Lagu Cinta Kita (Musim 3)
Lagu Cinta Kita ialah sebuah rancangan televisyen Malaysia yang berdasarkan daripada rancangan TV realiti Korea Selatan, Love At First Song terbitan CJ ENM.
Lagu Cinta Kita | |
---|---|
Berdasarkan daripada | Love At First Song oleh CJ ENM |
Format | Muzik Hiburan Realiti |
Pencipta | Kim Ji-hee Helena Chang Daniel Sun |
Ditulis oleh | Josephine Phen |
Pengarah | Saif Saharuddin |
Pengacara | Kamal Adli Ain Edruce |
Juri | Ajai Mas Idayu |
Negara asal | Korea Selatan Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 8 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Shazreena Kassim |
Penerbit | Saif Saharuddin |
Pemasangan kamera | Tetapan kamera utama |
Tempoh siaran | 90-110 minit |
Syarikat penerbitan | Media Prima Berhad |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 31 Oktober – 26 Disember 2021 |
Kronologi | |
Mengikuti | Lagu Cinta Kita (Musim 2) |
Rancangan berkaitan | Lagu Cinta Kita |
Format
suntingKonsep
suntingLagu Cinta Kita menampilkan 36 orang peserta yang akan dipadankan kepada 18 pasangan duet. Para peserta tidak akan mengetahui siapakah pasangan duet masing-masing sehingga berada di atas pentas. Ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang masih bujang, berumur antara 18 hingga 35 tahun dan berbakat dalam nyanyian. Ia adalah satu bonus kepada mereka yang pandai bermain alat muzik. Mereka yang berminat telah muat naik video uji bakat iaitu nyanyian berdurasi selama 1 minit di akaun Instragram masing-masing dengan menggunakan "#LaguCintaKita". Hanya 100 peserta disenarai pendek daripada jumlah penyertaan di atas talian untuk hadir ke sesi uji bakat tertutup.
Pusingan
suntingDi pusingan awal, 36 peserta akan dipadankan mengikut giliran iaitu 6 pasangan (episod 1), 6 pasangan (episod 2) dan 6 pasangan (episod 3). Para peserta memilih lagu mengikut urutan yang ditetapkan oleh juri tetap berdasarkan vokal mereka. Kemudian, peserta dipadankan dengan pasangan duet mengikut pilihan lagu yang sama. Di awal persembahan, mereka akan bernyanyi di dua pentas yang berbeza. Mereka memerlukan undian penonton rumah untuk mengalihkan dinding pemisah di antara pentas mereka. Ketika itu barulah para peserta dapat melihat siapakah pasangan duet mereka. Selepas itu, persembahan mereka perlu mendapatkan undian daripada kesemua juri supaya pentas dicantumkan dan mara ke pusingan seterusnya.
Hanya 10 pasangan duet akan meneruskan perjalanan ke episod ke-4, ‘Love Camp Song’. Mereka akan diberikan peluang untuk mengenali sesama sendiri dalam pelbagai aktiviti yang disediakan. Mereka juga akan diberikan tugasan yang menguji keserasian dan sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta. Setiap pasangan duet juga akan diberikan tajuk lagu yang akan dipertandingkan di pentas Lagu Cinta Kita Ke-2. Bermula peringkat ini, penilaian persembahan terletak di tangan panel juri sepenuhnya. Satu pasangan duet akan disingkirkan dalam episod ini.
Memasuki episod ke-5 & ke-6, sembilan pasangan yang masih bertahan akan berhadapan dengan ujian yang lebih getir dimana mereka akan membuat persembahan mengikut tema mingguan yang ditetapkan. ‘Cinta Sepanjang Zaman’ yang fokus kepada seleksi lagu cinta popular di era tahun 60an hingga 90an dan ‘Cinta Antara Benua’ yang akan membawa penonton mengimbau lagu-lagu romantis dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan lain-lain.
