Orang Asli di Selangor
Lokasi & Suku
suntingOrang Asli di negeri Selangor tinggal di beberapa tempat terutama di kawasan berbukit dan juga di tepi pantai. Antaranya ialah di :
- Kampung Orang Asli Broga - suku Temuan
- Kampung Orang Asli Donglai Baru, Sungai Tekala, Semenyih - suku Temuan
- Kampung Orang Asli Kuala Pangsun - suku Temuan
- Kampung Orang Asli Bukit Tampoi, Sepang, Selangor
- Kampung Orang Asli Serigala Hulu , Ulu Selangor
- Kampung Orang Asli Sungai Lui, Hulu Langat - suku Temuan
- Kampung Orang Asli Bukit Tadom,Labuhan Dagang , Banting
- Kampung Orang Asli Bukit Bangkong , Sepang
- RSA Bukit Cheeding, Kuala Langat - suku Temuan
- Kampung Busut Baru , Kuala Langat - suku Temuan
- Kuala Kubu Baru suku Temuan
- Tanjung Sepat, Banting - suku Mahmeri
- Bukit Lanjan damansara perdana - temuan campuran
- bukit bandaraya,shah alam - suku kaum temuan
Kampung Orang Asli Rawang
- Kampung Orang Asli Sg Rasau Hilir, Puchong - suku kaum temuan
- Kampung Orang Asli Sungai Buah, Dengkil, Selangor - suku Temuan
- Kampung orang asli Bukit Kemandol, Klang, Selangor - suku Temuan
- Kampung orang asli sungai judah Pulau Carey, Selangor - suku Mahmeri
Kampung Orang Asli Donglai Baru, Semenyih
suntingKampung lama Orang Asli ini telah ditenggelamkan demi pembinaan Empangan Semenyih pada tahun 1985. Empangan Semenyih dibina bagi menampung bekalan air bagi penduduk Lembah Kelang, walaupun kampung itu sendiri tidak mendapat bekalan air dari empangan tersebut. Kampung Orang Asli Donglai Baru ini mendapat bekalan air percuma dari empangan kecil yang dibina berhampiran dengan air terjun Sungai Tekala. Malangnya ada tidak penyelarasan untuk membaiki dan memantau empangan kecil dan paip air yang selalu tersumbat oleh daun-daun pokok.
Kampung ini menjadi projek anak angkat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Hulu Langat sejak 1991. Beberapa kali projek kesihatan dan bantuan makanan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan di sini dengan kerjasama Hospital Kajang.
- Ketua kampung ialah Sani bin Sulong , anak kepada ketua kampung sebelum ini iaitu Encik Kilong.
- Seorang ustaz yang pernah bertugas di sini ialah Ustaz ... yang tinggal di Kampung Pasir, Hulu Semenyih.
- Balai raya disediakan .
- Sekolah Rendah Orang Asli dengan 6 bilik darjah turut dibina tapi tidak digunakan lagi kerana muridnya sekejap ada dan sekejap tidak. Murid-murid ini hanya muncul pada waktu rehat iaitu ketika makanan percuma diedarkan. Kini, murid Orang Asli bersekolah di Sekolah Kebangsaan Hulu Semenyih. Setiap tahun tidak sampai 10 orang yang menjejakkan kaki ke sekolah menengah . Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih.
- Tanaman getah diselaraskan oleh RISDA bagi membaiki taraf hidup Orang Asli dan mengubah cara hidup daripada berburu kepada penoreh getah.
- Durian , petai dan akar tongkat ali menjadi hasil jualan sesetengah daripada mereka.
Kampung Orang Asli Broga
suntingKampung Orang Asli Broga terletak kira-kira 45 km dari Kuala Lumpur dan 15 km dari Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Broga terletak di atas sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. Orang Asli suku Temuan tinggal di Kampung Orang Asli Broga. Ketua kampungnya bernama Manja bin Aman. Luas kampung 202 hektar. Penduduk seramai 83 orang, 41 lelaki dan 49 perempuan. Kebanyakan mereka tidak bersekolah kerana menghadapi masalah kewangan, pengangkutan dan nilai hidup yang tidak memerlukan pendidikan untuk berdikari di dalam hutan.
- Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang menguruskan hal-ehwal mereka terletak di Kompleks Penghulu , pekan Semenyih.
