Laman ini mengumpulkan fakta-fakta dari Wikipedia:Tahukah anda yang pernah dipaparkan di Laman Utama dan fakta-fakta ini diletakkan di bawah kategori:
Peralatan dan Kemudahan
Merangkumi fakta berkenaan jentera, penciptaan, sumber, teknologi dan penggunaan sesuatu alat atau maklumat untuk kemudahan untuk manusia.
- "... bahawa kapak mempunyai pelbagai kegunaan lain selain untuk pertukangan dan sebagai senjata?".
- "... bahawa Takwim Julius masih digunakan di sesetengah negara dan kebanyakan gereja Ortodoks?"
- "... bahawa visa biasanya dicap atau ditempel di pasport, namun ada juga yang diberikan sebagai sekeping kertas?"
- "... bahawa sesetengah pedang direka khas untuk menebas manakala yang lain boleh menebas dan menusuk?"
- "... bahawa perpustakaan kini menghimpunkan pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan?"
- "... bahawa sesetengah domain peringkat tinggi kod negara digunakan secara meluas oleh syarikat dan perniagaan kerana keunikan nama domain mereka?"
- "... bahawa peti sejuk cuma diperkenalkan untuk kegunaan rumah 40 tahun selepas digunakan oleh industri?"
- "... bahawa kompang ialah alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu?"
- "... bahawa pengeluar telefon bimbit terbesar dunia, Nokia bermula sebagai sebuah kilang pulpa getah?"
- "... bahawa domain peringkat tinggi ialah bahagian terakhir nama domain internet?"
- "... bahawa hotspot merupakan kawasan di mana orang awam boleh mendapat capaian tanpa wayar ke Internet dengan menggunakan teknologi piawai WLAN (Wi-Fi)?"
- "... bahawa jenama Yahoo dimulakan oleh dua pelajar kolej secara suka-suka?"
- "... bahawa kayu merupakan bahan mentah utama bagi menghasilkan kertas?
- "... bahawa paten dikira sebagai hak milik peribadi dan boleh dijual beli dan dipindah milik?"
- "... bahawa pasport ialah sejenis dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh kerajaan sesebuah negara yang biasanya mengenal pasti pemegangnya sebagai warganegaranya?"
- "... bahawa tenaga suria telah digunakan dalam banyak teknologi tradisi dan digunakan secara meluas ketika ketiadaan bekalan kuasa lain, seperti di angkasa lepas?"
- "... bahawa beliung digunakan untuk membentuk, menarah dan melicinkan kayu potong kasar dalam pertukangan kayu menggunakan tangan?"
- "... bahawa sebelum setem dicipta, yuran pos dibayar oleh penerima, bukan pengirim?"
- "... bahawa kompas ciptaan orang China sentiasa menunjuk ke arah selatan?"
- "... bahawa selain komputer, kayu ria turut boleh digunakan untuk mengawal lif, lori dan telefon bimbit?"
- "... bahawa lif dijadikan kewajipan bagi bangunan baru mengikut undang-undang kemudahan orang berkerusi roda?"
- "... bahawa tujuan asal tanglung ialah melindungi lilin dari tiupan angin?"
- "... bahawa kotak polis tidak lagi digunakan setelah kemunculan radio dua-hala dan telefon bimbit?"
- "... bahawa alat perangkap laju yang digunakan polis lebih tepat dari meter laju kenderaan?"
- "... bahawa sesetengah mancis boleh dinyalakan dengan diguris pada mana-mana permukaan kasar?"
- "... bahawa papan kekunci QWERTY mendapat namanya daripada enam huruf yang pertama dalam baris huruf yang teratas dalam papan kekunci?"
- "... bahawa pencetak jet dakwat berfungsi dengan menyemburkan dakwat cair ke atas kertas?"
- "... bahawa beg udara mengembung keluar lebih pantas berbanding kelipan mata?"
- "... bahawa dengan horcrux, seorang ahli sihir dapat hidup dengan sangat lama selagi horcrux itu kekal utuh?"
- "... bahawa berus gigi yang keras boleh merosakkan enamel gigi?"
- "... bahawa air tulen adalah air dari sebarang sumber yang telah diproses secara fizikal bagi menyingkir pencemaran?"
- "... bahawa peti lampu diperkenalkan sebagai cara murah untuk membekalkan rangkaian peti tiang di UK dan Ireland?"
- "... bahawa sesetengah stesen minyak turut menyediakan bengkel kereta?"
- "... bahawa sesetengah kawasan rehat dan rawat turut mempunyai arked permainan video, pusat rekreasi, serta capaian Internet?"
- "... bahawa pelindung cahaya matahari pertama yang digunakan secara meluas dikeluarkan oleh seorang askar?"
- "... bahawa melalui endoskopi doktor boleh melihat ke dalam badan seseorang?"
- "... bahawa adalah sukar bagi pemandu untuk mematuhi had laju berikutan ralat pada meter laju?"
- "... bahawa dinamit dicipta oleh Alfred Bernhard Nobel?"
|