Rampasan armada Gaza
Peristiwa rampasan armada Gaza, diberi nama kod Operasi Sea Breeze oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF),[6][7] merupakan tindakan memecah masuk dan merampas enam kapal yang menganggotai Flotila Pembebasan Gaza pada 2010.[8] Flotila yang dianjurkan oleh Gerakan Pembebasan Gaza dan Yayasan Hak Asasi Manusia, Kebebasan dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) dari Turki, cuma memecah masuk kepungan Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan serta mengumpul bekalan ke dalam Genting Gaza.[8][9] Enam kapal tersebut berkumpul dekat Cyprus, lalu bertolak pada 30 Mei 2010 dengan mengangkut 663 orang dari 37 negara.[10][11] Pasukan komando Israel merampas kapal-kapal tersebut dalam kawasan perairan antarabangsa di Laut Mediterranean[11] setelah flotila tersebut mengingkari tuntuan Israel agar barang muatannya diperiksa di pelabuhan Ashdod agar barang-barang yang dibenarkan oleh Israel dihantar melalui jalan darat.[12]
Rampasan armada Gaza | |
---|---|
Ralat Lua pada baris 384 di Modul:Mapframe: attempt to perform arithmetic on local 'lat_d' (a nil value). | |
Lokasi | Perairan antarabangsa di Laut Mediterranean |
Koordinat | 32.64113 N 33.56727 E |
Tarikh | 31 Mei 2010 4:30 pagi[1] (UTC+3) |
Jenis serangan | International incident, lanun |
Kematian | 8 penumpang Turki; 1 penumpang Turki-AS[2][3] |
Tercedera | Puluhan penumpang, dan 7 komando IDF.[4][5] |
Pelaku | Angkatan Pertahanan Israel |
sunting · sunting di Wikidata |
Para aktivis di atas kapal terbesar dalam armada ini, iaitu MV Mavi Marmara, bersemuka dengan angkatan khas Shayetet 13 yang menakik turun ke geladak kapal. Sembilan orang ahli IHH dibunuh oleh komando Israel[13], puluhan lagi cedera, dan ratusan yang lain ditahan.[14][5][15] Sekurang-kurangnya tujuh komando turut tercedera. Askar Israel berkata mereka hanya mengacukan senjata sebaik sahaja nyawa mereka terancam,[4][5] tetapi aktivis pula mendakwa bahawa IDF mula menembak ke arah kapal sebelum menaikinya.[16][17][18]
Peristiwa ini mencetuskan pelbagai reaksi antarabangsa, termasuk kecaman dari lembaga-lembaga supranasional dan NGO, dan juga tunjuk perasaan dan rusuhan di seluruh dunia.[19][20] Majlis Keselamatan PBB mengutuk "tindakan-tindakan yang mengakibatkan kematian orang awam" itu, serta menyeru agar siasatan tanpa berat sebelah dijalankan terhadap serbuan itu,[21] dan orang-orang awam dalam tahan Israel dibebaskan segera.[21] Israel kemudian membalas hasratnya untuk membebaskan tahanan bukan rakyat Israel lalu menghantar mereka pulang ke negara masing-masing.[22] Peristiwa ini turut mengeruhkan lagi hubungan antara Turki dan Israel yang sudah tegang.[23]
Isral menolak seruan PBB untuk siasatan antarabangsa terhadap kejadian ini.[24][25] Sebaliknya, Israel telah membentuk sebuah suruhanjaya siasatan tempatan untuk menyiasat rampasan ini, diketuai oleh hakim Mahkamah Agung bersara Jacob Turkel dan disertai dua pemerhati antarabangsa yang tidak mengundi.[26]
Nasib sukarelawan Malaysia
suntingDua wartawan Astro Awani iaitu Ashwad Ismail (26) dan jurukamera Shamsul Kamal Abdul Latip (43) menaiki kapal Turki itu.[27] Ashwad kali terakhir dihubungi pada 7.46 pm, hari Ahad. Mereka berdua pergi pada 23 Mei menuju Istanbul kemudian terus ke Pelabuhan Antalya.
Sukarelawan Malaysia yang lain ialah Noorazman Mohd Samsuddin (ketua delegai Malaysia, Haluan Palestin), Dr Mohd Arba'ai Shawal (Haluan Palestin), Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hassan (Haluan Palestin), Al Hami Husain Suhaimi (Haluan Palestin), Mohd Nizam Mohamad Awang (Haluan Palestin), Jamuliddin Elias (Yayasan Amal Malaysia), Abdul Halim Mohd Redzuan (Muslim Care), Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif), dan Dr Selamat Aliman (Aqsa Syarif),
Enam sukarelawan Malaysia di atas kapal MV Rachel Corrie dilaporkan selamat. Mereka ialah tiga orang anggota Pertubuhan Keamanan Global Perdana: peguam Matthias Chang, wartawan Shamsul Akmar Musa Kamal, dan aktivis Ahmad Faizal Azumu; ahli parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera TV3 Mohd Jufri Mohd Judin. Shamsul melaporkan mereka berada 1,600 km dari Gaza.
