PlayStation 3

(Dilencongkan dari PS3)

PlayStation 3 (Jepun: プレイステーション 3,, Hepburn: Pureisutēshon Surī) (singkatan: PS3) ialah sebuah konsol permainan video yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Sony Interactive Entertainment. Konsol ini merupakan pengganti kepada konsol PlayStation 2, mula diumumkan secara rasmi menerusi acara E3 2005 dan telah dilancarkan pada 11 November 2006 di Jepun[2], 17 November 2006 di kawasan Amerika Utara[3] dan pada 23 Mac 2007 di Eropah[4] dan Australia. Konsol PS3 merupakan salah satu daripada konsol permainan video generasi ke-7, di samping konsol Xbox 360 yang dibangunkan oleh Microsoft dan konsol Nintendo Wii yang dibangunkan oleh Nintendo.

PlayStation 3
PlayStation 3 logo
PlayStation 3 logo

Model asal, Alat pengawal DualShock dan model Slim
Atas: Versi asal dan logo PlayStation baru
Kiri:
Model pertama PlayStation 3 (2006)
Kanan:
Model slim PlayStation 3 (2009)
PembangunSony Computer Entertainment
PengilangSony EMCS, Foxconn, ASUSTeK[1]
Keluarga produkPlayStation
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi ketujuh
Ketersediaan runcit
  • Amerika Syarikat 17 November 2006
  • Kesatuan Eropah 23 Mac 2007
  • Jepun 11 November 2006
MediaCakera Blu-Ray, DVD, Cakera padat, Cakera Permainan PS2
CPUCell Broadband Engine 3.2 GHz dengan 1 PPE & 7 SPEs
Muatan storanCakera keras tetap SATA 2.5 inci (20 GB, 40 GB, 60 GB, 80 GB, 120 GB, 160 GB, 250 GB, 320 GB atau 500 GB)
Ingatan256 MB (memori sistem) dan 256 MB (memori video)
PendahuluPlayStation 2
PenggantiPlayStation 4
Laman sesawanghttp://www.playstation.com/ps3/

Konsol PS3 merupakan konsol pertama yang menggunakan pemain cakera optik terbina Blu-ray sebagai media storan[5]. Ianya juga merupakan konsol PlayStation pertama yang mengintegrasikan perkhidmatan permainan sosial, termasuklah PlayStation Network[6] serta konsol pertama yang boleh dikawal menggunakan konsol mudah alih, melalui sambungan kawalan jauh pada PlayStation Portable dan PlayStation Vita[7]. Pada bulan September 2009, model Slim bagi konsol PS3 ini telah dikeluarkan dan model ini tidak lagi menyokong keupayaan untuk mengendalikan permainan video yang dikeluarkan untuk konsol PlayStation 2[8]. Model ini lebih ringan dan nipis berbanding model asal serta menggunakan logo dan pemasaran yang telah direka bentuk semula, selain memaparkan animasi but yang sedikit berbeza[8]. Variasi Super Slim kemudian telah dikeluarkan lewat tahun 2012, dengan reka bentuk yang dikemaskini.

Di waktu awal pelancaran, rata-rata memberikan reaksi pelbagai terhadap konsol PS3 ini, kerana harga jualan yang tinggi, penggunaan seni bina pemproses yang kompleks dan kurang permainan video yang berkualiti namun pujian diberikan kepada penggunaan teknologi Blu-ray serta "potensi yang belum diterokai". Pasaran konsol PlayStation 3 ini pada mulanya tidak begitu memberangsangkan[9] namun begitu ianya mula mendapat sambutan, terutamanya setelah pengenalan kepada model Slim dan telah terjual sebanyak 87.4 juta unit, lebih banyak berbanding Xbox 360, menjadikan konsol PS3 ini konsol kelapan paling laris dalam sejarah konsol permainan video. Pengganti konsol ini, PlayStation 4 dikeluarkan pada bulan November 2013. Pada 29 September 2015, Sony mengesahkan pasaran PlayStation 3 akan ditamatkan di New Zealand, namun konsol ini masih lagi dikeluarkan untuk pasaran lain[10]. Pada bulan Mac 2016, tiada lagi pengeluaran unit baru bagi pasaran Eropah dan Australia serta di kawasan Amerika Utara pada bulan Oktober 2016[11][12]. Menjelang tahun 2017, Jepun merupakan kawasan terakhir di mana unit baru konsol PS3 masih lagi dikeluarkan sehinggalah 29 Mei 2017, apabila Sony mengesahkan bahawa pasaran PlayStation 3 ditamatkan di sana[11][12][13][14].

