebut, beliau telah mengikat sebatang anak kunci dan mengetatkannya pada sebatang tiang dengan benang sutera. Sekian lama masa berlalu, Franklin perasan serat bebas pada tali layang-layang tersebut telah meregang; ketika itu beliau menghala tangannya hampir pada anak kunci tersebut dan percikan api telah "melompat" pada ruang antara tangannya dan anak kunci. Hujan yang turun semasa ribut berlaku telah membasahi objek uji kajinya menyebabkan pertambahan pengalir elektrik.

Franklin bukanlah orang pertama yang menjalankan uji kaji berkenaan. Thomas-François Dalibard dan De Lors telah melaksanakan uji kaji serupa di Marly-la-Ville, Perancis, beberapa minggu sebelum uji kaji Franklin.[5][6] Dalam autobiografi beliau (ditulis pada tahun 1771-1788, diterbitkan kali pertama pada tahun 1790), Franklin menjelaskan keadaan bahawa beliau telah menjalankan uji kaji berkenaan selepas uji kaji di Perancis yang telah berlaku beberapa minggu sebelum uji kajinya tanpa pengetahuan beliau sebelumnya sebagaimana tahun 1752.[7]

Berita tentang uji kaji tersebut tersebar luas dan sesetengah orang telah mereplikakannya. Namun, uji kaji yang melibatkan kilat amatlah berisiko dan sering menyebabkan kematian. Salah satu kematian yang terkenal ketika peniru Franklin mengalir mencurah-curah ialah Profesor George Richmann dari Saint Petersburg, Rusia. Beliau mencipta uji kaji yang sama dengan Franklin dan telah menghadiri mesyuarat Akademi Sains apabila beliau terdengar bunyi guruh. Beliau cepat-cepat berlari ke rumah dengan pengukirnya bagi mengabadikan peristiwa ini untuk generasi akan datang. Berdasarkan laporan, sewaktu uji kaji terbabit telah dimulakan, kilat bebola tiba-tiba muncul dan mengena pada kepala Richman, sekaligus membunuh beliau.[8][9]

Walaupun uji kaji Benjamin Franklin yang terdahulu menunjukkan bahawa kilat merupakan nyahcas elektrik statik, terdapat sedikit kemajuan dalam kefahaman teori tentang kilat (terutama bagaimana kilat dihasilkan) lebih daripada 150 tahun. Dorongan bagi kajian baru muncul daripada bidang kejuruteraan kuasa: oleh sebab penghantaran talian kuasa telah dimasukkan dalam perkhidmatan, jurutera perlu mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan kilat sebagai langkah melindungi talian dan kelengkapan dengan secukupnya.

Ciri-ciri kilat sunting

 
Peta dunia menunjukkan kekerapan panahan kilat, dalam imbas per km² per tahun (Unjuran sama luas). Panahan kilat paling kerap berlaku di Republik Demokratik Congo. Gabungan data 1995-2003 daripada Pengesan Alihan Optikal dan data 1998–2003 daripada Penderia Imej Kilat.

Secara purata, kilat membawa arus elektrik sebanyak 40 kiloampere (kA) (meskipun sesetengah halilintar kilat boleh mencapai lebih 120 kA) dan memindahkan cas sebanyak 5 coulomb dan 500 MJ. Voltan bergantung kepada panjang kilat, dengan pemecahan dielektrik di udara mewujudkan 3 juta volt per meter; menghasilkan lebih kurang 1 gigavolt (1 bilion volt) bagi 300 m (1000 kaki) halilintar kilat. Dengan arus elektrik sebanyak 100 kA, ia menghasilkan kuasa kira-kira 100 terawatt. Bagaimanapun, penghasilan kilat bukanlah pemecahan dielektrik yang ringkas dan medan elektrik di sekitarnya diperlukan bagi perambatan kilat pendahulu, boleh menghasilkan beberapa turutan magnitud kurang daripada kekuatan pemecahan dielektrik. Selanjutnya, kecerunan keupayaan dalam saluran panahan balik terbina baik dalam urutan seratus volt per meter atau kurang kerana saluran pengionan yang sangat besar, menghasilkan output kuasa sebenar dalam turutan megawatt per meter bagi arus panahan balik kuat sebanyak 100 kA.[10].