Cara ke sana
suntingJalan ke sini melalui Semenyih bagaikan jalan zig-zag yang amat berbahaya kepada pemandu yang baru datang ke sini.* Kiri kanan jalan ialah ladang getah dan kelapa sawit.
Ada dua cara ke sini :
Apa ada di sana
sunting- Insenarator Semenyih / Broga akan didirikan di sini oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan nilai projek RM2 billion dengan menggunakan teknologi Jepun yang dibawa oleh Ebara Corporation.
- Universiti Nottingham cawangan Malaysia beroperasi September 2005 terletak di Ladang Balau. Universiti ini dibangunkan oleh Bousted dengan kerjasama beberapa syarikat multinasional lain.
- Kem Excel Training Center yang dimiliki oleh Dr Mohd Fadhilah Kamsah , seorang motivator yang amat terkenal.
- Taman Tasik Semenyih kira-kira 10 km dari Semenyih dan 10 km dari Broga.
Perkampungan Orang Asli
sunting- Kampung Orang Asli Bukit Cheeding , Banting 42700 Selangor
- Kampung Orang Asli Bukit Perah , Banting 42700 Selangor
- Kampung Orang Asli Bukit Serdang , Banting 42700 Selangor
- Kampung Orang Asli Bukit Tadom , Banting 42700 Selangor
- Kampung Orang Asli Permatang Buah , Banting 42700 Selangor
- Kampung Orang Asli Telok Tongkah , Banting 42700 Selangor
- Kampung Orang Asli Songkok , Batang Kali 44300 Selangor
- Kampung Sungai Tua , Selayang , Batu Caves 68100 Selangor
- Kampung Orang Asli Batu 28 Jenderam Hilir , Dengkil 43800 Selangor
- Kampung Orang Asli Bukit Baja , Dengkil 43800 Selangor
- Kampung Orang Asli Bukit Bangkong , Dengkil 43800 Selangor
- Kampong Orang Asli Bukit Dugang]] , Dengkil 43800 Selangor
- Kampung Orang Asli Bukit Tunggul , Dengkil 43800 Selangor
- Kampung Orang Asli Donglai Baru , Hulu Langat 43100 Selangor
- Kampung Orang Asli Sungai Gabai , Hulu Langat 43100 Selangor
- Kampung Orang Asli Kuala Pangsoon , Hulu Langat 43100 Selangor
- Kampung Orang Asli Paya lebar , Sungai Lui , Hulu Langat 43100 Selangor
- [[Kampung Gerachi Jaya Kuala Kubu Bharu 44000 Selangor
- Kampung Orang Asli Buloh Telor , Kuala Kubu Bharu 44000 Selangor
- Kampung Orang Asli Sungai Relang , Ulu Gombak , Kuala Lumpur
- Kampung Orang Asli Bukit Lanjan Jalan Damansara , Petaling Jaya 60000 Selangor
- Kampung Orang Asli Sungai Judah , Pulau Carey 42960 Selangor
- Kampung Orang Asli Sungai Kurau , Pulau Carey 42960 Selangor
- Kampung Orang Asli Teremong , Sungai Lalang , Hulu Semenyih , Semenyih 43500 Selangor
- Kampung Orang Asli Sungai Lalang Baru , Hulu Semenyih , Semenyih 43500 Selangor
- Kampung Orang Asli Serendah 48200 Selangor
- Kampung Bukit Cherakah , Shah Alam 40000 Selangor
- Kampung Orang Asli Tanjung Sepat 42800 Selangor
- Kampung Orang Asli Bukit Kemandul , Teluk Panglima Garang 42500 Selangor
- Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Banting, Selangor
- Iskandar Juberi (1974), Perhubungan Sosial Antara Kaum Bersisek Dengan Kaum-Kaum Lain di Perkampungan Orang Asli Tanjung Sepat dan Pulau Banting, Kuala Langat, Selangor: Satu kajian Tentang Corak dan Kesan. B.A. Graduation Exercise. Department of Anthropology and Socioliogy, Faculty of Arts, UM, .
- Ahmad bin Ismail (1984), Komuniti Orang Asli di Kampung Bukit Tampoi, Sepang, Selangor: Tinjauan Perbandingan Sosiobudaya Menurut Islam. B. A. Graduation Exercise. Islamic Studies. UKM, Bangi.
