Helikopter jenis UH-1 Huey (daripada huruf pengenalan HU-1) mencapai kematangan sebagai sistem persenjataan semasa perkhidmatan di Vietnam. Helikopter ini kecil, terbang laju, boleh terbang rendah dan boleh diubah suai menjadi beberapa konfigurasi mengikut keperluan keadaan. Helikopter Huey berjaya kerana menggunakan enjin turbin jet Lycoming yang ringan tetapi berkuasa tinggi. Helikopter ini diasaskan dari helikopter Bell 204 dan diberi nama HU-1 (yang membawa kepada nama jolokannya Huey). Dalam tahun 1962, helikopter ini diterima berkhidmat dengan Tentera Darat Amerika Syarikat dengan nama pengenalan UH-1.

UH-1 Iroquois
Helikopter Bell UH-1D Iroquois milik Tentera Darat A.S
Peranan Helikopter utiliti pelbagai guna
Pengeluar Bell Helicopter
Penerbangan sulung 22 Oktober 1956 (XH-40)
Mula digunakan 1959
Pengguna utama Tentera Darat Amerika Syarikat
Tentera Darat Pertahanan Diri Jepun
Tentera Darat Australia
Jumlah dibina >16,000
Kelainan UH-1N Twin Huey
AH-1 Cobra
Bell 204/205
Bell 212
Bell 214

Di Vietnam, selain digunakan sebagai helikopter utiliti, ia juga amat berguna sebagai helikopter medEvac, pengangkutan anggota dalam serangan udara dan menjalankan misi-misi mencari dan menyelamat. Semasa Perang Vietnam, versi UH-1D dikeluarkan dalam tahun 1963, dengan enjin yang lebih berkuasa dan fiuslaj yang lebih panjang.

Helikopter ini dipasangkan dengan dua mesingan M-60 membolehkan anak kapal memberikan tembakan bantuan kepada tentera yang masuk atau keluar daripada helikopter mereka. Roket dipasang untuk membolehkan Huey digunakan sebagai platform serangan untuk memusnahkan jambatan, bangunan dan kereta kebal.

Huey yang dipasangkan roket dan mesingan dipanggil Snake berbanding dengan Slick untuk helikopter pengangkut biasa. Meriam Gatling memberikan kadar tembakan melebihi 6,000 tembakan peluru seminit. Kerangka Huey digunakan untuk membina helikopter penyerang AH-1 Cobra dan dilengkapkan dengan roket, minigun dan peluru berpandu. Semasa Perang Vietnam seramai 2,202 orang juruterbang Huey terbunuh dan kira-kira 2,500 buah helikopter Huey musnah, separuh daripada semasa pertempuran.

Pengguna sunting

Spesifikasi (UH-1D) sunting

 
Helikopter memainkan peranan penting semasa Perang Vietnam.
 

Ciri umum

  • Anak kapal: 1-4
  • Kapasiti: 3,880 lb termasuk 14 anggota tentera, atau 6 pengusung, atau kargo yang bersamaan
  • Panjang: 57 kaki 1 in termasuk rotor (17.4 m)
  • Lebar fiuslaj: 8 kaki 7 in (2.6 m)
    • Diameter rotor: 48 kaki 0 in (14.6 m)
    • Tinggi: 14 kaki 5 in (4.4 m)
    • Berat kosong: 5,215 lb (2,365 kg)
    • Berat berisi: 9,040 lb (4,100 kg)
    • Berat berlepas maksimum: 9,500 lb (4,310 kg)
    • Loji kuasa:Lycoming T53-L-11 turboshaft, 1,100 shp (820 kW)

    Prestasi

    Persenjataan

    Pelbagai, berkemungkinan kombinasi seperti berikut:

    Kemalangan sunting

    • Pada 20 Jun 2008, 10 orang terbunuh apabila sebuah helikopter Bell UH-1H telah mengalami masalah enjin dan terhempas di kawasan hutan dalam Wilayah Yala, Selatan Thailand. Helikopter ini dipercayai membawa enam pakar forensik, dua juruterbang dan dua mekanik.[1]

    Lihat juga sunting

    Pembangunan berkaitan

    Pesawat setanding

    Senarai berkaitan

    Rujukan sunting

    Bibliografi sunting

    • Andrade, John M. U.S. Military Aircraft Designations and Serials since 1909. Hersham, Surrey, UK: Midland Counties Publications, 1979. ISBN 0-904597-22-9.
    • Chant, Christopher. Fighting Helicopters of the 20th Century (20th Century Military Series). Christchurch, Dorset, UK: Graham Beehag Books, 1996. ISBN 1-85501-808-X.
    • Debay, Yves. Combat Helicopters. Paris: Histoire & Collections, 1996. ISBN 2-908182-52-1.
    • Drendel, Lou. Huey. Carrollton, Texas: Squadron/Signal Publications, 1983. ISBN 0-89747-145-8.
    • Francillon, René, J. Vietnam: The War in the Air. New York: Arch Cape Press, 1987. ISBN 0-517-62976-3.
    • Guilmartin, John Francis and Michael O'Leary. The Illustrated History of the Vietnam War, Volume 11: Helicopters. New York: Bantam Books, 1988. ISBN 0-553-34506-0.
    • Mesko, Jim. Airmobile: The Helicopter War in Vietnam. Carrollton, Texas: Squadron/Signal Publications, 1984. ISBN 0-89747-159-8.
    • Mikesh, Robert C. Flying Dragons: The South Vietnamese Air Force. London: Osprey Publishing, 1988. ISBN 0-85045-819-6.
    • Mutza, Wayne. UH-1 Huey In Action. Carrollton, Texas: Squadron/Signal Publications, 1986. ISBN 0-89747-179-2.
    • Mutza, Wayne. UH-1 Huey in Color. Carrollton, Texas: Squadron/Signal Publications, 1992. ISBN 0-89747-279-9.
    • Specifications for 204, 205 and 214 Huey Plus

    Pautan luar sunting


    Pautan luar sunting