Kilat memanaskan udara sekitar kepada kira-kira 10,000 °C (18,000 °F) hampir serta-merta, hampir dua kali ganda suhu permukaan matahari. Haba tersebut menghasilkan gelombang kejutan yang dapat didengari yang juga dikenali sebagai guruh.[11]

Panahan balik halilintar kilat mengikut saluran cas sahaja adalah kira-kira 1 sm (0.4 in) lebar. Kebanyakan panahan kilat adalah kira-kira 1.6 km (1 batu) panjang. Rekod panahan kilat terpanjang yang pernah dicatatkan ialah 190 km (118 batu), dilihat berdekatan Dallas, Texas, Amerika Syarikat.[12] Setiap lokasi mempunyai keupayaan (voltan) dan arus bagi purata panahan kilat yang berlainan.

Saintis NASA telah mendapati gelombang radio yang dihasilkan oleh kilat melompat melepasi zon selamat dalam jalur sinaran di sekeliling bumi. Zon berkenaan dikenali sebagai jalur Van Allen, berpotensi sebagai perlindungan selamat untuk satelit daripada sinaran matahari.[13][14][15]

Pembentukan sunting

Pemisahan cas sunting

Hipotesis mekanisme pengutuban sunting

Hipotesis ini mempunyai 2 komponen:

  1. Titisan ais dan hujan yang turun mengutub secara elektrik sebagaimana ia melalui medan elektrik atmosfera semula jadi.
  2. Perlanggaran partikel ais sesama sendiri menghasilkan cas oleh aruhan elektrostatik.

Angin kencang memukul ais dan air yang terlampau sejuk menyebabkan perlanggaran berlaku. Kesannya sesetengah ion negatif berpindah dari partikel ke partikel lain. Partikel yang lebih kecil hilang ion negatif dan menjadi positif manakala partikel yang lebih besar memperoleh ion negatif dan menjadi negatif.[16]

Hipotesis aruhan elektrostatik sunting

Hipotesis ini menerangkan cas yang bertentangan telah dibawa jauh oleh aruhan elektrostatik dan tenaga disimpan dalam medan elektrik di antaranya. Pengelektrikan awan muncul bagi membentuk gerakan angin menegak yang kuat yang membawa titisan air ke atas, membekukannya secara mendadak antara -10 dan -20 °C. Perlanggaran berkenaan dengan kristal ais bagi membentuk campuran air-ais yang dikenali sebagai graupel. Perlanggaran ini menyebabkan cas positif yang sedikit sahaja akan berpindah ke kristal ais manakala sedikit cas negatif berpindah ke graupel. Draf atas membawa kristal ais yang ringan ke atas, menyebabkan puncak awan berkumpul dan meningkatkan cas positif. Graupel yang bercas negatif yang lebih berat turun menghala ke bahagian awan tengah dan bawah menyebabkan pertambahan cas negatif. Pemisahan dan pengumpulan cas menjadi cukup untuk memulakan nyahcas kilat yang berlaku apabila mengumpulkan cas positif dan negatif yang membentuk medan elektrik yang kuat.

Pembentukan perintis sunting

Sebagaimana awan petir bergerak di atas permukaan bumi, sama tetapi cas teraruh di permukaan bumi dan cas tanah teraruh mengikut pergerakan awan adalah bertentangan.

Nyahcas dwikutub permulaan atau laluan udara terion bermula dari kawasan campuran air dan ais bercas negatif dalam awan petir. Saluran nyahcas terion dipanggil perintis. Cabang utama bercas negatif disebut "perintis tetingkat", secara umumnya bergerak ke bawah dalam beberapa lompatan cepat, tiap-tiapnya lebih 50 meter panjang. Di sepanjang laluan, perintis tetingkat mungkin bercabang kepada beberapa laluan sebagaimana ia meneruskan untuk turun. Janjang perintis tetingkat memerlukan masa yang panjang secara perbandingan (seratus milisaat) untuk mencecah tanah. Fasa permulaan ini melibatkan arus elektrik yang agak kecil (sepuluh atau seratus milisaat) dan pendahulu hampir tidak dapat dilihat jika dibandingkan dengan laluan kilat berikutnya.

