Parti Bansa Dayak Sarawak Baru

Parti politik Dayak di Sarawak

Parti Bansa Dayak Sarawak (bahasa Inggeris: New Sarawak Native People's Party, singkatan PBDS, atau dulu dikenali sebagai PBDS Baru) merupakan sebuah parti politik berhaluan tengah & kanan yang berpangkalan di Sibu, Sarawak. Ia merupakan sebuah parti politik tempatan yang diaktifkan semula serta diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS), selepas 9 tahun dibubarkan. Sepanjang tempoh pembubaran parti lamanya, Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS), terdapat 2 buah parti politik tempatan yang didominasi oleh kaum Dayak, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang pernah wujud pada awal 2000-an tetapi gagal didaftarkan oleh RoS atas sebab isu sensitiviti yang melibatkan seluruh masyarakat Dayak.

Parti Bansa Dayak Sarawak
Sarawak Native People's Party
SingkatanPBDS
PresidenBobby William
Setiausaha agungSai Malaka
Timbalan Presiden• Mejar (B) Moses Ripai
• Julius Enchana
• Kipli anak Ayom
Naib Presiden• Adman Jubang
• Dr. Bego Sepop
• Baba Emperan
• Sawing Kedit
• Emilia Ambrose
• Avester Ujan anak Daya
• Wen Achat
Bendahari AgungSaini Kakong
PengasasLeo Moggie, Daniel Tajem
Ditubuhkan28 Ogos 2013
Didahului olehParti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB)
Ibu pejabatTingkat 1, Lot 1192, S/L 5855, Sibu Jaya New Township, 96000, Sibu, Sarawak
Akhbar• The Dayak Tribune
• Buletin PERKASA
• Suara Dayak
Media televisyen rasmi:
Astro Awani
Berita RTM
8TV (Malaysia)
TV3 (Malaysia)
TV Sarawak (TVS)
Malaysiakini (online news)
Sayap pelajarAngkatan Belia Muda PBDS
Sayap beliaPergerakan Pemuda PBDS
Sayap wanitaPergerakan Wanita PBDS
Keanggotaan30,850 (November 2022)
IdeologiNasionalisme Sarawak
Hak asasi bangsa Dayak
Kebajikan rakyat Sarawak
Demokrasi sosial negeri
Reformisme negeri
Semangat bangsa Dayak
Keadilan hak orang Dayak
Kuasa politik Dayak
Perjuangan hak negeri
Hak golongan belia
Hak golongan wanita
Hak pembangunan negeri
Hak ekonomi Sarawak
Kedudukan politikBerhaluan tengah dan kanan
Penggabungan kebangsaan• Gagasan Anak Sarawak (2018–2022)
Perikatan Rakyat Bersatu Sarawak (PERKASA) (2022–kini)
Perikatan Nasional (2023–kini)
WarnaBiru, Merah, Kuning
SloganAgi Idup, Agi Ngelaban (2013–2021)
Dayak Didahulukan (Dayak First) (2022–kini)
Dewan Negara:
0 / 70
Dewan Rakyat:
0 / 31
(kerusi Parlimen di Sarawak)
Dewan Undangan Negeri Sarawak:
0 / 82
Premier Sarawak:
0 / 1
(hanya di Sarawak)
Bendera parti
Flag of the United Nationalities Federal Council.svg
(Bendera interim PBDS)
Laman sesawang
Laman sesawang[pautan mati]
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya
Parti Bansa Dayak Sarawak Baru di Facebook

Perebutan jawatan dalaman Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) antara Datuk Seri Daniel Tajem yang sepatutnya mengambil alih kepimpinan parti itu tapi telah dibantahi dan dipertikaikan, dan bekas Ketua Penerangan PBDS, Datuk Seri Dr. James Jemut Masing telah mengakibatkan parti PBDS dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dibubarkan sebanyak 2 kali pada 5 Disember 2003 dan 21 Oktober 2004. Manakala pendaftaran bagi Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang telah dikemukakan pada 6 Mei 2005 pula telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui suratnya bertarikh 9 April 2008 berhubung keputusan ROS pada 19 Julai 2006 yang menolak permohonan MDC untuk didaftarkan sebagai parti politik atas sebab "keselamatan dan ketenteraman awam" di bawah Artikel 7 Akta Pertubuhan. Anggota jawatankuasa penaja MDC Walau bagaimanapun telah mengemukakan rayuan kepada KDN pada 12 Ogos 2006 berhubung keputusan ROS itu namun rayuan pendaftaran barunya masih belum diluluskan sehingga kini.