Sejarah sunting

Pembangunan sunting

Pembangunan konsol PlayStation 3 bermula seawal 9 Mac 2001 apabila Ken Kutaragi, Presiden Sony Interactive Entertainment pada ketika itu mengumumkan kerjasama di antara Sony, Toshiba, dan IBM untuk membangunkan reka bentuk mikropemproses Cell[15]. Pada masa itu, Shuhei Yoshida merupakan Presiden Pembangunan Perisian PlayStation Global yang bertanggungjawab dalam aspek pembangunan permainan video yang akan dikeluarkan untuk konsol-konsol di bawah jenama PlayStation[16]. Pada bulan September 2004, Sony mengatakan bahawa konsol PlayStation 3 akan menggunakan pemain Blu-ray, di samping berupaya memainkan cakera DVD dan CD[17], kemudian pada bulan Disember berikutnya, NVIDIA telah diumumkan sebagai rakan reka bentuk bagi membangunkan cip pemproses grafik konsol ini[18]. Di awal tahun 2005 pula, Sony kini memfokuskan dalam membangunkan permainan video yang akan dilancarkan di samping PS3[15].

Konsol PlayStation 3 diperlihatkan kepada umum secara rasmi pada 16 Mei 2005 semasa dalam acara E3 2005[19], di samping reka bentuk prototaip alat pengawal Sixaxis yang berbentuk seakan bumerang[20]. Namun begitu, konsol sebenar yang berfungsi tidak dipertunjukkan dalam acara itu[21], atau semasa dalam acara Pertunjukkan Permainan Tokyo yang diadakan pada bulan September 2005[22] walaupun demonstrasi permainan video (seperti permainan video Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots[21]) yang dijalankan menerusi kit pembangunan perisian dan perkakasan komputer yang memiliki spesifikasi yang lebih kurang sama diperlihatkan dalam kedua-dua acara itu. Video pendek yang berdasarkan kepada ramalan spesifikasi konsol PlayStation 3 juga dipaparkan (terutamanya dalam paparan demonstrasi teknologi Final Fantasy VII)[23].

Prototaip awal yang dipertunjukkan pada bulan Mei 2005 itu mengandungi dua sambungan HDMI, tiga sambungan Ethernet dan enam sambungan USB[24]. Namun begitu, dalam acara E3 2006 pula, bilangan sambungan pada konsol yang dipertunjukkan kini berkurangan kepada satu sambungan HDMI, satu sambungan Ethernet dan empat sambungan USB, berkemungkinan bagi mengurangkan kos[25][26]. Dua varian perkakasan diumumkan bagi konsol PS3 ini; varian 20 GB ditawarkan pada harga US$499 (€499) dan varian 60 GB ditawarkan pada harga US$599 (€599)[25]. Hanya varian 60 GB sahaja yang memiliki sambungan HDMI, sambungan Internet tanpa wayar, pembaca kad kilat dan kemasan berwarna krom dengan logo yang berwarna perak[25]. Tarikh untuk pasaran global bagi kedua-dua varian ini juga diumumkan, iaitu pada 11 November 2006 untuk pasaran di Jepun dan 17 November 2006 untuk pasaran Amerika Utara dan Eropah[27].

Pelancaran sunting

Pada September 2006, Sony mengumumkan bahawa pelancaran konsol PlayStation 3 di kawasan PAL ditangguhkan sehingga Mac 2007, kerana kekurangan bahan yang digunakan untuk membina pembaca cakera Blu-Ray[28]. Semasa di pertunjukan Tokyo Game Show pada 22 September 2006, Sony mengumumkan bahawa untuk model 20 GB, input HDMI akan disertakan tetapi ciri-ciri lain yang terdapat hanya pada model 60 GB tidak akan disertakan[29]. Semasa pertunjukkan ini juga, Sony memperlihatkan sebanyak 27 permainan video yang dimainkan dalam model prototaip terakhir sebelum pelancaran[30].