Ketika perintis tetingkat menghampiri bumi, cas yang bertentangan hadir di atas tanah lalu meningkatkan medan elektrik. Medan elektrik adalah paling tinggi di atas pokok dan bangunan tinggi. Jika medan elektrik cukup kuat, cas beraliran (dipanggil panahan positif) boleh berkembang dari titik berkenaan. Ini pertama kali diteorikan oleh Heinz Kasemir. Sebagaimana medan elektrik meningkat, panahan positif barangkali berkembang kepada pemanas, arus perintis yang semakin tinggi yang akhirnya bersambung kepada perintis tetingkat menurun dari awan. Fanomena ini mungkin berlaku bagi kebanyakan panahan untuk berkembang daripada banyak objek yang berlainan secara serentak dengan hanya satu yang bersambung dengan perintis lalu membentuk laluan cas utama. Ini bermaksud jika dua perintis bertemu, arus elektrik naik secara mendadak. Kawasan arus tinggi menguatkan perambatan perintis tetingkat positif ke dalam awan dengan "panahan balik".

Nyahcas sunting

 
Urutan kilat (Jangka masa: 0.32 saat)

Semasa medan elektrik menjadi cukup kuat, nyahcas elektrik (halilintar kilat) berlaku di dalam awan atau antara awan dan bumi. Ketika menyambar, bahagian udara berikutnya menjadi saluran nyahcas konduksian sebagaimana elektron dan ion positif molekul udara telah ditarik keluar antara satu sama lain dan daya untuk mengalir dalam arah yang bertentangan.

Nyahcas elektrik dengan pantas memanaskan saluran nyahcas menyebabkan udara berkembang dengan cepat dan menghasilkan gelombang kejutan yang dikenali sebagai guruh. Guruh yang berderam-derum dan beransur-ansur hilang berpunca daripada tunda masa bunyi yang datang dari kawasan yang berlainan.[17]

Teori pemecahan luar kawalan Gurevich sunting

Teori tentang permulaan kilat, dikenali sebagai "teori pemecahan luar kawalan" menyebut bahawa panahan kilat telah dicetuskan oleh sinar kosmos yang mengion atom, membebaskan elektron yang dipecut oleh medan elektrik, mengionkan molekul udara yang lain dan membuatkan udara beraliran oleh pemecahan luar kawalan maka berlakunya panahan kilat.[18][19][20]

Teori pemecahan luar kawalan dan sinar gama sunting

Hipotesis awal mengatakan bahawa kilat menghasilan medan elektrik yang tinggi pada altitud betul-betul di atas awan yang atmosferanya yang nipis membenarkan sinar gama untuk dibebaskan dengan mudah di dalam angkasa lepas, dikenali sebagai "pemecahan luar kawalan kerelatifan", serupa dengan cara kilat atmosfera atas dihasilkan.

Sebilangan saintis mencadangkan denyar sinar gama bumi (TGF) mungkin dihasilkan di puncak awan petir. Walaupun pembebasan sinar gama dihalang oleh penyerapan atmosfera, teori ini tidak memerlukan medan elektrik yang tingginya luar biasa yang masih menggunakan teori altitud tinggi daripada penghasilan TGF.

Peranan TGF dan kaitannya dengan kilat tetap menjadi subjek kajian saintifik yang sedang dilaksanakan.

Sambar semula sunting

 
Kilat yang dapat dilihat dengan jelas membentuk pemindahan tenaga.

Video berkelajuan tinggi (diteliti bingkai demi bingkai) menunjukkan kebanyakan panahan kilat dibentuk oleh aruhan individu berganda. Panahan yang normal dibentuk oleh 3 hingga 4 aruhan dan mungkin lebih.[17]

Setiap sambar semula dipisahkan oleh bilangan masa yang agak besar, biasanya 40 hingga 50 milisaat. Sambar semula boleh menyebabkan kesan "lampu strob" yang ketara.[17]

Tiap-tiap aruhan berikutnya didahului oleh aruhan penahan perintis pertengahan sekali lagi tetapi lebih lemah berbanding sebelumnya, perintis tetingkat permulaan. Aruhan biasanya menggunakan semula saluran nyahcas yang diterima oleh aruhan sebelumnya.[17]

Variasi dalam nyahcas seterusnya adalah kesan daripada kawasan cas yang lebih kecil di dalam awan yang telah dikurangkan oleh aruhan berikutnya.

Bunyi guruh yang berasal daripada panahan kilat dipanjangkan oleh aruhan seterusnya.

