Tuanku Abdul Rahman
Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Jawi: توانكو عبدالرحمن ابن المرحوم توانكو محمد ; 24 Ogos 1895 – 1 April 1960) ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia). Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.
Tuanku Abdul Rahman | |
---|---|
Yang di-Pertuan Agong Malaysia | |
Pemerintahan | 31 Ogos 1957 - 1 April 1960 |
Didahului oleh | jawatan baharu |
Diikuti oleh | Sultan Hisamuddin Alam Shah |
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | |
Pemerintahan | 1933 - 1960 |
Didahului oleh | Tuanku Muhammad |
Diikuti oleh | Tuanku Munawir |
Tunku Muda Serting | |
Tempoh | Sehingga 1933 |
Diikuti oleh | Tuanku Munawir |
Keputeraan | Seri Menanti,Negeri Sembilan | 24 Ogos 1895
Kemangkatan | 1 April 1960 Istana Negara, Kuala Lumpur, Malaya | (umur 64)
Isteri |
|
Anakanda |
|
Ayahanda | Tuanku Muhammad |
Riwayat hidup رواية هيدوڤ
suntingDiputerakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol sehingga tahun 1907. Selepas itu, baginda meneruskan pendidikan Sekolah Menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama tujuh tahun sehingga tahun 1914.
Sewaktu penamatan pelajaran sekolah menengahnya, S.P.B. dilantik sebagai Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1915, baginda memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Seremban. Terbukti baginda seorang pegawai yang rajin dan sangat komited terhadap tugas Baginda. Baginda mendesak jabatan itu supaya membuka lebih banyak cawangan di beberapa daerah lain di Negeri Sembilan.
Seterusnya baginda dilantik sebagai Penolong Pegawai Melayu di Klang sebelum ditukarkan semula ke daerah lain. Kemudian Baginda dihantar bertugas sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Hulu Selangor. Berkat usaha gigih dan ketekunan baginda selama ini, baginda telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Daerah.
Titik perubahan dalam kerjaya baginda berlaku pada tahun 1925 apabila baginda bertugas untuk jangka masa yang pendek di Mahkamah Agung di Kuala Lumpur. Kemudian, baginda mengiringi paduka ayahanda baginda, yang ketika itu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bercemar duli melawat United Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley dan untuk menziarahi Raja George V.
Dalam perjalanan ke United Kingdom, baginda membulatkan tekad untuk belajar undang-undang. Hasrat baginda ini mendapat limpah perkenan Tuanku Muhammad, ayahanda baginda. Dengan itu baginda pun terus menetap di United Kingdom sehingga baginda menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah undang-undang pada tahun 1930. Berita tentang baginda telah mendapat ijazah undang-undang telah disiarkan dalam surat khabat di Tanah Melayu secara besar-besaran. Terdapat kekeliruan antara Tuanku Abdul Rahman dengan Tunku Abdul Rahman pada ketika itu. Tunku Abdul Rahman ialah adinda kepada besan Tuanku Abdul Rahman.
Baginda diterima menjadi peguam tiga tahun kemudiannya. Selama beberapa tahun yang pertama, baginda berusaha sehingga menjadi Magistret. Kemudiannya baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah.
Baginda mempunyai tiga putera dan lima puteri. Permaisuri pertama baginda, D.Y.M.M. Tuanku Maharum berputera seorang putera, D.Y.M.M. Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-9. Cik Engku Maimunah berputera dua putera dan dua puteri. Yang sulung ialah Y.T.M. Tuanku Aidah. Tuanku Ja’afar ialah putera kedua manakala Tunku Abdullah ialah putera ketiga.
Baginda juga sangat meminati bidang sukan. Antaranya sukan kriket, bola sepak dan tenis. Walau bagaimanapun, sukan yang paling digemari baginda ialah sukan tinju. Malahan, pada zaman mudanya baginda gemar menyarungkan sarung tangan tinju dan bertinju dengan putera-putera baginda.
Yang di-Pertuan Besar (1933 - 1957) يڠ دڤرتوان بسر
suntingPada tahun 1933, D.Y.M.M. Tuanku Muhammad mangkat. Tuanku Abdul Rahman terus ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ketika itu baginda merupakan seorang peguam bela dan dengan yang demikian baginda merupakan satu-satunya Raja Melayu yang mempunyai kelayakan sebagai peguam bela dan peguam cara.
Yang di-Pertuan Agong (1957 - 1960) يڠ دڤرتوان اڬوڠ
suntingPada tahun 1957, baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Tanah Melayu dan ditabalkan pada 13 September 1957. Baginda memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum menjadi Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang Pertama. Baginda bersama Raja Permaisuri Agong telah berangkat mencemar duli melawat Brunei selama seminggu pada tahun 1959.
