Gemas
Gemas (sebutan dalam loghat tempatan: Gomeh, Jawi: ڬمس) merupakan sebuah bandar kecil di Daerah Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran sempadan dengan negeri Johor. Gemas terbahagi kepada Gemas Lama dan Gemas Baru. Gemas Lama, iaitu pusat bandar terletak di Negeri Sembilan, manakala Gemas Baru terletak di sebelah negeri Johor. Gemas terletak sekitar 165 km ke selatan Kuala Lumpur, 101 km dari Seremban, 54 km dari Tampin, 75 km dari Rembau dan 32 km dari Bandar Segamat.
Gemas
Gomeh | |
---|---|
Pekan | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Tampin |
Luak | Pasir Besar |
Pentadbiran | |
• Ahli Dewan Undangan Negeri (N34) | YB Dato' Abd. Razak bin Ab. Said |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 29,777 |
• Demonim | Orang Gemas |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak tersedia |
Kod panggilan kebangsaan | 07 |
Gemas merupakan persimpangan bagi landasan kereta api ke pantai timur dan pantai barat Malaysia kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad. Disebabkan ini, Gemas merupakan sebuah bandar yang sibuk berbanding bandar lain yang sama saiz dengannya. Stesen kereta api Gemas didirikan pada 1922 dan telah tamat beroperasi selepas sebuah stesen kereta api yang baru telah dibina pada tahun 2013. Kini, stesen kereta api lama Gemas telah diubahsuai menjadi sebuah muzium.
Di sebelah barat daya tersergam Gunung Ledang dengan ketinggian 1,276 m dari paras laut.
Sejarah Gemas
suntingNama asal Gemas adalah Ayer Terap sempena nama anak sungai yang mengalir berhampiran dengan Rumah Rehat Gemas. Nama Gemas bermula apabila orang Inggeris berhujah dengan orang tempatan [perlu rujukan] mengenai nama logam iaitu "Gold" dan "Omeh" (emas dalam loghat tempatan), yang lama-kelamaannya bercantum menjadi "Gomeh" dan akhirnya dipiawaikan ejaannya sebagai Gemas.
Penduduk asal adalah keturunan orang Melayu Asli dan ditadbir oleh seorang ketua yang bernama Datok Sabun yang berasal dari Minangkabau yang berhijrah bersama dengan pengikutnya dari Seri Menanti dan membuka kampung di Kampung Ladang.
Jambatan Gemencheh semasa Pertempuran Malaya
suntingSemasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu ketika Perang Dunia II, jambatan Gemencheh yang terletak di Sungai Kelamah berhampiran Gemas merupakan tapak pertempuran sengit antara Divisyen Ke-5 (Tentera Imperial Jepun) Tentera Empayar Jepun dan Pasukan Imperial Australia (Australian Imperial Force-AIF) dari Batalion ke 2/30, Division ke-8. Pegawai Memerintah Pasukan adalah Leftenan Kolonel Frederick "Black Jack" Galleghan. Jambatan Gemencheh (Jambatan Sungai Kelamah) merupakan jambatan kayu merentasi Sungai Gemencheh yang menghubungkan Gemas dengan bandar Tampin bersebelahan. Pasukan Jepun telah melepasi Tampin dan perlu menyeberangi jambatan ini untuk mara ke Gemas.
Pada 14 Januari 1942, Kompeni "B" dari Batalion ke-2/30, melancarkan serangan hendap terhadap pasukan Jepun dengan harapan menghalang mereka dari terus maju ke selatan. Ketika tentera Jepun yang mara melepasi kawasan serangan hendap, jambatan itu diletupkan. Pertempuran selepas serangan hendap, dan pertempuran selanjutnya berhampiran Gemas, berlangsung selama dua hari. Ia berakhir dengan pasukan Australia berundur melalui Gemas ke Estet Fort Rose.