Jenis-jenis kilat sunting

  • Di dalam awan - jenis kilat yang paling lazim, berlaku hasil nyahcas dasar awan kumulonimbus bercas negatif ke bahagian atas yang bercas positif. Oleh kerana ia berlaku di dalam awan,kilat jenis ini selalunya tidak kelihatan jika berlaku pada waktu siang.
  • Antara dua awan - berlaku di antara dua awan yang berbeza cas elektriknya, maka laluannya kelihatan melintang antara awan-awan tersebut.
  • Awan ke bumi - jenis kilat yang kedua paling lazim, berlaku akibat nyahcas dasar awan kumulonimbus bercas negatif ke bumi, serta menjadi ancaman terbesar kepada nyawa dan harta benda.
  • Bumi ke awan - berlaku apabila bumi melepaskan cas elektrik ke awan kumulonimbus melalui laluan menegak ke atas.
  • Kilat positif - berlaku hasil nyahcas bahagian atas awan yang bercas positif terus ke bumi. Oleh itu, kilat positif menghasilkan voltan yang lebih tinggi daripada kilat negatif awan ke bumi serta lebih berbahaya daripada kilat awan ke bumi yang lazim. Kilat ini jarang berlaku, dengan hanya membentuk 5% daripada jumlah keseluruhan kilat yang berlaku[21].
  • Kilat kering - istilah ini digunakan bagi kilat yang berlaku semasa ribut petir yang tidak menghasilkan hujan yang mencecah ke bumi. Sebenarnya di dalam kes ribut petir sebegini hujan sememangnya turun, tetapi tersejat semasa melalui lapisan udara yang sangat kering berhampiran tanah.
  • Kilat roket - bentuk nyahcas awan, lazimnya melintang dan berlaku pada tapak awan, dengan satu alur cahaya terang yang mara merentasi udara dengan kepantasan yang boleh dikira.[22] Ia mendapat namanya kerana penghasilannya boleh dibandingkan dengan sebuah roket. Ia adalah salah satu jenis nyahcas awan yang jarang berlaku.[23]
  • Kilat bebola - bebola bercahaya yang terapung semasa ribut petir. Ia boleh bergerak pantas, perlahan, ataupun tidak bergerak langsung. Ada yang menghasilkan bunyi berdesir atau berdentum dan ada pula yang tidak menghasilkan bunyi langsung. Beberapa kilat bebola diketahui telah melalui tingkap dan lenyap dengan dentuman kuat. Beberapa saksi pernah melihat kilat bebola tetapi ia jarang direkodkan oleh ahli kaji cuaca.[24]

Pencetus kilat sunting

Gunung berapi sunting

 
Bahan gunung berapi ditujah tinggi ke dalam atmosfera boleh mencetuskan kilat.

Letusan gunung berapi yang teramat besar yang mengeluarkan gas dan bahan tinggi ke atmosfera boleh mencetuskan kilat. Fanomena ini pernah didokumenkan oleh Pliny The Elder semasa letusan AD79 di Gunung Vesuvius yang menyebabkan beliau terbunuh.[25]

Roket sunting

Kilat pernah memanah Apollo 12 sebaik sahaja berlepas dan dipanah sekali lagi selepas letupan nuklear.[26] Kilat juga dicetuskan oleh pelancaran roket kilat yang membawa segelendong wayar ke dalam ribut petir. Wayar terurai menyediakan laluan untuk kilat. Panahan kilat biasanya lurus kerana laluan yang dihasilkan oleh wayar.[27]

Pesawat udara juga boleh mencetuskan kilat.[28]

Laser sunting

Sejak 1970-an, penyelidik telah mencuba untuk mencetuskan panahan kilat dengan laser ultra ungu yang mewujudkan saluran gas terion hingga kilat dialirkan ke tanah. Pencetus kilat sebegini bertujuan untuk melindungi pelantar pelancar roket, kemudahan kuasa elektrik dan sasaran sensitif lain.[29][30][31][32][33][34]

Di New Mexico, Amerika Syarikat, saintis telah menguji laser terawatt baharu yang mampu mengganggu kilat. Saintis melancarkan denyutan ultra-pantas daripada laser yang sungguh berkuasa dan dengan itu menghantar beberapa terawatt ke dalam awan untuk menghapuskan nyahcas elektrik dalam awan ribut sekitarnya.

Alur dihantar dari laser membuat laluan molekul terion yang dikenali sebagai filamen. Sebelum kilat memanah bumi, filamen menghasilkan elektrik melalui awan, memainkan peranan sebagai rod kilat.

