Hafizul Kamal
Hafizul bin Ahmad Kamal (lahir 25 April 1985) ialah seorang pelakon dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau merupakan juara rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang penyiaran, On Air di Astro Ria.
Hafizul Kamal | |
---|---|
Kelahiran | Hafizul bin Ahmad Kamal 25 April 1985 |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2012–kini |
Ketinggian | 1.77 m (5 ka 9 11⁄16 in) |
Pasangan | Nurul Fariza Ibrahim (k. 2016) |
Anak-anak | 2 |
Kehidupan dan kerjaya Sunting
Hafizul Kamal dilahirkan pada 25 April 1985 di Ipoh, Perak. Beliau memiliki ijazah dalam bidang Petrokimia dan Proses.
Pada 23 Mei 2012, beliau menjadi salah seorang daripada 20 peserta rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang penyiaran di Astro Ria, On Air yang turut disertai oleh Dahlia Shazwan, Syakirin Husnal, Hefny Sahad dan CK Faizal, di mana beliau merupakan juara.[1]
Pada tahun 2013, beliau berpasangan bersama rakan seangkatannya dalam On Air, Hefny mengambil bahagian dalam rancangan Fear Factor Malaysia yang dihoskan oleh Dato' Aaron Aziz, yang mana mereka merupakan naib juara di belakang Hairul Azreen dan Dazrin Kamarudin yang merangkul gelaran juara.[2]
Hafizul membuat penampilan filem sulungnya menerusi filem aksi ketenteraan, PASKAL arahan Adrian Teh lakonan bersama Hairul Azreen, Ammar Alfian, Taufiq Hanafi dan Jasmine Suraya Chin yang ditayangkan pada 27 September 2018.[3]
Kehidupan peribadi Sunting
Beliau berkahwin dengan Nurul Fariza Ibrahim yang mesra dengan panggilan Mieja pada 13 Februari 2016.[4] Pada 25 Oktober 2017, beliau dan isteri dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang diberi nama Raisya Amanda yang dilahirkan di Pusat Perubatan Rampai Puteri.[5][6] Pada 10 Disember 2019, beliau dan isteri dikurniakan seorang lagi cahayamata perempuan yang diberi nama Sara Erina.
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | PASKAL The Movie | Iman Tamrin bin Radzi / Yan | Filem pertama |
2020 | Pasal Kau! | Yop |
Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Miranda (drama) | Izwan/Izuan/Iswan/Isuan | TV3 | Slot Samarinda |
Jauh Dari Cinta | Farish Aqil | Astro Prima | ||
Hanya Dengan Bismillah 2 | Adam | TV1 | ||
2015 | Satu Hari | Rizuan | TV9 | Slot Ratu |
Mencintaimu | Firdaus | TV3 | Slot Akasia | |
2016 | Bodyguard | Rashid | TV3 | Slot Aksi |
Mr. Boss Miss Stalker | Akmal | TV3 | Slot Dahlia | |
Sayangku Kapten Mukhriz | Zakuan | TV3 | Slot Akasia | |
Cinta FB | Shah | HyppTV | ||
Tentang Hati 2 | Malik | TV2 | ||
2017 | Papa Ricky | Dr Gibran | Astro Prima | Slot Tiara |
Telefilem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Pengancam Perkahwinan | Elyas | Astro Ria | |
2014 | Cahaya Cinta | Zahir | TV AlHijrah | |
Dendam Roh Alia | Zamri | Astro Ria | ||
Abangku Patriot | Zaimi | TVi | ||
2015 | Perangkap Perkahwinan | Elyas | Astro Ria | |
Kayaku Kayap | Adrian | TV3 | ||
Dia Imamku | Azhar | TV3 | ||
2017 | Bini Muda | Tuan Muda | TV9 | |
2021 | Pang Pokok Ketapang! | Awesome TV |
Televisyen Sunting
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | On Air | Astro Ria | Dirinya sendiri/Peserta |
2018 | Adrenalin X | TV Okey |
Rujukan Sunting
- ^ MohdnAl Qayum Aziz (26 April 2012). Persaingan hebat 20 peserta ‘On Air’ bermula 23 Mei depan mStar Online. Dicapai pada 5 Mei 2014.
- ^ Senarai peserta Fear Factor Malaysia Sensasi Selebriti (28 September 2012). Dicapai pada 6 Mei 2013.
- ^ "Filem 'Paskal' diinspirasikan oleh kisah benar". Astro Awani. 5 Mac 2018. Dicapai pada 29 September 2018.
- ^ Hari bahagia Hafizul, Mieja Harian Metro (11 Januari 2016). Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ Hafizul Kamal selamat timang anak pertama Astro Gempak (26 Oktober 2017). Dicapai pada 6 Mei 2018.
- ^ Dedah wajah anak, pelakon Hafizul Kamal pilih nama Raisya Amanda Astro Awani (5 Disember 2017). Dicapai pada 6 Mei 2018.