Shuk Sahar

Pelawak, pengacara, pelakon dan penyampai radio Malaysia
(Dilencongkan dari Shuk Balas)

Mohamad Shukri Mohamed Sahar (Jawi: محمد سهوكري محمد سهر; lahir 20 Mac 1986) atau lebih dikenali sebagai Shuk Sahar ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon dan penyampai radio Malaysia. Beliau pernah menjadi peserta Raja Lawak Musim ke-5 dalam kumpulan Balas pada tahun 2011. Beliau juga bergandingan dengan Fendi dalam kumpulan tersebut.

Shuk Sahar
سهوق سهر
Kelahiran
Mohamad Shukri bin Mohamed Sahar

(1986-03-20) 20 Mac 1986 (umur 38)
Nama lainShuk SYJ, Shuk Balas
PekerjaanPelawak, pengacara, pelakon, penyampai radio
Tahun aktif2011–kini
Majikan
PasanganRossalennah Natassyiah Asshaferah (k. 2015; c. 2023)
Fara Salleh (k. 2023)
Anak-anak2

Kehidupan peribadi

sunting

Shuk menyertai program kenyataan televisyen lawak Raja Lawak musim ke-5 bersama rakan baiknya, Fendi melalui kumpulan Balas. Kumpulan Balas sering dikritik kerana mempersembahkan lawak lucah minggu demi minggu. Pada malam peringkat akhir kumpulan Balas tewas di tangan Man.

Pada 20 Disember 2015, Syuk telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya bersama gadis pilihannya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera (23 tahun) di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.[1]

Pada 30 Oktober 2016, isteri Shuk selamat melahirkan anak perempuan mereka yang diberi nama Nur Qurratu Ain (dibaca) pada pukul 10.05 malam di Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh. [2]

Kontroversi

sunting

Krisis rumah tangga Shuk

sunting

Berikutan krisis rumah tangga dan kecurangan oleh Shuk, pengurusan radio milik Media Prima membuat keputusan untuk menamatkan kontrak Shuk sebagai penyampai Hot FM.[3] Dalam kenyataan dikeluarkan, memberitahu penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio stesen itu adalah bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman berkaitan isu membabitkannya yang kini tular di media sosial.[4]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Adnan Sempit 2 Fendi Filem pertama
Salam Cinta Shuib
Halim Munan Pawi
2014 Zombie Kilang Biskut Kusyairi / Abang Din Mamu
Amir dan Loqman Pergi ke Laut Amir
Mana Mau Lari Kapten
2015 Rumah Pusaka Di Simpang Jalan Johar Zulkifli
Suamiku Jatuh Dari Langit Mus
Jejak Warriors Ulat Tiket
Keranda Tok Wan Terbang Husin
2016 Zack Kapcai Ray
2021 Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut Leman
2022 Kampung Latah The Mummy Usin Markup
Cikgu VS Hantu Ismail
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Lelaki Macam Dia Astro Ria Pelakon undangan
2018 Ramadan & Hamdan TV3
2019 Pop Yeah Yeah Leman
2021 Kampong Pisang Bersiri-siri Orang Minyak Astro Citra Episod: "Orang Minyak"

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya Astro First Eksklusif
Ya Habibi
2016 Joras: Van Hj Mursyid Astro Warna
2017 Katakan Tidak Pada Cinta
2019 Cikgu Gangster TV1

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2012 Salam Pantai Timur Pelbagai watak TV1
2016 Aku Raya, Kau Raya, Barulah Raya! Pengacara
Edisi Khas Semasa Pelbagai watak
Sape Terer Pengacara
Joras & Stars Pelbagai watak Astro Warna
2017–2018 Pop! TV Pengacara TV9 (2017-2018)
NTV7 (2018)
2017 Travelawak Astro Warna mengacy bersama Sharif Zero & Mamak Puteh
2018 Mentor (musim 7) TV3 mengacara bersama Nana Mahazan
2018–2021 Jenaka Kampung Kalut (JKK) Kojack
I Can See Your Voice Malaysia Pengacara mengacara bersama Alvin Chong (2018) & Sean Lee (2019-2021)
2018 Bintang Bersama Bintang 2018
2019 Senang Terhibur Pengacara mengacara bersama Jihan Muse
Bintang Bersama Bintang 2019
Masak Apa Tu?
Mentor Milenia 2019 Pengacara mengacara bersama Marsha Milan
2020 Ohsem!!! Awesome TV
Mic ON! (Musim 1) Manager
2020-2021 Shuk Nak Tanya Pengacara
2021 Lahar Net Artis jemputan
2022 Hard To Heart Astro Ria
2024 Ubi Superstar Live Astro Warna

Peserta

sunting
Tahun Tajuk Kumpulan Catatan
2011 Raja Lawak Musim Keempat Balas bersama Fendi
Maharaja Lawak
2012 Maharaja Lawak Mega 2012
2013 Maharaja Lawak Mega 2013 SYJ bersama Jihan Muse & Yassin Yahya
2014 Maharaja Lawak Mega 2014
2015 Juara Parodi Abang Face bersama Joey Daud & Sam Bunkface
2016 Maharaja Lawak Mega 2016 Joras bersama Rahim R2 & Joey Daud
2017 Maharaja Lawak Mega 2017
Super Spontan Superstar 2017 King Musang
2018 Bintang Bersama Bintang 2018
2019 Bintang Bersama Bintang 2019
2020 Muzikal Lawak Superstar 2 Mashuk bersama Achey & Mark Adam
2021 Maharaja Lawak Mega 2021 Tobat bersama Bell Ngasri & Ropie Cecupak
Gema Lawak Superstar Insaf bersama Mamak Puteh & PU Rahmat
2023 Gelak 90 Saat bersama Iskandar

Siniar

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran/Aplikasi Siniar Catatan
2024 OKLETSGO Dirinya sendiri Siniar Ok Lets Go (Singapura) bersama Dzar Ismail, Dym Norahim & Raja Razie
Dols Podcast Siniar Dols Podcast (Malaysia) bersama Shuib & Fizie Roslan

Kerjaya

sunting

Sejak akhir tahun 2022, Shuk Sahar belum lagi mendapat sebarang tawaran lakonan atau pengacaraan. Beberapa penggambaran yang diterimanya telah dibatalkan oleh beberapa stesen TV tanpa sebarang penjelasan. Kemungkinan masalah ini berlaku kerana masalah rumahtangganya yang berlaku sebelum ini. Sehingga artikel ini ditulis pada bulan Mei 2023, Shuk tidak muncul lagi di kaca TV.

Radiografi

sunting
Tahun Tajuk Stesen
9 Januari 2017 – 25 Januari 2021 Geng Pagi Hot Hot FM

Pencapaian

sunting

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular Tercalon
Artis Komedi Popular Tercalon
Penyampai Radio Popular Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Asz Md Nor (23 Disember 2015). SHUK SYJ TIADA NIAT SOROK MAJLIS KAHWIN Media Hiburan (Dicapai 8 Mac 2017).
  2. ^ Berita Harian (2 November 2016) Shuk Balas insaf saat teman isteri lahirkan anak sulung - Hiburan Dicapai 8 Mac 2017.
  3. ^ [1]
  4. ^ Shuk Sahar sah digantung perkhidmatan sementara di Hot FM

Pautan luar

sunting