Anakanda انقندا
suntingNama | Tarikh Keputeraan | Tarikh Kemangkatan | Tarikh Berkahwin | Pasangan Diraja | Cucunda | Cicinda |
---|---|---|---|---|---|---|
Che Engku Maimunah binti Abdullah (kahwin 1919, telah bercerai) | ||||||
Tunku Aida | 27 Mei 1920 | 29 Mei 1937 | Tunku Ma’amor bin Tunku Usoh | Tunku Mizan | ||
Tunku Ainunnisa | ||||||
Tunku Ainah | ||||||
Tunku Maztom | 3 orang puteri | |||||
Tunku Arishah | 2 orang putera dan 3 orang puteri | |||||
Tuanku Ja’afar | 19 Julai 1922 | 27 Disember 2008 | 8 Ogos 1942 | Tunku Ampuan Najihah | Tunku Tan Sri Naquiah | Tunku Nadzimuddin Tunku Mir'atun Madihah Tunku Nasaifuddin Tunku Nasruan Adil |
Tunku Naquiyuddin | Tunku Mohamed Alauddin Tunku Alia Nadira Tunku Nadia Sahiya Tunku Khairul Zaim | |||||
Tunku Imran | Tunku Khairil Imran Tunku Tarrant Tunku Abdul Rahman Aminullah | |||||
Tunku Jawahir | Tengku Azra Jahan Juzaila Tengku Aslahuddin Ja’afar Tengku A'zran Abdul Jawaad | |||||
Tunku Irinah | Tengku Alam Shah Amiruddin Tengku Aiman Shahirah | |||||
Tunku Nadzaruddin | Tunku Muhammad Hazim Shah Raden Tunku Muhammad Mish’al Raden Tunku Ines Najiha Raden | |||||
Tunku Sheilah | 2 Mei 1924 | 25 Mei 2023 | 23 Ogos 1942 | Tunku Daud bin Tunku Besar Burhanuddin | Tunku Ivy Mu’hsinah | Putri Sian Shaharia binti Sharif Winter |
Tengku Munasir | Tunku Mutalib Tunku Muzaffar Tunku Maisura Adibah | |||||
Tunku Mu’tasim | Tunku Mahzuz Tunku Mahir Tunku Masna | |||||
Tunku Mukhrizah | ||||||
Tunku Roxana | Paul Kamil Lafrance Sarah Melane Lafrance | |||||
Tunku Tan Sri Abdullah | 2 Mei 1925 | 19 Ogos 2008 | 22 April 1946 (cerai 1958) | Tunku Zahara binti Tunku Zakaria | Tunku Iskandar | Tunku Idalyn Mazura Tunku Izrina Mazuin Tunku Izora Mulaika |
Tunku Marina Ashraf | Mazran Zamani bin Zulkifly Mazlina Zairin binti Zulkifly Mizfarah Zara binti Zulkifly Mazrah Zuraihan binti Zulkifly | |||||
Tunku Kamil Ikram | Tunku Shazwan Kaiyisha Tunku Arina Nakita Tunku Arina Nashita | |||||
6 Ogos 1959 (cerai 30 Mac 1966) | Cik Yah Zain binti Abdullah | Tunku Ya’acob | Tunku Elana Khyra Tunku Leana Khyra Tunku Ama’an Khyra Tunku Nadya Khyra Tunku Oma’an Khyra Tunku Ima’an Khyra | |||
Tunku Yahaya | Tunku Mikael | |||||
Tunku Halim | Tunku Kristina Radin Sunna Tunku Adam Radin | |||||
30 Mac 1966 (cerai 20 Februari 1970) | Khadija binti Abdullah | Tunku Soraya Dakhlah | ||||
21 April 1973 (cerai 1991) | Cik Engku Chesterina binti Abdullah | Tiada | ||||
10 Ogos 1991 (cerai 1996) | Cik Engku Maimuna binti Abdullah | Tiada | ||||
25 April 1997 | Che Engku Rozita binti Ahmad Baharuddin | Tunku Muhammad Shah | Tiada | |||
Tunku Intan Kursiah | Tiada | |||||
Tunku Maharunnisa binti Tunku Mambang (kahwin Mac 1921, bercerai 1923) | ||||||
Tuanku Munawir | 29 Mac 1922 | 14 April 1967 | 1 Januari 1940 | Tunku Ampuan Durah | Tunku Munawirah | Tengku Mu'adzam Sadruddin Tengku Munawir Islahuddin Tengku Mu'amir Izzuddin |
Tunku Mudziah | Syed Mashafuddin bin Syed Badaruddin Jamalullail Sharifa Basma Alawiya Jamalullail Sharifa Bahiya Abla Jamalullail Sharifa Bashira Asma Jamalullail | |||||
Tuanku Muhriz | Tunku Ali Redhauddin Tunku Zain Al-'Abidin Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin | |||||
Tunku Anne Dakhlah | Siti Mazeera Siti Mazlina Siti Mazlynda | |||||
Tunku Deborah | 2 orang puteri | |||||
Tunku Deanna | Tengku Amera Nafisah Tengku Nadia Azrina Tengku Dahira Azirah | |||||
Tunku Kurshiah binti Tunku Besar Burhanuddin (kahwin 21 Mac 1929) | ||||||
Sultanah Bahiyah | 24 Ogos 1930 | 26 Ogos 2003 | 9 Mac 1956 | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah | Tunku Puteri Intan Safinaz | Tiada |
