Nasi minyak
Nasi minyak (Jawi: ناسي ميڽق) ialah hidangan nusantara yang dikatakan berasal daripada Asia Tenggara yang dimasak dengan minyak sapi dan rempah. Sekilas pandang, nasi minyak nampak dan rasanya sedikit seperti nasi Kabuli, ini kerana kedua-dua hidangan nasi dipengaruhi oleh masakan India dan Timur Tengah, sebagai bukti penggunaan minyak sapi dan rempah-rempah tertentu. Campuran rempah bumbu yang digunakan termasuk buah pelaga, bunga lawang, cengkih, jintan, kayu manis, bawang merah, bawang putih dan serbuk kari.[1]
Nasi minyak | |
---|---|
Jenis | Hidangan nasi, sajian utama |
Jenis sajian | Sajian utama |
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan/rantau | Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapore |
Suhu penghidangan | Suam atau sederhana |
Bahan utama | Nasi dimasak bersama minyak sapi and rempah ratus |
sunting · sunting di Wikidata |
Di Palembang, nasi minyak adalah hidangan tradisional perayaan yang biasanya disajikan untuk acara dan perayaan khas. Masjid-masjid tertentu di Palembang menyajikan nasi minyak percuma selepas solat Jumaat.[2]
Di selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan Singapura, nasi Minyak dianggap sebagai hidangan istiadat dan biasanya dimakan semasa majlis perkahwinan tradisional orang Melayu.[3] Semasa di negeri pantai timur Terengganu, Kelantan dan Pattani,Selatan Thailand, nasi Minyak adalah hidangan sarapan pagi yang biasa.
Sejarah
suntingMajlis perkahwinan dikatakan mula dijadikan budaya masyarakat seawal zaman tamadun Mesopotamia, kira-kira 2350 Sebelum Masihi (4,330 tahun yang lalu). Sebelum itu perkahwinan tidaklah jadi sebuah majlis, tetapi lebih kepada penyatuan keluarga sahaja.
Jadi tradisi nasi minyak ini bermula di Yaman, terutamanya orang Hadhrami. Orang Hadhrami tinggal di Hadhramawt, Yaman, yang merupakan orang yang membina tamadun Arab yang pertama, iaitu Tamadun Saba'.
Menurut pengkaji sejarah Asia Barat dari Universiti Liverpool, Kenneth Kitchen, tamadun Saba’ ini muncul sejak 1200 Sebelum Masihi di Ma’arib. Jadi budaya dari Mesopotamia ini datang ke Saba’ melalui jalan perdagangan. Dan di kawasan ini, mereka berdagang dengan orang di India, terutamanya di Tamadun Harappa. Perkahwinan kemudiannya dijadikan keraian, dan disambut sebagai pesta meraikan pasangan yang bakal menempuh cabaran apabila mempunyai keluarga. Ia kemudiannya dijadikan budaya oleh semua bangsa.
Salah satu makanan yang popular dari kalangan masyarakat Hadhrami ialah Nasi Mandi, iaitu nasi yang dimasak dalam tandoor iaitu periuk tanah liat. Adakalanya mereka masak di dalam tanah, dengan menggali lubang dan masak di dalamnya.Ia kemudiannya jadi budaya orang di India khususnya orang Malabar, iaitu menyambut majlis perkahwinan dengan memasak nasi mandi versi mereka, yang akhirnya jadi nasi biryani, yang berasal dari perkataan Parsi (birinj) yang bermaksud ‘nasi’. Jadi nasi biryani ialah ‘nasi nasi’.
Budaya ini tiba di Nusantara dari orang Afghanistan yang tiba di sekitar Betawi, yang membuat Kabuli Pilaf. Pilaf ialah masakan gaya zaman Abbasiyah, yang kemudiannya ke Sepanyol menjadi paella dengan menggunakan makanan laut. Jadi apabila makanan ini popular di Betawi, ia kemudiannya menjadi budaya orang Betawi membuat Nasi Kabuli yang berasal dari Kabuli Pilaf ini. Orang Betawi ini tinggal di Kesultanan Banten, yang termasuk juga dengan Lampung di Sumatera.
Ia kemudian menjadi popular apabila anak putera Sultan Palembang berkahwin, dan nasi Kabuli ini menjadi trend pada ketika itu di Alam Melayu. Ia kemudian merebak ke Inderagiri, Siak, Kampar, Riau, sehingga Johor. Johor, yang mempunyai masyarakat Hadhrami, juga memasak nasi ini. Disebabkan ia menggunakan minyak sapi, ia menyebabkan tangan sering berminyak apabila makan dan sukar disental. Memandangkan susah benar nak menyebut Nasi Kabuli, orang Melayu panggil sahaja nasi minyak.[1][pautan mati kekal]
Hidangan sampingan
suntingNasi minyak biasanya dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk seperti; sate pentol, ayam goreng, acar timun, tauhu goreng, krupuk, telur goreng, kismis dan sambal buah, sambal pedas dengan nanas.[4]
Perbezaan hidangan setiap tempat
suntingNasi minyak Kelantan;
Nasi minyak Johor;
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Resep Nasi Minyak Khas Palembang oleh umiyuliana01". Cookpad (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2018-07-17.
- ^ "Lezatnya Nasi Minyak Senampan Tradisi Makan Bersama Warga Maskarebet - Sriwijaya Post". Sriwijaya Post (dalam bahasa Indonesia). 2018-02-24. Dicapai pada 2018-07-17.
- ^ "7 Jenis Nasi Popular Di Majlis Kenduri Kahwin" (dalam bahasa Malay). Malaysia: Vitdaily. 17 May 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Nasi Minyak Sebuah Penganan Palembang Info Kuliner Malaya". www.malaya.or.id (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 2018-07-17.