Mimi Ernida
Nor Shamimi Ernida Mansor (lahir 21 Mac 1990) merupakan seorang pelakon dan peragawati wanita Malaysia.[1][2] Beliau ialah bekas finalis Gadis Melayu musim ketiga.[3]
Mimi Ernida | |
---|---|
Kelahiran | Nor Shamimi Ernida binti Mansor 21 Mac 1990 |
Pekerjaan | Pelakon, peragawati |
Tahun aktif | 2010–kini |
Kehidupan awalSunting
Beliau dilahirkan pada 21 Mac 1990 sebagai Nor Shamimi Ernida binti Mansor di Alor Setar, Kedah dan merupakan anak sulung daripada empat beradik[4] kepada pasangan Rohana Ahmad dan Mansor Mat Tahir.[5]
KerjayaSunting
Pada tahun 2010, Mimi merupakan finalis bagi program realiti TV, Gadis Melayu musim ketiga di TV9.[3]
Pada tahun 2011, beliau membuat penampilan filem cetera pertamanya menerusi filem komedi Alamak Toyol arahan Ismail "Bob" Hasim,[6] seterunya muncul dengan filem kedua, 1 Lawan Satu (2013) arahan Pierre Andre yang mana beliau memegang watak sebagai Saleha.
Pada tahun 2014, beliau membintangi bersama Ayda Jebat dan Zul Ariffin menerusi drama adaptasi novel Rindu Awak 200% yang bersiaran di Slot Akasia TV3.[7][8]
Namanya mula mendapat perhatian peminat apabila beliau membintangi filem aksi 2015 Polis EVO arahan Ghaz Abu Bakar lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak di mana beliau menjayakan peranan sebagai Maya.[9][10]
Beliau memegang watak sebagai Syira dalam drama Cinta Masam Manis lakonan Izara Aishah dan Zamarul Hisham. Pada tahun berikutnya, Mimi melakonkan watak Sheila dalam drama adaptasi novel, Bahagia Kasihmu.
AktivitiSunting
Di luar kerjaya lakonan, Mimi juga aktif menjual laksa. Menurut Mimi, ibunya mengusahakan restoran di hadapan rumah manakala bapanya menjual ayam mentah.[11]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | Alamak Toyol | Filem pertama | |
2011 | Papa I Love You | ||
2013 | 1 Lawan Satu | Saleha | |
2013 | Bencinta | Ros Wangee | |
2015 | Polis EVO | Maya | |
2020 | Bulan dan Pria Terhebat | Mimi |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014 | Rindu Awak 200% | Daria | TV3 |
2015 | Merah Gaun Pengantin | Suzie | TV1 |
2015 | Setia Ku Di Sini | Azyun | TVi |
2015 | Hello, Mr. Perfect! | TV3 | |
2015 | Ajaibnya Cinta | Mia | TV3 |
2015 | Bukan Isteri Sempurna | Azura | TV3 |
2016 | Cinta Masam Manis | Syira | TV3 |
2017 | Bahagia Kasihmu | Sheila | TV3 |
2017-18 | Ana Kleopatrena | Nani | Hypp Sensasi |
2018 | Selafaz Cinta | Puan Dea | Astro Prima |
2019 | Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis | Keisha | Astro Ria |
2020 | Sang Pewaris | Zizi | TV3 |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2015 | Spain Uolls | Mia | |
2016 | Alien Janda Baik | Slot Karya 12 | |
2017 | Ada Apa Dengan Ramadhan |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2010 | Gadis Melayu musim ke-3 | Dirinya sendiri/Peserta | TV9 |
RujukanSunting
- ^ Norhayati Nordin (29 Mei 2016). "Mimi idam jadi heroin drama". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2016.
- ^ Ramlah Zainal (21 September 2015). "Mimi bersyukur bakat dinilai". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2016.
- ^ a b "9 Finalis Pencarian Gadis Melayu Musim ke - 3". 22 Ogos 2010. Dicapai pada 29 November 2015.
- ^ Norhayati Nordin (12 September 2015). "Mimi bagai berdarah manis". Harian Metro. Dicapai pada 2015-11-29.
- ^ Amirah Amaly Syafaat (24 April 2016). "Angan-angan jadi kenyataan". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 23 Januari 2017.
- ^ "Si 'Gadis Melayu' Mimi Ernida". Metrowealth. 11 Oktober 2011. Dicapai pada 29 November 2015.
- ^ Zaidi Mohamed (12 Ogos 2016). "Mimi Ernida teringin jadi heroin". Berita Harian. Dicapai pada 29 November 2016.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (7 Mei 2015). "Ernida popular melalui Rindu Awak 200%". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2016.
- ^ Mimi Ernida berlatih aksi lasak sebelum penggambaran. Astro Awani. 19 September 2015. Dicapai pada 29 November 2016.
- ^ "Damba watak utama". Utusan Malaysia. 8 Oktober 2015. Diarkib daripada yang asal pada 17 Oktober 2015. Dicapai pada 23 Januari 2016.
- ^ Zaidi Mohamad (17 April 2019). "Tiada 'job', Mimi Ernida jual laksa". Berita Harian. Dicapai pada 23 Julai 2019.