Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 yang diadakan pada 27 Julai 1955 merupakan pilihan raya umum yang tunggal di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) sebelum kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957.

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955

27 Julai 1955 1959 →

52 daripada 98 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan
27 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar1,280,855
Pengundi hadir1,027,211 (82.8%)
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
  Tunku abd rahman.jpg CO 1069-504-04 (7893277884) (cropped).jpg Dr Abbas portrait.jpeg
Pemimpin Tunku Abdul Rahman Onn Jaafar Abbas Alias
Parti Perikatan Parti Negara PIMP
Pemimpin sejak 23 Ogos 1951 (1951-08-23) Februari 1954 1953
Kerusi pemimpin Sungei Muda tidak bertanding tidak bertanding
Kerusi yang
dimenangi
51 Tiada kerusi 1
Undian popular 818,013 78,909 40,667
Peratusan 81.7% 7.9% 4.1%

Malaya election results map 1955.png
Peta pemenang mengikut kawasan

Ketua Menteri dipilih

Tunku Abdul Rahman
Parti Perikatan

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang terdiri daripada:

dan yang mewakili tiga kaum yang utama di Persekutuan Tanah Melayu memenangi 81% daripada jumlah undi, dengan 51 daripada 52 kerusi yang ditanding. Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein dari Persatuan Islam Se-Tanah Melayu memenangi satu kerusi di kawasan pilihan raya Krian, Perak, dan mendapat nama samaran, "Encik Pembangkang" daripada lain-lain ahli Parlimen.

PAS yang telah ditubuhkan pada tahun 1951 adalah kesinambungan perjuangan Islam yang dibawa oleh Hizbul Muslimin. Kebanyakan pimpinanannya adalah pimpinan Hizbul Muslimin yang telah diharamkan oleh British. Perjuangan PAS adalah untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang mengamalkan nilai-nilai dan cara hidup Islam. Slogannya Allahu Akbar dan Merdeka. Rujukannya Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Tertakluk kepada 4 rujukan utama itu, kuasa tertinggi di dalam PAS adalah diputuskan di dalam muktamar.

Apabila diadakan Pilihanraya Umum yang pertama (1955) PAS berpandangan perlunya menyertai pilihanraya berkenaan sebagai satu saluran untuk PAS menyampaikan dakwah Islam di parlimen.

Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 ini juga memperlihatkan MIC bertanding buat pertama kali. MIC telah menyertai Parti Perikatan pada tahun yang lalu, iaitu tahun 1954, manakala MCA telah bersekutu dengan UMNO dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.

Jadual keputusanSunting

Ringkasan Keputusan Pilihan Raya 1955: Parlimen

Parti Kerusi % undi
Ditandingi Dimenangi
Parti Perikatan (Alliance): 52 51 79.6
Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) 30  0  7.6
Parti Islam Se-Malaya (PMIP) 11  1  3.9
Parti Progresif Perak (PPP)
Parti Kebangsaan Perak
Jumlah besar   52 100.0
Sumber: 5 Men & 5 Ideas oleh Hng Hung Yong

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  • Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia, The MacMlllan Press Ltd. (1982). ISBN 0-333-276736.
  • The World Book Encyclopedia, World Book International (1994). ISBN 0-7166-6694-4.