12 Januari
tarikh
(Dilencongkan daripada Januari 12)
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
12 Januari merupakan hari ke-12 dalam kalendar Gregory. Tinggal 353 hari (atau 354 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Peringatan di Turkmenistan (1881);
- Hari Revolusi Zanzibar di Tanzania (1964).
Peristiwa
sunting- 475 - Basiliscus menjadi Maharaja Byzantine di upacara pemahkotaan di Istana Hebdomon, Constantinople.
- 1528 - Gustav I dimahkotakan selaku raja Sweden.
- 1539 - Perjanjuan Toledo yang ditandatangi Raja Francis I dari Perancis dan Maharaja Rom Suci Charles V.
- 1775 - Usup Abdul Kadir, seorang pedagang berketurunan India di Kampung Melayu, Semarang selesai mengarang Hikayat Raja Babi.
- 1838 - Bagi mengelakkan penyeksaan anti-Mormon, Joseph Smith (gambar) dan pengikut-pengikutnya melarikan diri dari Ohio ke Missouri.
- 1848 - Kebangkitan Palermo di Sicilia menentang pemerintahan Dua Sicilia oleh Wangsa Bourbon.
- 1866 - Persatuan Aeronautik Diraja dibentuk di London.
- 1872 - Yohannes IV dimahkotakan sebagai Maharaja Habsyah di Axum, kemahkotaan pertama di bandar tersebut sejak lebih 200 tahun.
- 1875 - Kwang-su menjadi maharaja China.
- 1898 - Ito Hirobumi memulakan penggal ketiga selaku Perdana Menteri Jepun.
- 1906 - Jemaah menteri Sir Henry Campbell-Bannerman (yang merangkumi H.H. Asquith, David Lloyd George, dan Winston Churchill) memulakan pembaharuan sosial setelah Parti Liberal mereka menang besar di pilihan raya umum British.
- 1908 - Mesej radio jarak jauh diutuskan dari Menara Eiffel buat julung kalinya.
- 1911 - Kolej Undang-undang Universiti Filipina dirasmikan; antara penuntut-penuntut perintisnya termasuk tiga orang Presiden Filipina.
- 1915 - Taman Negara Gunung Rocky dibentuk melalui akta Kongres Amerika Syarikat.
- 1915 - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat menolak cadangan mengurniakan hak undi kepada kaum wanita.
- 1932 - Hattie W. Caraway menjadi wanita pertama yang diundi ke dalam Senat Amerika Syarikat.
- 1940 - Perang Dunia II: Tentera Soviet mengebom kota-kota di Finland.
- 1942 - Presiden A.S. Franklin Roosevelt menubuhkan Lembaga Buruh Perang Kebangsaan.
- 1945 - Perang Dunia II: Pihak Soviet melancarkan serangan besar-besar menentang Nazi di Eropah Timur.
- 1962 - Ops Chopper, operasi pertama melibatkan helikopter Tentera Darat Amerika Syarikat di medan Vietnam dilancarkan. 1,000 orang askar Vietnam Selatan diangkut oleh helikopter CH-21 Shawnee untuk menyerbu sebuah ibu pejabat Viet Cong 16 kilometer dari Saigon.
- 1964 - Pejuang pemberontak di Zanzibar melancarkan Revolusi Zanzibar lalu mengisytiharkan republik.
- 1966 - Presiden Lyndon B. Johnson menegaskan bahawa pihak Amerika Syarikat wajar kekal di Vietnam Selatan sehingga tamatnya ancaman Komunis.
- 1966 - Siri televisyen Batman yang dibintangi Adam West, disiarkan buat pertama kali oleh Syarikat Penyiaran Amerika.
- 1967 - Profesor psikologi James Bedford menjadi orang pertama dibeku krionik dengan tujuan disedarkan semula pada masa hadapan.
- 1969 - Kumpulan rock British Led Zeppelin menerbitkan album rekod pertamanya Led Zeppelin.