Empat hari kemudian, satu lagi pertembungan antara tentera Jepun dan Berikat berlaku berhampiran Parit Sulong semasa pertempuran Pertempuran Malaya. Pasukan Berikat, termasuk Batalion Australia 2/19th dan 2/29th, telah dikepong dan dikalahkan di situ.
Sebuah tugu peringatan bagi mengingati tentera Australia yang gugur telah didirikan berhampiran Jambatan Gemencheh yang telah dimusnahkan berhampiran dengan Laluan Persekutuan Malaysia 1.
Perhubungan
suntingBandar/Pekan | Jarak (km) |
---|---|
Kuala Lumpur | 165 |
Seremban | 101 |
Port Dickson | 127 |
Rembau | 76 |
Tampin | 53 |
Gemencheh | 27 |
Bandaraya Melaka | 90 |
Alor Gajah | 68 |
Rompin | 17 |
Bahau | 34 |
Batu Kikir | 43 |
Kuala Pilah | 62 |
Bandar Seri Jempol | 45 |
Temerloh | 124 |
Segamat | 32 |
Batu Pahat | 131 |
Gemas menjadi penting kerana di sini landasan kereta api bercabang dua, satu landasan ke Tumpat, Kelantan. Satu landasan lagi menuju ke Padang Besar, Perlis.
Jalan raya pula menghubungkan Gemas dengan Segamat di Johor, Rompin dan Bahau di utara. Selain itu jalan raya menghubungkan Gemas dengan Melaka dan Johor melalui pekan Ayer Kuning dan terus ke Simpang Bekoh.
- Keretapi Tanah Melayu Bhd, No. 858, 73400 Gemas
- Perhentian Bas Baru Gemas, 73400 Gemas
- The Southern Omnibus Co Bhd,Perhentian Bas Baru Gemas, 73400 Gemas
Bentuk muka bumi
suntingSungai Gemas, Sungai Muar dan Sungai Gemencheh mengairi kawasan pertanian, getah , kelapa sawit ,sayur-sayuran dan buah-buahan di Gemas. Di barat daya terletaknya Gunung Ledang (1,276 m). Bukit Berot adalah bukit yang tertinggi di Gemas.
Antara tempat yang berhampiran dengan Gemas ialah Sungai Kelamah (Felda), Kampung Pasir Besar, Felda Pasir Besar, Perhentian Londah, Kampung Pudu, Batu Enam, Buluh Kasap, Kampung Tebing Tinggi, Ayer Kuning Selatan, Kampung Ayer Gelugor dan Kampung Sungai Dua, Felda Gugusan Jelai, Felda Gugusan Palong serta Rompin.
Lain-lain ialah Kampung Tengah (7.8 nm), Air Kuning Selatan (7.8 nm),Kampung Sungai Dua (6.0 nm), Kampung Bangka Hulu (1.0 nm),Kampung Ladang (1.0 nm), Kampung Ulu Ladang,Kampung Bentan 1.4 nm), Delta Village (6.1 nm), Kampung Sungai Siput (9.9 nm), Kampung Relau (11.0 nm), Kampung Permatang Panjang (10.3 nm) dan Kampung Kubu Dedap.