Di peringkat ini, sudah tentu peserta yang masih bertanding mahu kekal dengan pasangan duet masing-masing kerana keserasian yang sudah tercipta. Tujuh pasangan duet yang bakal bertanding di pusingan separuh akhir. Selepas itu, hanya lima pasangan yang akan berentap di pusingan akhir yang dijangka berlangsung pada 3 Januari 2020. Juara Lagu Cinta Kita Ke-2 bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 50,000, manakala tempat kedua berjumlah RM 30,000, tempat ketiga berjumlah RM 20,000, tempat keempat berjumlah RM 15,000 dan tempat kelima berjumlah RM 10,000.
Pasangan
suntingMengikut kedudukan susunan penyingkiran.
Pasangan | Tarikh penyingkiran | Kedudukan |
---|---|---|
Syafeek & Zazo | 26 Disember 2021 | Juara |
Hariz & Wanie | 26 Disember 2021 | Naib Juara |
Pasya & Puteri | 26 Disember 2021 | Tempat Ketiga |
Achik & Maria | 26 Disember 2021 | Tempat Keempat |
Malhamka & Yuveena | 19 Disember 2021 | Tersingkir Konsert Separuh Akhir |
Kay & Ika | 28 November 2021 | Tersingkir Konsert ke-5 |
Norman & Hazreen | 21 November 2021 | Tersingkir Konsert ke-4 |
Azumi & Nyna | 14 November 2021 | Tersingkir Konsert ke-3 |
- Pasangan Achik & Maria telah tersingkir bersama dengan pasangan Azumi & Nyna pada konsert ke-3. Namun Achik & Maria telah diserap masuk semula ke pertandingan berdasarkan hasil undian online Wildcard yang diumumkan oleh Mas Idayu pada penghujung konsert ke-5.
- Konsert minggu ke-6 menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan apabila pasangan Malhamka & Yuveena terselamat daripada tersingkir.
Ringkasan konsert
suntingKonsert 1
sunting- Tarikh disiarkan: 31 Oktober 2021
- Tema: -
Pasangan | Lagu |
---|---|
Kay & Ika | "Terlukis Indah" nyanyian asal Rizky Febian & Ziva Magnolya |
Shaszdan & Xantia | "Leave The Door Open" nyanyian asal Bruno Mars, Anderson .Paak & Silk Sonic |
Azumi & Nyna | "Memori Berkasih" nyanyian asal Achik Spin & Siti Nordiana |
Dean & Amanda | "Haram" nyanyian asal Hael Husaini & Dayang Nurfaizah |
Hariz & Wanie | "Senja Nan Merah" nyanyian asal Dato' Awie & Ziana Zain |
- Juri jemputan: -
- Tersingkir: Shaszdan & Xantia, Dean & Amanda
Konsert 2
sunting- Tarikh disiarkan: 7 November 2021
- Tema: -
Pasangan | Lagu |
---|---|
Malhamka & Yuveena | "Cinta Luar Biasa" nyanyian asal Andmesh Kamaleng |
Syafeek & Zazo | "Canggung" nyanyian asal Wany Hasrita |
Achik & Maria | "Risalah Hati" nyanyian asal Dewa 19 |
Norman & Hazreen | "Gundah" nyanyian asal Ernie Zakri |
Pasya & Puteri | "Dealova" nyanyian asal Once Mekel |
- Juri jemputan: -
- Tersingkir: Tiada penyingkiran.
Ajai dan Mas Idayu mengumumkan dua pasangan kedudukan terbawah iaitu Syafeek & Zazo dan Achik & Maria diberikan peluang kedua dan layak menyertai tiga lagi pasangan ke pusingan seterusnya.