Spesifikasi sunting

Perkakasan sunting

 
Cip mikropemproses NVIDIA RSX Reality Synthesizer pada papan induk PlayStation 3

PlayStation 3 menggunakan cip mikropemproses Cell, yang dicipta oleh Sony, Toshiba dan IBM yang berteraskan kepada Power Processing Element (PPE) berkelajuan 3.2 GHz dan lapan Synergistic Processing Elements (SPE)[31][32]. Hanya enam daripada lapan SPE digunakan untuk pembangun permainan video, SPE kelapan tidak digunakan dalam konsol ini manakala SPE ketujuh digunakan oleh sistem operasi konsol ini[33]. Untuk memproses grafik, Sony menggunakan cip mikropemproses NVIDIA RSX Reality Synthesizer yang mampu menghasilkan resolusi skrin daripada 480i/576i sehingga semaksimum 1080p untuk resolusi berdefinisi tinggi (HD)[34]. PlayStation 3 mempunyai memori sebanyak 256 MB untuk memori utama serta 256 MB memori video yang terdapat dalam cip mikropemproses RSX[35].

Sistem teras
Cip mikropemproses Cell PowerPC 3.2 GHz (utama)

NVIDIA RSX (grafik)

RAM 256 MB XDR
RAM video 256 MB DDR3 RAM
Grafik dan suara
Palet warna 32-bit warna
Resolusi skrin 480i, 480p, 720p, 1080i, 1080p
Saluran audio Sehingga 8 saluran audio, 24-bit, 96kHz

Perisian sunting

Sistem operasi yang digunakan dalam konsol PlayStation diberi nama CellOS, sistem operasi yang berteraskan kepada FreeBSD berdasarkan kepada rekod pengenalan TCP/IP, PlayStation 3 dikenalpasti sebagai FreeBSD[36]. Sistem pengaturcaraan untuk enjin 3D pula menggunakan LibGCM dan PSGL[37], namun begitu kebanyakkan pembangun menggunakan LibGCM yang menawarkan prestasi yang tinggi[38].

PlayStation 3 menggunakan XrossMediaBar (XMB) sebagai antaramuka grafik yang juga digunakan dalam konsol PlayStation Portable, kebanyakkan television Sony BRAVIA serta beberapa produk Sony yang lain. XMB memaparkan ikon yang mendatar di paparan skrin yang dilihat sebagai menu utama. Pengguna boleh memilih menu dengan menggerakkan ke kiri atau ke kanan menggunakan alat pengawal. Apabila sesuatu menu utama dipilih, beberapa menu kecil biasanya akan keluar sama ada dari atas atau ke bawah.

Alat pengawal sunting

Sixaxis sunting

Alat pengawal tanpa wayar Sixaxis (jenama rasmi "SIXAXIS") merupakan alat pengawal tanpa wayar rasmi untuk PlayStation 3 sehingga digantikan dengan alat pengawal DualShock 3. Kesemua alat pengawal Sixaxis yang dijual tidak termasuk dengan kabel USB ke mini USB, tidak termasuk dengan alat pengawal Sixaxis yang dijual bersama konsol. Nama Sixaxis juga merujuk kepada teknologi pengesanan gerakan yang digunakan dalam alat pengawal ini serta DualShock 3.

Alat pengawal ini direka berdasarkan kepada alat pengawal DualShock 2 yang mengekalkan ciri-ciri seperti butang yang sensitif kepada tekanan, susun atur butang serta reka bentuk. Namun begitu, alat pengawal ini mempunyai ciri-ciri tambahan seperti penggunaan teknologi Bluetooth untuk kawalan tanpa wayar serta memiliki teknologi pengesanan gerakan. Alat pengawal ini tidak disertakan motor gegaran. Sixaxis mengubah butang "Analog" yang terdapat dalam DualShock 2 kepada butang berlogo PlayStation yang digunakan untuk mengakses menu pada konsol.

DualShock 3 sunting

 
Alat pengawal DualShock 3

DualShock 3 menggantikan alat pengawal Sixaxis sebagai alat pengawal utama untuk konsol PlayStation 3. Ia memiliki ciri-ciri yang sama seperti Sixaxis tetapi dengan keupayaan gegaran. DualShock 3 juga mempunyai reka bentuk serupa dengan Sixaxis dengan perbezaan hanyalah pada cetakan "DUALSHOCK 3" yang terdapat pada bahagian atas alat pengawal. Fungsi gegaran yang terdapat pada alat pengawal ini tidak mengganggu fungsi pengesanan gerakan, malah ianya boleh digunakan bersama-sama[39]. DualShock 3 juga merupakan alat pengawal tanpa wayar yang mempunyai input USB mini yang digunakan untuk pengecasan bateri.