- San Son Cheng (1994), Masalah Keciciran Pelajar Orang Asli: Satu Kajian Di Kampung Orang Asli Serigala Hulu, Ulu Selangor. Latihan Ilmiah, Ijazah Sarjanamuda Sastera, Jabatan Anthropologi dan Sosiologi, UKM, Bangi.
- Ayampillay, Satkuna Devi (1976), Kampung Tanjung Sepat: A Besese (Mahmeri) Community of Coastal Selangor. Provisional Research Report No. 6. Social Anthropology Section, School of Comparative Social Science, USM, .
- Chiou Leng, Cheng Yin Yin, Lee Fen Shing, Lee Teck Man and Low Siew Loy (1993), Orang Mah Meri di Perkampungan Tanjong Sepat. B.A. Graduation Exercise. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM, .
- Koh Bee Hong (1978), The Flow of Energy in an Orang Asli Community: A case study of a Temuan community at Sungei Lui, Ulu Langat, Selangor. B.A. Graduation Exercise. Department of Anthropology and Socioliogy, Faculty of Arts, UM, .
- Soh Mui-Foong (1980), Information Flow in A Temuan Community: A Case Study at Kampung Paya Lebar, Sungai Lui Ulu Langat, Selangor. B.A. Graduation Exercise. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM, .
- Bustami Yahaya (1980), Sistem Kekeluargaan dan Perkahwinan di Kalangan Komuniti Temuan Kampung Bukit Tadom, Banting, Kuala Langat, Selangor. B.A. Graduation Exercise. UM, .
- Abd. Rasid bin Parlan (1995), Komuniti Temuan dan Rancangan Penempatan Semula di Bukit Cheeding, Kuala Langat, Satu Kajian Kes. Latihan Ilmiah Ijazah Sarjanamuda Sastera Dengan Kepujian, UKM, Bangi.
- Abdul Rashid Abdul Rahman et al. (KUMpulan A2) (1975), Lapuran Amali Pengembangan Pertanian UPM Di Kawasan Orang Asli Kampong Kuala Pangsoon, Ulu Langat, Selangor. Jabatan Pendidikan Pengembangan dan Pertanian, UPM, .
- Chong Siew Kook (1995), Pembangunan dan Minoriti PribUMi: Satu Kajian Kes si Petempatan Semula Orang Asli Suku Etnik Temuan, Kampung Busut Baru, Kuala Langat, Selangor Darul-Ehsan. Latihan Ilmiah Ijazah Sarjanamuda, UM, .
- Chong Wah Lin (1995), Masalah Penididikan Formal di Kalangan Pelajar Masyarakat Orang Asli: Satu Kajian Kes di Bukit Lanjan, Selangor. Ijazah Sarjanamuda Sastera, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sains Kemasyaratan dan Kemanusiaan, UKM, Bangi.
- Lau Hoi Keong, Samasuddin bin Lawe, Azfar bin Mohd. Mustafar, Mohd. Kamil bin Mahmud and Yeak Shaw Chuey (1992), Kajian mengenai Masyarakat Temuan di Broga, Semenyih Selangor. B.A. Graduation Exercise. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM, .
- Rajmah bt. Abdul Samad (1971), Komuniti Temuan di Kuala Kubu Bharu: Suatu Kajian Mengenai Orang Asli di Perkampungan Semula, dengan Menyentuh Soal Perubahan. M.A. Thesis. UM, .
- Sulaiman Saat (1980), Organisasi Sosial dan Politik di kalangan Komuniti Temuan Kampung Bukit Tadom, Labuhan Dagang, Banting, Kuala Langat, Selangor. B.A. Graduation Exercise. Department of Anthropology and Socioliogy, Faculty of Arts, UM, .
- Toh Giap Hock, Wong Ban Jeht, Lam Kai Thai, Yeoh Eng Hong, Ng Hooi Im and Goh Peng Sim (1993), Kajian Etnografi di Perkampungan Orang Asli, Bukit Bangkong, Sepang, Selangor. B.A. Graduation Exercise. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM, .
- Zainal Ahmad Hj. Zainuddin (1980), Sistem Kepercayaan Orang-Orang Temuan di Kampung Bukit Tadom, Banting, Selangor. B.A. Graduation Exercise. Department of Anthropology and Socioliogy, Faculty of Arts, UM, .