Konsert 3
sunting- Tarikh disiarkan: 14 November 2021
- Tema: -
Pasangan | Lagu |
---|---|
Azumi & Nyna | "Sinaran" nyanyian asal Datuk Sheila Majid |
Syafeek & Zazo | "Rahsia Pohon Cemara" nyanyian asal Exists |
Achik & Maria | "Juwita" nyanyian asal Dato' M. Nasir |
Pasya & Puteri | "Melompat Lebih Tinggi" nyanyian asal Sheila on 7 |
Norman & Hazreen | "Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti" nyanyian asal Anneth |
Kay & Ika | "Tragedi Tenda Biru" nyanyian asal Liza Hanim & 2 by 2 |
Malhamka & Yuveena | "Kisah Cinta Kita" nyanyian asal Hafiz Suip |
Hariz & Wanie | "Kisah Ku Inginkan" nyanyian asal Dato' Sri Siti Nurhaliza & Judika |
- Juri jemputan: Rozita Che Wan
- Tiga Terbawah: Azumi & Nyna, Achik & Maria, Norman & Hazreen
- Tersingkir: Azumi & Nyna, Achik & Maria
Konsert 4
sunting- Tarikh disiarkan: 21 November 2021
- Tema: -
Pasangan | Lagu |
---|---|
Pasya & Puteri | "Sumpah" nyanyian asal Aina Abdul |
Malhamka & Yuveena | "Sampai Syurga" nyanyian asal Faizal Tahir |
Syafeek & Zazo | "All I Ask" nyanyian asal Adele |
Hariz & Wanie | "Kesal" nyanyian asal Ella |
Kay & Ika | "Gelora Asmara" nyanyian asal Dato' Sri Siti Nurhaliza |
Norman & Hazreen | "Ku Merindu" nyanyian asal Ella & Shah |
- Juri jemputan: Ziana Zain
- Dua Terbawah: Norman & Hazreen, Kay & Ika
- Tersingkir: Norman & Hazreen
Konsert 5
sunting- Tarikh disiarkan: 28 November 2021
- Tema: Cinta Agung
Pasangan | Lagu |
---|---|
Hariz & Wanie | "Bagaikan Sakti" nyanyian asal Dato' M. Nasir & Dato' Sri Siti Nurhaliza |
Malhamka & Yuveena | "Goodbye Hello" nyanyian asal Syamel & Ernie Zakri |
Pasya & Puteri | "Dirgahayu" nyanyian asal Dato' Sri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir |
Kay & Ika | "Rindu Separuh Nyawa" nyanyian asal Vanessa Reynauld & Naqiu |
Syafeek & Zazo | "Pada Syurga Di Wajahmu" nyanyian asal Dato' Nash |
- Juri jemputan: Uqasha Senrose
- Dua Terbawah: Kay & Ika, Hariz & Wanie
- Tersingkir: Kay & Ika
Mas Idayu membuat pengumuman bahawa undian Wild Card akan dibuka secara online bagi memilih dan menyerap satu sahaja pasangan tersingkir yang bakal menyertai empat pasangan lagi ke peringkat akhir.
Konsert 6
sunting- Tarikh disiarkan: 12 Disember 2021
- Tema: Cinta 90-an
Pasangan | Lagu |
---|---|
Syafeek & Zazo | "Kau Kekasihku" nyanyian asal Dato' Sri Siti Nurhaliza |
Hariz & Wanie | "Yang Tersayang" nyanyian asal Amelina & Iwan Syahman |
Malhamka & Yuveena | "Tegar" nyanyian asal Dato' Rossa |
Pasya & Puteri | "Kembali Merindu" nyanyian asal Slam |
- Juri jemputan: Shiha Zikir
- Dua Terbawah: Malhamka & Yuveena, Syafeek & Zazo
- Tersingkir: Tiada penyingkiran.
