Misa Melayu karya Raja Chulan ini tergolong dalam naskhah sastera tradisional genre sastera sejarah. Buku ini telah dikaji oleh W.E. Maxwell dan diterbitkan dalam JSBRAS 1882 dan 1884 masihi. R.O Winstedt telah merumikannya pada tahun 1919 masihi.[1] Beberapa versi lain tersimpan di Universiti Leiden, Belanda dengan judul Hikayat Salasilah Perak dan Ikatan Raja Ke Laut.

Perkataan 'Misa' diambil daripada judul cerita-cerita panji seperti Misa Perabu Jaya di kepulauan Jawa.[2] Namun, daerah Kampung Gajah tidaklah ramai orang Jawa.[perlu rujukan]

Penulis sunting

Misa Melayu ditulis di istana oleh seorang pujangga istana bernama Raja Chulan. Nama penuhnya ialah Raja Chulan ibni Raja Abdul Hamid ibni Yang diPertuan Muda Sultan Mansur Syah bergelar Marhum Pulau Juar, Kampung Gajah, Perak.[3]

Raja Chulan mengarang Misa Melayu semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain dan selesai ditulis pada 1908 masihi di Mukim Bandar, 36800 Kampung Gajah, Perak. Mukim Bandar terletak di tebing kiri Sungai Perak, kira-kira 7 km dari Kampung Gajah, Perak.

Raja Chulan dianggarkan hidup sekitar 1720–1786 masihi. Datuknya Sultan Mansur Syah menjadi salah seorang Yang Dipertuan Muda Perak atau terkenal dengan nama Marhum Pulau Tiga. Sultan Mansur Syah ialah anak Sultan Mudzaffar Shah II iaitu Sultan Perak ke-10 (memerintah 1636–1653). Pada zaman Sultan Mudzaffar Shah III (1728–1752), Raja Chulan telah dianugerahi gelaran Raja Kecil Besar pada tahun 1752. Apabila Sultan Mudzaffar Shah III mangkat pada tahun 1752, baginda telah diganti oleh Sultan Iskandar Zulkarnain, iaitu Sultan Perak ke-15 (1752–1765). Apabila Sultan Iskandar Zulkarnain mangkat pada tahun 1765, Raja Kemas yang bergelar Raja Muda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak (1765–1773).

Raja Chulan yang bergelar Raja Kecil Besar dinaikkan pangkat menjadi Raja Bendahara Perak. Raja Chulan berkhidmat dengan 9 orang sultan.[4] Raja Chulan akhirnya menjadi Raja Muda Perak pada 1773 dan mangkat pada 10 Februari 1787.

(Untuk mengelakkan kekeliruan, Raja Chulan yang disebut di atas merupakan orang yang berlainan dengan Y.A.M. Raja Sir Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah.)

Bentuk sunting

Misa Melayu ditulis dalam bentuk prosa dan puisi dalam tulisan jawi.[5] Oleh itu, ia merupakan sebuah karya yang unik. Contoh sastera sejarah prosa ialah Sejarah Melayu, Salasilah Melayu dan Bugis, Hikayat Merong Mahawangsa, dan Hikayat Raja-Raja Pasai dan. Contoh sastera sejarah bentuk puisi ialah Syair Perang Siak, Syair Perang Kompeni Welanda Dengan China, dan Syair Perang Inggeris Menyerang Kota.

Tema sunting

Tema karya ini adalah tentang sejarah raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak antara tahun 1700 hingga 1780-an. Penceritaannya agak teratur menurut kronologi. Anehnya Raja Chulan tidak memuatkan unsur-unsur mitos.

