Husam Musa

YB Senator Datuk[1] Haji Husam Musa (lahir 14 Oktober 1959) merupakan Naib Presiden AMANAH dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Naib Presiden PAS. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan. Husam Musa merupakan calon PAS yang akan bertanding pada PRU 13 dikerusi Parlimen Putrajaya menentang lawannya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.[2] Pada Pilihan Raya Umum MEI 2018, beliau telah bertanding di Parlimen Kota Bharu dan Dun Salor di bawah logo Parti Keadilan Rakyat. Namun, beliau kehilangan kedua-dua kerusi tersebut. Beliau dijangka akan mengetuai jawatan pembangunan negeri Kelantan di bawah penyeliaan Kerajaan Pusat.

Yang Berbahagia Datuk Haji

Husam bin Musa

DMSM (Melaka)
Datuk Husam Musa.jpg
Bendahari Pakatan Harapan
Memegang jawatan
11 September 2017
Didahului olehPakatan-harapan-logo.svg Democratic Action Party Flag.svg M. Kulasegaran
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
3 September 2018 – 2 September 2021
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2013
Menteri BesarPAS logo.svg Nik Abdul Aziz Nik Mat
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk N17 Salor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2018
Didahului olehPAS logo.svg Buni Amin Hamzah
Digantikan olehPAS logo.svg Saiful Adli Abu Bakar
Majoriti3,232 (2008)
3,683 (2013)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kubang Kerian, Johor
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehPAS logo.svg Mohamad Sabu
Digantikan olehPAS logo.svg Salahuddin Ayub
Majoriti16,901 (1999)
Butiran peribadi
Lahir (1959-10-14) 14 Oktober 1959 (umur 62)
Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politikPakatan-harapan-logo.svg Parti Amanah Negara Flag.svg PH-AMANAH
PasanganDatin Rohana Abd Rahman
PekerjaanAhli politik
AnugerahSenarai

Beliau telah dipecat daripada Parti PAS pada 23 April 2016 atas tindakan melanggar tatatertib dan menegur kerjasama belakang tabir UMNO dan Pas[3].

Latar belakangSunting

Husam Musa dilahirkan pada 14 Oktober 1959 di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan.

PendidikanSunting

Beliau belajar di Sekolah Rendah Kota, Kota Bharu (1965-1971). Kemudian di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu (1972-1975). Seterusnya di Maktab Sultan Ismail (1976-1979).Bachelor of Economics (BEc), University of Malaya, Kuala Lumpur.(1980-1983) dan mengikuti kursus Bahasa Arab di Jordan (1987).

PolitikSunting

Husam Musa menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan (1990-1993). Kemudian Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan (1993-1999).Beliau menjadi Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (1985-1987). Kemudian Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan (1996-1999) dan Naib YDP PAS Kawasan Kota Bharu (1999). Antara jawatan parti PAS yang disandang ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.YDP PAS Kawasan Kubang Kerian.Sekarang menjawat Naib Presiden PAS (2005-09) dan (2011 - sekarang)

Beliau menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian (1999 - 04) setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Beliau berpotensi menggantikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lalu Husam Musa bertanding di peringkat negeri Kelantan. Beliau menjadi Adun Kijang, Kelantan Darul Naim (2004 - 08) selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menjadi menjadi Adun Salor.

Dalam kerajaan PAS di Kelantan , Husam Musa ditugaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim (2004 - 08).

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim.(2008 - sekarang ) dan Panel Penasihat PENGASIH.

SenatorSunting

Beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator pada 3 September 2018 di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran.[4]

PencapaianSunting

Membantu Perkembangan dan Perancangan strategik Ekonomi, Sosial dan Politik di Negeri Kelantan[perlu rujukan] berasaskan Al-Quran dan Sunnah.

Kecemerlangan syarikat PMBK Sawit dan Kelantan Golden Trade[5] adalah hasil nasihat dan pengurusan YB Dato Haji Husam Musa

YB Haji Husam Musa adalah orang kuat di belakang pengenalan dan perkembangan[perlu rujukan] Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan yang kini diterajui oleh Kelantan Golden Trade.