Kemudahan Awam
sunting- Pejabat ADUN Kawasan Gemas, No. 23 Pusat Perniagaan Harmoni Gemas, 73400 Gemas
- Mahkamah Majistret Gemas, Jalan Mahkamah, 73400, Gemas
- KFC Gemas, Gemas Square 73400, Gemas
- Hotel Bee Chew, Jalan Stesen, 73400, Gemas
- Klinik Kesihatan Gemas, Jalan Tok Sulong, 73400 Gemas
- Hotel Gemas, Taman Gemas Jaya, 73400, Gemas
- Komplek Homestay Gemas, Kg Ulu Ladang, 73400, Gemas
- Tabung Haji, Gemas Square 73400,Gemas
- G-Mart Gemas, Rumah Rakyat Gemas 73400, Gemas
- Balai Polis Gemas, Jalan Lintang, 73400,Gemas
- 7 Eleven, Jalan Batu Anam, 73400 Gemas
- Hotel Tropicana, Jalan Lintang, 73400, Gemas
- Stesen Keretapi Gemas, Jalan Stesen, 73400, Gemas
- Maybank, Jalan Gemas-Tampin, 73400, Gemas
- Public Bank, Jalan Batu Anam, 73400, Gemas
- Stesen Bas Gemas, Jalan Pasar, 73400, Gemas
- Gemas Golf Resort, Taman Gemas Indah, 73400, Gemas
- Klinik Desa Pasir Besar, Kampung Pasir Besar, 73400, Gemas
- Homestay Gemas, Jalan Londah, 73400, Gemas
- Green Point, Taman Perindustrian Harmonis, Jalan Gemas Tampin, 73400, Gemas
- Stesen Minyak Caltex, Pekan Gemas, 73400, Gemas
- Stesen Minyak Petronas, Jalan Batu Anam, 73400, Gemas
- Stesen Minyak Shell I, Pekan Gemas, 73400, Gemas
- Stesen Minyak Shell II, Jalan Gemas-Tampin, 73400, Gemas
- Stesen Minyak BHP Petrol, Jalan Pasir Besar-Muadzam Shah, Felda Pasir Besar, 73400, Gemas
- Stesen Minyak Shell, Jalan Palong-Muadzam Shah, Felda Palong 2, 73400, Gemas
- Hotel Hung Suan, Jalan Gemas-Tampin, 73400, Gemas
- Ar Rahnu Yapeim, Jalan Pasar, 73400, Gemas
- NFZ Auto, Jalan Batu Anam, 73400, Gemas
- Medan Selera, Jalan Gemas-Londah, 73400, Gemas
- Cosway, Jalan Pasar, 73400, Gemas
- Tenaga Nasional Berhad, Jalan Pasar, 73400, Gemas
- Pejabat Pos, Gemas Square, 73400, Gemas
- Hotel Gemas (Air Cond), Taman Damai, 73400, Gemas
- Nasi Ayam Gemas, Jalan Pasar, 73400, Gemas
- Masjid Jamek Pekan Gemas, Jalan Batu Anam, 73400, Gemas
- Sakan, Jalan Batu Anam, 73400, Gemas
- Stesen Bas Pasir Besar, Jalan Stesen, Pasir Besar, 73400, Gemas
- Bank Simpanan Nasional, Jalan Batu Anam, 73400, Gemas
- Bank Rakyat, Jalan Batu Anam, 73400, Gemas
- ATM & CDM CIMB Bank, Stesen Minyak Petronas, Jalan Batu Anam, 73400, Gemas
- ATM & CDM Bank Islam, Tabung Haji, Gemas Square 73400,Gemas
- ATM Bank Muamalat, Tabung Haji, Gemas Square 73400,Gemas
- Pasaraya Cili Padi, Jalan Gemas-Tampin, 73400, Gemas
- Balai Bomba dan Penyelamat Gemas. Taman Desa Permai, Gemas.