Tindakan Israel
suntingKomando Israel terjun dari helikopter ke dalam kapal dengan tali. Mereka diserang oleh sekumpulan sukarelawan.
Tentera Laut Israel mengalihkan konvoi ke Pelabuhan Haifa bagi mengelakkan wartawan berkerumun. Semua pasport dirampas dan mereka ditahan . Tentera Israel melepaskan tembakan selepas mereka diserang oleh sejumpah penumpang. Komando Isarel terjun dari helikopter ke atas dek kapal jam 4.30 waktu subuh. Mereka menembak sukarelawan yang tidak bersenjata.[28]
Komando Israel menjelaskan bahawa tentera dipukul dengan batang besi dan pisau . Sukarelawan menolak mereka ke dek bawah dan hendak menangkap mereka untuk dijadikan tebusan. Beberapa tentera terpaksa terjun ke laut. Kebanyakan sukarelawan berbahasa Arab.[29]
Di Cyprus, Greta Berlin selaku ketua Gerakan Pembebasan Gaza menafikan tuduhan tentera Israel itu.
Reaksi antarabangsa
sunting- Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk tindakan Tentera Laut Israel memintas armada kapal kecil yang sedang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza . Sukarelawan itu telah dipastikan tidak membawa senjata. Mereka hendak menghantar bekalan ke Gaza kerana Gaza dikepung oleh Israel. Israel membina tembok keselamatan yang tinggi. Terowong yang dibina oleh penduduk Palestin pula dipam dengan gas beracun.
- Menteri Luar Malaysia Anifah Aman meminta PBB mengadakan mesyuarat tergempar. PBB juga hendaklah menarik balik sekatan tidak berperikemanusiaan di Gaza.[30]
- Tunjuk perasaan diadakan di hadapan Kedutaan Israel di Istanbul.Timbalan Perdana Menteri Turki, Bulent Arinc kesal dengan tragedi itu dan mahu membatalkan 3 latihan tentera bersama tentera Israel serta memanggil pulang pasukan bola sepak kebangsaan yang berada di Israel. Sejak sekian lama negara Turki , Mesir, dan Jordan menjalin hubungan politik,ekonomi dan ketenteraan dengan Israel.
- Kolumnis Cengiz Candar di Turki menyifatkan serangan ini sebagai provokasi perang terhadap Turki.Perdagangan Turki-Israel bernilai $3 billion - bukti hubungan yang erat . Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan kini berada di Santiago Chile menyifatkan kerajaan Israel tidak mengutamakan keamanan. Ini tindakan 'negara pengganas'[31]. Ramai keturunan Yahudi berada di Turki. Amerika Syarikat menggunakan pangkalan tentera di selatan Turki untuk menyerang Iraq pada 2003.Pada 2005 Erdogan pernah melawat pejabat rabbi Yahudi Turki selepas sinagogue dibom 2003. Turki menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB .[32]
- Perdana Menteri Lubnan ,Saad Hariri mengutuk serangan kejam itu. Beliau mendesak masyarakat antarabangsa mengambil tindakan menamatkan kekejaman terhadap hak asasi manusia.
- Perdana Menteri Palestin Salam Fayyad tidak dapat memaafkan serangan bersenjata terhadap konvoi kemanusiaan itu.[33]
- Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membatalkan mesyuarat dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Selasa.
- Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa menyatakan sekatan Israel terhadap Gaza sendiri merupakan satu perlanggaran undang-undang antarabangsa dan oleh yang demikian tidak ada asas untuk menyerang dan menghalang kapal berkenaan. Indonesia memantau nasib 12 warga negaranya yang dilaporkan berada di atas kapal itu melalui perwakilan di Ankara (Turki), Kaherah (Mesir) dan Amman (Jordan).[34]
- Hamas, kumpulan parti yang memerintah secara sah di Semenanjung Gaza, Palestin menyifatkan serangan tentera Rejim Israel terhadap anggota aktivis keamanan bantuan ke Gaza adalah suatu bentuk "pembunuhan beramai-ramai" ataupun "massacre" . Hamas meminta masayrakat dunia untuk sama-sama bangkit menentang kekejaman pihak Israel dan sekutunya di dunia.
Rujukan
sunting- ^ Harvey, Benjamin (1 Jun 2010). "Turkey Alliance With Israel May Rupture on Gaza Raid (Update3)". Business Week.