Program Anak Muda Tamu Ramadhan yang bermula pada 1 Ramadahan 2011 dan berakhir dengan program Tadarrus Al Quran Perdana Kelantan adalah hasil gerak kerja YB Dato Haji Husam Musa.

Beliau mewujudkan Program Salor Juara dan Salor Bistari untuk rakyat di dalam Dun Salor[perlu rujukan]

Beliau juga mewujudkan Siaran Tayangan Skrin Besar acara bolasepak[perlu rujukan] dan kuliah tok guru

YB Haji Husam Musa juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, yang ditubuhkan khas untuk menerajui isu Tuntutan Royalti Petroleum dan Gas Negeri Kelantan antara Kerajaan Negeri Kelantan dan PETRONAS, kes ini masih berjalan di mahkamah Malaysia.

Kerajaan negeri Kelantan menuntut antara RM850 juta dan RM1 bilion daripada kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri Kelantan menerima royalti minyak sebanyak 5 % daripada hasil perolehan petroleum.[6]

AnugerahSunting

  • Newsmaker of the Year 2003 (malaysiakini.com)

Darjah kebesaranSunting

Beliau telah dianugerahkan Darjah Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II) membawa gelaran Dato Paduka oleh Sultan Ismail Petra namun gelaran tersebut telah ditarik balik oleh anakanda baginda, Sultan Muhammad V pada 7 Februari 2018 yang lalu.[7]

Pada tahun 2018 bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-80 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun (Dr.) Mohd Khalil Yaakob, beliau telah dianugerahi Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran 'Datuk' pada 13 Okt 2018.

KontroversiSunting

Tuduhan rasuahSunting

Pada November 2007, Husam Musa dikaitkan dengan rasuah dan penyelewengan oleh YB (BN) Dato’ Norzula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga Muhd Adhan Kechik . Pada 1 Jun 2009, dua Adun ini menyiarkan permohonan maaf di dalam Berita Harian. [8] Tuduhan rasuah ini tidak benar sama sekali.

Membantah gabungan UMNO dan PASSunting

Pada tahun 2009, Husam menyatakan bahawa beliau tidak akan menyokong gabungan UMNO dan PAS kerana UMNO dikatakan tidak memahami misi dan visi parti. Beliau akan menentang Presiden PAS sebagai idea kerajaan campuran antara UMNO dan PAS. Pandangan Husam Musa untuk mencabar presiden parti telah menjadi tamparan hebat terutama dalam puak ulama 'PAS. Dalam temu bual dengan The Star, Husam berjenaka mengatakan bahawa "janggut saya tidak cukup panjang" dan itulah mengapa dia tidak mendapat sokongan ulama'. [9]

Datuk Husam Musa pernah mengeluarkan kenyataan menyifatkan DAP jauh lebih baik berbanding UMNO. Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Husam mungkin lupa bahawa PAS terpaksa menggugurkan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan menangguhkan pelaksanaan hukum hudud akibat penentangan daripada pemimpin parti tersebut.[10]

Husam saman bloggerSunting

Pada 12 Disember 2011, perbicaraan kes saman Husam Musa terhadap Mohd Faisal Mohd Rohban Ahmad, pemilik blog 'ruang Bicara Faisal'. Peguam Adly Abdul Manas cuba menafikan bahawa Mohd Faisal Mohd Rohban Ahmad bukan Faisal Rohban. Blog ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 menulis rencana berunsur fitnah terhadap Husam yang bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.” Husam dan saksi kedua Mohd Syahfarin Ali Rajkumar Abdullah, 40 cam muka Faisal Rohban . Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama, membayar ganti rugi RM500,000. Selepas saman difailkan, foto Faisal di blog itu dan group UMNO dihilangkan.[11]

Permohonan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menarik balik saman terhadap Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang dibenarkan dengan kebebasan untuk memfailkan semula dan dengan kos. Beliau mendakwa Hussain telah membuat atau membenarkan penyebaran risalah yang bertajuk Husam Musa: Politik Wang dan Kronisme. Risalah tersebut disebarkan dalam program Pemantapan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam seluruh Kelantan pada 15 Januari tahun lalu. [12]