Penyelidik menjanakan filamen yang tidak kekal lama bagi mencetuskan panahan kilat. Bagaimanapun, kerangsangan aktiviti elektrik di dalam awan telah disahkan. Berdasarkan kepada saintis Perancis dan Jerman yang telah menjalankan uji kaji, denyutan pantas yang telah dihantar dari laser boleh mengganggu panahan kilat apabila diperlukan.[35]

Kilat luar bumi sunting

Kilat memerlukan pemecahan elektrik pada gas, jadi ia tidak wujud dalam bentuk tampak di vakum angkasa lepas. Bagaimanapun, kilat pernah diperhatikan dalam atmosfera planet lain seperti Zuhrah, Musytari dan Zuhal. Kilat di Zuhrah masih menjadi subjek kontroversi selepas kajian berdekad-dekad. Semasa misi Venera Soviet and Pioneer A.S. pada tahun 1970-an dan 80-an, isyarat mengatakan bahawa kilat mungkin wujud di atmosfera atas telah dikesan.[36] Namun, baru-baru ini misi jejambat Cassini-Huygens di Zuhrah dikesan tiada tanda bahawa adanya kilat. Sungguhpun begitu, denyut radio telah direkodkan oleh kapal angkasa lepas Venus Express menegesahkan kilat di Zuhrah pada tahun 2007.

Pokok dan kilat sunting

 
Kerosakan pokok yang diakibatkan oleh kilat di Maplewood, New Jersey.

Pokok merupakan pengalir kilat ke tanah semula jadi terbaik[37]dan berpotensi sebagai perlindungan terbaik daripada panahan kilat berlaku pada bangunan berhampiran. Oleh sebab sap merupakan pengalir yang lemah, rintangan elektrik menyebabkan ia dipanaskan letup kepada stim yang kulit kayunya terpelanting di luar laluan kilat. Musim berikutnya, pokok memulihkan bahagian yang rosak dan mungkin menutup "luka" sepenuhnya, hanya meninggalkan parut yang menegak. Jika kerosakan terlalu teruk, pokok barangkali tidak boleh pulih semula dan sudah sampai masanya reputan untuk berlaku, kesudahannya membunuh pokok. Pentafsiran menyatakan bahawa pokok yang berdiri sendiri kerapkali dipanah, walaupun dalam beberapa kawasan berhutan, parut kilat boleh dilihat pada kebanyakan setiap pokok.

Kebanyakan pokok yang sering dipanah adalah jenis Oak, Elm dan Pain. Tidak seperti Oak yang mempunyai struktur akar yang agak cetek, pokok pain mempunyai sistem akar yang tebal jauh ke dalam yang menjalar ke dalam muka air tanah.[38] Pokok pain biasanya berdiri lebih tinggi berbanding spesies lain yang juga dilihat sebagai sasaran yang sesuai. Faktor yang mempengaruhi kepada sasarannya ialah kandungan resin yang tinggi, ketinggian dan jejarum yang memudahkan bagi menangkap nyahcas elektrik yang tinggi ketika ribut petir.

 
Pokok Eucalyptus telah bersepai yang berpunca daripada panahan kilat.

Pokok yang tinggi dengan biojisim bagi sistem akar yang besar menyediakan perlindungan kilat terbaik. Sebagai contoh, pokok kayu jati (Tectona grandis) yang tumbuh hingga 45 m (147.6 kaki) tinggi. Pokok ini mempunyai sistem akar sebar dengan sebaran kira-kira 5 m dan biojisim 4 kali ganda batang; penembusan ke dalam tanah adalah 1.25 m (4.10 kaki) dan tidak memiliki akar tunjang. Apabila ditanam berhampiran bangunan, ketinggian pokok berkenaan membantu dalam menangkap perintis kilat yang datang dan biojisim bagi sistem akar yang besar menolong pelepasan cas elektrik.[39]

Keelektromagnetan sunting

Fail:LIRM anomaly with archaeological hearths.jpg
Baki kemagnetan kilat teraruh (LIRM) dipetakan ketika kaji selidik kecerunan medan magnetik tapak arkeologi di Wyoming, Amerika Syarikat