DualShock 3 dilancarkan bersama-sama dengan konsol PlayStation di Jepun pada 11 Januari 2008, pada mulanya terdapat dalam dua warna iaitu hitam dan putih ceramik, yang berpadanan dengan model konsol baru yang dilancarkan[40]. Pada 6 Mac 2008, DualShock 3 versi perak satin telah dikeluarkan di Jepun, juga bersama-sama dengan model konsol berwarna yang sama[41]. Pada 30 Oktober 2008, Sony telah memulakan pengeluaran konsol PlayStation 3 bersama alat pengawal DualShock 3[42].


Penggunaan lain sunting

Superkomputer sunting

Spesifikasi yang terdapat dalam konsol PlayStation 3 ini digunakan untuk mencipta superkomputer[43]. Pada 3 Januari 2007, Dr. Frank Mueller, Profesor Madya dalam Sains Komputer di NCSU menggabungkan 8 kelompok PlayStation 3[44]. Mueller mengatakan bahawa memori sistem yang terdapat dalam konsol ini tidak mampu menjalankan beberapa aplikasi yang memaksa beliau untuk menggabungkan konsol ini bersama[45]. Perisian yang dijalankan beliau termasuklah Fedora Core 5 Linux ppc64, MPICH2, OpenMP v 2.5, GNU Compiler Collection dan CellSDK 1.1[46]. Sebagai jalan alternatif kepada penjimatan kos untuk membeli superkomputer yang biasa, pihak tentera Amerika Syarikat juga membeli beberapa konsol PlayStation 3 dan digabungkan sebagai superkomputer bertujuan untuk melakukan kajian[47].

Pada November 2010, Makmal Penyelidikan Air Force (AFRL) membina superkomputer yang berprestasi sangat tinggi dengan menggabungkan 1,760 konsol PlayStation 3 termasuklah 168 cip mikropemproses untuk grafik dan 84 pelayan yang menyelaras kesemua proses yang mampu melaksanakan sebanyak 500 TFLOPS[48]. Superkomputer ini merupakan superkomputer ke-33 terbesar di dunia dan digunakan untuk menganalisis imej berdefinisi tinggi yang dihantar dari satelit[49].

Pada Disember 2008, sekumpulan penggodam menggabungkan 200 konsol PlayStation 3 untuk menggodam sekuriti SSL[50].

Perubatan sunting

Pada 22 Mac 2007, Sony Computer Entertainment dan Universiti Stanford melebarkan projek Folding@home kepada konsol PlayStation 3[51]. Pengguna PlayStation 3 akan bersama-sama dengan beribu-ribu komputer lain membantu dari segi kuasa dan prestasi komputer bertujuan untuk mengkaji ketidakseimbangan protin dalam badan dan penyakit yang berkaitan seperti Alzheimer, Parkinson, Huntington dan beberapa jenis kanser[52]. Perisian yang berkaitan dengan kajian ini merupakan sebahagian daripada kemaskini perisian sistem operasi PlayStation versi 1.6 (22 Mac 2007) dan pengguna boleh memilih sama ada ingin dijalankan secara manual atau automatik apabila PS3 tidak digunakan menerusi antara muka XrossMediaBar. Kuasa pemproses dari kesemua konsol PlayStation 3 banyak menyumbang kepada projek ini dan PlayStation 3 menduduki tangga ketiga di belakang pemproses NVIDIA dan AMD dari segi sumbangan FLOPS[53]. Pada November 2012, Sony mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan servis ini kepada pengguna PlayStation 3 menerusi kemaskini sistem versi 4.30[52].

eHiTS Lightning merupakan perisian untuk saringan perubatan maya pertama dikeluarkan untuk PlayStation 3, dan dikeluarkan oleh pembangun SimBioSys[54][55]. Aplikasi ini mampu dijalankan 30 kali lebih pantas pada konsol PlayStation berbanding dengan komputer biasa.


