Indeks Kemahiran Berbahasa Inggeris EF: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eiman 2001 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Index Kemahiran Bahasa Inggeris EF''' (Bahasa Inggeris: '''EF English Profiency Index''') merupakan laporan untuk cuba menyenaraikan negara-negara me...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 07:34, 31 Disember 2016

Index Kemahiran Bahasa Inggeris EF (Bahasa Inggeris: EF English Profiency Index) merupakan laporan untuk cuba menyenaraikan negara-negara mengikut tahap purata kemahiran Bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat dewasa. Ia adalah hasil kerja Education First (EF), sebuah syarikat latihan bahasa antarabangsa, yang menghasilkan kesimpulan-kesimpulan daripada maklumat yang dikumpulkan melalui ujian Bahasa Inggeris secara percuma melalui internet. Laporan itu diumumkan buat kali pertamanya pada Mac 2011, berdasarkan keputusan daripada lebih 2 juta pengambil ujian. Laporan terkini, edisi ke-enam telah dikeluarkan pada November 2016.

Penemuan

Laporan itu terdiri daripada jadual senarai negara , beberapa halaman analisis dengan graf yang menghubungkaitkan faktor-faktor ekonomi dan sosial yang lain dengan penguasaan Bahasa Inggeris, dan analisis setiap rantau atau benua. Laporan dan lembaran fakta negara 2016 yang disertakan termasuk tahap penguasaan Bahasa Inggeris mengikut jantina, umur, dan rantau, negara, dan beberapa skor penguasaan Bahasa Inggeris mengikut bandar. Laman sesawang ini memaparkan bahagian laporan itu dan mempunyai analisis kemahiran Bahasa Inggeris di banyak negara dan rantau.

Kesimpulan Utama

  1. Tahap penguasaan bahasa Inggeris yang berkembang pada kadar yang berbeza di negara-negara yang berbeza di seluruh dunia, termasuk beberapa negara dengan kemahiran Bahasa Inggeris menurun.
  2. Eropah secara keseluruhannya penutur Bahasa Inggeris terbaik, manakala Timur Tengah sebaliknya.
  3. Saiz pelaburan dalam latihan Bahasa Inggeris tidak semestinya sesuai dengan jumlah kemajuan yang dibuat dari masa ke semasa.

Kedudukan 2016

Negara Kedudukan 2016 Skor 2016 Band 2016
  Belanda 1 72.16 Kemahiran Sangat Tinggi
  Denmark 2 71.15 Kemahiran Sangat Tinggi
  Sweden 3 70.81 Kemahiran Sangat Tinggi
  Norway 4 68.54 Kemahiran Sangat Tinggi
  Finland 5 66.61 Kemahiran Sangat Tinggi
  Singapura 6 63.52 Kemahiran Sangat Tinggi
  Luxembourg 7 63.20 Kemahiran Sangat Tinggi
  Austria 8 62.13 Kemahiran Tinggi
  Jerman 9 61.58 Kemahiran Tinggi
  Poland 10 61.49 Kemahiran Tinggi
  Belgium 11 60.90 Kemahiran Tinggi
  Malaysia 12 60.70 Kemahiran Tinggi
  Filipina 13 60.33 Kemahiran Tinggi
   Switzerland 14 60.17 Kemahiran Tinggi
  Portugal 15 59.68 Kemahiran Tinggi
  Republik Czech 16 59.09 Kemahiran Tinggi
  Serbia 17 59.07 Kemahiran Tinggi
  Hungary 18 58.72 Kemahiran Tinggi
  Argentina 19 58.40 Kemahiran Tinggi
  Romania 20 58.14 Kemahiran Tinggi
  Slovakia 21 57.34 Kemahiran Sederhana
  India 22 57.30 Kemahiran Sederhana
  Republik Dominika 23 57.24 Kemahiran Sederhana
  Bulgaria 24 56.79 Kemahiran Sederhana
  Sepanyol 25 56.66 Kemahiran Sederhana
  Bosnia dan Herzegovina 26 56.17 Kemahiran Sederhana
  Korea Selatan 27 54.87 Kemahiran Sederhana
  Itali 28 54.63 Kemahiran Sederhana
  Perancis 29 54.33 Kemahiran Sederhana
  Hong Kong 30 54.29 Kemahiran Sederhana
  Vietnam 31 54.06 Kemahiran Sederhana
  Indonesia 32 52.94 Kemahiran Sederhana
  Taiwan 33 52.82 Kemahiran Sederhana
  Rusia 34 52.32 Kemahiran Rendah
  Jepun 35 51.69 Kemahiran Rendah
  Uruguay 36 51.63 Kemahiran Rendah
  Makau 37 51.36 Kemahiran Rendah
  Costa Rica 38 51.35 Kemahiran Rendah
  Republik Rakyat China 39 50.94 Kemahiran Rendah
  Brazil 40 50.66 Kemahiran Rendah
  Ukraine 41 50.62 Kemahiran Rendah
  Chile 42 50.10 Kemahiran Rendah
  Mexico 43 49.88 Kemahiran Rendah
  Maghribi 44 49.86 Kemahiran Rendah
  Peru 45 49.83 Kemahiran Rendah
  Emiriah Arab Bersatu 46 49.81 Kemahiran Rendah
  Ecuador 47 49.13 Kemahiran Rendah
  Pakistan 48 48.78 Kemahiran Rendah
  Colombia 49 48.41 Kemahiran Sangat Rendah
  Panama 50 48.08 Kemahiran Sangat Rendah
  Turki 51 47.89 Kemahiran Sangat Rendah
  Tunisia 52 47.70 Kemahiran Sangat Rendah
  Guatemala 53 47.64 Kemahiran Sangat Rendah
  Kazakhstan 54 47.42 Kemahiran Sangat Rendah
  Mesir 55 47.32 Kemahiran Sangat Rendah
  Thailand 56 47.21 Kemahiran Sangat Rendah
  Azerbaijan 57 46.90 Kemahiran Sangat Rendah
  Sri Lanka 58 46.58 Kemahiran Sangat Rendah
  Qatar 59 46.57 Kemahiran Sangat Rendah
  Venezuela 60 46.53 Kemahiran Sangat Rendah
  Iran 61 46.38 Kemahiran Sangat Rendah
  Jordan 62 45.85 Kemahiran Sangat Rendah
  El Salvador 63 43.83 Kemahiran Sangat Rendah
  Oman 64 43.44 Kemahiran Sangat Rendah
  Kuwait 65 42.98 Kemahiran Sangat Rendah
  Mongolia 66 42.77 Kemahiran Sangat Rendah
  Algeria 67 41.60 Kemahiran Sangat Rendah
  Arab Saudi 68 40.91 Kemahiran Sangat Rendah
  Kemboja 69 39.48 Kemahiran Sangat Rendah
  Laos 71 38.45 Kemahiran Sangat Rendah
  Libya 71 37.82 Kemahiran Sangat Rendah
  Iraq 72 37.65 Kemahiran Sangat Rendah