Pergerakan cas elektrik menghasilkan medan elektrik (lihat Keelektromagnetan). Arus nyahcas kilat yang terlalu besar menjadikan medan elektrik yang sangat kuat tetapi sekejap. Laluan arus elektrik yang melalui batu, tanah atau logam menyebabkan bahan berkenaan boleh menjadi pemagnetan kekal. Kesan sebegini disebut sebagai baki kemagnetan kilat teraruh (LIRM). Arus ini mengikut laluan berintangan paling kecil, selalunya mengufuk berhampiran permukaan[40] tetapi kadangkala ia berlaku secara menegak yang menawarkan laluan berintangan paling kecil kepada kecacatan, kompok bijih atau air tanah.[41] Anomali magnet teraruh kilat boleh dipetakan pada tanah[42][43] dan analisis bahan pemagnetan boleh memastikan kilat adalah sumber pemagnetan[44] malah menyediakan anggaran arus puncak nyahcas elektrik.[45]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c NGDC - NOAA. "Volcanic Lightning". National Geophysical Data Center - NOAA. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  2. ^ Munoz, Rene (2003). "Factsheet: Lightning". University Corporation for Atmospheric Research. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  3. ^ Rakov, Vladimir A. (1999). "Lightning Makes Glass". University of Florida, Gainesville. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  4. ^ USGS (1998). "Bench collapse sparks lightning, roiling clouds". United States Geological Society. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  5. ^ Krider, E. Philip (2004), "Benjamin Franklin and the First Lightning Conductors", Proceedings of International Commission on History of Meteorology, 1 (1): 1–13, ISSN 1551-3580 Pages 3-4.
  6. ^ E. Philip Krider (2004). pdf file "Benjamin Franklin and the First Lightning Conductors" Check |url= value (bantuan) (.pdf). Proceedings of International Commission on History of Meteorology. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  7. ^ Wåhlin, Lars; Wh̄lin, Lars (1986). Atmosphere electrostatics. Forest Grove, Ore: Research Studies Press. ISBN 0-86380-042-4. |access-date= requires |url= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  8. ^ Amarendra Swarup (2006). "Physicists create great balls of fire". New Scientist. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  9. ^ E. Philip Krider (2006). "Benjamin Franklin and Lightning Rods". Physics today.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-01-10. Dicapai pada 2008-07-22. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  10. ^ Rakov, V; Uman, M, Lightning: Physics and Effects, Cambridge University Press, 2003
  11. ^ April Holladay (2007). "Not so hot lightning" (dalam bahasa English). WeatherQuesting. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-16. Dicapai pada 2008-07-23. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Skinny lightning bolts". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-19. Dicapai pada 2008-07-23.
  13. ^ NASA (2005). "Flashes in the Sky: Lightning Zaps Space Radiation Surrounding Earth" (dalam bahasa English). NASA. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ Robert Roy Britt (1999). "Lightning Interacts with Space, Electrons Rain Down" (dalam bahasa English). Space.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2000-07-11. Dicapai pada 2008-07-23. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ Demirkol, M. K. (December 1999). (abstract) "Ionospheric effects of relativistic electron enhancement events" Check |url= value (bantuan). Geophysical Research Letters. Vol. 26 (No. 23): pages 3557–3560. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); |volume= has extra text (bantuan); |issue= has extra text (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)
  16. ^ "What causes lightning?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-11. Dicapai pada 2008-07-24.
  17. ^ a b c d Martin A. Uman (1986). All About Lightning. Dover Publications, Inc. m/s. pages 103-110. ISBN 0-486-25237-X. |pages= has extra text (bantuan) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "uman" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  18. ^ Gurevich (2003-12-04), "How Lightning Works Is Still A Mystery", The Economist
  19. ^ Dwyer, Joseph R., "A bolt out of the blue," Scientific American, vol. 292, no. 5, pages 64-71 (May 2005)
  20. ^ Shrope, Mark (September 9 2004). "Lightning research: The bolt catchers" ([pautan mati]). Nature. 431: 120–121. doi:10.1038/431120a. Dicapai pada 2007-07-27. Check date values in: |date= (bantuan)
  21. ^ "NWS JetStream - The Positive and Negative Side of Lightning". NOAA. Dicapai pada 2007-09-25.
  22. ^ "Definition of Rocket Lightning, AMS Glossary of Meteorology". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-17. Dicapai pada 2007-07-05.