Konsert Separuh Akhir
sunting- Tarikh disiarkan: 19 Disember 2021
- Tema: Cinta OST
Pasangan | Lagu | OST |
---|---|---|
Malhamka & Yuveena | "Mimpi" nyanyian asal Haqiem Rusli | Bidadari Salju |
Hariz & Wanie | "I Want To Spend My Lifetime Loving You" nyanyian asal Marc Anthony & Tina Turner | The Mask of Zorro |
Syafeek & Zazo | "Sedetik Lebih" nyanyian asal Anuar Zain | Hikayat Merong Mahawangsa |
Pasya & Puteri | "Relakan Jiwa" nyanyian asal Hazama Azmi | Jika Itu Takdirku |
Achik & Maria | "Jangan Khianati Aku" nyanyian asal Azlan & The Typewriter | Pesan Pada Hati |
- Juri jemputan: Hael Husaini
- Wildcard: Achik & Maria
- Tersingkir: Malhamka & Yuveena
Pasangan Achik & Maria telah diserap semula ke pertandingan berdasarkan hasil undian secara online Wildcard yang telah diumumkan oleh Mas Idayu sebelum ini.
Konsert Akhir
sunting- Tarikh disiarkan: 26 Disember 2021
- Tema: Finalé
- Pusingan 1 (Lagu Cover)
Pasangan | Lagu |
---|---|
Hariz & Wanie | "Akan Ku Tunggu" nyanyian asal Candy |
Achik & Maria | "Jangan Pisahkan" nyanyian asal Deddy Dores & Mayangsari |
Syafeek & Zazo | "Akhirnya Kini Pasti" nyanyian asal Anita Sarawak |
Pasya & Puteri | "Kejoraku Bersatu" nyanyian asal Search |
- Pusingan 2 (Lagu Baru)
Pasangan | Lagu |
---|---|
Hariz & Wanie | "Seribu Gundah" nyanyian asal Hariz & Wanie |
Achik & Maria | "Pertahan Cinta" nyanyian asal Achik & Maria |
Syafeek & Zazo | "Bagai Cahaya" nyanyian asal Syafeek & Zazo |
Pasya & Puteri | "Cinta Sejati Aku" nyanyian asal Pasya & Puteri |
- Juri jemputan: Hael Husaini
- Flavettes Glamz Couple: Hariz & Wanie
- Tempat Keempat: Achik & Maria
- Tempat Ketiga: Pasya & Puteri
- Naib Juara: Hariz & Wanie
- Juara: Syafeek & Zazo
Carta penyingkiran
suntingPasangan | Konsert Mingguan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | Akhir | ||||||
Syafeek & Zazo | 5th | 5th | 2nd | 4th | 4th | Juara | |||||
Hariz & Wanie | 1st | 1st | 3rd | 3rd | 2nd | Naib Juara | |||||
Pasya & Puteri | 2nd | 2nd | 1st | 1st | 3rd | Ketiga | |||||
Achik & Maria | 7th | - | - | WC | 1st | Keempat | |||||
Malkhamka & Yuveena | 4th | 3rd | 4th | 2nd | 5th | ||||||
Kay & Ika | 3rd | 4th | 5th | ||||||||
Norman & Hazreen | 6th | 6th | |||||||||
Azumi & Nyna | 8th |
Hadiah
sunting- Juara
- Wang tunai RM50,000
- Barangan hamper Flavettes Skincare & Nivea
- Naib Juara
- Wang tunai RM30,000
- Barangan hamper Flavettes Skincare & Nivea
- Tempat Ketiga
- Wang tunai RM20,000
- Barangan hamper Flavettes Skincare & Nivea
- Tempat Keempat
- Wang tunai RM15,000
- Barangan hamper Flavettes Skincare & Nivea
- Flavettes Glamz Couple
- Wang tunai RM5,000
Trivia
suntingKonsert minggu ke-6 Lagu Cinta Kita musim ketiga telahpun ditunda siarannya pada 5 Disember 2021 dan digantikan dengan siaran Khabi Khushi Khabie Gham. Rancangan ini kemudian kembali disiarkan di TV3 pada 12 Disember 2021.