Setiausaha Perang Amerika Syarikat
Setiausaha Perang adalah anggota Kabinet Presiden Amerika Syarikat, bermula dengan pentadbiran George Washington. Satu jawatan yang sama, samada dipanggil "Setiausaha masa Perang" atau "Setiausaha Perang," telah dilantik untuk berkhidmat dengan Kongres Konfederasi dibawah Artikel Konfederasi antara tahun 1781 dan 1789. Benjamin Lincoln dan kemudian Henry Knox menyandang jawatan itu. Apabila Washington dilantik sebagai presiden pertama dibawah Perlembagaan, beliau melantik Knox untuk terus berkhidmat.
Setiausaha Perang Amerika Syarikat | |
---|---|
![]() | |
![]() Bendera Setiausaha Perang | |
Jabatan Perang Amerika Syarikat | |
Gelaran | Tuan Setiausaha |
Ahli kepada | Kabinet |
Lapor kepada | Presiden |
Pusat | Washington, D.C. |
Pelantik | Presiden atas nasihat dan persetujuan Senat |
Tempoh jawatan | Tiada tempoh ditetapkan |
Pelopor | Setiausaha masa Perang |
Pembentukan | 1789 |
Pemegang pertama | Henry Knox |
Pemegang terakhir | Kenneth C. Royall |
Dimansuhkan | 1947 |
Perwarisan | Setiausaha Pertahanan Setiausaha Tentera Darat Setiausaha Tentera Udara |
Setiausaha Perang merupakan ketua Jabatan Perang. Pada mulanya, beliau bertanggungjawab bagi semua urusan ketenteraan, termasuk hal ehwal tentera laut. Pada tahun 1798, Setiausaha Tentera Laut telah diwujudkan oleh statut, dan skop tanggungjawab bagi pejabat ini dikurangkan kepada hal ehwal Tentera Darat Amerika Syarikat. Dari tahun 1886 seterusnya, Setiausaha Perang berada di tempat ketiga dalam susunan penggantian jawatan presiden, selepas Naib Presiden Amerika Syarikat dan Setiausaha Negara.
Pada tahun 1947, dengan pelulusan Akta Keselamatan Negara 1947, Setiausaha Perang digantikan oleh Setiausaha Tentera Darat dan Setiausaha Tentera Udara, yang, berserta dengan Setiausaha Tentera Laut, sejak tahun 1949 menjadi subordinat bukan-Kabinet dibawah Setiausaha Pertahanan. Pejabat Setiausaha Tentera Darat secara umumnya dianggap pengganti terus kepada Setiausaha Perang walaupun Setiausaha Pertahanan mengambil tempat Setiausaha Perang dalam Kabinet, dan susunan penggantian jawatan presiden.
Senarai Setiausaha Sunting
Setiausaha masa Perang (1781–1789) Sunting
Pejabat Setiausaha masa Perang dimodelkan mengikut Setiausaha masa Perang Great Britain, iaitu William Barrington, 2nd Viscount Barrington, pada masa Revolusi Amerika. Pejabat Setiausaha masa Perang bertujuan menggantikan Panglima Tertinggi dan Lembaga Perang, dan seperti Presiden Lembaga, Setiausaha tidak memakai insignia khas. Inspektor Jeneral, Kuartermaster Jeneral, Komisari Jeneral, dan Ajutan Jeneral berkhidmat pada staf Setiausaha. Bagaimanapun, Tentera Darat sendiri dibawah Setiausaha Henry Knox hanya terdiri daripada 700 anggota.
No. | Potret | Nama | Negeri kediaman | Ambil jawatan | Lepas jawatan | Kongres |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Benjamin Lincoln | Massachusetts | 1781 | 1783 | Kongres Konfederasi | |
2 | Henry Knox | Massachusetts | March 8, 1785 | September 12, 1789 |
Setiausaha Perang (1789–1947) Sunting
- Parti
Tiada parti (1) Federalis (3) Demokrat-Republikan (8) Demokrat (14) Whig (5) Republikan (25)
Lihat juga Sunting
Rujukan Sunting
Nota kaki Sunting
- ^ http://memory.loc.gov/cgi-bin/query/D?hlaw:7:./temp/~ammem_WqlO::
- ^ "Papers of the War Department". Wardepartmentpapers.org. Dicapai pada 2012-05-15.
Bacaan lanjut Sunting
- Bell, William Gardner (2005). Commanding Generals and Chiefs of Staff 1775-2005: Portraits and Biographical Sketches. Washington, D.C.: United States Army Center of Military History.
- Grossman, Mark (2010). Encyclopedia of the United States Cabinet 1789-2010. Armenia, New York: Greyhouse Publishing.
- King, Archibald (1960) [1949]. Command of the Army (PDF). Military Affairs. Charlottesville, Virginia: The Judge Advocate General's School, U.S. Army.