  23. ^ Hopkins, Albert Allis; Bond, Alexander Russell (1914), Scientific American Reference Book, New York: Munn & Co.Page 508
  24. ^ Kirthi Tennakone (2007). "Ball Lightning". Georgia State University. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  25. ^ Pliny the Younger. "Pliny the Younger's Observations". Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-06-25. Dicapai pada 2007-07-05. Behind us were frightening dark clouds, rent by lightning twisted and hurled, opening to reveal huge figures of flame. Cite has empty unknown parameters: |accessdaymonth=, |month=, |accessmonthday=, |coauthors=, dan |accessyear= (bantuan)
  26. ^ "An empirical study of the nuclear explosion-induced lightning seen on IVY-MIKE", Journal of Geophysical Research, 92 (D5), m/s. 5696–5712, 1987
  27. ^ Chris Kridler (2002). "July 25, 2002 - Triggered lightning video" (video). requires QuickTime. Chris Kridler's Sky Diary. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  28. ^ Uman (1986), chapter 4, pages 26-34
  29. ^ "UNM researchers use lasers to guide lightning". Campus News, The University of New Mexico. January 29 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-09. Dicapai pada 2007-07-28. Check date values in: |date= (bantuan)
  30. ^ Nasrullah Khan, Norman Mariun, Ishak Aris and J Yeak (2002). "Laser-triggered lightning discharge". New Journal of Physics. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  31. ^ P. Rambo, J. Biegert, , J. Schwarz, A. Bernstein; dll. (1999). "Laboratory tests of laser-induced lightning discharge". Vol. 66, Issue 3, pp. 194-. Journal of Optical Technology. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan); Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  32. ^ R. Ackermann, J. P. Wolf, L. Wöste; dll. (2004). "Triggering and guiding of megavolt discharges by laser-induced filaments under rain conditions". Applied Physics Letters. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan); Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)[pautan mati kekal]
  33. ^ Z.I. Kawasaki, T. Kanao, K. Matsuura, M. Nakano; dll. (1991). "The electric field changes and UHF radiations caused by the lightning in Japan". Abstract. Geophysical Research Letters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-13. Dicapai pada 2008-08-01. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan); Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  34. ^ Lippert, J. R. (1977). "A laser-induced lightning concept experiment". Air Force Flight Dynamics Lab., Wright-Patterson AFB. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  35. ^ Terawatt Laser Beam Shot in the Clouds Provokes Lightning Strike
  36. ^ Robert J. Strangeway - Institute of Geophysics and Planetary Physics UCLA (1994). "Plasma Wave Evidence for Lightning on Venus". Journal of Atmospheric and Terrestrial Physics. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada 2008-08-05. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  37. ^ National Oceanic & Atmospheric Administration. "Image of lightning hitting a tree" (.jpg). National Oceanic & Atmospheric Administration. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  38. ^ Olympia Forestry Sciences Laboratory (2004). "Silviculture and Forest Models Team - Oak Root Research". USDA Forest Service. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  39. ^ Gopalan (2005-11-01). "Lightning protection of airport runway". ASCE Journal of Performance of Constructed Facilities. 19 (4). Cite has empty unknown parameters: |laydate=, |quotes=, |laysource=, |laysummary=, |coauthors=, dan |month= (bantuan)
  40. ^ Graham KWT. 1961. The Re-magnetization of a Surface Outcrop by Lightning Currents. Geophys. J. Roy. Astron Soc., 6, p.85-102; Cox A. 1961. Anomalous Remanent Magnetization of Basalt. U.S. Geological Survey Bulletin 1038-E, p. 131-160.
  41. ^ Bevan B. 1995. Magnetic Surveys and Lightning. Near Surface Views (newsletter of the Near Surface Geophysics section of the Society of Exploration Geophysics. October 1995, p.7-8.
  42. ^ Sakai HS, Sunada, S, Sakurano H. 1998. Study of Lightning Current by Remanent Magnetization. Electrical Engineering in Japan, Vol. 123, No. 4. p.41-47
  43. ^ "Archaeo-Physics, LLC | Lightning-induced magnetic anomalies on archaeological sites". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada 2008-07-31.
  44. ^ Maki, David (2005). Lightning strikes and prehistoric ovens: Determining the source of magnetic anomalies using techniques of environmental magnetism. Geoarchaeology: An International Journal, Vol. 20, No. 5, 449–459
  45. ^ Verrier V, Rochette P. 2002 Estimating Peak Currents at Ground Lightning Impacts Using Remanent Magnetization. Geophysical Research Letters, Vol. 29, No. 18, p. 14-1-4.

Pautan luar sunting

Jet biru, sprit & elv sunting