Pablo Amirul
Amirul Hisyam Mohd Sakri atau lebih dikenali sebagai Pablo Amirul (lahir 1 Februari 1985) merupakan seorang pelakon, model dan pelagak ngeri Malaysia.[1] Memulakan kerjaya dalam dunia hiburan sebagai pelakon tambahan dan model sambilan, beliau terkenal dengan peranan antagonis dan telah berlakon dalam beberapa filem termasuk Gangster Celop, Abang Long Fadil dan Polis EVO.[2]
Pablo Amirul | |
---|---|
Kelahiran | Amirul Hisyam bin Mohd. Sakri 1 Februari 1985 |
Pekerjaan | Pelakon, model, pelagak ngeri, pengacara |
Tahun aktif | 2013–kini |
Saudara | Kim Fukazawa (adik) |
KerjayaSunting
Beliau memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon tambahan dan model sampingan hinggalah kearah kerjaya sebagai pelagak ngeri pada 3 bulan pertama pembabitannya di dalam bidang lakonan. Sehinggalah bakatnya disedari oleh Ahmad Idham apabila diberi peluang berlakon sebagai pelakon pembantu di dalam filem pertama beliau iaitu Anak Jantan.
Antara watak watak lakonannya sebagai watak penjahat atau antagonis dan yang paling diingati adalah memegang watak antagonis sebagai Jimbo dalam filem Polis EVO.[3] Beliau mendapat tunjuk ajar dalam dunia lakonan oleh beberapa pelakon termasuk Farid Kamil, Bront Palarae, Fauziah Nawi, Shaheizy Sam, Fezrul Khan, Along Eyzendy, Wan Hanafi Su dan Ellie Suriati. Lakonan antagonis dan beliau lebih gemar melakukan sendiri pelbagai aksi lasak.
Tidak ramai yang mengetahui bahawa Pablo cukup menggemari aktiviti lasak hingga mengemudi dua buah rancangan sebagai pengacara di dalam 13 Puncak (2014) dan Hanya Di Sini 3 Hari 2 Malam (2017).
Beliau bersama Along Eyzendy menerbitkan bersama telefilem Last Kopek! Havoc terbitan Malayan Brotherhood Ventures.[4]
Kehidupan peribadiSunting
Pablo Amirul dilahirkan dan dibesarkan di Wakaf Bharu, Kelantan. Adiknya, Nurul Hafiza, juga dikenali sebagai Kim Fukazawa, juga ialah seorang pelakon dan pelagak ngeri.[5]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | Gangster Celop | Filem pertama | |
Lari | |||
Laki-Laki | |||
2014 | Anak Jantan | Rambo | |
Abang Long Fadil | Murid 1 | ||
Sniper | Jim Desprat | ||
Kasut Ku Kusut | Marcos | ||
Rentap | |||
2015 | Hantu Bungkus Ikat Tepi | Jim | Penampilan khas |
Gudang Kubur | |||
Suamiku Jatuh Dari Langit | Konco Ahlong | ||
Polis EVO | Jimbo | ||
Mat Moto | Kuzer | ||
2016 | Kampung Drift | Ray | |
2019 | Warkah | ||
KL Vampires | Van Kordi | ||
Garang | Izam | ||
2021 | Belaban Hidup: Infeksi Zombie | Gadang | |
2022 | Air Force The Movie: Selagi Bernyawa | Sarjan Udara Barat anak Aripin / Tuai | |
Deleted: Akan Ku Jejak! | Bank | ||
Seratus | King | ||
2023 | Escape | Hitman | |
The Original Gangster |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Gerak Khas (Musim 14) | Roy | TV2 | Episod: "Scam 419" |
2015 | Ajaibnya Cinta | TV3 | ||
2017 | Joni Togo | Astro Prima | Episod: "Bunian" | |
Muzium Misteri | TV3 | Episod 7 | ||
2019 | Curi-Curi Cinta | Adli | Astro Ria | |
The Bridge | Jamal | ntv7 / Viu | Antogonist | |
2019–2021 | Black | Middle Finger Man | Viu | |
2021 | Sabarlah Duhai Hati | Johan | TV3 | |
Budak Tebing 2 | Pablo |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014 | Kem Cuci Tangan (KECUT) | Eddy | Unifi TV |
Beca Ayah | TV9 | ||
Aidil dan Fitri | |||
2015 | Sayang Awak Sangat-Sangat | Farid | Unifi TV |
Gocoh | Megat | TV2 | |
2016 | Last Kopek Havoc | DVD | |
Budak Dari Tak Bai | Aman | Astro Ria | |
Lampu Merah | Astro Citra | ||
2017 | Ramadan Terindah Nurani | Samad | TV3 |
2019 | Mencari Nur Hidayah | TV3 | |
2020 | Bujang Beraya Bersama | TV Okey | |
2022 | Wanji | Kicap | TV1 |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014 | 13 Puncak | Pengacara | |
2017 | Hanya Di Sini 3 Hari 2 Malam |
RujukanSunting
- ^ Addy Junaidi (15 Ogos 2016). "Pablo Amirul bangga digelar 'penjahat'". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2017. Dicapai pada 15 Ogos 2016.
- ^ "Asyik dapat watak jahat, apa komen Pablo Amirul". XTRA. 22 April 2019. Dicapai pada 12 Julai 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (17 September 2015). "Pablo Amirul bakal hero baharu?". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Januari 2017. Dicapai pada 12 Julai 2016.
- ^ "Along Eyzendy, Pablo Amirul produces first movie together" (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! News. 11 Oktober 2016. Dicapai pada 12 Oktober 2016.
- ^ Amerul Haswendy Ashari (20 Februari 2018). "Jiwa kental Kim". Harian Metro. Dicapai pada 12 Julai 2018.