- 1970 - Republik Biafra (gambar bendera) di tenggara Nigeria yang sebelumnya mengisytiharkan berpisah menyerah kalah, mengakhiri Perang Saudara Nigeria..
- 1971 - Reverend Philip Berrigan dan lima orang lain dituduh merancang penculikan Henry Kissinger dan letupan terowong pemanasan bangunan persekutuan di Washington, D.C.
- 1976 - Majlis Keselamatan PBB mengundi 11-1 agar membenarkan Pertubuhan Pembebasan Palestin menyertai perbahasan Majlis Keselamatan tanpa hak mengundi.
- 1991 - Perang Teluk: Satu akta Kongres Amerika Syarikat membenarkan penggunaan kuasa tentera untuk mengusir pihak Iraq keluar dari Kuwait.
- 1992 - Satu perlembagaan baharu dipersetujui dalam satu pungutan suara di Mali, memberikan kebebasan untuk membentuk parti politik.
- 1995 - Anak perempuan Malcolm X, Qubilah Shabazz, ditahan kerana merancang pembunuhan Louis Farrakhan.
- 1998 - 19 negara Eropah bersetuju agar mengharamkan pengklonan manusia.
- 2004 - Kapal laut terbesar di dunia, RMS Queen Mary 2, mengadakan perjalanan sulungnya.
- 2006 - Menteri-menteri luar United Kingdom, Perancis, dan Jerman mengisytiharkan bahawa rundingan dengan Iran mengenai program nuklearnya menemui jalan buntu lalu mengesyorkan agar Iran dihadapkan ke Majlis Keselamatan PBB.
- 2006 - Kejadian rempuh-rempuhan ketika adat melempar jamrah pada hari terakhir penunaian haji di Mina, Arab Saudi, menyebabkan 362 jemaah haji terkorban.
- 2006 - Turki membebaskan Mehmet Ali Ağca setelah 25 tahun dipenjara kerana menembak Paus John Paul II.
- 2006 - Kapal perang Clemenceau mendarat di Mesir tetapi dilarang melalui Terusan Suez. Kapal ini dipenuhi aktivis Greenpeace.
- 2007 - Komet McNaught mencapai tahap perihelion lalu menjadi komet paling terang dalam masa 40 tahun.
- 2007 - Bencana banjir besar melanda buat kali kedua dalam tempoh sebulan di beberapa negeri di Malaysia seperti Johor, Pahang dan Sabah.
- 2010 - Satu gempa bumi berukuran 7.0 Mw melanda Haiti (gambar), menjejaskan sehingga 3 juta orang.
- 2010 - Lukisan Pantai di Pourville oleh artis Impresionis Claude Monet yang dicuri pada 2000, ditemui di Poland.
- 2010 - Peta pertama dalam bahasa Cina yang menunjukkan benua Amerika, disediakan oleh Matteo Ricci pada 1602 atas permintaan Maharaja Wanli, dipamerkan kepada awam.
- 2010 - Chile menerima pelawaan untuk menjadi ahli Amerika Selatan pertama Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.
- 2012 - Di Myanmar, kerajaan dan Kesatuan Kebangsaan Karen mengadakan gencatan senjata bagi mengakhiri perbalahan dalaman yang bermula pada 1948.
- 2013 - Himpunan Kebangkitan Rakyat (gambar) berlangsung dengan aman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Kelahiran
sunting- 1810 - Ferdinand II, seorang Raja Sicilia
- 1916 - Pieter Willem Botha, Perdana Menteri Afrika Selatan ke-6
- 1956 - Nikolai Noskov, penyanyi Russia
- 1983 - Afdhal Yusman, pelakon lelaki Indonesia
- 1992 - Charyl Chappuis, seorang pemain bola sepak kebangsaan bawah-23 Thailand.
- 1993 - Zayn Javadd Malik, ahli boyband One Direction
Kematian
sunting1237 - Sultan Muhammad Shah, Kedah, Sultan Kedah yang keempat mangkat dan dimakamkan di Langgar, Kota Bukit Meriam.