Kelengahan dan keengganan ROS meluluskan pendaftaran MDC telah membuntukan usaha jawatankuasa penaja parti baru itu yang memutuskan untuk tidak merujuk masalah mereka kepada penghakiman di mahkamah dan hanya dapat menyerahkan nasib masa depan parti baru mereka yang belum dapat didaftarkan kepada ROS. Usaha baru juga dilakukan bagi mendaftarkan semula Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru). Parti ini sah didaftarkan pada 28 Ogos 2013. Pada 2020, Resolusi Kapit telah diadakan dan mencadangkan agar nama parti ini dikenali sebagai Parti Bansa Dayak Sarawak. Usul ini telah dipersetujui semasa TDC 2022. Pada September 2022, ROS telah meluluskan pendaftaran parti sebagai PBDS Dan logo parti menggunakan logo asal 1983 ~ 2004. [1] PBDS Baru pernah bertanding di lima (5) kerusi majoriti etnik Dayak di dalam Pilihan raya negeri Sarawak 2016.[2][3]

Kini, parti politik ini dipimpin sepenuhnya oleh Bobby William. Beliau telah dipilih menjadi Presiden PBDSB pada tahun 2019. Pada 27 September 2022, Pendaftaran Pertubuhan (RoS) secara rasminya meluluskan pendaftaran nama parti baharu PBDSB, dengan menggunakan nama asal parti iaitu Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)[4]. Strategi-strategi pilihanraya PBDS kini beralih haluannya daripada parti politik berhaluan kiri & berfahaman sederhana kepada parti politik berhaluan tengah & kanan dengan fahaman politik yang lebih reformis dan radikal yang mengutamakan keadilan, kesejahteraan dan norma hidup masyarakat majoriti Dayak, memfokuskan kestabilan kerajaan Malaysia yang lebih adil, bersih, telus dan cepat bertindak, serta mengutamakan pembangunan wilayah, kestabilan ekonomi Sarawak, pemerintahan kerajaan Sarawak yang lebih adil dan saksama, kesejahteraan seluruh rakyat Sarawak, dan hal ehwal kebajikan golongan berpendapatan rendah (B40) & golongan berpendapatan sederhana (M40) di Sarawak.

Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) ditubuhkan untuk melindungi hak bangsa Dayak, mengutamakan kesejahteraan sosial masyarakat Dayak, membangunkan negeri Sarawak ke tahap yang lebih baik dan stabil, serta menghormati dan memperjuangkan hak Sarawak, selaras dengan termeterainya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Pada masa yang sama, PBDS dilaksanakan bersesuaian dengan kehendak utama masyarakat majoriti Dayak di Sarawak, seperti yang dinyatakan dalam Resolusi Kapit pada 31 Oktober 2020.

Organisasi kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)Sunting

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PBDSSunting

  • Presiden:
    • Bobby William
  • Timbalan Presiden:
    • Mejar (B) Moses anak Ripai
    • Julius Enchana
    • Kipli anak Ayom
  • Naib Presiden:
    • Adman Jubang
    • Dr. Bego Sepop
    • Wen Achat
    • Emilia Ambrose Muttu
    • Sawing Kedit
    • Baba Emperan
    • Avester Ujan anak Daya
  • Setiausaha Agung:
    • Sai Malaka
  • Timbalan Setiausaha Agung:
  • Ketua Penerangan:
    • Andrew Bugie Ipang
  • Timbalan Ketua Penerangan:
  • Bendahari Agung:
    • Saini Kakong
  • Timbalan Bendahari Agung:
  • Pengerusi Tetap:
    • Mengga Mikui
  • Penasihat Undang-Undang:
    • Christopher Sawan Jiram
  • Pengarah Strategi Pilihanraya:
  • Pengarah Strategi Komunikasi:
  • Timbalan Pengarah Strategi Komunikasi:
  • Setiausaha Organisasi:
  • Setiausaha Khas (Keahlian):
  • Setiausaha Khas (Biro Aduan Rakyat):
  • Setiausaha Khas (Sokongan Komuniti):
  • Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat:
    • Allex Kanang 

Pergerakan Pemuda PBDS (Pemuda PBDS)Sunting

  • Ketua Pemuda:
    • Robert Sawing
  • Timbalan Ketua Pemuda:
  • Naib Ketua Pemuda:
  • Setiausaha:
  • Timbalan Setiausaha:
  • Bendahari:
  • Timbalan Bendahari:
  • Ketua Penerangan:
  • Timbalan Ketua Penerangan:
  • Ketua Khas (Komunikasi & Media):
  • Setiausaha Organisasi:
  • Ahli-ahli Perwakilan Pemuda:

