Buka menu utama
"Mahmood June" dilencongkan di sini.

Datuk Mahmud Jun atau Mahmood June adalah seorang seniman serba boleh dan sering melakonkan watak-watak "bengis" dalam filem Melayu. Nama sebenar beliau ialah Mahmood Junit Bin Derani. Beliau dilahirkan pada 20 Januari 1921 di Alor Ganu, Mukim Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Filem-filem terkenal lakonan beliau adalah seperti Jalak Lenteng, Sri Mersing dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Datuk
Mahmud June
Mahmud june.jpg
KelahiranMahmood Junit bin Derani
(1921-01-20)20 Januari 1921
Alor Ganu, Mukim Titi Gajah, Alor Setar, Kedah, Malaya British (kini Malaysia)
Meninggal dunia14 April 2002(2002-04-14) (umur 81)
Kampung Laksmana, Selayang, Selangor, Malaysia
Sebab kematianpenyakit asma dan masalah paru-paru
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Selayang, Selangor
WarganegaraMalaysia
Nama lainMahmud Jun, Mahmud June
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1956 - 1997
MajikanCathay-Keris Film Productions
Merdeka Film Productions
Terkenal keranaWatak Pak Maon dalam filem Nasib Do Re Mi
Kampung asalAlor Setar, Kedah
PasanganMaharom Abdul Ghani
Anakenam anak, 16 cucu dan tiga cicit.

Kerjaya teater dan filemSunting

Sebelum memasuki bidang perfileman, beliau berlakon di pentas bangsawan dengan menyertai kumpulan Grand Nooran Opera, Seri Nooran Opera, Rubis Opera, Royal Star Opera, United Opera, Oriental Opera, Grand Jubilee Opera dan M. June Opera. Watak pertamanya di bawah bangsawan Pak Yem ialah melalui pementasan Porter 13 dan beliau telah berjaya membawa wataknya berdasarkan pengalamannya bekerja sebagai tukang angkat beg di stesen kereta api Ipoh.

Setelah melibatkan diri di dalam pentas bangsawan, beliau menyertai Cathay Keris Film Productions di Singapura dan filem pertamanya di Cathay Keris ialah Orang Lichin arahan L. Krishnan pada tahun 1958. Watak-watak zalim dan bengis yang dilakonkan oleh beliau sangat berkesan sehingga penonton-penonton filem Melayu pada ketika itu membencinya. Selain itu beliau turut diberi peluang berlakon dalam beberapa buah filem antaranya seperti filem Siti Zubaidah, Siti Payung, Selendang Merah, Jalak Lenteng, Orang Minyak dan Dang Anom.

Lima tahun kemudian, beliau menyertai Merdeka Film Studio (Studio Merdeka) di Hulu Klang. Sewaktu beliau berada di Studio Merdeka, beliau berpeluang berlakon bersama Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee antaranya seperti Si-Tora Harimau Jadian, Masam-Masam Manis, Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi. Namun, watak yang dipegangnya berubah sewaktu bersama Studio Merdeka dan sekitar tahun 70-an dan 80-an. Beliau memegang watak-watak lucu, memegang watak sebagai bapa, datuk dan orang kaya di zaman moden. Antara lakonan beliau pada tahun 70-an dan 80-an ialah seperti Si Badul, Guru Badul dan Bujang Lapok Kembali Daa.... Filem terakhir lakonan beliau ialah Layar Lara pada tahun 1997 arahan Shuhaimi Baba.

 
Ketika menjayakan salah satu watak dalam sesebuah filem

Selain bergiat aktif dalam filem, beliau juga turut berlakon drama. Antara drama-drama lakonan beliau seperti Luk Tujuh bersama Eman Manan, Harimau Harimau dan Orang Kaya Paduka.

Selain filem, beliau pernah berlakon dalam iklan televisyen untuk satu jenama teh terkenal. Gelagatnya dalam iklan tersebut menarik minat ramai penonton.