Antara isi ceritanya ialah :

  • Kesultanan negeri Perak berasal daripada keturunan yang agung, Raja Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great yang memerintah Makedonia di Iraq). Jurai keturunannya hingga kepada Raja Nursyirwan Adil dan anak cucu Raja Chulan (Raja Chola Dipertikai.) yang memerintah hingga ke selatan Tanah Melayu.
  • Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Perak, orang Belanda telah mendirikan gudang atau loji perniagaan bijih timah di Pengkalan Halban setelah mendapat kebenaran Sultan Muzaffar Syah. Sejarawan Andaya menyatakan pada 22 Oktober 1746, Arry Veerbrugge dihantar ke Perak untuk berunding mengenai perniagaan bijih timah dan membina loji di Pengkalan Halban, berhampiran dengan muara Sungai KintaSungai Perak, berdekatan dengan Pulau Indera Sakti.
  • Raja Chulan juga terlibat dalam rundingan peminangan Raja Muda akan Raja Budak Rasul
  • Sultan Iskandar Zulkarnain bersama Raja Chulan dan lain-lain menyusur pantai negeri Perak.
  • Raja Iskandar menuba ikan di Sungai Budiman, berhampiran dengan Pulau Besar dan Pulau Juar di Kampung Gajah. Sungai Budiman bercantum dengan Sungai Kinta dan Sungai Perak di hulu Sungai Budiman di mana terletaknya kawasan bijih timah yang penting seperti Sungai Galah, Tanjung Tualang, Batu Gajah, Kampar dan lain-lain.
  • Istiadat melenggang perut permaisuri Raja Iskandar.
  • Perkahwinan Raja Iskandar dengan Raja Budak Rasul.
  • Kisah Sultan Muhammad (waris yang muda) menyelesaikan masalah perebutan kuasa dengan Sultan Muzaffar Syah (waris yang tua).
  • Episod Sultan Muzaffar Syah yang ingin bermenantukan Raja Muda. Sultan Muzaffar meminta Raja Chulan menyatakan hasrat kepada Raja Muda. Akhirnya, puteri Sultan Muazaffar Syah yang bernama Raja Budak Rasul dikahwinkan dengan Raja Muda.
  • Kisah Sultan Muhammad Syah (1744–1750) mengorbankan kedudukannya sendiri selaku Sultan Perak agar Perak dicantum semula di bawah pemerintahan seorang sultan sahaja iaitu kekandanya Sultan Muzaffar Syah.

Latar tempat sunting

Latar sosial sunting

Dalam Misa Melayu, terdapat pelbagai bangsa seperti Rawa, Minangkabau, India dan Cina yang tinggal di sepanjang Sungai Perak terutama di Pulau Indera Sakti dan Mukim Bandar. Kawasan ini termasuklah Pulau Juar, Kampung Cina, Kampung Air Mati, Bandar Baru, Kampung Teluk Memali hinggalah ke Bandar Tua dan Pasir Salak serta Kampung Gajah sekarang ini.[6] Misa Melayu juga telah merakamkan beberapa sistem sosial dan adat istiadat dan tradisi pada ketika itu, antaranya:[7]

  • Adat bertindik
  • Berinai
  • Istiadar pelantikan dan pertabalan
  • Istiadar perarakan raja berangkat
  • Istiadat menjunjung duli
  • Istiadat melenggang perut
  • Istiadat kemangkatan dan berkabung
  • Istiadat menurun tambak dan batu nisan
  • Istiadat membayar kaul (bayar niat).

Istiadat perkahwinan sunting

Raja Iskandar ingin berkahwin dengan Raja Budak Rasul, anak Sultan Muzaffar Syah. Raja Aliuddin dan Raja Chulan diminta merisik dan meminang dengan membawa emas sekati. Semasa menikah, Raja Iskandar membawa 100 tahil emas, 10 pasang hamba (orang Jawa), dan 1000 keping timah. Akad nikah dimulai dengan khutbah nikah, bersanding dan upacara bersiram.