Tunku Shahariah | 8 April 1932 | 25 Oktober 1956 | Tunku Abdul Rahman Sultan Ismail | Tunku Abu Bakar | Tunku Kurshiah Aminah Atiah Tunku Abdul Rahman Burhanuddin Tunku Aishah Johara | |
Tunku Zaidah binti Tunku Zakaria (kahwin 1948) | ||||||
Tunku Noraida Zakiah | 6 Disember 1950 | Tiada maklumat | Encik Abdul Rahim bin Abdul Manaf | Putri Norashiqin |
Kemangkatan dan pewarisan takhta كمڠكتن دان ڤواريثن تخت
suntingTuanku Abdul Rahman mangkat ketika beradu di Istana Negara, Kuala Lumpur pada awal pagi 1 April 1960. Kemangkatan Seri Paduka Baginda telah diumumkan ke seluruh negara oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra. Kali terakhir baginda memperlihatkan diri di khayalak ramai, adalah pada 30 Mac, apabila baginda merasmikan pembukaan peraduan ke-2 bola sepak merebut piala junior Asia di Stadium Merdeka.
Istiadat kemangkatan diadakan di Dewan Perjamuan Istana Negara. Pada 2 April 1960, perarakan mengiringi jenazah baginda telah diadakan di Kuala Lumpur, di mana keranda jati baginda kemudian dibawa oleh kereta api ke Seremban dan kemudian dengan kereta api ke Istana Besar, Seri Menanti. Baginda dimakamkan di Makam Diraja di Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 5 April 1960.[1]
Dengan kemangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, maka Sultan Selangor iaitu Sultan Hisamuddin Alam Shah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong telah diisytiharkan untuk menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong sehinggalah seorang Yang di-Pertuan Agong yang baharu dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Manakala Tuanku Munawir pula telah diangkat sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Legasi ليڬاسي
suntingGambar portret baginda masih lagi digunakan di atas wang kertas Ringgit Malaysia sejak siri pertama (tahun 1967) sehingga kini.
Terasul dan gelaran تراسول دان ڬلرن
sunting- 24 Ogos 1895 – 1922: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad.
- 1912 – 1 Ogos 1933: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, Tunku Muda Serting.
- 1 Ogos 1933 – 2 Ogos 1933: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Tunku Muda Serting.
- 2 Ogos 1933 – 31 Ogos 1957: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
- 31 Ogos 1957 – 1 April 1960: Ke-bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu.
Kurniaan كورنياءن
suntingKurniaan negara كورنياءن نڬارا
sunting- Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN, 31.8.1958)
- Seri Maharaja Mangku Negara (SMN)[2]
Kurniaan asing كورنياءن اسيڠ
sunting- Brunei: Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (DK, 23.4.1959)
- United Kingdom:
- Knight Commander of the Order of St Michael and St George (KCMG, 1934)
- Jubli Perak Raja George V (1935)
- Pingat Kemahkotaan Raja George VI (1937)
- Pingat Kemahkotaan Ratu Elizabeth II (1953)
- Knight Grand Cross of the Order of St Michael and St George (GCMG, 1957)
Keturunan كتورونن
suntingLihat juga ليهت جوݢ
suntingRujukan رجوكن
sunting- ^ Mubin Sheppard (1960) The Death and Funeral of His Late Majesty Tuanku Abdul Rahman Malaya in History Vol 6 No. 1 Malayan Historical Society, Kuala Lumpur
- ^ Senarai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
- ^ Buyers, Christopher. "Salasilah Negeri Sembilan 6". royalark. Dicapai pada 30 April 2018.
Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad Kerabat diraja Negeri Sembilan Tarikh keputeraan: 24 Ogos 1895 Tarikh kemangkatan: 1 April 1960
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Gelaran baharu | Yang di-Pertuan Agong 1957 – 1960 |
Diikuti oleh: Sultan Hisamuddin Alam Shah (Sultan Selangor) |
Didahului oleh Tuanku Muhammad |
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 1933 – 1960 |
Diikuti oleh: Tuanku Munawir |