- Pasaraya Tf value mart Gemas,35 Jalan DS2/2,Dataran Satria 2,Gemas,Negeri Sembilan
- FarmilyMart Gemas,PT 4617 Bawah,Jalan Pekan Gemas,Gemas ,Negeri Sembilan
Perladangan
suntingRISDA
sunting- TSK Bukit Bentan, Gemas
- TSB Kg. Londah
- TSB Kg. Londah 1
- TSB Ulu Ladang
- TSB Kg. Ladang 1 & 2
- TSB Kg. Bangkahulu
- TSB Lubuk Jong
- TSB Pasir Besar
- TSB Kg. Kurnia DiRaja
FELDA
sunting- Felda Pasir Besar
- Felda Bukit Jalor
- Felda Sungai Kelamah
- Felda Kurnia Diraja
- Felda Gugusan Palong
- Felda Jelai
Kelapa sawit
sunting- Gemas Oil Mill Sdn Bhd, No. 514, 73400 Gemas
- Guthrie Ropel Bhd, No. 952, Ladang Sungai Gemas, 73400 GemasGemas
- Havys Oil Mill Sdn Bhd,Paramount Estate, Felda Palong 15, 73430 Gemas
- Ladang Sungai Gemas, No. 952, Ladang Sungai Gemas, 73400 Gemas
- Ladang Ternakan Putihekar, No. 559, 73400 Gemas
TH P ladang pasir besar box 30 gemas
- TH P kilang sawit lad pasir besar
- Lembaga urusan tabung haJI gemas
Getah
sunting- Chin Lian Rubber Estate Sdn Bhd, Ladang Gemas Baru, 73400 Gemas
- Ecotherm Sdn Bhd, Felda Rubber Ind Sdn Bhd, Felda Palong 15, 73470 Gemas
- Gemas Bahru Estate Sdn Bhd, seorang tauke cina yang beralamat di Gemas..
- ENC Maju Trading, Syarikat pemilik seorang anak penoroka yang mempunyai lesen membeli getah iaitu Rahmah binti Mhd Noor semasa kecil tinggal di pondok Polis pasir besar...seorang wanita yang berjaya, Gemas.
Perkayuan
sunting- Ever Prime Timber Industry Products Sdn Bhd, No. 878, Jalan Tampin Batu 2 1/2, 73400 Gemas
- Kemplus Timber Sdn Bhd, No. 885, Jalan Tampin Batu 2 1/2, 73400 Gemas
- King Timber Trading, 869/ 1, Jalan Tampin Batu 1 3/4, 73400 Gemas
- Perkayuan Bersatu Jaya, No. 1738, Jalan Tampin Batu 1 1/2, 73400 Gemas
- Syarikat Kilang Papan Gemas Sdn Bhd, No. 1180, Jalan Tampin Batu 2, 73400 Gemas
- Syarikat Kilang Papan Kim Mah Sdn Bhd, No. 1496, Jalan Tampin Batu 3 1/2, 73400 Gemas
- Team Timber Product Trading, No. 10, Taman Golden Hill, 73400 Gemas
Taman Perumahan
sunting- Taman Gemas Indah
- Taman Sungai Gemas
- KTM Quaters
- Bukit Masjid
- Kampung Tiong
- Gemas Height
- Taman Gemas
- Taman Desa Bakti
- Taman Murris
- Taman Desa Permai
- Taman Damai
- Taman Gemas Jaya
- Taman Sentosa
- Taman Sahabat
- Taman Megah
- Taman Gembira
- Taman Sentosa 2
- Taman Sentosa 3 (Sedang Dinaiktaraf)
- Rumah Rakyat Gemas
- Taman Molek
- Kampung Sri Gemas
- Kampung Londah
- Kampung Ulu Ladang
- Kampung Bangkahulu
- Kampung Ladang
- Taman Pasir Besar
- Kampung Pasir Besar
- Kem Syed Sirajuddin
- Mutiara Height (Sedang Dinaiktaraf)
- Bandar Baru Gemas(Sedang Dinaiktaraf)
- Kampung Melayu
- Taman Gemas Setia
- Perumahan Bomba
- Perumahan Klinik Kesihatan
- Kampung Felda Sungai Kelamah
- Taman Halacara Baru
Sekolah Rendah
sunting- Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin
- Sekolah Kebangsaan Kampong Ladang
- Sekolah Kebangsaan Londah
- Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah
- Sekolah Kebangsaan Pasir Besar
- Sekolah Kebangsaan Jelai 1 (F)
- Sekolah Kebangsaan Jelai 2 (F)
- Sekolah Kebangsaan Jelai 3 (F)
- Sekolah Kebangsaan Bukit Jalor
- SJKC Kampung Baru
- SJKC Kuo Min
- SJKT Gemas
- SJKT Ladang Sugai Kelamah