Istiadat pertabalan sunting

  • Waktu Sultan Muzaffar Syah III mangkat, Raja Iskandar diberi memakai segala alat kebesaran kerajaan. Raja Iskandar ditabal menjadi Sultan Perak dengan gelaran Paduka Seri Sultan Zukarnain Khalifatur Rahman Johan Berdaulat Zillullahi Fil Alam.
  • Sultan Mahmud Syah ditabalkan sebelum jenazah Sultan Iskandar dikebumikan.
  • Sultan Alauddin Mansur Syah Iskandar Muda ditablkabn berikutan kemangkatan kekandanya Sultan Mahmud Syah

Setiap pertabalan dan adat menjunjung duli disertai dengan gendang nobat Ibrahim Khalil atau disebut 'bermahalil'.

Upacara melenggang perut sunting

  • Tatkala Permaisuri Sultan Iskandar mengandung tujuh bulan, temasya diadakan di balai panca persada selama 40 hari 40 malam. Seluruh rakyat termasuk Cina, india dan Belanda memberi hadiah. Terdapat persembahan Menora dari Kedah pimpinan Kanda Seri indera dan Nakhoda Jumaat.

Istiadat membayar kaul sunting

Sultan Iskandar di Pulau Indera Sakti jatuh sakit. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah bertilik berjaga-jaga, menurun jin, titik dan perdikiran. Akhirnya Raja Muda dan rakyat bernazar agar baginda sembuh. Sultan Iskandar dimandikan dan diarak dari Rantau Panjang ke Pulau Indera Sakti dengan perahu.

Ekonomi Sungai Perak sunting

Belanda telah mempunyai gudang bijih timah di Pengkalan Halban. Pengkalan Halban terletak berhampiran dengan Pulau Indera Sakti, di muara Sungai KintaSungai Perak, 10 km ke selatan Kampung Gajah sekarang. Syarikat Belanda di Betawi (Jakarta sekarang ), mengiring tujuh buah kapal perang ke Perak ekoran fitnah seorang Keling bernama Pir Muhammad yang bertugas sebagai jurubahasa Belanda. Rundingan semula serta perjanjian akhirnya membolehkan Belanda memonopoli perdagangan bijih timah di Perak dan berhasil membeli 500 bahara timah.[8]

Di dalam hutan negeri Perak terdapat banyak gajah hinggakan sebuah kampung digelar Kampung Gajah. Hanya Sultan Perak iaitu Sultan Iskandar Zulkarnain dibenarkan berniaga gajah.

Di Pulau Indera Sakti, terdapat banyak kedai dan toko-toko Cina. Sebuah kampung di Rantau Panjang dan Kampung Air Mati serta di Pasir Salak ada kedai Cina.

Selain Belanda yang menjalankan perniagaan bijih timah, pedagang India, Cina, Jawa dan Siam turut berdagang. Antaranya ialah pakaian, garam, tembakau, gambir, pinggan mangkuk tembikar Cina, alatan seperti parang, keris, benang emas, rempah, candu dan lain-lain.

Masjid Pulau Indera Sakti sunting

Sultan Iskandar Zulkarnain menitahkan masjid didirikan untuk menyambut Hari Raya Haji di Pulau Indera Sakti kerana belum ada masjid.


Rujukan sunting

Rujukan tambahan sunting

  1. Barbara Watson Andaya.1979.Perak: The Abode of Grace. A study of an Eighteenth Century Malay State. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
  2. Buyong Adil Alhaj.1966.Panduan Mempelajari Hikayat Misa Melayu. Singapura : Pustaka Melayu.
  3. Maxwell.WE.1884. The History of Perak Native Asource.Journal of Royal Asiatic Society Straits Branch, XIII-XIV
  4. Raja Chulan.1966.Misa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara
  5. Siti Hawa Haji Salleh.1997. Kesusasteraan Melayu Abad Ke-19. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
  6. Kesusasteraan Hikayat dan Historiografi Melayu - PJJ, UKM Bangi, 1999.

Pautan luar sunting


Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z