- ^ Slackman, Michael (2 Jun 2010). "In Bid to Quell Anger Over Raid, Israel Frees Detainees". NYTimes.com. Dicapai pada 3 Jun 2010.
- ^ CNN Wire Staff (3 Jun 2010). "Gaza aid flotilla activists arrive in Turkey". CNN.com. Dicapai pada 3 Jun 2010.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamahaaretz-at least
- ^ a b c Edmund Sanders (1 Jun 2010). "Israel criticized over raid on Gaza flotilla". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-31. Dicapai pada 2 Jun 2010.
- ^ IDF staff. "Israel Defense Forces: Operation "Sea Breeze" – Legal Aspects" (Microsoft Word document). The Military Strategic Information Section, International Military Cooperation Department, Strategic Division, Israel Defense Forces. Dicapai pada 7 Jun 2010.
- ^ Glenn Kessler (4 Jun 2010). "Israel gives its account of raid on aid ship headed for Gaza". Washington Post. Dicapai pada 7 Jun 2010.
- ^ a b Black, Ian; Haroon Siddique (31 Mei 2010). "Q&A: The Gaza Freedom flotilla". The Guardian. Guardian News and Media. Dicapai pada 2 Jun 2010.
- ^ Colum Lynch (1 Jun 2010). "Israel's flotilla raid revives questions of international law". Washington Post. Dicapai pada 2 Jun 2010.
- ^ Tia Goldenberg (31 Mei 2010). "Pro-Palestinian aid flotilla sets sail for Gaza". San Diego Union-Tribune. Associated Press. Dicapai pada 4 Jun 2010.
- ^ a b Noah Kosharek (2 Jun 2010). "Israel transfers hundreds of Gaza flotilla activists to airport for deportation". Haaretz. Dicapai pada 7 Jun 2010. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Joshua Mitnick (1 Jun 2010). "Flotilla Assault Spurs Crisis". Wall Street Journal. Dicapai pada 7 Jun 2010.
- ^ "Israel-Turkey Crisis: U.S. Citizen Among Dead in Gaza Ship Raid - WSJ.com". online.wsj.com. Dicapai pada 2010-06-15.
- ^ Ivan Watson (4 Jun 2010). "Autopsies reveal 9 men on Gaza aid boat shot, 5 in head". CNN World. Dicapai pada 4 Jun 2010. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Friedman, Matti (2 Jun 2010). "Details emerge of bloodshed aboard Gaza-bound ship". The Washington Post. Associated Press. Dicapai pada 3 Jun 2010.[pautan mati kekal]
- ^ Dorian Jones (1 Jun 2010). "Israelis opened fire before boarding Gaza flotilla, say released activists". Guardian (UK). Dicapai pada 2 Jun 2010. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Lizzie Cocker (2010-06-02). "Survivors say IDF troops opened fire before even landing". Morning Star. Dicapai pada 2010-06-12.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamalive-fire
- ^ Riots Break Out Over Israel Flotilla, CBS News
- ^ Riots in Umm al-Fahm over naval raid on Gaza aid flotilla, Ynet News
- ^ a b Department of Public Information, News and Media Division (1 Jun 2010). "Security Council Condemns Acts Resulting in Civilian Deaths during Israeli Operation against Gaza-Bound Aid Convoy, Calls for Investigation, in Presidential Statement". 6325th & 6326th Meetings (PM & Night). UN.org. Dicapai pada 2 Jun 2010.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaSofer
- ^ Aliriza, Bulent; Flanagan, Stephen; Malka, Haim (3 Jun 2010). "The Gaza Flotilla Raid and its Aftermath". Center for Strategic and International Studies. Dicapai pada 5 Jun 2010.
- ^ "Israel rejects flotilla raid probe - World, Breaking News". Belfasttelegraph.co.uk. 2010-06-03. Dicapai pada 2010-06-26.
- ^ "Israel 'to reject international ship raid inquiry'". BBC News. 2010-06-06. Dicapai pada 2010-06-26.
- ^ PM announces raid c'tee framework, Jerusalem Post 14-06-2010
- ^ Kapal Misi Gaza Diserang Askar Israel, Nasib Dua Wakil Astro Awani Belum Diketahui
- ^ No word on fate of Malaysians onboard attacked ship
- ^ Israeli military gives version of flotilla incident
- ^ Malaysia Kutuk Serangan Israel, Desak Majlis Keselamatan PBB Adakan Mesyuarat Tergempar
- ^ Deadly Israeli Raid on Aid Flotilla Draws Condemnation
- ^ Raid Jeopardizes Turkey Relations
- ^ World reaction to Israel's pre-dawn raid
- ^ Indonesia Kutuk Serangan Israel Terhadap Mavi Marmara