Rujukan sunting

  1. ^ Shilov, Anton (2006-07-18). "Asustek Computer Ships PlayStation 3 Consoles". X-bit labs. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-04. Dicapai pada 2007-05-05.
  2. ^ "PS3 sells out at launch". BBC. 11 November 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2007. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  3. ^ "Sony's PS3 makes U.S. debut". USA Today. 17 November 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2008. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  4. ^ "PlayStation 3 launches March 23 in Europe, 425". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2018. Dicapai pada 1 September 2018.
  5. ^ "PlayStation 3 Features – Blu-ray". SCEA. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2010. Dicapai pada 4 Mac 2010.
  6. ^ "PlayStation.com – PLAYSTATION3 Features: Multimedia". Sony Interactive Entertainment America. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2010. Dicapai pada 6 Ogos 2010.
  7. ^ De Leon, Al (26 Disember 2007). "PlayStation Blog — PS3 Tips — Remote Play and PlayStation Store". blog.us.playstation.com. PlayStation Blog. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2008. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  8. ^ a b Wilde, Tyler (20 Ogos 2009). "12 things you didn't know about the PS3 Slim". Games Radar. Dicapai pada 27 Mac 2024.
  9. ^ "Sony Acknowledges Slow PS3 Sales in 2007". 4 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2016. Dicapai pada 30 Disember 2016.
  10. ^ Cood, Matthew. "PlayStation 3 Being Discontinued in New Zealand". NZGamer.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2015. Dicapai pada 27 Julai 2016.
  11. ^ a b Ashcraft, Brian (30 Mei 2017). "Sony Finally Killed Off The PS3 In Japan". Kotaku (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2017. Dicapai pada 16 Ogos 2017.
  12. ^ a b Ackerman, Dan (30 Mei 2017). "Sony PlayStation 3 ends shipments, fulfilling 10-year promise". CNET (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Ogos 2017. Dicapai pada 16 Ogos 2017.
  13. ^ user name (8 Februari 2013). "PlayStation®3 チャコール・ブラック 500 GB | プレイステーション® オフィシャルサイト ". Jp.playstation.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2017. Dicapai pada 9 Januari 2018.
  14. ^ Lawrence Yee (20 Mac 2017). "Sony to Halt Playstation 3 Production in Japan – Variety". Variety.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2017. Dicapai pada 9 Januari 2018.
  15. ^ a b "Mark Cerny frankly recounts Sony's mistakes with the PlayStation 3". VentureBeat. 30 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2018. Dicapai pada 12 Julai 2018.
  16. ^ Lanxon, Nate (24 September 2012). "Q&A: How Sony simultaneously develops the same game for PS3 and Vita". Ars Technica. Dicapai pada 28 Mac 2024.
  17. ^ Dunham, Jeremy (21 September 2004). "Kutaragi Confirms PS3 Info". IGN. IGN Entertainment, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2004. Dicapai pada 4 November 2023.
  18. ^ Dunham, Jeremy (7 December 2004). "Sony Announces PS3 GPU". IGN.com. IGN Entertainment, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2004. Dicapai pada 4 November 2023.
  19. ^ Sulic, Ivan (16 Mei 2005). "E3 2005: PS3 Official". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2007. Dicapai pada 11 Jun 2020.
  20. ^ "E3 2005: PlayStation 3 – The ("boomerang") Controller". IGN Entertainment, Inc. 16 Mei 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2011. Dicapai pada 11 Jun 2020.
  21. ^ a b "TGS 2005 booth round-up". Gamasutra. 15 September 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2008. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  22. ^ "Sony E3 2005 press conference video". IGN. 17 Mei 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2007. Dicapai pada 11 Jun 2020.
  23. ^ Allen, Jason (15 Mei 2005). "E3 2005: Eyes-on the Final Fantasy VII Tech Demo". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2012. Dicapai pada 11 Jun 2020.
  24. ^ "PlayStation 3 announced for 2006". GameSpot. 16 Mei 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2011. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  25. ^ a b c "IGN: E3 2006: The final word on PlayStation". IGN. 24 Mei 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2007. Dicapai pada 11 Jun 2020.
  26. ^ "IGN's Official PlayStation 3 FAQ". IGN. 26 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2007. Dicapai pada 11 Jun 2020.