Skandal Dinar Emas KelantanSunting

Polis akan menyiasat dakwaan skandal dalam urus niaga dinar emas kendalian Kelantan Golden Trade Sdn Bhd jika ada fakta yang menyokong laporan polis oleh gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan seorang penulis blog.[13]

Husam Musa telah menafikan dakwaan mengenai skandal emas Dinar dan Dirham Kelantan tersebut, dan menyatakan bahawa dakwaan tersebut tidak berasas dan merupakan taktik “politik kotor” yang digunakan oleh pihak tertentu. Terdapat laporan bahawa beberapa orang, termasuk Jepun dan pelabur Perancis, telah membuat laporan polis terhadap pegawai KGT, sebuah syarikat di bawah Menteri Besar Kelantan Inc,di atas dakwaan penyalahan mengurus pertukaran mata wang emas dan perak yang melibatkan berjuta-juta ringgit. Sehingga kini Husam Musa mengesahkan bahawa tiada tindakan diambil oleh pihak polis berasaskan laporan tersebut. [14]

Husam dihalang memasuki semua pejabat kerajaan dan istanaSunting

Pada 29 Mei 2018, Naib Presiden AMANAH, Husam Musa dilarang daripada memasuki pusat pentadbiran negeri, Kompleks Kota Darulnaim, pejabat-pejabat kerajaan negeri serta istana di negeri Kelantan. Pekeliling mengenai arahan tersebut yang telah diedarkan ke seluruh pejabat-pejabat kerajaan negeri berkuatkuasa 27 Mei dan ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.

Menurut arahan tersebut, Husam dilarang memasuki Kompleks Kota Darulnaim dan semua pejabat kerajaan negeri. Beliau juga dilarang masuk tanpa kebenaran ke semua enam istana di negeri ini iaitu Istana Balai Besar, Istana Negeri Kubang Kerian, Istana Telipot, Istana Kota Lama, Istana Tumpat dan Istana Persinggahan Gua Musang. larangan itu dibuat selepas menerima arahan daripada pihak istana.[15]

RujukanSunting

  1. ^ Husam kembali bergelar Datuk
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-02. Dicapai pada 2013-04-24.
  3. ^ https://www.pas.org.my/artikel-umum/8509-tindakan-tatatertib-ke-atas-yb-dato-haji-husam-bin-haji-musa
  4. ^ Husam angkat sumpah sebagai senator
  5. ^ Kelantan Golden Trade
  6. ^ "Mahasiswa sokong tuntutan royalti Kelantan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-26. Dicapai pada 2011-09-08.
  7. ^ Istana Kelantan tarik balik gelaran ‘Datuk’ Husam
  8. ^ "Permohonan Maaf YB Nozula Pada Husam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-12. Dicapai pada 2009-06-04.
  9. ^ The Star, "Husam: Maybe my beard is not long enough", The Star Online, Kuala Lumpur, 7 June 2009. Retrieved on 21 February 2013.
  10. ^ Utusan Malaysia. © Utusan Melayu (M) Bhd "Dakwaan Husam DAP Lebih Baik Dianggap Melampau", Utusan Online, Kuala Lumpur, 18 Oktober 2012. Retrieved on 21 Februari 2013.
  11. ^ [Doktor saksi ketiga kes Husam saman blogger]
  12. ^ Utusan Online [http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130107/ma_02/Husam-tarik-balik-saman#ixzz2LYbjJ6ga © Utusan Melayu (M) Bhd "Husam Tarik Balik Saman"], Utusan Online, Kuala Lumpur, 7 Januari 2013. Retrieved on 21 Februari 2013.
  13. ^ Utusan Malaysia. "Dinar emas: NGO, blogger lapor polis", Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 7 July 2012. Retrieved on 21 February 2013.
  14. ^ Rahimy Rahim, "Kelantan denies reports on currency scandal", Kuala Lumpur, 19 Jun 2012. Retrieved on 21 February 2013.
  15. ^ [1].

Pautan luarSunting