Pergerakan Wanita PBDS (Wanita PBDS)Sunting

  • Ketua Wanita:
    • Susan George
  • Timbalan Ketua Wanita:
  • Naib Ketua Wanita:
  • Setiausaha:
  • Timbalan Setiausaha:
  • Bendahari:
  • Timbalan Bendahari:
  • Ketua Penerangan:
  • Timbalan Ketua Penerangan:
  • Ketua Khas (Komunikasi & Media):
  • Setiausaha Organisasi:
  • Ahli-ahli Perwakilan Wanita:

Angkatan Belia Muda PBDSSunting

  • Pengerusi:
  • Timbalan Pengerusi:
  • Naib Pengerusi:
  • Setiausaha:
  • Timbalan Setiausaha:
  • Bendahari:
  • Timbalan Bendahari:
  • Ketua Penerangan:
  • Timbalan Ketua Penerangan:
  • Ketua Khas (Komunikasi & Media):
  • Setiausaha Khas (Undi 18):
  • Setiausaha Khas (Hal Ehwal Belia):
  • Ahli-ahli Perwakilan:

Senarai calon pilihanraya (Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15))Sunting

Kawasan parlimen Nama calon Parti politik
P.209 Julau Susan George PBDS
P.215 Kapit Robert Saweng PBDS
P.218 Sibuti Bobby William PBDS
P.220 Baram Sawing Kedit PBDS

Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016Sunting

No. DUN Calon Jumlah undi Keputusan
N1 Opar Patrick Anak Kuren 524 Kalah (Hilang deposit)
N22 Kudup Mark Murau Anak Sumon 168 Kalah (Hilang deposit)
N23 Bukit Simuja Cobbold Anak Lusoi 133 Kalah (Hilang deposit)
N30 Balai Ringin Pok Anak Ungkut 90 Kalah (Hilang deposit)
N75 Senadin Philemon Anak John Edon 329 Kalah (Hilang deposit)

Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021Sunting

Pada pilihanraya umum negeri Sarawak 2021, sebanyak 11 calon PBDS Baru bertanding. Walau bagaimanapun, malangnya kesemua calon PBDS Baru gagal memenangi pilihan raya disebabkan oleh jumlah undi yang sangat berkurangan, jumlah keahlian yang amat sedikit, sokongan penyokong parti yang agak lemah, serta ketidakadilan sistem pilihan raya & ketidakadilan sistem kempen-kempen pilihan raya yang dilaksanakan, akibat sistem pilihan raya yang didominasi sepenuhnya oleh kerajaan pusat pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

No. DUN Calon Jumlah undi Keputusan
N1 Opar Saini anak Kakong 220 Kalah (Hilang deposit)
N31 Bukit Begunan Entusa anak Imam 115 Kalah (Hilang deposit)
N49 Ngemah Leo anak Bunsu 354 Kalah (Hilang deposit)
N52 Dudong Julius Enchana 893 Kalah (Hilang deposit)
N61 Pelagus Moses anak Ripai 76 Kalah (Hilang deposit)
N62 Katibas Sai anak Malaka 62 Kalah (Hilang deposit)
N63 Bukit Goram Robert Saweng 259 Kalah (Hilang deposit)
N66 Murum Kenneth Adan Silek 159 Kalah (Hilang deposit)
N70 Samalaju Baba anak Emperan 199 Kalah (Hilang deposit)
N75 Senadin Bobby William 511 Kalah (Hilang deposit)
N76 Marudi Sawing anak Kedit 124 Kalah (Hilang deposit)

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Nurul Ain Mohd Hussain (2 September 2013). "ROS Umum 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan" (dalam bahasa Malay). mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 7 May 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "PBDS Baru To Contest Less Than 10 Dayak-Majority Seats". Bernama. 20 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2016. Dicapai pada 28 April 2016. (langganan diperlukan)
  3. ^ "Former MP Anek to stand in Opar". The Borneo Post. 21 April 2016. Dicapai pada 28 April 2016.
  4. ^ https://www.theborneopost.com/2022/09/28/ros-approves-partys-name-change-to-parti-bansa-dayak-sarawak/

4.https://www.theborneopost.com/2019/05/19/bobby-william-heads-pbds-baru/?amp https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2022/03/27/pbds-weighing-whether-to-contest-ge15-says-president/2049882

Pautan luarSunting