  27. ^ "Sony PlayStation 3 launch details". Ars Technica. 9 Mei 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2009. Dicapai pada 18 Januari 2008.
  28. ^ "PlayStation 3 Euro launch delayed". BBC. 6 September 2006. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  29. ^ "TGS 2006 – TGS 06: No US PS3 price drop; HDMI in 20 GB model". GameSpot. 2006-09-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-17. Dicapai pada 14 Januari 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  30. ^ "Sony announces 27 playable titles for the September Tokyo Game Show". IGN. 2006-08-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-17. Dicapai pada 2006-08-16.
  31. ^ "Cell Introduction" (PDF). IBM. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2009-04-27. Dicapai pada 2008-01-14.
  32. ^ "Sony PlayStation 3 Cell Processor". North Carolina State University. Dicapai pada 2008-01-14.
  33. ^ Martin Linklater. "Optimizing Cell Code". Game Developer Magazine, April 2007. m/s. 15–18. To increase fabrication yelds, Sony ships PlayStation 3 Cell processors with only seven working SPEs. And from those seven, one SPE will be used by the operating system for various tasks, This leaves six SPEs for game programmer to use.
  34. ^ "PlayStation 3 Technical Specifications". SCEA. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2008. Dicapai pada 14 Januari 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  35. ^ "PS3 Specs". IGN. 2005-05-16. Dicapai pada 2008-01-14.
  36. ^ "DFRWS 2009 Network Forensics - NETRESEC Blog". Netresec. 26 Februari 2011. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  37. ^ "Khronos Developer Presentations Library". khronos.org.
  38. ^ Rayne, Crimson (2 Jun 2014). "ICE Team, AMD & Other Devs Discuss API's – Sony's LibGCM First Modern Low Level API?". Redgamingtech. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  39. ^ Hruschak, PJ (10 April 2008). "Gamertell Review: Sony Dualshock 3 wireless controller". Technologytell. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  40. ^ "NEW PLAYSTATION®3 (CECHH00 SERIES) COMES IN TWO COLOR VARIATIONS AT A NEW PRICE" (Siaran akhbar). Sony Computer Entertainment, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-10. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  41. ^ "PLAYSTATION®3 AND DUALSHOCK®3 WIRELESS CONTROLLER COME IN A NEW SATIN SILVER COLOR ON MARCH 6th, 2008" (Siaran akhbar). Sony Computer Entertainment, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-21. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  42. ^ "NEW 80GB PLAYSTATION®3 BECOMES AVAILABLE IN JAPAN ON OCTOBER 30TH" (Siaran akhbar). Sony Computer Entertainment, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-10. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  43. ^ "Building Supercomputer Using PlayStation 3". Console Watcher.com. 28 Ogos 2006. Dicapai pada 28 Ogos 2006.
  44. ^ "Engineer Creates First Academic PlayStation 3 Computing Cluster". PhysOrg.com. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  45. ^ "NC State Engineer Creates First Academic PlayStation 3 Computing Cluster". College of Engineering, North Carolina State University. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  46. ^ "Sony PS3 Cluster (IBM Cell BE)". Frank Mueller, Associate Professor, College of Engineering, North Carolina State University. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  47. ^ Jon Stokes (28 November 2009). "Sony still subsidizing US military supercomputer efforts". Ars Technica. Dicapai pada 18 Disember 2009.
  48. ^ "AFRL to hold ribbon cutting for Condor supercomputer". www.wpafb.af.mil. The Official Web Site of Wright-Patterson Air Force Base. 17 November 2010. Dicapai pada 15 Disember 2010.
  49. ^ Koff, Stephen (30 November 2010). "Defense Department discusses new Sony PlayStation supercomputer". blog.cleveland.com. Dicapai pada 28 Mac 2011.
  50. ^ "PlayStation 3 used to hack SSL". Engadget. Dicapai pada 31 Oktober 2009.
  51. ^ "Folding@home". Sony Computer Entertainment. Dicapai pada 2007-03-18.
  52. ^ a b "PS3 System Software Update (v4.30): View PS Vita Trophies on your PS3". Sony PlayStation. 22 Oktober 2012. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  53. ^ "Folding@Home - Client statistics by OS". Stanford University.
  54. ^ "eHiTS". SimBioSys. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-08. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  55. ^ "PlayStation Cell Speeds Docking Programs". Bio-IT World. 14 Julai 2008. Dicapai pada 11 Oktober 2015.