PerkahwinanSunting

Dalam kehidupan peribadinya, beliau pernah berkahwin sebanyak 16 kali dan dengan Maharom Abdul Ghani, jodohnya kekal hingga ke akhir hayat. Sepanjang tempoh perkahwinannya, beliau dikurniakan enam anak, 16 cucu dan tiga cicit.

KematianSunting

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Khamis, 14 Februari 2002 pada pukul 5.50 petang ketika berusia 81 tahun dirumahnya di Kampung Laksamana, Selayang. Sebelum itu ,beliau dirawat di Unit Rawatan Jantung, Hospital Selayang kerana menghidap penyakit asma dan masalah paru-paru. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Selayang.[1]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1956 Orang Licin Pelakon tambahan
Hang Tuah Pelakon tambahan
1958 Satay Kemunculan khas
Orang Minyak
Selendang Delima
1959 Raden Mas Wanusugoro
Bawang Putih Bawang Merah Datuk Bendahara
Rasa Sayang Eh Mohamad
1960 Noor Islam
Tunang Pak Dukun
Hantu Rimau
1961 Hang Jebat Karma Wijaya
Jalak Lenteng Megat Rambai
Sri Mersing Awang Sulong
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Tun Bija Ali
Siti Zubaidah
Gado-gado Kemunculan khas
1962 Dang Anom
Siti Payung
Selendang Merah
1963 Ibu Ayam
Tangkap Basah Jelatang
1964 Sitora Harimau Jadian Sitora
Ragam P.Ramlee (segmen Damaq) Gegala
Tun Mandan Hang Andak
1965 Masam Masam Manis Rashid
Dajal Suchi Tok Musa
1966 Sabarudin Tukang Kasut Memanda Wazir
Do Re Mi Bapa Minah
Nasib Do Re Mi Pak Maon
1978 Panglima Badol Datok Tumpang
1978 Sumber IIhamku
Si Badul Orang Kaya Mahmud
Gila-Gila Datuk Jaafar Pangku KK
Penagih Dadah
1979 Tiada Esok Bagimu Kemunculan khas
1979 Dendang Perantau Pak Wan (pelakon pembantu) Bintang utama: Uji Rashid & Hail Amir
1980 Si Luncai Demang Gempa Bumi
1981 Da Di Du Pak Tua
Penyamun Tarbus Tuan Said
Toyol Orang Kaya Abas
1982 Langit Petang Pak Arif
1983 Darah Satria Bapa Arif
Ke Medan Jaya
1986 Bujang Lapok Kembali Daa Warga Jepun
Aniaya Jenayah
1987 Jejaka Perasan Kamarul
1988 Guru Badul Haji Lamin
Dendang Remaja
1989 Sumpahan Mahsuri
1992 Selubung Pelakon tambahan
Wanita Bertudung Hitam
1993 Imigran Pak Abu
1995 Kad Cinta
1997 Layar Lara Filem terakhir

DramaSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
Luk Tujuh
Harimau Harimau
Orang Kaya Paduka
Mount Estate
Tinggi-Tinggi Terbang Bangau

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1988 Intan Bukan Kaca Kemunculan khas
1993 Tidak Menunggu Retak

Anugerah dan PencapaianSunting

  • Anugerah Seniman dan Pelakon Terbaik pada tahun 1974.
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia yang pertama (1980) menerusi filem Sumber Ilhamku.
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-3 (1983) menerusi filem Langit Petang.
  • Anugerah Khas Juri di Festival Filem Malaysia ke-6 (1986).
  • Anugerah Seniman Veteran di Anugerah Bintang Popular 1995.
  • Ahli Mangku Negara pada tahun 1986.
  • Ahli Mahkota Kedah pada tahun 1987.
  • Pingat Datuk Setia Diraja Kedah yang menbawa gelaran Datuk oleh DYMM Sultan Kedah pada bulan Januari 2001.

RujukanSunting

Pautan luarSunting