Melissa Saila

Pelakon dan penyanyi wanita Malaysia
(Dilencongkan dari Melisa bt Mohd Alias)

Melissa Saila (lahir Melisa Mohd. Alias; 3 April 1972) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pelakon veteran Mariani dan anak saudara kepada Saloma. Beliau telah bergiat aktif dalam dunia lakonan sejak kecil sama ada dalam rancangan televisyen, filem atau pementasan teater[1].

Melissa Saila
ميليسا سيلا
Kelahiran
Melisa binti Mohd. Alias

(1972-04-03) 3 April 1972 (umur 52)
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengarah, penerbit pengacara
Tahun aktif1982–kini
PasanganMegat Fauzi Shukarnain
Anak-anak3
Ibu bapaMariani (ibu)[1]
SaudaraSaloma (ibu saudara)


Kerjaya

sunting

Melissa Saila mewarisi bakat seni dari ibunya iaitu seniwati Mariani atau Mariam Ismail dan bapa saudaranya, seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Beliau pernah muncul dalam telefilem Neon arahan Mohd Feroz Abd Kader bersama ramai pelakon termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Faizal Yusof, Soffi Jikan, Lisdawati, Vanida Imran, Bront Palarae dan Rashidi Ishak[2].


Diskografi

sunting
  • Melissa Saila (1986)
  • Nilai Cinta (1987)
  • Dunia Remaja (1987)
  • Generasi (1994)


Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1982 Anak Sulung Tujuh Keturunan Ratna (kecil) Filem pertama
Penentuan Ani
1983 Ranjau Sepanjang Jalan
1987 Kepala Angin Lis Penampilan khas
Bayangan Cinta Filem ini merupakan usahasama Malaysia-Indonesia
1988 Perempuan Anita
1989 Tak Kisahlah Beb Rozi
Misteri Harta Karun Sinta Filem Indonesia
1990 Balada Tiga Jagoan
Main-main Hantu
1991 Sepi Itu Indah Zaitun
Kanta Serigala Shakira Penampilan khas
1992 Penghujung Malam Norita
1994 Fantasi Azreen
1997 Layar Lara Azi
1998 Jibon Cikgu Aishah
2000 Mimpi Moon Pengurus Artis
2004 Di Ambang Misteri Doktor
Puteri Gunung Ledang Raja Ahmad Gabenor
2018 Orang Itu Wanita di Stesen Minyak
2022 Spilt Gravy on Rice Roslinda Pelakon undangan

Teater

sunting
  • P. Ramlee The Musical
  • Tengku Anum
  • Visits
  • Saksi
  • Si Pemakan Hati
  • Dejavu
  • Anugerah
  • Mencari Juita
  • Akulah Perempuan Itu
  • Madu II

Penerbitan

sunting

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1992 Jadi Tak Jadi TV3
2003 Neon Pelanggan Gerai Kopi Satu III VCD Penampilan khas
2009 Rompakan Kabinet Astro Ria Sebagai pengarah
Tersungkur di Pintu Syurga[3] Masita Muhammad Astro Prima
2011 100 Hari Hanum TV1
2012 50:50 Sebagai pengarah
Kampung Semerah Padi Musalmah
2014 Saloma[4] Astro First Eksklusif
2016 Dari Kerana Mata HyppTV Penampilan khas
2018 Kampung Kuala Lambat[5] Astro Citra Sebagai pengarah
Setan Dalam Poket Rose
2019 Aku Posmen
2020 Koboi & Vampire BOO

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1991 Anugerah Juara Lagu ke-6 Pengacara TV3 bersama Azwan Ali & Intan Rozila


Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
1984 Malam Sri Angkasa Pelakon Paling Berbakat Melissa Saila Menang
1994 Festival Filem Malaysia ke-7 Pelakon Wanita Terbaik Penghujung Malam Menang
2001 Anugerah Skrin 2001 Pelakon TV Terbaik Orang Gaji Sementara Menang
2003 Anugerah Seni BOH Cameronian Persembahan Terbaik Menang


Kehidupan peribadi

sunting

Pada bulan Jun 2012, Melissa mula memakai tudung sebagai penampilan terbarunya[6]. Menurut beliau, hasrat untuk memakai tudung pada asalnya ingin dilakukan ketika bulan Ramadan, namun hatinya terdetik untuk memakainya lebih awal[6].

Beliau mendirikan rumahtangga bersama Megat Fauzi Shukarnain dan dikurniakan tiga orang cahaya mata[5]. Lantaran minat yang mendalam, beliau telah membuka syarikat penerbitan sendiri yang diberi nama Marimaliss Productions. Melissa juga mempunyai satu lagi syarikat produksi, Kus Semangat Aktor yang ditubuhkan pada 2007[7].


Rujukan

sunting
  1. ^ a b Md Sharom, Nina Farzuin (3 Disember 2015). "Melissa tunai hasrat terakhir ibu". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2015. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  2. ^ "Neon - Tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 12 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2018. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  3. ^ "Rai Aidiladha Dengan Empat Telefilem Menarik Astro Prima". mStar. 27 November 2009. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  4. ^ Azizi, Mohd Al Qayum (8 Oktober 2014). "Melissa Saila Kunci Mulut Isu Burukkan AR Tompel Dalam Saloma". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2024. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  5. ^ a b Maizan, Hamizatul (8 Ogos 2019). "Duduk Sebelah Anak Sendiri Nampak Macam Adik Beradik, MELISSA SAILA Tak Makan Tua". NONA. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2020. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  6. ^ a b Mohamed Isa, Faten Saphilla (5 Oktober 2012). "Melissa Saila sudah berhijab". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2012. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  7. ^ Abu Bakar, Siti Nursyahidah (10 Disember 2012). "Jiwa seni Melissa". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2012. Dicapai pada 26 Jun 2024.


Pautan luar

sunting